love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

29 November 2013

selamat ulang tahun sayang ~ NAN

kisah 2 tahun yang lalu ~

cepatnya masa berlalu

masih terasa kamu bergerak CUMIL dalam perut

masih ingat pertama kali menatap wajah kamu yang masih dalam KANDUNGAN

mengalir airmata tika doktor memberitahu KEKURANGAN kamu yang perlu ibu terima

masih terasa pertama kali kamu minum SUSU dari badan ibu

masih terasa sakit yang ditahan 72 jam untuk LAHIRKAN kamu

masih terbau-bau WANGIAN kamu selepas beberapa saat dikeluarkan

masih terdengar-dengar TANGISAN pertama kamu

masih terasa-rasa HANGAT badan kamu

susah senang kita bersama

siapa pun kamu

apa pun keadaan kamu

ibu tetap SAYANG kamu sampai syurga

memBESARlah kami dengan sihat dan jadi anak yang SOLEHAH dan BIJAK












































 



20 November 2013

Nur Afnan Nisrina ~ dah pandai cakap penuh tapi PELAT

minggu depan genap 2 tahun umur dia.

walaupun cakapnya masih pelat, tapi dah semakin jelas menyebut.

hari tu ai ada buat sambal belacan. dan ai tak basuh terus lesung batu tu. pastu penuhlah dengan lalat mengurung. bila dia nampak lalat, terus dia jerit bagi tau ai " ma.. yayat. ma.. yayat"

yayat = lalat

sekarang ni rumah ai tengah banyak semut. ai pon tak tau kenapa.

bila main nampak semut, dia akan cakap "emut.. emut.."

emut = semut

bila rasa dia nak minum susu, pegi kat tempat susu, cakap "nak cucu.. nak cucu"

dah boleh sebut 3 angka. nombor 5 6 dan 7

time kira sama2, sampai number 5 6 dan tujuh, sangat jelas sebutan dia

"ima.. enam.. ujuh."

bila nyanyi lagu injit2 semut

buat tangan cubit2 tu, dia akan nyanyi "emut.. emut.. akit.."

dah boleh sebut semua anggota badan dia.

bila tanya nak makan ke tak, dia akan cakap "nak"

nak makan apa? "nak mamam acik"

nak lauk apa? "nak auk pish"

dan dia juga sangat susah nak minum air putih. kalau tanya dia nak air apa dia akan cakap
"nak air e-dap"

e-dap = sedap

kalau ajak dia berborak

sesekali terkeluar juga sebutan yang betul

congrate sayang!! teruslah berusaha

jangan cepat putus asa dan ibu tau awak seorang yang cepat belajar


8 November 2013

buatan orang atau apakah?? mana satu nak percaya

jari kelinking tangan kanan ai kene gatal2 sejak bulan 5 hari tu. mula2 sikit je gatal dia tu, tapi lama2 makin teruk. ai dah pegi 7 klinik dari bulan 5 lepas sampailah sekarang. macam2 penyakit ai dengar dari 7 orang doktor dan ai tak tau doktor2 tu cakap betul ke tipu. hahahaha

doktor 1 = cakap ai ekzema dan ini adalah keturunan. dan dan tau ai call abah ai tanya keturunan kita ada ekzema x. sebab NAN kene ekzema pon ai tak tau dari mana dapatnya.

doktor 2 = cakap ai elergik dengan makanan laut. yang ini mungkin ada betul kot. kalau ada pon maybe ai kene resdung. kalau gatal2 peringkat teruk ni memang tak pernah.

doktor 3 = cakap ai ada penyakit kulit dan refer ai ke pakar kulit. ai pegi yang swasta punya sebab ai dah tak ada cuti nak pegi hospital kerajaan. ai pegi hari sabtu, amik darah, amik kulit kering yang dah terkopek2 tu masuk makmal. petang tu ai dah tau resultnya dan doc pakar tu cakap kulit ai normal. x ada apa2 alahan. nak tau ai kene bayar berapa?? RM270 ai kene bayar siap dengan ubat. fuhhhhhhhhh

doktor 4 = sama cakap ai kene ekzema. time ni ai dah start gatal yang teruk. siap luka2 berlubang. nak mandi memang azab. pedih hanya Tuhan saja yang tahu. ai dapat injection tahan gatal. tapi bertahan 5 jam. lepas tu makin teruk.

