love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

30 Disember 2012

berjalan di kedai buku


tengok!! tengok!! N.A.N memang suka dengan buku. setiap bulan, ai memang akan belikan dia buku. dan sekarang hasilnya, kalau diberi mainan dan buku, dia akan lebih lama membelek buku2 yang ada daripada main mainan yang ada sekeliling dia. 

minggu lepas, lepas baik demam, ai bawak dia jalan2 kat popular. huru hara perasaan dia bila tengok banyak buku macam ni. siap nak duduk, jatuhkan satu satu buku yang dia boleh capai, then duduk baca buku. alahaiiiii anak!!!

jom belajar menulis bersama saya





Nur Afnan Nisrina dah pandai pegang pensil dan conteng atas board ini. semakin bijak kamu wahai anak.

demam!!

dah lama sebenarnya N.A.N tak demam. petang rabu lepas, pengasuh sms ai, kata N.A.N demam panas. makan tak nak, susu pon tak nak. diam je hari tu. tak nak main pon. ai pon terus je balik, sukat suhu dia, tengok 40c. terus angkat, bawak pegi klinik. doc bagi ubat demam n aitibiotik.

malam tu N.A.N ok je lagi. dah bolehlah nak minum susu, nak main sikit2. hati ai pon lega lah, esok ai masih boleh bekerja. khamis subuh tu, ai saja bangun nak tengok N.A.N sebab dah dapat rasa dia macam tak selesa. tergolek2 ntah apa yang dinakkan. ai pon rasalah kepala dia, panas membahang. ai tak sukat pun suhu dia, sebab tau mesti panas. sebab bibir dia pon dah merah2. ai bangun julum kepala dia dengan air asam jawa. letak kat kepala dia. ai lap2 kat badan dia. barulah N.A.N tido2 ayam semula. sampailah ke pagi. masih lagi panas. kepala dia, ai asik basahkan dengan air asam jawa. sampailah tengahari. suhu dah normal dan boleh main2 gelak kuat2. tapi bila subuh jumaat tu, dia buat lagi suhu naik mendadak. jadinya ai kene amik cuti 2 hari minggu lepas.

bila N.A.N dah ok nih, baru ai teringat, 28/12/2012 tukan dia genap 13 bulan. tu lah kot yang demam tu. tapi time demam tu ai dok beleklah gusi dia, manalah taukan, kot kot nak tumbuh gigi ke tak pun nak berjalan. serius weyh!! ai memang tertunggu2 lepas dia baik demam ni, manalah tau dia berjalan ke, tapiiii nan hadolah ye pon.. ahak!! melangkah 5 6 tapak, dah terduduk. pastu nangis. masih lagi takut2. nak oiii jangan sampai ibu beli belut libas kat kaki tu kang!! hahahahaha

 ni malam sebelum N.A.N demam

 tengoklah.. kesiankan... melepek je. peparu N.A.Nkan berair, jadinya ai tak berani tak pakaikan dia baju. nasib baik dia banyak baju rompers yang seksi2 macam ni. sepanjang dia demam, ai pakaikan baju macam ni je.

 tengoklah. disebabkan demam, breakfast dengan conflake pon tak nak. tapi buku memang tak tinggal. hahaha

 termenung je. ni lepas kene bebel dengan ai, doklah asik nak tarik2 towel yang atas kepala dia. rimas kot. 

 gaya ni ai tengok kat blog ummi mumtaz aqilah. dia balut kepala aqilah macam ni. nasib baik ai teringat.

ai memang sedih bila N.A.N sakit...

20 Disember 2012

dah lama tak tepek gambar dia






malas nak cakap banyak. dah lama ai tak tepek gambar anak sendiri. :)

simpan sikit-sikit lama-lama banyaklah!!

tajuk entri pon dah tau pasal menabungkan. ekceli ai tak buat pun tabung untuk Nur Afnan Nisrina tu. tak pernah terfikir pon nak adakan tabung untuk dia. sebab ai dah bukak akaun SSPN untuk dia. segala mak nenek duit dia, ai simpan dalam SSPN. yelahkan, mulai tahun depankan, sesapa nak pinjam PTPTN kene ada akaun SSPN. *walaupun N.A.N baru 14 bulan tahun depan* ai berharap sangat anak ai akan belajar sampai ke universiti dan sampai ke luar negara. sebab cita2 ai dulu tu tak kesampaian. jadinya ai salurkan ke anak pulak. :p

