love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

26 Ogos 2012

kisah di hari raya

hey uollsss!! 
selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin

pejam celik pejam celik sudah hari raya ke 9. kemeriahannya masih terasa membahang bahang :)

kebanyakkan rumah sudah memulakan agenda open house untuk memeriahkan lagi suasana hari raya. ai?? tidak kot. tahun ni tiada open house. tapi bagi sesiapa mahu datang ke pondok kecil kami sekeluarga, kecil tapak tangan niru kami tadahkan.. :)

raya pertama ai beraya dirumah sendiri. ada masalah dengan kereta MpMYvi ai tu, jadinya malam raya pertama ai bergerak balik ke perak. Alhamdulillah.. perjalanan baik dan tidak sesak. 

seperti biasa, keluarga sebelah perak masih ramai. tak seperti keluarga sebelah ai, kebanyakkannya sudah meninggal. seharian beraya kunjung rumah sanak saudara. nasib baik Nur Afnan Nisrina tak mengamuk. duit raya si kecik ini hampir mencecah gaji sebulan ibunya. atok a.k.a abah ai kata.. "eloklah tu.. boleh ibu kau claim semula duit raya sementara nak tunggu gajinya." tak ada lah abah.. duit anak tetap duit anak. lebih dari separuh hasil kutipan sudah ai simpan dalam SSPN nya. selebihnya itu ai nak nampakkan barang. barang apa?? kenelah tunggu... :)

ai sampai ke pondok kecil petang hari khamis. terus menuju kerumah mak ai di seremban. sebab nak pos Nur Afnan Nisrina ke sana sebab taska masih tak beroperasi. kelasssss tak, hari jumaat kerja kat ofis ai sorang2 je tau.. :)


maaflah.. model time ni tak berapa nak ok moodnya.. mengamuk nak tido..:)
 
==========================================================================
 Alhamdulillah.. impian abah mahukan namanya tertera di pintu teksi terlaksana jua. setelah lebih 10 tahun menanti, akhirnya Allah makbulkan jua doa yang senantiasa dipanjatkan..

tapi, dikala kesyukuran dipanjatkan, dugaan masih menyinggah untuk menguji sekuat mana keimanan yang ada.. tabahlah wahai abah. teruskanlah rasa syukur itu kerana diri abah tidak apa-apa. anggap saja ini adalah ujian dari Allan menandakan Allah masih ingat akan kita...
 



==========================================================================
 memandangkan Nur Afnan Nisrina dah pandai duduk, ai dah pon belikan basikal baru untuk dia. rezeki anak tidak pernah putus. dari berdukung nak bila nak bawa pusing2 time petang, baiklah belikan basikal. dia pun selesa kita pon tak penat. badannya nampak saja kecil tapi bila dah didukung barulah tau.. :)

  sandle yang ai belikan pon dah macam budak setahun.. padahal setahun jagung pon belum.. comel je kaki..


 moodnya masih tak berapa elok setelah diacah2 nak bangunkan dia dari basukal ni.. 

==========================================================================

selesai je keje hari jumaat sebelum bercuti panjang, ai terus ke seremban. yelah kan.. pos anak ke sana.. keluar dari tol nilai menuju ke selatan, kenderaan mulai banyak. tapi bila sudah 1 km traffik mulai jam. nasib baik tak bawak Nur Afnan Nisirina.. 





20km/h paling laju boleh pergi.. :)

==========================================================================
ai memang terkenal dengan kegemaran buat kerja saat2 akhir, bila masa dah dekat barulah mula2 tergegeh nak mencari bahan untuk buat kuih nestum. kuih ini adalah kuih WAJIB ada dalam keluarga ai. ini memang asli tak campur apa2 pon.. tapi sempat amik gambar hanya bahan2, x teringat langsung ambik gambar yang sudah siap di bakar.








==========================================================================

ai berhajat nak pakaikan Nur Afnan Nisrina anting2 a.k.a subang bila hari raya. ai tindik telinganya 2 hari sebelum raya. nasib baik tak bernanah atau tak sembuh2 lukanya. cuma menangis terkejut sekejap je. dan bila dilihat, barulah nampak muka perempuan bak kata neneknya.


 tengoklah telinga.. masin je..  






