love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

27 Mac 2013

perancangan untuk si anak

sebenarnya ai tak kisah N.A.N nak jadi apa bila dah besar nanti. asalkan menjadi seorang anak yang berguna. ai memang tak akan paksa dia untuk memilih apa yang dia minat. tapi pada permulaan kehidupannya, ai sememangnya ada perancangan awal sebelum N.A.N melangkah ke alam persekolahan.

tak dapat dinafikan, N.A.N memang sukakan musik. dengar je lagu sikit, dia dah berjoget. antara buku dia yang banyak2 tu, N.A.N lebih suka pada buku dia yang ada lagu2. ai dah mula nampak kecenderungan N.A.N memang ke arah musik. tapi ai takkan galakkan kalau tetiba dia nak jadi penyanyi pulak.

minggu lepas, ai ada temankan kawan ai registerkan anak dia ke kelas musik. ekceli, kelas musik tu pon ai yang cadangkan pada dia. ai ada cakap, tahun depan N.A.N dah 3 tahun, ai nak masukkan dia kelas musik. dari dia duduk sesaja kat rumah pengasuh, baik ai hantar ke kelas musik ke apa ke bagi mengembangkan IQ dia.

sampai2 je kat kelas musik tu, ai teruja bila ai ternampak ada sorang budak ni tengah belajar main biola. kiut je. ada cikgulah yang mengajarnya. bila kawan ai dah bayar yuran semua, cikgu tu ajak kami masuk ke semua kelas dia. bilik tu kedap bunyi. bila bukak pintu baru dengar alunan musik. 1 kelas ada 5 orang pelajar. ai ada tanya, alat musik apa yang sememangnya bagus untuk perkembangan otak anak2. cikgu tu suggestkan piano dan biola. sebab nanti boleh pandai matematik. sebab code piano dan biola perlu dikira seperti matematik. ai sangat teruja.

sampailah kami ke kelas terakhir. ada sorang kanak2 sindrondown lelaki cina. comel je ai tengok dia tengah main drum. tapi kata cikgu tu, budak tu, cikgu yang kene ikut mood dia. time ai pegi tu dia agak moody. sebabtulah dia main ketuk je drum tu. kalau tak, budak tu pandai main. parents budak tu bayar lebih 3 kali ganda dari harga yuran sebenar.

tak sabar nak tunggu sampai tahun depan. harga boleh tahan, pendaftaran RM700. dan yuran bulanan RM150. kelas mula dari pukul 9 sampai pukul 1. memang kira jadilah ai nak hantar ke kelas musik tu. ai dah bayangkan dah N.A.N main piano atau biola. heeeee tak sabar sangat ok.

cuma ai kene bawak N.A.N masuk ofis sekejap 1 jam, lepas tu ai hantar N.A.N ke kelas. pukul 1 ai amik, lunch dah petang ai akan transitkan di PASTI untuk belajar agama, mengaji, baca doa. petang pukul 5 balik. masa N.A.N akan terisi. mula2 Mohammad Bazli macam tak setuju ai hantar ke kelas musik tu. tapi bila ai terangkan, dan ai bagi pendidikan sama rata, dunia dan akhirat, barulah dia senyap sikit. sikit je pon.

setahun N.A.N ke kelas musik, tahun depannya 2015 ai akan hantar pula ke kelas melukis. nasib baik semuanya berpusat disini. 2016-2017 N.A.N masuk Pra sekolah, dan 2018 N.A.N dah darjah 1. time tu, ai nak N.A.N membentuk dirinya sendiri....


memupuk minat si anak

ok. semua sedia maklum, orang gomen gaji 25hb lepas. dan ai rasa dah lama tak belikan apa2 untuk N.A.N. asiklah belikan baju saja, sampaikan gobok pon dah tak muat. memandangkan ai memang nak sangat tengok N.A.N mewarisi bakat melukis ai, jadinya ai perlu memupuk minat si anak dari kecil. dan hasilnya, alhamdulillah.. semakin bijak. tapi macam selalu, paling lama dia boleh duduk diam adalah 15 minit, lepas tu mula nak mencari buku jugak.

nak tengok hasil kreatif anak dara ai?? 
jap jap jap





tadaaaaa





 hasil kreatif N.A.N


 yang cantik2 haruslah ai yang lukis. cantikkkklahhhh sangat







 haaaa time ni bateri N.A.N dah nak habis dah. naik atas sofa, amik botol susu, minum dan terus babam





mudah mudahan apa yang ai harapkan akan terlaksana. kalau tak mewarisi bakat ai pon tak pe lah, asalkan jadi seorang anak yang solehah dan membanggakan ibu bapa dan negara. amin..

ai tengah menghitung masa, hari sabtu N.A.N menjalani pembedahan lagi sekali, doakan semuanya berjalan dengan lancar.

