love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

24 November 2015

Kisah Mata NAN



Assalammualaikum

Lamakan tak cerita pasal anak dara ai sorang tu. Minggu depan genap dah 4 tahun. Cepatnya masa berjalan. Pasal lain-lain perkembangan NAN nanti ai update lain. Kali ni ai nak cerita pasal operation mata dia untuk kali ke-enam dan banyak ai belajar.

Seminggu sebelum date operation mata NAN, ada check up dia. Kali ni ai memang dah nekad untuk buang getah silikon kat mata dia. Ai pon naik rimas dan tak tahan tengok mata NAN bengkak bernanah dan berdarah. Dah macam bisul yang tak baik-baik. Lagi-lagi NAN selalu cakap yang mata dia sakit bila tempat silikon ti bengkak dan mula nak bernanah. So ai ambil keputusan untuk buangkan saja benda tu. Biarlah kelopak mata dia jatuh semula ke, ai dah tak kisah. Janji mata dia dah tak sakit. Setelah bertekak, bergaduh dan berbincang dengan beberapa orang doktor pakar sekali dengan pakar kulit, mereka akhirnya bersetuju dengan keputusan ai. Dengan syarat, ai yang akan tanggung risiko. 

5 November 2015 NAN admit. Masa ni sebenarnya ada pesta konvo kat tempat keje ai. Tapi ai tak dapat join. Tak perlah, maybe next year punya event. Abah ai yang hantar time tu. Mula-mula NAN tak nak tidur hospital. Dia kata takut. Dan ai cuba tenangkan perasaan takut dia dengan membeli beberapa permainan yang memang dah lama dia idamkan. Pukul 10 pagi dapat katil. Dan sepanjang masa bawalah sampai ke malam nak tidur, seberapa ramai doktor atau nurse yang datang katil dia, dia akan tanya "Doktor cucuk tak ina?" Nampak sangat dia takut. Tapi doktorkan tak boleh nak takut2kan patient dia, so semua doktor dan nurse cakap tak cucuk. Dalam mind dia, memang tak akan cucuk.

Mula-mula dia tak nak pakai taging ni, sebab dia dah mula takut kene cucuk.



Malam tu ai tak lena tidur. Mungkin sebab ai dah tahu risikonya. Doktor akan buang kulit bahagian yang dah ada jangkinan kuman. dan akan korek bahagian yang sudah buruk kerana nanah. Dah lebih setahun NAN tanggung kuman yang dah mula makan kulit dan daging area mata dia tu. Dan doktor pakar kulit akan injectkan satu ubat untuk mempercepatkan pertumbuhan daging baru yang telah busuk tu. Dan risikonya, selepas operation NAN akan mengalami sesak nafas, denyutan jantung laju dan peratusan untuk dia sedar cepat adalah sikit. Mungkin NAN akan tidur untuk beberapa hari. Ibu mana yang tak risau. Anak jatuh basikal kulit calar pon kita dah risaukan, apatah lagi dengan risiko yang bakal ai hadap keesokkan harinya.

6 November 2015
 Ai bersiap seawal jam 530 pagi. Selesai ai solat subuh, baru ai kejutkan NAN untuk mandi pulak. Nasib baik dia tak banyak ragam. Senang dikejut, senang nak mandi. Dalam sejam juga kami tunggu panggilan dari dewan bedah. Ai dan NAN sempat tido kejap.


7.30 pagi dewan bedah call, NAN dengan beberapa orang patient lain pon ditolak turun ke dewan bedah. NAN tak nak naik katil, dan dia minta ai yang dukung dia sampai ke dewan bedah tingkat 2. Doktor bius nak masukkan ubat bius dengan cara cucuk ditangan. Dia tak nak NAN ambil gas bius lagi. Dah banyak sangat NAN amik gas dan takut paru-paru dia boleh rosak dalam jangka masa yang lama. Tapi disebabkan NAN dah disogokkan dengan tak akan cucuk, bila dia ternampak doktor pegang jarum, dia menangis menjerit. Siap cakap tolong jangan cucuk ina. Ditambah lagi dengan urat NAN yang kecik memang susah nak cucuk. Akhirnya NAN ambil gas jugak.