dari duit yang orang bagi time nengok dia time pantang dulu, duit nenek dan atok bagi, duit raya, duit ai yang bagi kat dia, semualah ai simpan dalam SSPN. last ai masukkan duit raya haji tu, ai nengok duit dia dah nak dekat RM3k. duit simpan ibu pon tak banyak macam tu. ai berangan dan buat kira2 sendiri, nak sampaikan dia umur 18 tahun, maunya berpuluh riban dan insya-allah cukup untuk menampung dia belajar nanti. *tinggi sungguh harapan ibu mu ini anak*

ai tak tau macam mana ai teringat nak belikan tabung untuk dia. macam mana ek?? ermmmm ntahlah. *tak kuasa aku nak memikir. hahahaha* tetiba je ai terfikir, N.A.N tak ada lagi tabung kat rumah. tabung yang nampak kat mata. mak ai cakap, nak didik biarlah dari ekcik2. walaupun tak faham, tapi dia akan mengerti. tapi masalahnya sekarang ni, penat ai cari tabung2 yang cantik2 ataupun yang berkenan dihati. tapi tak jumpalah. ai nak tabung yang macam dulu2 tu. tabung buah, tabung postofice, tabung logo bank. tapi tak jumpa pulak. kat mana ek ada jual tabung2 macam tu??

mula dari ai teringat nak adakan tabung, tapi sampai sekarang tak jumpa, ai dah mula menyimpan duit untuk dimasukkan dalam tabung dia nanti. ai simpan, sehari 1 ringgit. sebenarnya yang ni pon ai ikut khidmat nasihat dari radio hotfm. dj kieran cakap, simpan 1 ringgit sehari pon dah ok. sebab kalau kita nak simpan banyak memang tak akan buatlah kan. :p jadinya ai simpanlah sehari 1 ringgit. ekceli ai pon dah buat. alhamdulillah, duit simpan ai dah banyak. bila dah banyak je, ai pon terkedek2 simpan dalam ASB. tapi time terdesak nak pakai duit, malu nak keluarkan. padahal duir sendiri. apa kes?? sejak ai dah rasa malu2 tu, ai dah tak simpan semua, ai akan tiggalkan sikit untuk kegunaan masa kecemasan. tapi kalau bulan tu ok je, duit tu tak berusik.

duit simpan ai dan N.A.N ai tak campurkan. eh tak naklah!! takkanlah ai nak gunakan duit anak pulakkan? lagi pon ai nak lumba, sapa simpan lagi banyak. hahaha*ok koslah anak yang akan banyak*

ok sayang Nur Afnan Nisrina, ibu nak mula menyimpan untuk masa depan awak. jadi awak kene belajar rajin2 tau. tak mo malas2. nanti bila dah besar, awak dah pandai menyimpan, awak teruskanlah amalan ini ok. sebab simpan sikit-sikit lama-lama banyaklah!!

18 Disember 2012

tiga belas bulan

hai uollss

minggu depan umur Nur Afnan Nisrina tiga belas tahun. eh! eh! silap.. tiga belas bulan. berangan nak anak membesar. hahaha sekejap je ai rasa sebagai ibu. bukan ai je, mana2 ibu pon akan rasa seperti ini bila nengok anak2 semakin membesar. sayu je hati.. :p over tau ibu N.A.N nih..

bila dah semakin meningkat usianya, semakin ramai yang bertanya. dah pandai apa? dah boleh jalan? dah berapa batang gigi? kenapa kecik je badannya??

semalam pegi cucuk N.A.N setahun. tarikg kene delay sebab aritukan nak buat operation mata. kalau di cucuk juga takut demam. so KK Nilai bagilah tarikh semalam. Alhamdulillah.. tak nangis pon. :) tak rasa apa pon. demam pon tak. see?? ibu tau awak kuat.

usia tiga belas bulan ini, dia masih belum berjalan dengan sempurna. bak kata mak ai, jalan2 jatuh. tapi masih takut2 lagi. dua tiga tapak melangkah, pastu terduduk. mula2 nangis, tapi lama2 dah ok. ai tak sabar sebenarnya nak nengok dia jalan laju2. masa kat KK Nilai semalam, ada yang dua tiga budak yang sebaya dengan dia dah jalan laju, tapi bila menengok tang gigi, nan hado lah.. :) see?? Allah merancang yang terbaik untuk setiap hamba-NYA.