 
 


14 Ogos 2012

25 Ramadhan 1433H

25 Ramadhan 1433 @ 14 Ogos 2012

ofis ai ada buat berbuka puasa di Dewan Banquet UPM. we ollss tak yah bayar kecuali mana yang membawa pasangan dan anak umur 7 tahun ke atas. ai hanya bawa Nur Afnan Nisrina saja. nasib baik elok je moodnya. good gurl lah awak ni. ai bawak kereta sendiri. dan menumpang dengan 2 org kawan ofis ai dan ada 2 buah kereta yang ikut dari belakang. tapi aikan tak boleh bawak kereta perlahan, jadinya yang konvoi tu tertinggal di belakang dan ai tunggu di tol UPM Serdang saja. Nasib baik jalan nak ke dewan tu taklah susah mana. :)

bertolak jam 6 petang dan sampai 6.30 petang. sampai saja terus cop tempat. dan dalam pukul 7 ai dah mula amik makan. yelah kan, ai bawak si kecik tu. ai kene kumpulkan makanan di atas meja untuk elakkan menyusahkan kawan2 semeja untuk menjaga atau menengok si Nur Afnan Nisrina tu.

 ini hanya pinggan ai. 
udang + isi ikan + sambal belacan + kerabu jambu

 disert ai sahaja.

 rojak buah
sengkuang + jambu + mangga + jeruk

 air oren + air bandung

 sangat baik Nur Afnan Nisrina kerana mengizinkan ibunya menjamah kesemua makanan yang dah diambil

separuh dari makanan kawan2 meja ai. :)

makanan = sangat sedap. berbaloi2 bayar RM 50 seorang

tempat = sangat selesa. selalunya ai pergi ke tenpat yang bufet ni sempit dan tak selesa. yang ini ai sangat selesa untuk mengambil makanan


13 Ogos 2012

persiapan HARI RAYA 1433H # 2

Alhamdulillah.. sudah semakin dekat dengan bulan syawal. dan ai masih berpuasa. walaupun tertinggal 1 hari. :) azam tahun ni nak puasa penuh masih lagi tidak tertunai. tapi sekurang2nya ai hanya menggantikan hanya 1 hari.

berbalik pada tajuk asal. weekand ari tu, mak request nak berbuka dirumah kakak. bukannya nak berbuka sangat pon, nak menengok cucu2 tu je yang lebih. tapi dicakaplah nak berbuka.. trick mak tak berapa nak menjadilah. sudahnya berbuka, lepas isyak kami balik. ai memang susah nak tido umah orang walaupun adik beradik sendiri. jadinya kami balik dan ai terus je pergi ke bazar syawal kat senawang tu. umat manusia tok sahlah nak dicakapnya. ramai giler. ai kene pusing 3 kali baru dapat parking. nasih baik Nur Afnan Nisrina tak meragam. :)

tujuan utama ai nak membeli baju raya untuk ai sendiri. tengok lagi seminggu baru terkedek2 nak mencari. satu lorong kedai dari depan bawaklah kebelakang satu pon tak da yang berkenan. kalau ada pon, harganya mak oiii lah haiiii tak setimpal dengan kualiti kain. :)

jam dah pukul 12 lebih tengah malam. Nur Afnan Nisrina sedap je tido lagi dalam stroller. jalan punya jalan, dapatlah sepasang jubah warna purple dengan harga RM99. bila ai pujuk2 dapatlah RM85. kata penjual tu, diimport dari Kemboja. entah betul entahkan tidak tak tau lah ai. janji cantik. tapi masalah ye adalah.. warna PURPLE. bukan COKLAT. hahahaha nampak gayanya ai kenelah pergi menyibokkan diri lagi untuk merembat sepasang lagi baju warna coklat. :)

kuih raya juga sudah siap dibuat. hari ahad lepas sahur gigih buat dengan mak. sebab apa buat kat umah mak?? sebabnya adalah ai dapat bawak balik sikit untuk dirumah sendiri.. hahaha 1 jenis kuih sama seperti tahun lepas, ai amik dari blog ain a.k.a Dak Pink. popia bersalut nestum dan horlicks. :)

jadinya persiapan raya yang ala kadar sudah hampir siap. rumah mak ai dah siap2 kemaskan. rumah sendiri?? masih diawang awangan.. :) last weekand ai cakap dengan mak, weekand next weeklah mak kemas rumah sendiri, tau tak apa mak ai jawab??

"kau ni gile ke apa?? weekand ni dah rayalah."

hahahahahaha lupalah... kan dah kene gile dengan mak sendiri. untuk menyelesaikan masalah ai ni, setiap hari balik keje lepas berbuka + sembahyang maghrib,isyak, tarawih + masak bubur Nur Afnan Nisrina + kemas dapur ai akan mengemas rumah pulak. 1 hari 1 bahagian. jadinya nak tunggu sampai raya, siaplah berkemas. kan???

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?