Kali ni, hati ai sedih sangat. Teresak2 ai menangis sepanjang tunggu opeartion dia siap. Sedih sebab dia dah pandai cakap agaknya. Sebelum NAN betul2 tidur, sambil sedut gas, ai dapat dengar NAN cakap ibu jangan tinggal ina dengan tangan dia tak lepas tarik tudung ai. Ai tak tau nak tulis macam mana perasaan ai time tu. Hanya Allah saja yang tahu.

Dalam masa tunggu tu, airmata pulak macam tak nak berhenti, sambil baca ayat quran dari dalam handphone, duduk sorang nurse berjawatan sister sebelah ai. Dia dengar ai menangis sambil baca quran. "Buat apa awak nak menangis. Walaupun awak baca al-quran ni, tapi awak menangis, bermakna awak tak ikhlas dengan apa yang dah terjadi. Ikhlaskan hati awak. Sekalipon nyawa dia yang didalam sana tu akan terhenti, ikhlaskan hati. Apa-apa yang kita buat, perlu dengan keikhlasan. Ingat.. ikhlaskan hati." Sister tu terus bangun tinggalkan ai. Sumpah ai bagitahu, bukannya ai stop menangis, bertambah2 laju airmata keluar. Macam mana nak ikhlaskan hati???

Lepas 2 jam bertarung nyawa dalam dewan bedah, nurse panggil ai dan tengok keadaan NAN. Doktor terpaksa bagi gas banyak sebab nafas NAN agak tersekat2. Dan ai boleh nampak dada dia tersekat nak tarik nafas. Team doktor tak pernah tinggalkan ai mengadap wajah anak selepas operate. 7 orang doktor pakar berdiri keliling ai. Dah lebih 10 minit, NAN tak bagi respon. Doktor suruh ai angkat tangan dia dan lepaskan, memang tangan NAN lembik. Doktor pakar kanak-kanak minta untuk tambahkan jumlah gas. Lebih 30 minit, NAN masih tak bagi respon, tapi gelombang nafas dia dah mula stabil. Tetiba ai teringat masa NAN operate kali ke 2 atau ke 3 yang lepas. Ai cubit tapak kaki dia suruh dia bagi respon. Team nurse pulak tengak siap2kan dokumen nak tolak masuk NAN dalam ICU. Belum sempat NAN nak ditolak masuk, ai cubit ibu jari NAN kuat2. NAN tak menangis, tapi dia bergerak. Ai buat 3 kali, dan kali ke3 tu NAN menangis panggil ibu.

Selepas satu setengah jam duduk dengan keadaan bunyi mesin yang merisaukan, NAN boleh balik wad. Tapi gas pernafasan tu tak boleh stop. Bila balik wad, NAN masih tido sampailah ke malamnya. Dengan tak minum, tak makan, tak susu, ai kejut2 pon dia tak bangun. Cap ubat tido apalah yang depa bagi kat NAN.

Ini gambar petang.. Disogokkan dengan set poli ni disebabkan tak nak tido wad.


Selepas dibenarkan balik wad. Badan dah mula panas. Dah mula flu. Dan dah mula merengek cakap yang bukan-bukan.




Dari petang ai dah dapat rasa badan NAN dah mula panas. Bila dah rasa panas tu, lagilah risau. Entah berapa lama lagilah nak tinggal kat sini. Nak dimandikan, tak bangun2, jadinya ai tuam2 je dengan towel basah. Pakaikan baju yang open2, halakan kipas kat dia saja. Rupanya lepas tu, dia dah flu pulak. Ai bagitahu nurse yang badan dia panas, nurse check suhu, 39.5. Panas sangat. Nurse bagi ketul ais dan ubat demam. Makin tak bergerak NAN malam tu.