21 Mac 2013

proses pindah rumah ~ 1

ingat lagi tak cerita ai tentang nak pindah rumah dan dah pasang grill. kan aritu ai pegi tengok semula bila lepas grill dah dipasang. ai pasang 1 rumah dengan harga RM 1800.00. kedainya pon dekat dengan rumah ai dan sume ye diambil terus dari kilang. tuan punya kedai senang jugak untuk dibawa berbincang dan yang paling penting sangat mudah untuk minta kurang. dapatlah kami kurangkan harga. kalau ikutkan bukan harga tu sebenarnya. lagi mahal. tapi tulah, bajet cukup2 je, tu yang bersungguh2 minta kurang. hahahaha jahatkan..







cuaca panas, meh ler kita berendam

ok. ini juga salah 1 aktiviti N.A.N time cuti. 2 minggu lepas, gasak berendam kat air laut PD. sampaikan tak mau naik. pastu nangis memang tak hingat sampaikan tertido2. minggu lepas ai ingatkan nak bawak lagi ke PD. tapi rasa macam malas pulak. tu lah yang berendam kat kolam depan umah je. siap pakai pelampung bagai. over tau anak ai tu. pastu bersenang lenang sambil makan nasi. kan cuaca sekarang pulak tengah panas. mandi baru 2 minit dah berpeluh balik. nasib baik N.A.N banyak rompers. ai pakaikan baju tu je.

meh ler kita berendam bila cuaca panas :)





gadis bermotor besar

weeknd hari tu ai balik rumah mak ai. sebenarnya sejak2 mak ai makin tak sihat ni, ai memang selalu balik seremban. ai anak yang paling dekat n senang nak balik. tulah yang ai selalu balik. selalu pun time hujung minggu je lah yang ai selalu balik.

ok berbalik pada tajuk asal. kakak ai ada belikan anak dia motor besar yang pakai bateri tu. tapi memandangkan kakak ai duduk rumah flat dan dia malas nak turun balik kalau dah naik, jadinya dia tinggal saja motor tu kat rumah mak ai. pastu motor tu pon tak bergerak2. dok je lah situ sampai berhabuk.

N.A.N memang suka dengan motor tu. suka sebab ada musik. dia tekan2 nanti keluar lagu n lampu2 warna warni. ai selalu fikir dan nampak anak ai kecik je. tak besar2. jadinya hari tu ai try naikkan N.A.N. alahaiii rupa2nya dah pandai tekan sendiri dah. tapi tak pandai nak control je kiri dan kanan.

bila ai cakap dengan abah ai time tu, abah ai cakap, anak kau tu dah 2 tahun, tahun depan dah 3 tahun, memanglah dah pandai. a'ahkan.. macam tak percaya je anak dara ni dah besar dah..


ni baru test. petang tu baru bawak keluar main. tapi sayang, pinjam orang punya. nanti kite beli lain ye sayang..

IM4U

12 mac lepas menteri besar negeri sembilan datang kat tempat keje ai untuk rasmikan program IM4U. alaaa acara perasmian ye dilakukan di UITM Shah Alam awal bulan ari tu. jadinya setiap IPTA kene ada program bawah IM4U.

persiapan mengalahkan majlis nak sambut menantu. meriah sekali. ai jadi urus setia kat station pembuatan kek. eh, sebenarnya ada 5 ke 6 station yang MB kene singgah. yang ai ingat ada station buat kek, station fusal, station tulisan khat. macam2 lagilah.. Program ye setengah hari, tapi persiapan ye berbulan2.


 yang ini station tulisan khat. kami amik budak2 tadika je.
 ini court untuk MB tendang bola futsal

 nampak tak budak lelaki yang depan ni. budak ni sangat pemalu tau.
 gambar budak lelaki ni lagi dekat. hensem pon hensem.

 ini station buat kek

 inilah orang yang kami jemput untuk tunjuk cara buat kek.

 ni time MB tengah bagi ucapan. kelakar sangat.


 ni bergambar dengan anak2 orang asli. yang tudung pink tu Dato' NC kami
inilah kek coklat yang sangat menjadi kontroversi. sebab harganya sangat mahal, tapi designnya sangat simple. tapi bagi ai ok je. harganya mahal sebab lapisan coklat dia tabl, kek dia lembut. memang sangat sedap.

lepas terasminya program IM4U ni, selepas ni makin banyaklah program yang akan kami buat. nasib baik bulan depan ai cuti panjang. terselamat sikit.