cerita bab gigi, masih lagilah empat batang. dua atas, dua bawah. ai sebenarnya tak perasan yang dia nak tumbuh gigi. demam tak, merengek pon tak. ai perasan bila masa ai nak suapkan dia nasi. suap punya suap, dia gigit tangan ai. sakitlah jugak. bila ai paksa2 dia bukak mulut, barulah ai perasan ada empat batang gigi yang tumbuh serentak. tapi tak panjang lagi lah time tu. sekarang?? ai panggil gigi arnab dan gigi leya hotfm. sebab apa?? sebab gigi atasnya besar macam gigi rabbit, dan jarang. tapi masih sweet tau.

masa check up setahun, timbang beratnya 8.5kg. ada orang kata semangat, ada orang kata ringan. ntahlah. tapi untuk ai, ai memang tak boleh dukung lama2. memang semangatlah. nengok je badan kecik. :p doktor kata, dia berat tulang. sebab kuat minum susu. memang kuatlah sangat. sampai ai yang kene kontrol. tapi bagi doktor, itu sangat baik. :) lebih2 lagi sekarang dia minum susu tepung soya (mamil gold) sebab penyakit eczema dia tu. yang ni cerita lain.

ada lagi satu soalan yang buatkan ai rimas sebenarnya. mula mula tu ai ok je, tapi bila ramai yang bertanya, dan ada yang sesedap rasa nak sound2, ai mula jadi marah. keluarga ai, suka hati ai lah nak anak berapa. korang mana tau realitinya kehidupan family kecik ai nih. bila ada orang tanya, bila nak tambah lagi sorang? bila nak bagi adik kat N.A.N? bila nak jadikan N.A.N kakak? tak yahlah merancang, muda2 senang nak beranak ramai. haiii lahhhh hoiiiii. baru tiga belas bulan umurnya. cakap pon belum lagi apatahlagi nak berjalan, ni nak bagi dia adik pula?? memang tak adalah. bukan ai nak menolak rezeki, kalau Allah bagi ai terima, tapi bukanlah dalam masa terdekat ini. merancang?? ya, memang ai merancang. orang luar melihat family kecik ai sangat sempurna. tapi hakikatnya.. Allah saja yang tau. memang setiap anak tu ada rezeki untuk dia. tapi katakanlah Allah masih nak menduga, disempitkan rezeki yang ada hanya untuk menguji, kesian kat anak2 yang tak tau apa2 kene lalui fasa kehidupan yang susah. time 2 nak membesar ni pulak kehidupannya disekat2. ai tak nak anak2 ai lalui kesusahan yang pernah ai lalui suatu ketika dulu.

biarlah ai membesarkan N.A.N seorang dulu. lepaskan segala keperluan dia dulu. dah tiga tahun tu, boleh ai merancang untuk anak kedua. lagi lagi bila dapat anak yang memerlukan penjagaan yang rapi seperti anak ai tu. ai tak dapat bayangkan kalau ai mengandung dalam waktu sekarang nih, dengan mabuk teruknya, dengan nak melayan anak lagi, dengan nak bekerja lagi, dengan nak berulang alik ke hospital lagi, dengan nak pakai duit banyak lagi, kesian kat diri ai sendiri dan lebih kesian kat N.A.N tu nanti. sekarang ni pon ai selalu rasa N.A.N kurang kasih sayang ai, apatah lagi bila dah ada adik nanti. bagi ai, ai nak ajar dia berdikari dan bertanggungjawab dulu. sebab diakan nanti akan jadi kakak, dia nanti nak kene membela adik2nya nanti.

sebenarnya ai kagum dengan kawan2 ai yang boleh mengandung setiap tahun. wanita hebat betullah!! kakak nurse tempat ofis lama ai tu, tiap2 tahun bersalin. sanak dah lima. tapi memang nampak dia kelam kabut. tapi ai memang tabik spring kat dia. lagi sorang, kawan satu tempat keje, tapi dia keje jaga bos kat bahagian lain, dakpink.blogspot.com , ai memang folow blog dia, kan dia mengandung lagi. memang kagum betul ai, anak setahun lebih, tapi gigih untuk mengandung lagi. :) bagi ai, ini semua perancangan keluarga masing2. sama macam ai cakap tadi.

kesimpulannya, semua terletak pada diri masing2 dan persetujuan bersama suami isteri. bagi ai dan Mohammad Bazli, kami memang mahu anak dalam usia N.A.N dua tahun setengah. tak perlu lagi ada orang nak mempertikaikan kenapa begitu, kenapa begini, dengan perancangan family kecik ai nih. haiiii lahhhh panjang pulak ceritanya.

untuk Nur Afnan Nisrina, selamat ulang bulan ke tiga belas bulan. ibu senantiasa berada disisi kamu ketika susah dan senang.