love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

30 September 2012

check up mata Nur Afnan Nisrina # 3

esok 2/10/2012 check up mata N.A.N untuk kali ke 3 di HKL.

harap semuanya ok. sudahlah jam 8 temujanjinya. pukul berapalah nak siapkan N.A.N..

tabahkan hatimu wahai anak..

ibu pasti diakhirinya nanti awak akan bahagia.

24 September 2012

bersukaRIA di hujung minggu

hye u ollsss..

dah penatkan bekerja 5 hari. macam ai bekerja 5 hari sampai malam. jadinya penatnya tu berlipat gandalah. aktiviti bersama N.A.N pon terganggu. asik kene marah je anak dara ai tu. mana taknya, time2 ibu sibuklah dia nak tumbuh gigi. bila dah tumbuh gigi ni, keaktifannya pun lain macam sikit. kesian. dahlah 4 batang gigi tumbuh serentak. ai yang penat dengan tempat kerja + penat kerja rumah = jadinya N.A.N yang kene marah. tapi nasib baik N.A.N taklah demam teruk macam sesetengah budak yang nak tumbuh gigi.

bagi menggantikan masa ai bersama N.A.N ai bawak N.A.N ke PD semalam. seperti biasa, hanya bertiga. ai, mak dan kakak. suami?? tak perlulah bertanya dimana dia... :'(


 gigihkan.. nak pegi picnic punye pasal, bertolak dari rumah seawal tu

 ni kakak ai nombor 2. 

 time ni, N.A.N sibuk tengok ombak laut yang besar2..

 steady tak anak dara 10 bulan ni naik pelampung. ramai kata die dah setahun..

 dah ketengah sikit dah.. ai saja nak ajar dari kecik, bila dah besar tak lah takut sangat..

 tu diaaaaaaaaaaaa dah selamat ke tengah.. bukan main suka bila ombak besar2 datang dia pun terhayun sekali

 ni lah hasil setelah setengah jam bermain air laut...

kepenatan weyhhh


 mak yang setia menemani anak dan cucunya.. muahhhh kat pipi mak

 bekalan kami

4 jenis lauk yang mak masak. 


nanti ibu bawak lagi Afnan jalan2 lagi ok.. bagi ai, ai tak kesah badan ai penat. janji anak ai gembira..




















20 September 2012

kisah dihujung minggu

cuti hujung minggu yang panjang. ai dan N.A.N tidak kemana. sibuk berkunjung rumah open house. :) kenyang sampai muntah. dan hasil kutipan N.A.N ai tak masukkan dalam SSPN. ai belikan beberapa objek untuk dia. :)

jadinya.. inilah aktiviti N.A.N... :)









 dah nampak sangat dah si anak dara ni dah besar kan.. :)








 semakin bijak :)
 


 nilah aktiviti anak dara ai setiap hari. dah rajin 'mengemas.. '

12 September 2012

kasih tiada berpehujung







"selagi jantung ini berdenyut...
selagi nadi ni bergetar...
selagi mata ini berkelip...
selagi itulah kasih sayang tiada berpehujung..."

Checkup Mata Nur AFnan Nisrina # 2







setelah dapat surat rujukan dari HTJ ke HKL, jadinya ai pergi pada hari isnin yang lepas. (10 September 2012). gigih bangun awal siapkan N.A.N awal2 pagi. ai bersyukur sangat2 sebab N.A.N susah nak meragam pagi melainkan dia lapar susu. manndi seawal jam 6 pagi.

bila first time pergi HKL sesatlah jugak. ai bukanlah kaki lepak di KL so ai tak heran pon bila ada orang yang ketawakan ai bila sesat. berjam2 jugaklah nak sampai. bila dah jumpa, masalah dengan parking. dan bila ai tengok keadaan parking HKL yang perlu berpusing sampai 5 6 kali, ai boleh katakan, HTJ lagi better dari HKL.

dapat parking yang maha jauh dari Klinik Pakar Mata. terpaksa berjalan kaki basah habis ketiak. hahahaha
sampai je di KPM tu, umat manusia punyalah ramai. tapi ai bernasib baik sebab baby yang sakit. jadinya perkhidmatannya sedikit cepat dari pesakit2 yang lain. doc2 pon baik.

seperti biasa, hati ai sangat sebal bila melihatkan keadaan N.A.N yang sangat baik bila diperiksa doc. cuma kadang2 akan menjerit bila ada sejenis alat diletakkan dimatanya. dan team doc yang seramai 5 orang itu berulang kali cakap N.A.N gud girl. :)

seakan memahami apa yang ada dalam hati ai, seorang doc lelaki cina duduk sebelah kerusi ai. "mummy tak perlu risau. team ini akan buat yang terbaik untuk baby Afnan. masalah baby Afnan tak kritikal. mummy perlu senyum untuk beri team doc semangat yang positif." alahaiiiii luluh jantung ai dengar doc cina ni punya ayat. dan seorang doc melayu pula menepuk2 bahu ai seolah2 ingin memberi sedikit semangat untuk ai.