18 Mac 2013

update pasal anak sendiri

rasanya dah lama tak update pasal N.A.N. pasal perkembangan dialahkan.. kalau dah berkumpul dengan mak mak ni, tak da soalan lain dah. mesti pasal anak. anak ko jalan umur berapa? dah pandai cakap ke belum? dah ada berapa batang gigi tumbuh? hantar anak kat sapa? macam2lah kan. jadinya ai pon dah update pasal perkembangan N.A.N.

PANDAI JALAN

seperti semua dah tau, N.A.N pandai jalan umur dia genap 14 bulan. itu pon secara tak sengaja. dan ai pon tak sangka N.A.N akan berjalan. sedangkan dia sangat takut melangkah time tu. diri memang dah tegap dah, untuk dia melangkah ke depan, memang tak akan. N.A.N lambat jalan pon mungkin sebab dia tumbuh gigi dulu. N.A.N dah berani melangkah time ai melawat mak ai masa sakit teruk bulan 1 lepas. time tu dah habis waktu melawat. masa tu kat depan lift adalah 2 3 orang kakak n abang main kejar2. N.A.N dah terjerit2 nak lepas. ai tak bagi sebab ai tau dia mesti akan merangkak. apa kes merangkak kat tempat awam macam tu? time tu ai dengan abah ai. abah ai cakap, cuba lepaskan. nak berjalanlah tu kot. dok tengok budak2 berlari. bila abang ai dah membebel, ai pon lepaskanlah jugak. memang betullah... N.A.N dah mula nak menapak 2 3 tapak. memandangkan time tu lift memang ramai orang naik, jadinya ai biarlah dulu orang berebut2. ai tengokkan gelagat N.A.N. nasib baik abang n kakak tu pon nak berkawan dengan N.A.N. bukan main suka. mana dia terjatuh, ada pulak orang kat situ, tak kiralah bangsa apa, N.A.N akan berpaut untuk diri semula dan mula menapak lagi. memang betul N.A.N nak berjalan sebenarnya. bermula dari situ, N.A.N dah tak takut lagi untuk melangkah kedepan dan semakin laju melangkah. terbaru, N.A.N dah pandia berlari. wallah!!

TUMBUH GIGI

N.A.N tumbuh gigi seusia 8 bulan. mula2 ai tak tau N.A.N nak tumbuh gigi. sebab dia tak demam pon. kan sesetengah budak nak tumbuh gigi kemain hebat demamye siap pakage merengek je. Alhamdulillah N.A.N tidak begitu. ai cuma perasan N.A.N dah tak nak makan nasi biasa, dan suka gigit anak patung dia. dan ai pon tak ada rasa nak check2 gusi N.A.N. rahsia N.A.N tumbuh gigi bila ai otw balik Nilai dari Perak. Time tu N.A.N nak 'bergantung' dengan ai. tapi bila ai bagi je, dia terus gigit. sakit ok. gigit dengan gusi pon sakit, apatahlagi dengan gigi. lagilah double triplelah sakitye tu. dan dan tu jugak ai tengok gusi dia. ya.. memang betul, gigi N.A.N nak keluar 3 batang serentak.  sejak dah tumbuh yang tiga batang tu, gigi dia semakin kerap tumbuh. lepas gigi atas tumbuh 3 batang, gigi bawah pulak nak keluar 2 batang. dan sekarang N.A.N dah ada 6 batang gigi. dan ai juga ada ajar N.A.N gosok gigi. walaupun ada orang cakap kenapa nak berus gigi anak awal, ai cuma cakap, N.A.N dah makan macam2. jadinya perlu gosok gigi. ai tak nak gigi dia coklat hitam sebab tak nak gosok gigi dan tak dilatih dari awal.

DAH BOLEH DIHARAP

Alhamdulillah N.A.N sekarang memang dah boleh di harap.mana tak ye, baju kotor dah pandai masukkan dalam bakul kain kotor. kalau dah tak nak hisap puting, dah pandai bagi kat ai. kalau dah habis minum susu, dah pandai naik atas sofa dan baring. kalau nampak ai bawak bekas makan dia, dah pandai duduk dan tadah tangan baca doa dan bila amin, di aminkan. yang ni memang sweet. dah boleh disuruh amikkan barang2 ringan. macam remote tv, bantal kecik. handfon kalau berbunyi. Alhamdulillah..