doktor 5 = amik darah lagi sekali. dan amik sample air yang keluar dari celah2 kulit kering tu. sama2, elok x ada apa2 alahan. doc tu cakap maybe kulit ai tak tahan dengan udara yang kotor.

doktor 6 = ai dah mula malas nak dengar penjelasan doc. ai mintak injection nak hilangkan gatal. antibiotik dan ubat sapu, ubat tahan gatal. time ni ai dah mula rasa badan ai senang nak sakit. macam demam dan selsema.

doktor 7 = injection lagi sekali dan ai mintak ubat yang ada kandungan steriod. yang paling kuat. tapi sama, baik kalau letak ubat, kalau ubat dah habis penyakit tu datang lagi.

ai dah putus asa. setiap kali solat mesti nangis.tak tahan dengan penyakit ni. ai redha jika penyakit ini mampu menghapuskan dosa2 kecil ai selama ini. penyakit ni menganggu tahap konsentrasi keje ai. ai nak berhadapan dengan klien pon dah rasa rendah diri. nak tunjuk2 sangat jari ni pon malu. takut dorang pon naik geli. sebab teruk sangat. :(

masak?? memang dah lama tak masak. kalau masak pon, simple2 je. setakat goreng2 je. NAN pon dah lama tak bawa bekal. basuh pinggan, masak pakai sarung tangan. sungguh tak selesa. pinggan ai dah pecah 5 biji sebab basuh pakai sarung tangan. licin. rasa diri hina sangat. sebab dah tak mampu nak uruskan rumahtangga dengan sempurna.

atas nasihat mak abah ai, ai pergi berubat di darul syifa'. amik nombor hari ni, lusa baru boleh jumpa. nampak tak ramainya manusia yang nak jumpa. tapi ai tak jumpa dengan peneraju utama darul syifa' tu. ai jumpa dengan anak didik dia. jumpa dalam 15 minit je. dia cakap ai ada terambik barang time kemas rumah baru sebelum pindah dulu. ai tanya amik barang apa?? sebab seingat ai, pasal pembersihan rumah tu Mohammad Bazli yang kemas. ai datang time rumah tu dah bersih dari segalasemak samun dan ai tolong basuh je. pening kepala dok pikir barang apa. ustaz tu bagi ai garam dan air suruh basuh tempat gatal tu 3 hari berturut2. lepas basuh guna air tu, jari ai ok 2 minggu je. lepas tu jadi balik. stress ok.

kali kedua ai pegi jumpa ustaz lain pulak. NAN ai tinggalkan dengan parents ai. takut nak bawak. tempat2 macam tukan tempat buangan benda2 asing tu. takut jugak ai kalau2 NAN pulak yang berjangkit. yang ustaz ni pulak cakap, ada orang dengki dengan kesenangan ai sekarang ni. orang2 terdekat. makin gatal bila kat ofis sebab orang yang buat tu nak ai kene buang keje. haishhhhhh lagi pening. dengki dengan kesenangan ai?? apalah yang ai ada? nak kata kaya, memang tak lah kan. ada kereta pon myvi 1.0 je. tu pon dah mula buat perangai. dapat suami pon tak hensem. dapat anak pon susah. setahun kawen baru mengandung. keje pon biasa2 je. bukannya JUSA A ke yang gaji berbelas ribu. beli rumah pon kecik je. bukanlah tanah lot ke apa. apalah hadap sangat orang tu nak dengki2 dengan ai.dan ustaz tu cakap balik, orang nak dengki kadang2 kita pon tak tau kenapa. kita tengok keluarga kita hanya bersederhana je. tapi orang luar tengok kita dah kaya raya. ya Alllah.... ustaz tu bagi ai minyak. sapu bila time perlu je. ok fine. botol minyak tu sikit je. besar botol minyak wangi yang kecik tu je. ai sapu je. masalahnya, hari2 ai perlu sapu minyak tu. seminggu dah habis dan ai kembali kepada asal. huhuhu

