love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

18 Disember 2012

tiga belas bulan

hai uollss

minggu depan umur Nur Afnan Nisrina tiga belas tahun. eh! eh! silap.. tiga belas bulan. berangan nak anak membesar. hahaha sekejap je ai rasa sebagai ibu. bukan ai je, mana2 ibu pon akan rasa seperti ini bila nengok anak2 semakin membesar. sayu je hati.. :p over tau ibu N.A.N nih..

bila dah semakin meningkat usianya, semakin ramai yang bertanya. dah pandai apa? dah boleh jalan? dah berapa batang gigi? kenapa kecik je badannya??

semalam pegi cucuk N.A.N setahun. tarikg kene delay sebab aritukan nak buat operation mata. kalau di cucuk juga takut demam. so KK Nilai bagilah tarikh semalam. Alhamdulillah.. tak nangis pon. :) tak rasa apa pon. demam pon tak. see?? ibu tau awak kuat.

usia tiga belas bulan ini, dia masih belum berjalan dengan sempurna. bak kata mak ai, jalan2 jatuh. tapi masih takut2 lagi. dua tiga tapak melangkah, pastu terduduk. mula2 nangis, tapi lama2 dah ok. ai tak sabar sebenarnya nak nengok dia jalan laju2. masa kat KK Nilai semalam, ada yang dua tiga budak yang sebaya dengan dia dah jalan laju, tapi bila menengok tang gigi, nan hado lah.. :) see?? Allah merancang yang terbaik untuk setiap hamba-NYA.

cerita bab gigi, masih lagilah empat batang. dua atas, dua bawah. ai sebenarnya tak perasan yang dia nak tumbuh gigi. demam tak, merengek pon tak. ai perasan bila masa ai nak suapkan dia nasi. suap punya suap, dia gigit tangan ai. sakitlah jugak. bila ai paksa2 dia bukak mulut, barulah ai perasan ada empat batang gigi yang tumbuh serentak. tapi tak panjang lagi lah time tu. sekarang?? ai panggil gigi arnab dan gigi leya hotfm. sebab apa?? sebab gigi atasnya besar macam gigi rabbit, dan jarang. tapi masih sweet tau.

masa check up setahun, timbang beratnya 8.5kg. ada orang kata semangat, ada orang kata ringan. ntahlah. tapi untuk ai, ai memang tak boleh dukung lama2. memang semangatlah. nengok je badan kecik. :p doktor kata, dia berat tulang. sebab kuat minum susu. memang kuatlah sangat. sampai ai yang kene kontrol. tapi bagi doktor, itu sangat baik. :) lebih2 lagi sekarang dia minum susu tepung soya (mamil gold) sebab penyakit eczema dia tu. yang ni cerita lain.

ada lagi satu soalan yang buatkan ai rimas sebenarnya. mula mula tu ai ok je, tapi bila ramai yang bertanya, dan ada yang sesedap rasa nak sound2, ai mula jadi marah. keluarga ai, suka hati ai lah nak anak berapa. korang mana tau realitinya kehidupan family kecik ai nih. bila ada orang tanya, bila nak tambah lagi sorang? bila nak bagi adik kat N.A.N? bila nak jadikan N.A.N kakak? tak yahlah merancang, muda2 senang nak beranak ramai. haiii lahhhh hoiiiii. baru tiga belas bulan umurnya. cakap pon belum lagi apatahlagi nak berjalan, ni nak bagi dia adik pula?? memang tak adalah. bukan ai nak menolak rezeki, kalau Allah bagi ai terima, tapi bukanlah dalam masa terdekat ini. merancang?? ya, memang ai merancang. orang luar melihat family kecik ai sangat sempurna. tapi hakikatnya.. Allah saja yang tau. memang setiap anak tu ada rezeki untuk dia. tapi katakanlah Allah masih nak menduga, disempitkan rezeki yang ada hanya untuk menguji, kesian kat anak2 yang tak tau apa2 kene lalui fasa kehidupan yang susah. time 2 nak membesar ni pulak kehidupannya disekat2. ai tak nak anak2 ai lalui kesusahan yang pernah ai lalui suatu ketika dulu.

biarlah ai membesarkan N.A.N seorang dulu. lepaskan segala keperluan dia dulu. dah tiga tahun tu, boleh ai merancang untuk anak kedua. lagi lagi bila dapat anak yang memerlukan penjagaan yang rapi seperti anak ai tu. ai tak dapat bayangkan kalau ai mengandung dalam waktu sekarang nih, dengan mabuk teruknya, dengan nak melayan anak lagi, dengan nak bekerja lagi, dengan nak berulang alik ke hospital lagi, dengan nak pakai duit banyak lagi, kesian kat diri ai sendiri dan lebih kesian kat N.A.N tu nanti. sekarang ni pon ai selalu rasa N.A.N kurang kasih sayang ai, apatah lagi bila dah ada adik nanti. bagi ai, ai nak ajar dia berdikari dan bertanggungjawab dulu. sebab diakan nanti akan jadi kakak, dia nanti nak kene membela adik2nya nanti.

sebenarnya ai kagum dengan kawan2 ai yang boleh mengandung setiap tahun. wanita hebat betullah!! kakak nurse tempat ofis lama ai tu, tiap2 tahun bersalin. sanak dah lima. tapi memang nampak dia kelam kabut. tapi ai memang tabik spring kat dia. lagi sorang, kawan satu tempat keje, tapi dia keje jaga bos kat bahagian lain, dakpink.blogspot.com , ai memang folow blog dia, kan dia mengandung lagi. memang kagum betul ai, anak setahun lebih, tapi gigih untuk mengandung lagi. :) bagi ai, ini semua perancangan keluarga masing2. sama macam ai cakap tadi.

kesimpulannya, semua terletak pada diri masing2 dan persetujuan bersama suami isteri. bagi ai dan Mohammad Bazli, kami memang mahu anak dalam usia N.A.N dua tahun setengah. tak perlu lagi ada orang nak mempertikaikan kenapa begitu, kenapa begini, dengan perancangan family kecik ai nih. haiiii lahhhh panjang pulak ceritanya.

untuk Nur Afnan Nisrina, selamat ulang bulan ke tiga belas bulan. ibu senantiasa berada disisi kamu ketika susah dan senang.


GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?