love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

27 November 2012

selepas setahun = setahun sudah umurnya

SELAMAT ULANGTAHUN KE SETAHUN SAYANG.

DOA IBU,

 JADILAH SEORANG ANAK YANG CERDIK
JADILAH SEORANG ANAK YANG SOLEHAH
JADILAH SEORANG ANAK YANG BERTANGGUNGJAWAB
TABAH DAN KUATKANLAH HATI MU MENEMPUHI ONAK RANJAU DIBUMI ALLAH INI
SIAPA PUN KAMU, APA PUN YANG TERJADI PADA KAMU, IBU TETAP SAYANG KAMU SEHINGGA SYURGA.
 









































ini baru sikit, nanti akan ai letak lagi gambar2 N.A.N dengan wajah baru...

kat mana ya nak sambut birthday anak ni...

akhirnya...

setelah menunggu sekian lama, setelah menghitung hari ke hari, akhirnya....

semalam (27/11/2012) ai bawak N.A.N checkup mata di HKL. bila time amik cuti urusan ye kejap je. time tak amik cuti, urusan ye bukan main lama. tak sampai setengah hari, urusan dah selesai. time masuk bilik rundingan bersama doktor pakar bedah, pembedahan mata anak ai hari jumaat ni yakni 30 November 2012. terkejut!! ai tak sangka tarikhnya secepat ini. banyak lagi urusan kerja yang ai perlu selesaikan sebelum bercuti panjang menjaga N.A.N nanti. tapi ai pentingkan Nur Afnan Nisrina lagi. biarkan saja suara-suara sumbang bercakap macam2 tentang ai dan anak ai.

kepada semua, doakan yang terbaik untuk Nur Afnan Nisrina ya.. :)

nanti ai akan cerita tentang perjalanan pembedahan Nur Afnan Nisrina ya!!

28/11/2012 rabu genap setahun umurnya.. :)

25 November 2012

dup dap dup dap

salam uollss

tajuk entri kali ni sangat melambangkan degupan jantung ai. bedegup kencang. ehem ehem ehem.. tarik nafassssssss lepasssssssss huh!!!

selasa 27/11/12 ni Nur Afnan Nisrina ada checkup mata. kali ni ai extra berdebar sebab ai akan dapat tahu tarikh pembedahan mata anak ai. mana yang tahu mata anak ai akan dibedah, dorang akan cakap, makin cantiklah anak dara ni. ermmmm tapi ai macam tak bersedia dengan wajah baru Nur Afnan Nisrina.

ai ada luahkan rasa hati ai pada ustazah tempat ai mengaji. (dah tua2 pon mengaji lagikan) kata ustazah "buatlah solat istikharah. insya-Allah dapat petunjuk." alhamdulillah.. dah dua kali ai buat. lepas ai buat tu, ai tak bagitau ustazah pon. sampailah kali kedua. tapi bila ai rasa macam tak dapat petunjuk, ai cerita dekat ustazah semula. kata ustazah lagi "tak semestinya Allah bagi petunjuk melalui mimpi. dari rasa naluri seorang ibu pon Allah boleh tunjukkan. ustazah nak tanya, kamu betul2 nak lakukan demi masa depan anak kamu? hati kamu berat kemana? nak buat atau tak buat.?" soalan ustazah pendek je, tapi jawapan ai punyalah panjang. nasib baik dengan ustazah. kalau dengan orang lain, mau kene lempang.hehehe

"tak taulah saya nak cakap macam mana. hati saya memang berat nak buat. untuk masa depan dia. saya tak mau dia rasa rendah diri dan jadi tumpuan orang ramai dek kerana kekurangan dia. memanglah ok, tapi saya kesian. kalau ikutkan saya, saya tak kisah. as long as dia boleh nampak, dah lah kan. tapi untuk keselesaan dia, saya kene jugak buat. saya tak nak dia jadikan ini alasan untuk tak nak pegi sekolah bila dia kene ejek dengan kawan2. apatah lagi dia kene sekolah disekolah pendidikan khas. anak saya bukannya buta. tapi kalau dilihat dari perkembangan dia, benda sehalus2nya pun dia nampak. tapi bila difikirkan wajah baru dia nanti, saya jadi takut."

ustazah tu juz senyum je. "saya nampak, alasan awak tak nak buat, cuma takut dengan wajah baru dia nanti. selebihnya tu semua demi masa depan dia. tengok, Allah dah beri petunjuk pada awak. buatlah yanie. buat untuk kepentingan dia. bukan niat awak nak merubah kejadian Allah. kalau sudah memudaratkan, ianya tidak salah. jangan diikutkan rasa takut tu. takut tu adalah suara2 syaitan."

doa ai tak pernah putus. biar selepas pembedahan itu nanti Nur Afnan Nisrina masih kelihatan sama ataupun mungkin lebih manis. pembedahan ini diredhai Allah. Ya Allah!!!! tak ada kata lain untuk ai luahkan tentang perasaan ai.

keadaan Nur Afnan Nisrina seperti biasa. akalnya memang tak terjangkau akal ai. makin cerdik, makin banyak kerenah dia. belum berjalan lagi. (ni entri lain ni)

uollss yang mana baca blog ni, doa2kanlah yang terbaik untuk anak ai. semakin DUP DAP DUP DAP!!!!