TUMBUH RAMBUT

rambut dah semakin lebat. tapi kerinting. mak ai kata ikal. kerinting kat bawah je. tapi disebabkan rambut N.A.N masih pendek dan halus, ai nampak rambutnya kerinting secara keseluruhan. dah macam2 minyak ai guna, tapi tak menjadi jugak lebat rambutnya tu. ada orang kata sebab ai tak cukur rambut dalam perut, masalahnya time dia keluar dulu pun mana ada rambut. yang lebat sekarang ni pon rambut betul dia selepas keluar dulu. ada apa2 petua tak macam mana nak lebatkan rambut. ada orang bagi petua pakaikan inai. tapi perang pulak rambutnya nanti.

BERCAKAP

sekarang mulut dia sangat bising. dah pandai ajak berborak. tapi sesekali terkeluar jugak lah beberapa perkataan yang dah pandai disebut. seperti biasa yang N.A.N pandai adalah.. mama, ayah, nak, nanak,nene (yang ni ai tak tau dia maksudkan nenek atau nenen) tok, nah. sesekali tu terkeluarlah jugak "nak mama" kalau nakkan sesuatu. "nah mama" kalau nak bagi kita barang. kalau nampak mak ai, "nene nene" tapi kalau nampak ai bawak botol susu pon "nak nene nak nene".

EKSPRESIKAN SAYANG

yang ni ai tak sangka. dah boleh mengekspresikan rasa sayang dia. kalau dia leka main, tiba2 bangun datang kat kita cium2 apa yang dia dapat cium. kalau kaki, kakilah. kalau tangan, tanganlah diciumnya. bila dah habis makan, ai dah bacakan doa lepas makan, tiba2 dia cium tangan kita. ai tak tau pada pengasuh dia dia buat perkara yang sama atau tak. yang ni selalu terjadi time ai tengah masak atau tengah lepak2 baring dengan dia. kalau tengah masak, tiba2 dia datang kat ai, N.A.N mesti datang peluk2 kaki ai sambil sebut "mama mama mama". dan bila tengah baring2, dia akan duduk dan cuba baring atas badan ai sambil sebut jugak "mama mama mama". dengan anak patung memang tak yah cerita. memang akan dicium2 sesungguh hati dia .

banyak lagi nak update pasal anak sendiri. nanti ai sambung. dah start keje dah. k bai..


segalanya untuk KAMU

ingat lagi tak ai cakap dulu yang ai nak bercuti panjang. ai dah mohon cuti separuh gaji selama sebulan. mula2 ai mohon cuti tanpa gaji, tapi staff HR call ai semula tanya kenapa ai nak cuti tanpa gaji sedangkan mengikut perkhidmatan ai kat sini, ai dah boleh mohon cuti separuh gaji dengan alasan jaga anak sakit. 

bila ai dah tau boleh, ai terus cakap dengan bos ai yang ai nak cuti sebulan. ai nak jaga sendiri anak ai lepas pembedahan itu nanti. baru ai rasa puas hati. serius ai rasa kesal sangat sebab ai tak jaga dengan rapi pada kali pertama. tapi tak apalah. ai tak nak salahkan sesiapa. mungkin ada salah ai juga. ini sudah ketentuan.

haish!! tak sabar ok walaupun kelulusan itu masih diawang awangan lagi. ai rasa memang akan lulus. walaupun sebulan je, ai akan pastikan masa sebulan ini akan terisi dengan yang indah2 je. hahaha bajet macam apa je kan.

ketusan ini ai buat bukan suka2. ai dah berbincang dengan Mohammad Bazli. cuti tahunan ai dah tinggal sikit. mana lah tau kan, masa depan kita tak tau. cuti raya, cuti anak sakit, cuti hal keluarga. macam2 lagi. jadinya, inilah jalan selamat dan jalan penyelesaian yang terbaik dapat ai lakukan. walaupun ada serba sedikit kekurangan, ai percaya rezeki Allah ada dimana2. hanya untuk ai saja yang berusaha.

ada lagi seminggu je lagi ai akan bekerja. :) senyum sampai telinga.. segalanya untuk kamu Nur Afnan Nisrina. perasaan sekarang adalah sama dengan perasaan setahun empat bulan yang lepas. perasaan tak sabar nak cuti panjang berpantang. :)