sepanjang pemeriksaan detail selesai, N.A.N senyum yang sangat2 meleret. team doc boleh pulak bertepuk tangan. bagi ai inilah yang dinamakan teamwork. :)

habis semua pemeriksaan hampir pukul 2 ptg. OTW balik ai singgah SOGO. saja nak bawa N.A.N berjalan. benda pertama yang dia nampak masuk SOGO adalah mainan berlagu. siap ditunjuk2 dengan jari comel tu.. :)

11 September 2012

Check up mata Nur Afnan Nisrina # 1

semalam (5/9/2012) check up mata N.A.N. serious!!! semakin dekat dengan tarikh tu hati ai makin berdebar2, takut, sedih. bila tengok wajah N.A.N yang masih tak mengerti apa-apa tu, hati ai mula menangis. kesian anak ibu. tapi ai sedaya upaya tak menangis depan N.A.N.

seawal jam 6.30 am ai dah kejut N.A.N bangun tido. bukannya susah pon, juz bukak lampu terang benderang, bangunlah si cantik manis tu.. :) bagi susu sikit, tuang air panas dalam tab mandinya, baru bagi rendam. sambil menyiapkan N.A.N ai asyiklah sapu airmata dari terus keluar. tak nak bagi mengalir, tapi N.A.N seakan tahu ai sedang bersedih. N.A.N asik memberi senyuman pada ai dari awal pagi sampailah lewat malam. seakan tak nak tengok ai mengagah2 dia sambil mata merah tahan airmata.

dalam perjalanan ke HTJ, ai dapat sms dari BFF ai. ermmm thanks beb bagi ai sokongan. "salam gud morning dah otw ke HTJ? aku doakan AFRINA n ko kuat k. ingat Allah. apa saja keputusan yang ko buat untuk simanis tu, semuanya untuk kebaikan dan masa depan dia. aku tau, ko seorang ibu yang kuat. tak ada sapa tau masalah ko melainkan ko yg bercerita. kiss2 AFRINA untuk aku k. apa2 news roger aku. aku bagi sepenuh sokongan kat ko sampaikan aku sendiri tak tersokong. :P"

psssttt.. AFRINA tu nama panggilan dia untuk N.A.N.. Afnan + Rina = AFRINA :)
dia memang seorang yang sangat happy go lucky..

sampai je kat sana, kene cari parking yang maha susah. HTJkan terkenal dengan kesesakan yang melampau. ai dah bising2 dengan Encik Bazli dengan keadaan ni. dah 3 kali pusing barulah dapat parking. tu pon block kete orang. tapi ai tinggalkan number phone.

naik tingkat 1, Klinik Pakar Mata, ai terus je daftarkan. sekarang ni, kalau apa2 urusan melibatkan baby, OKU dan warga emas memang dapat layanan yang best. jadinya ai tak yah tunggu lama dalam urusan kali ni.

sesi pertama, N.A.N kene check mata. dari sekecil2 bola sampailah sebesar2 bola diletak depan N.A.N. bukannya apa, doc nak tengok N.A.N ni boleh nampak ke tak. Alhamdulillah... mata N.A.N memang tak da masalah. semuanya dia nampak. :)

selepas 1/2 jam, mata N.A.N dititiskan dengan ubat titis mata untuk membesarkan kornea matanya. kalau selepas dititiskan ubat ini kornea mata N.A.N tak besar, kemungkinan besar matanya akan juling. ai dah menangis tahap gaban masa tu. punyalah berdoa dengan Allah, agar dipermudahkan segalanya. kalau dugaan lain yang Allah uji ai, insya allah ai akan tabah, tapi kalau inilah dugaan yang diturunkan untuk ai, sememangnya ai tak kuat. seikhlasnya, sekarang ai meminjam kekuatan anak sendiri. kalaulah N.A.N tak da, ai semestinya sudah rebah.

kene tunggu 5 ke 10 minit. dan syukur, dengan 2 kali titis sahaja, kornea mata N.A.N membesar. bila doc panggil masuk, doc suruh letakkan dia atas katil. mata N.A.N di suluh, dan dilihat melalui tv yang disediakan. doc india tu suruh ai duduk sebelah dia dan katanya "see.. mata anak u kalau kelopak matanya normal. cantikkan. tak per, ai dan team ai akan try yang terbaik untuk baby u. sebenarnya, ini kes pertama yang melibatkan mata baby. sebelum ni, ramai parents yang tak tau jalan penyelesaian masalah mata anak mereka. and u bijak sebab bertindak dari awal. so we all kene lebih perhatian dengan kes anak u."