seratus lima puluh juta kali

last week ai MC sehari dan EL dua hari berturut2. (org dah hujung2 tahun hambat hati bos, ko tak habis2 EL) hari rabu lepas, ai diserang migrain yang agak teruk. entah apa silapnya, dok terlentang dari malam sampai ke subuh. nasib baik N.A.N sama terlentang. (baik ko nak) kalau tak, maunya meroyan ibu ko ni ha.

malam rabu, sambil jadi juri tetap dirumah nengok Vokal Bukan Sekadar Rupa, mak pulak telefon. mak ni kalau telefon mesti ada perkara urgent. "dik, kitaorg nak balik batu pahat. nyang dah meninggal." OMG!!! moyang ai dah tak da?? dengan tak pikir apa, terus kata ok, terus bangun siap2kan barang. kalau dulu, siapkan diri sendiri je, sejak2 ada N.A.N, keperluan dia lagi banyak dari mak paknya. dengan baju, pampers, makanan, haishhhh macam2lah. bial semua dah ready, ai gerak ke rumah mak ai dengan Mohammad Bazli.

kami gerak subuh Khamis. hari pertama ai EL. sms bos pukul 3 lebih pagi. nan hadolah bos nak reply. :) sampai2 batu pahat, nyang sedang dimandikan. sakit tua. umur pon dah lebih 90-an. muka suci je. nyang memang seorang yang baik, tak banyak mulut. kalau marah pon, dok senyap je atas kerusi. tengok mak, mak tahan nangis. tapi nampak muka sedih. ai tengok dari jauh je. sebab ada anak kecikkan.

ai sefamily tido di rumah nenek tiri ai dulu. (bunyi macam jahat sangatkan?? hahaha) mak tiri mak ai. dah 70-an pon dok rumah sensorang. ai mengaku, kami adik beradik memang tak rapat dengan nenek tiri. tapi masih sayang jugaklah. kali ni balik, nenek nangis jumpa cucu n cicit2nya. anak2 sendiri dah lama tak balik. :(

bila semua dah setle, pagi jumaat tu kami bertolak balik. ingatkan nak masuk ofis lambat je, tapi lupa hari jumaat. keje dah lah kejap, singgah pulak rumah mak, lagilahhhhhhhhh jadinya EL lagi sekali. time kenduri arwah malam jumaat tu, N.A.N baik je tau.. tak snap gambar pon, sebab Mohammad Bazli dah perli2. "orang tengah sedih, dia sebok nak amik gambo. kenapa tak amik gambo nyang tadi??" ok fine!!!! tapi lauk pauk memang superb power!! abah siap souns sistem lagi kat ai "kot ye pon, tunjukkanlah sedih sikit time makan. kakak ko pon sama." ai dengan selamba je jawab "abah, nyang tak suka tengok kita sedih2 macam ni. redhakan jelah dia pergi. tak tunjuk sedih tak bermakna tak sedih langsung." abah pulak yang buat muka.

dalam perjalanan balik, tetiba kat Suria.fm keluar lagu baru dari Ainan Tasnem. seratus lima puluh juta kali. ai cakap dengan Mohammad Bazli lagu ni sangat sweet. tau tak Mohammad Bazli cakap apa?? sambil senyum siput sedut, dia cakap "saya tujukan lagu ni untuk awak." reaksi ai?? hangin 1 badan. try uolls baca liriknya..

Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”
Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu
“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”
“Aku lagi kenal dia”
Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi
Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata
“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–
saya kenal sayang saya”
Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua..

mula2 ai sangat hangin satu badan sebab Mohammad Bazli kata ai macam singa, keras kepala, cemburu buta. tak boleh terima hakikat dengan kebenaran ini. hahaha tapi bila ai ulang2 dengar.. sangat sweet. terima kasih Mohammad Bazli.

ai ingat lagi satu2 ayat keluar dari mulut Mohammad Bazli. "tengok, belum apa2 lagi dah hangin. kan betul, dah macam singa. saya takut nak cakap awak macam singa secara langsung. saya macam nak call Ainan Tasnem sekarang jugak nak cakap terima kasih sebab cipta lirik macam ni. lagu ni perantara apa yg saya nak cakap kat awak. awak tau tak, berapa ramai tanya saya bila saya edarkan kad kawen kita dulu?? betul ke ko nak kawen dengan dia? dia ni garang tau, dia ni nampak gaya boleh jadi queen control tau. nak tau tak apa yang saya cakap? AKU LAGI KENAL DIA." 

iye... iye... ai perlu mengakuinya. sama jugak dengan u. ai pon nak cakap yang sama dengan awak, "AI PUNYA MANJA U SAJA BOLEH RASA" tak leh cakap aku kau nanti dosa susah nak bersalin hahaha

 

18 November 2012

mari bergelak ketawa bersama saya


agak-agak boleh ganti NASHA AZIZ tak?


harapkan badannya montel, memang tak dalah. semakin tinggi melampai. berat dengan tulang sebab suka makan ikan bilis kuat minum susu. tengoklah panjang lagi badan dari kakinya. Mohammad Bazli tanya, 
"agak2 boleh ganti Nasha Aziz tak?" 

gulp!!

bergembira bersama sepupu sepapat













GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?