17 Mac 2013

selepas didatangkan hujan yang lebat, diberi NYA pelangi yang cantik

lama betul tak bukak blog sendiri. berblogwalking kemain rajin. ada pulak masa ai ni kan. disebabkan lama tak update, tajuk kali ni kemain panjang.

fisrt sekali, Alhamdulillah..

setahun lebih kami menunggu akhirnya apa yang kami impikan menjadi kenyataan. segala urusan sangat mudah. dari mula sampai ke akhir. sekarang hanya tinggal persiapan dan menyiapkan kerja2 kecil yang masih tidak lengkap.

berikat perut ai anak beranak semata mengumpul duit.terima kasih juga di atas segala dugaan dan ujian dari MU. ini semua membuatkan kami sekeluarga bertambah bersemangat.

hujung bulan 2 lepas, kami dah dapat kunci rumah. tapi ai tak ikut sekali Mohammad Bazli amik kunci sebab ai jaga mak yang tak sihat. cuma Mohammad Bazli cakap je yang dia dah amik kunci dan dah pegi tengok rumah. ai cuma berharap rumah akan siap seperti apa yang dijanjikan.

balik dari keje, ai ajak Mohammad Bazli pegi lagi. tersangat jakon kan?? tapi kali ni ai agak takut dengan tangga dia. oh!! rumah ai adalah rumah terus 2 tingkat. tapi tak lah besar mana pon. kecik je.. cukuplah untuk kami bertiga dan bakal berempat ini.

selang beberapa minggu, Mohammad Bazli ajak ai tempah grill pulak. konon2 suruh ai pilih design. tapi apa yang pilih sume tak minat. last sekali, dia pilih design sendiri dan ai pilih design tambahan yang ada kat grill tu.

sejak dapat kunci tu, ai dan Mohammad Bazli sibuk mencari kotak untuk berkemas sikit2. penat ok. mana nak mengemas, mana nak terjerit2 kat N.A.N yang sedia menyepahkan semula, mana nak bekerja lagi. tapi tak per.. inilah dinamakan sebahagian dari kehidupan.

cuma apa yang jadi masalah sekarang ini adalah, proses pembaikian semula rumah tu masih belum dibuat dan api air masih tidak dimasukkan lagi. jadinya proses membersihkan rumah baru masih tergendala. sakit betul hati ai. time suruh bayar deposit api air tak menyempat, tapi bila dah sampai masanya, terhegeh2 plak.

kami janji dengan tuan rumah sewa sekarang nak keluar hujung bulan ni B4 29 Mac 2013. sebab time masuk rumah ni dulu, deposit ai hanyalah 1 bulan. jadinya bulan Mac ni, kami tak perlu bayar sewa lagi dah. dan orang yang nak gantikan ai tu pon dah asik bertanya bila kami nak pindah. yelahkan, orang baru kawen, duduk pulak berasingan. sekarang pulak wife dia dah pregnant. ai faham ok, cuma kene tunggu sikit je lagi.

sekarang rumah ai dah tak macam rumah. N.A.N sendiri pon dah tak betah duduk rumah sendiri lama2. sebab apaa?? sebab rumah dia dak tak boleh nak berlari. bila usik itu kene marah, usik ini kene marah, jadinya N.A.N sangat bosan. hahaha kesian kamu anak. sabarlah. sikit je masa lagi. nanti kamu dah boleh main tangga. EH!!!

Alhamdullillah.. ai sekeluarga sangat rasa bersyukur dengan apa yang diberikan oleh Allah swt. setelah DIA puas turunkan hujan dalam keluarga kami, akhirnya DIA memberi sinaran pelangi yang indah. terima kasih yang tak terhingga.

sebenarnya banyak cerita yang ai nak kongsikan. kite cerita lain2 page ya. nampak sikit macam orang rajin update.. padahal!!!! K bye!!

6 Mac 2013

pengasuh OH pengasuh

semalam, lepas kemas2 rumah, dah bersihkan diri, dalam pukul 11 lebih malam, ai nak tido. tapi ai layan FB dulu by phone. N.A.N dah selamat dibuai mimpi. Mohammad Bazli pulak layan internet kat bilik sebelah. tengah asyik ai berchit chat dengan kawan2, tiba2 masuk 1 sms. ai baca, rupanya dari pengasuh N.A.N. ai tak kisah sangatlah, mungkin ada nak suruh bawak apa2 pagi esok.

bila ai baca sms dari pengasuh tu, darah ai terus naik. kenapa pulak dengan akak nih?? tadi time amik N.A.N petang ok je. time ai hantar pempers lepas isya' pon ok je. kenapa tetiba hantar sms macam ni.