kali ketiga ai jumpa pulak dengan ustaz yang mengajar di sekolah rendah mantin. yang ni, ai jadi lebih takut lepas jumpa dia. mana tak ye, ustaz ni cakap, jari ai ni bukan sebab ai amik barang asing ataupun ada orang dengki. ini adalah keje jin. tapi bukan jin yang buat keje rosakkan jari ai ni, tapi qadam2 jin ni yang buat keje. ustaz tu tanya, pernah tak terasa ada benda melintas2 tapi bila toleh tak ada? ai jawablah ada. dan ustaz tu cakap, lintasan itulah jin sebenarnya. uollss seram tak?? sebelum jumpa ustaz ni, dia ada suruh bawa telur ayam kampung dan limau purut. tapi ai dan Mohammad Bazli jumpa limau purut je. telur ayam kampung tu tak jumpa. dia baca2 ayat Quran kat limau purut tu dan potong2, dia suruh ai mandi 3 hari berturut2 lepas asar sebelum maghrib. ai buat dan lepas buat ai rasa lebih takut. takut sebab bau limau purut dalam bilik air. hahahahaaha ai cite kat member ofis, dorang kata ai gila sebab takut bau limau purut. gila ke ai bila takut bau limau?? huhuhuhu sedeyyyyy

dalam proses perubatan tu, ustaz tu minta ai lunjur kaki lepas dia minta izin Mohammad Bazli nak pegang kaki ai. dia picit jari telunjuk kaki. sebelah kiri ai tak rasa sakit. tapiiiiiii sebelah kanan sakit gila. sampai berkerut2 muka ai tahan sakit. sakit tu rasa macam karen letrik di acuh2kan kat kaki ai secara berterusan.
sambil pegang tu, ustaz tu ada tanya beberapa soalan, dia tanya ai pernah gugur ke? ai jawab ada. anak yang ada sekarang ni nombor berapa? ai jawab nombor 2. dan dia terus pandang muka Mohammad Bazli dan cakap, saya mintak maaf cakap, kalau tak dijaga ni, anak awak sorang tu je la. kalau uollss seram tak dengar macam tu. dia tanya lagi, ada tak ada gangguan dalam tido. ai jawab ada, dan ai citelah apa yang ai selalu mimpi time mengandungkan NAN dulu. ustaz tu cakap, itu semua jin. yang baru2 ni yang ai gugur tu pon sebab jin tu dah amik darah ai sebelum sempat membentuk manusia. ustaz tu suruh ai amalkan bacaan 3 kul 7 kali sebelum dan selepas tido. dan sekarang ai amalkan. manalah tau, apa yang dicakap ustaz tu betul.

ai perasan juga, ai memang susah nak 'lekat'. tarikh datang bulan pon dah tak betul. kelaut semuanya. sampaikan ai pon dah jadi tak tau nak kira time subur macam mana sebab ai tak dapat tarikh yang tetap. kadang2 ai terfikir jugak benda yang macam ustaz tu cakap. bila fikir2 ai jadi takut pulak.

dan sekarang, ai tak tau nak percaya yang mana. nak percayakan cerita ustaz ke 3 tu atau doktor yang ke 7 tu.kalau ai tak nak takut ai percayalah cakap doktor ke 7 tu. hahahaha

buatan orang kah? kerana jin kah? penyakit kulitkah? mana 1 ai nak percaya nih??

ai percaya kewujudan makhluk di alam lagi 1. itu ai tak nafikan. kalau nak percaya sangat pon nanti boleh jatuh syirik. ai tak tau, jari ai ni boleh baik sebabkan perubatan tradisional ustaz tu ataupun kandungan steriod dalam ubat yang ai guna sekarang ni?

banyak ye persoalan......

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?