dalam bilik yang sama, kepala N.A.N diikat dengan besi sebab tak reti duduk diam. matanya disuluh dengan cahaya untuk 1/2 jam. ini adalah kerana untuk melihat tahap silau mata N.A.N. dalam penerangan tu, ai dengar mulut N.A.N bising. bercakap2 seolah mintak dilepaskan. masa ni ai dah jadi tak malu menangis semahunya melihat penderitaan yang perlu dia tempuh. kalaulah mata ni boleh ditukar2 dah lama ai tukarkan mata ai untuk N.A.N dari dia menganggung kesakitan ini.doc mengatakan tahap silau matanya tinggi dalam 60%.

semuanya selesai dalam tempoh 5 jam. seusai selesai semuanya, N.A.N terus tertido sampailah ke petang dan matanya sedikit bengkak kesan dari ubat.

2 September 2012

kerja vs raya

salam u ollsss

sudah hari ke 16 raya. sekarang musim semua orang buat open house. lagi2 bila cuti hujung minggu yang panjang. lagilah banyak open house. termasuk diri ai sendiri. hari jumaat ai ada 4 buah open house. hari sabtu 2 open house 3 jemputan kawen. hari ahad 2 open house 4 jemputan kawen. tapi hampa... semuanya ai tak dapat hadir. ini adalah disebabkan dengan waktu kerja yang sangat padat mampat padu. tak boleh nak lari sekejap pon.. :(

Jumaat (31 Ogos 2012)
orang lain berseronok bercuti, ai kene bersengkang mata memerah keringat untuk bertugas di Bukit Jalil sempena Himpunan Janji Ditepati dari pagi sampaiiiiiii ke tengah malam. penat wehh!!! ai jadi salah seorang dari 5 orang pegawai pengiring pada student yang dijemput hadir. Nur Afnan Nisrina??? ai pos ke rumah mak ai di seremban untuk menjaganya. serius!! hati ai tak berapa nak tenteram waktu ini sebab Nur Afnan Nisrina demam + selesama + cirit birit nak tumbuh gigi. (ni mukasurat lain) kejap2 ai sms mak tanya keadaan Nur Afnan Nisrina. bukanlah ai tak percaya mak ai jaga, tapi dengan keadaan mak ai yang sememangnya tak berapa sihat tu ai jadi serba salah. tapi mana lagi nak ai poskan anak ai tu?? ai ada juga mintak tolong kak nini a.k.a mama iqbal, tapi mereka sekeluarga demam teruk. takkanlah ai nak susahkan dorang pulak kan?? tapi nasib baik mak ai kata Nur Afnan Nisrina tak banyak ragam. Alhamdulillah... i know my litle girl gud girl. :) ai sampai rumah dari Bukit Jalil pukul 12 lebih. longlai kaki badan tak yah cerita. ai sampaikan nak nangis bila berdepan dengan perangai student yang kurang nak paham bahasa. mulalah darah tinggi ai naik mendadak gila babun nih. kalau ikutkan hati perasaan, mau saja ai tangankan sorang2. sampai rumah mak, Nur Afnan Nisrina dah tidur. tak sampai hati nak kejut. cuma cium sikit2 jer pastu ai pon tidur.












Sabtu ( 1 September 2012)
keesokkan harinya ai terlibat dalam pendaftaran pelajar baru. maklumlahkan... dah bekerja dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, nak tak nak kenelah terlibat. yang hal ni pon ai sakit hati. ai taulah masih mood raya. sana sini nak buat open house. ai sendiri berpuluh jemputan, tapi ai ketepikan, bukan saja jemputan diketepikan malah anak pon dah letak tepi semata2 nak lihat majlis berjalan dengan lancar dan yang paling penting tak menyusahkan orang lain dalam hal tugas kita. tapi mereka mereka dan mereka tak pernah naj buat begitu. :(

Ahad (2 September 2012)
bersambung lagi dengan aktiviti sepanjang hari ta'aruf. kali ni ai bertugas sampai tengahari je. cepat je ai nak balik sebab nak tengok anak kat rumah. letih badan janganlah tanya. dengan berulang alik dari nilai seremban, seremban nilai.. sangat2 menguji hati ai tau..


dan disambung lagi dengan waktu bekerja biasa.... ai sekeluarga mohon maaf tak dapat hadir untuk sama2 memeriahkan majlis kalian.. kalau panjang umur raya tahun depan kita bertemu lagi.. :')


GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?