"Aslmualaikum.. yani akak nak cakap terus terang, klu yanie x puas ht, x yakin, x percaya @ apa2lah tentang akak jg rina, akak x kisah lah klu yani nak cr pengasuh lain. Setiap kali akak ngadu psl rina, yani mesti nak samakan rina ms kat rumah ok je.. hbs x akan akak nak buat cerita. akak walupun x ada anak tau apa yg boleh apa yg tak boleh, tp akak ikut jgk lah ckp yani. kdg2 akak ada jgk terasa bila akak ngadu psl rina yani mesti jawab kat umah rina ok je kak. bunyinya mcm x percaya apa akak cakap, mcm akak ni jg x ok je. klu camtu yani cr je pengasuh lain akak mmg x suka mcm ni, nnt wat tmbh dosa je cakap2 kt belakang kang. pastu hal akak bg rina mkn dia yg buang2. brsepah2 atas lantai. bukannya akak x bg mkn. yani cubalah cr pengasuh lain dgr pulak pengasuh tu ckp apa. klu lain dr akak ckp, maknanya akak lah yg x ok. setahu akak bkn kata bdk2 skt perut mkn kari, akak yang dah tua ni pun sakit perut."

inilah bunyi sms dari pengasuh. ai tak tambah tak kurangkan ceritanya. ai terus bangun cakap dengan Mohammad Bazli. bila ai baca ayat last tu, baru ai tahu, pasal lauk kari yang ai bekalkan untuk N.A.N. memang petang tu time amik N.A.N pengasuh ada bagitau N.A.N sakit perut. cirit birit sampai pempers habis. sampai pinjam pempers adik iparnya iaitu jiran sebelah rumah ai. ai tanya kenapa akak tak call. akak tu cakap tak ada kredit. ai pulak, yeke, tak perlah. nanti saya gantilah kat ila. (nama adik ipar pengasuh). pastu bila pengasuh cakap makan kari kot, ai cakap pulak, yeke kak?? saya dah banyak kali masak kari, tapi ok je kat rumah. pengasuh tu balas balik, tu pon akak dah tambah air. ooo mungkin pekat sangat kot kak. sebab bubuh kentangkan. tapi pengasuh dan ai tak pulak macam bertengkar tinggi suara. macam biasa. ai pon balik. balik tu N.A.N nangis2 nak tido. ai naikkan buai, memang tido. ai buat keje semua, lepas maghrib Mohammad Bazli balik dari training takraw. dah pukul 8 lebih macam tu, ai panggil ila nak ganti balik pempers yang N.A.N guna. seriusly, kat rumah N.A.N memang ok. tak adalah pulak sakit perut berak2 ke apa. pastu ai pegi pulak rumah pengasuh nak hantar pempers. macam biasa. tak ada pulak dia cakap apa2 kat ai. tiba2 dah malam2 buta dia sms macam2. naik darahlah ai. ai memang pantang, kalau dah berdepan tak nak cakap. nak jugak tunggu sms cakap2 belakang macam ni.

ai terus ajak Mohammad Bazli pegi rumah dia. tak kisahlah dah tengah malam ke apa. hati ai tak senang. esok ai nak keje, tak sedaplah kan bila hantar anak tapi muka masam2. bila pulak ai tak percaya dengan dia?? bila pulak ai cakap dia jaga N.A.N tak elok sampai dia boleh fikir macam tu. pelik betullah ai. takkanlah pasal lauk kari pon nak gaduh2 macam ni. dah macam budak2 dah. bagi salam, suami dia yang keluar. tak jemput masuk ke apa ke, ai terus tanya, pengasuh (tak nak sebut nama dia) ada tak? saya nak jumap sekejap. pastu suami dia cakap dah tido. ai terus cakap. dah tido?? dia baru je hantar sms ni kat saya. takkan dah tido. tapi tak apalah.. ai pon cerita apa yang jadi. suami dia diam je. cakap, saya tak tau apa2. oklah fine, ai cakap esok ai jumpa dia.

hari ni ai tak keje. standby kalau2 dia cakap dia memang tak nak jaga N.A.N lagi ke apa ke. ai boleh terus jumpa kawan ai lagi 1 tu dan angkut semua barang N.A.N kat rumah dia. bagi ai, ai sekeluarga memang tak ada masalah dengan dia. sebab dia memang jaga N.A.N dengan baik. jadinya ai pegi rumah dia. ai masuk, muka dia dah masam semacam. ai tak tunggu lama, ai terus je mulakan cerita...

ai : malam tadi saya datang, akak dah tido. apa sebenar ye ni kak?? pasal lauk kari perkara kecik ni pon nak terasa hati. saya tak pernah nak banding2kan akak jaga dengan saya jaga. sebab saya tau, masa akak lebih banyak dengan rina berbanding saya. kalau akak terasa dengan saya selama ni, saya mintak maaf. tapi tak ada terniat kat hati saya bila saya cakap rina kat rumah ok je, bermaksud saya nak banding2kan akak. mungkin cara penerimaan akak yang lain. yelahkan, hati manusia ni lain2. saya paham dan tak marah. cuma saya terkejut, tiba2 akak sms cakap kalau tak percayalah, apalah, apa ni kak?? akak boleh nampak saya percaya ke tak kat akak. kalau saya tak percaya, time saya balik rumah lunch hour tu, saya boleh singgah rumah akak tengok keadaan anak saya. tapi saya tak buat. sebab apa, sebab saya percaya kat akak. saya pon nampak cara akak manjakan rina. saya tak terasa hati. sebab apa, sebab akak lama jaga dia. saya balik keje dah petang. kejap je dia dapat main2 dengan saya, pastu sibuk nak tido dah. esok pagi dia tinggal lagi dekat akak. saya memang tak ada masalah dengan akak. akak jaga anak saya memang perfect. kadang2 saya yang segan dengan akak, saya bayar akak tak seberapa tapi akak siap basuhkan baju rina, towel dia. belikan macam2 untuk dia. tapi saya fikir positif. saya dah cakap dengan akak dulu, hari first saya hantar rina kat akak, saya tak kisah kalau akak nak buat rina macam anak akak. saya pon tak terasa hati langsung bila akak lebih banyak bercerita pasal rina dekat jiran2 daripada saya ibu dia sendiri. sebab saya tak kisah. selagi akak jaga rina dengan elok, tak ada patah riuk, tak ada calar balar, lebam2, saya ok. saya dengan suami bukanlah mak ayah yang cerewet pasal anak. saya pon tak cakap apa bila akak cakap bekal rina tak habis makan. sebab saya tau, anak saya macam mana. saya tak terfikir langsung ke akak yang tak bagi rina makan. kak, sumpah!! pasal buai pon sama. saay cuma terkejut je bila say dengar adik ipar tanya pada kak su guna ke tak tapak buai zariff. sebab nak letak kat rumah kak balkis. rina tido buai. tapi bila saya tanya akak, rina ok ke tak tido atas bouncer tu je, akak cakap ok je. tido je. tak ada pulak akak cakap rina tak selesa ke apa ke. kenapa perlu orang lain yang cakap. saya dah cakap dulu lagi, kalau akak nak keperluan rina, akak cakap je. bila akak cakap ok, saya asume oklah. kalau akak cakap tak ok, baru saya nak belikan buai. mesti kak su tu akan fikir, kenapa saya tak beli sendiri?? sampai kene pinjam2. sebab tulah, bila ayah rina balik, saya terus ajak dia pegi beli buai letak kat rumah akak malam tu jugak. kalau ikutkan, saya boleh terasa hati dekat akak. tapi saya tak suka bersangka buruk pada orang. jadi saya fikir akak segan nak cakap dengan saya. saya pon tak tau bila masa akak terasa hati dengan saya. sebab akak layan saya ok je. dah berapa kali saya cakap, kalau ada tak puas hati terus pada saya. tak perlu lalu2 kat orang lain walaupun adik beradik sendiri. sebab anak saya akak jaga. saya pon tak pernah risik2 pasal akak pada sesiapa. kenapa perlu melalui orang lain?? ni urusan kita berdua. tapi disebabkan lauk kari tu, akak boleh cakap macam2 kat saya. saya nilai akak bukan melalui orang lain. saya nampak sendiri. jadi saya pon nak akak nilai anak saya dan diri saya dari hati akak sendiri bukan ikut kata orang lain. sekarang, saya nak tanya akak betul2, akak nak jaga rina lagi ke tak?? kalau tak nak jaga, saya boleh usaha cari pengasuh lain. saya tak nak, sebab perkara ni akak dengan saya dah tak macam dulu sedangkan saya masih hantar anak pada akak.

pengasuh dah mula menangis. ai diam pulak. nak tunggu apa yang dia nak cakap.

pengasuh : yani kene faham akak jaga anak orang. lain yanie. bila semalam yanie cakap macamn tu, akak terfikir2 yanie dah mula tak percaya kat akak ke? akak sayang rina dah macam anak sendiri. kalau yanie dah tak nak hantar rina kat akak, lepas ni akak dah tak nak mengasuh. akak ikhlas jaga anak yanie. tulah akak cerita dekat ila. ila pon fikir benda yang sama. sebab tulah akak jadi tak senang hati. orang lain sibuk tanya rina ok ke kau jaga. akak tak pernah nak jaja cerita pasal rina bila akak jaga. rina ok je. tapi biasalah budak2 ada time mengamuk ada time menangis je. yanie tahukan akak macam mana. masalah tak ada anak,dengan orang2 bercakap, dengan mak mertua, akak jadi sedih. rasa nak menangis je. betul yanie, akak sayang sangat kat rina. kalau yanie dah tak nak hantar kat akak, akak tak taulah nak jadi apa.

see.. see.. dia ada problem dalaman, habis ai dengan anak ai jadi sasaran dia.

ai : saya tahu hubungan akak dengan rina macam mana. saya faham sangat kak. ini pasal kasih sayang. saya tak boleh putuskan kasih sayang akak pada rina. saya tahu akak ikhlas. adik ipar akak sendiri jaga anak orang. saya boleh bezakan antara akak dengan dia. akak pernah tak dengar saya bercerita pasal akak?? saya tak mintak akak bercerita pasal anak saya pada orang lain. orang lain biar dorang. saya tak mampu kak nak bayar macam harga orang lain. ni je yang saya mampu. sebab saya tau saya bayar akak tak mahal, saya bawak bekal rina sendiri, saya bagi jajan rina, saya bagi sabun mandi, sabun basuh botol. kalau akak ada masalah, akak cite dengan saya. in shaa allah saya boleh dengar. saya pon perempuan kak. saya tak tau apa jadi kat sini bila saya kuar keje. saya harap, anak saya selamat, saya keje senang. macam saya cakap tadi, saya tak ada masalah dengan akak, dan saya memang nak hantar rina kat akak lagi. tapi lepas ni, saya mintak tolong sangat2 kat akak, janganlah pk bukan2. ini urusan akak dengan saya. biar kita sendiri yang berurusan tanpa ada campur aduk dari orang lain. lepas ni, kalau ada apa2 tak puas hati, terus cakap depan2 dengan saya. saya memang pantang orang cakap2 belakang.

pengasuh tu ada lagi bercakap. ai faham. dan ai pon mintak maaf kalau selama ni dia terasa hati dengan ai. ai betul2 tak sangka dia boleh berfikir macam tu sekali pada ai. bagi ai kecik sangat perkara ni sampaikan dia nak besar2kan dan cakap macam2 dalam sms tu. sedangkan ai tak pernah kata dia jaga N.A.N tak betul ke apa ke. haiiilahhh pengasuh. Mohammad Bazli pon dah cakap, sekarang kita dah tau macam mana diri dia. lepas ni kita perlu lebih berhati2. dengan dia. kalau betul dia ikhlas jaga N.A.N, terima kasih. kita tengokkan macam mana. kita pegang kata ikhlas dia tu. bila dah jadi macam ni, mesti hubungan kita dengan dia dah tak macam dulu. tengoklah macam mana. dah tak lama pon lagi. tahun ni je pon dia jaga N.A.N. tahun depan ai dah nak masukkan dia sekolah. dan kalau rezeki ai mengandung, ai akan fikirkan macam mana, nak mintak tolong dia jagakan lagi atau tak. kalau ada baby kecik lagilah. kene datang rumah dia bagi susu yang ai pam tu, lagilah dia akan fikir ai tak percayakan dia. susahkan nak jaga hati orang yang dalam masa yang sama anak kita dia jaga.... alahaiiiii pengasuh OH pengasuh...

5 Mac 2013

marilah kita bergembira!!!

ok.. ok.. tau sekarang memang tengah mood sedih. tak usah nak dilayan sangat mood sedih nih. jadinya.. marilah kita bergembira sampai ke bintang bersama anak dara yang semakin membesar ini...














 subuh pada hari yang sama, ai masak bekal N.A.N. tengah potong carot, terhiris sekali jari ai. nasib baik N.A.N tak jadi raja bersiung.. :)




 senyuman inilah yang ai rindu setiap hari bermula 8 pagi hingga 6.30 petang




GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?