Bila dah subuh, ai rasa badan dia dah kurang panas sikit. Bila time doc round, ai minta untuk discharge. Tapi doc tak bagi sebab suhu badan NAN on off panas. Dorang takut ada jangkitan kuman lagi. Tapi ai besungguh2 nak balik. Tak ada aura positif tinggal kat sana. Mana tak ye, 5 katil yang ada tu semua anak2nya kena kanser mata. Sorang baru nak buang biji mata. Yang sorang nak masukkan biji mata. Yang sorang lagi, anak kene pegi buat kemo, yang mak pulak kene pegi buat dialisis. Sangat sedih tengok kehidupan keluarga tu. Ai pulak tak boleh tengok benda2 macam tu. Lepas pujuk2, akhirnya doc benarkan ai discharge dan kene sain borang kalau ada apa2 jadi dengan NAN lepas tu, ai yang akan bertanggungjawab.

Dan Alhamdulillah.. lepas buang getah silikon tu, mata dia dah cantik. Dah tak ada berdarah dan nanah lagi. Cuma ada kesan jahit je. Benang jahit pon tak putus lagi dari kulit walaupun dah 3 minggu dah.

17 November tu NAN ada checkup mata, ada pula isu baru. Kulit dalam mata dia melekat dengan biji mata lapis pertama. So kalau uolls tengok, kelopak mata dia tu sikit ternaik. Doc nak betulkan, cuma ai je yang tak nak lagi. Uollss doakan NAN ye.. Baik tanpa pembedahan.

3 hari selepas operation. Ai tak tahu nak bagi makan apa. Ai masakkan bubur kosong campur carrot dan jagung rebus. Nasib baiklah NAN ni tak cerewet makan budaknya..

Korang doakan NAN cepat sembuh dari segala penyakit ye.. Bye..

8 Oktober 2015

Cabaran untuk orang GEMUK!!


Assalammualaikum

haii uolls!! Baru berkesempatan nak berkogsi lagi cerita. Ok. Sekarang berat badan ai naik secara mendadak. Program di ofis bersambung2 secara berjemaah. Lepas satu, satu programnya. Faham2 jelah kalau dah ada program tentunya dapat makan free dan lagi senang hatinya setiap program tu ai ditugaskan menjaga jamuan. Dari program rasmi universiti hinggalah program student. Makan sesaja.

Eh ni nak cerita ai buat aktiviti jungle tracking dan telah berjaya. hahaha sangat teruja. Last time ai buat aktiviti outdoor yang mencabar tahap kegayatan ai ni tahun 2008 dulu time ofis ai buat program team building dan ai salah seorang peserta. Itu yang last ok. Lepas tu memang tak ada ai buat aktiviti yang mencabar sebegini.

Bila makan banyak, badan juga dah besar, berat juga bertambah. Time2 gemuk nilah ada student ajak ai join aktiviti ini sekaligus menjadi pegawai pengiring. Mula2, ai memang dah berniat dalam hati memang tak nak buat aktiviti ni dan ai hanya mengiring dorang saja. Dorang pergilah mendaki, dan ai hanya tunggu di bawah saja dengan iringan doa ai. hahaha

Berlangsung pada 19 September 2015 di Sungai Chilling Selangor. Rupanya tempat ni adalah tempat pembiakan ikan kelah. ikan yang mahal tu. Ai ada satu penyakit yang tak dapat nak dibuang. Makin tua ni, makin menjadi2 penyakit ai. Iaitu penyakit gayat. :(

Berkumpul dan bertolak ke destinasi jam 7 pagi. Perjalanan mengambil masa 2 jam lebih macam tu. Sampai destinasi, bas tak boleh naik sampai atas. Jalan sempit dan membukit. So kene turun dan berjalan kaki berjemaah dengan 40 orang student sejauh 200km. Sampai tempat pendaftaran, mendaftar diri, ada taklimat sikit, juru pandu bagi tau keadaan jalan yang perlu kami lalu. Pendakian ke waterfall selama 1 jam dan turun juga 1 jam. Perasaan ai memang dah tak nak buat. Dah boleh bayangkan macam mana keadaannya dengan masa 1 jam tu. Ditambah pula kene meredah 4 anak sungai dengan kedalaman, dari paras lutut, pinggang dan dada. uollss rasa?? Comfirm ai tak buat. hahaha

Tapi hasrat dibantutkan dengan sokongan padu dari student2 ai. hahaha Memasing bukan main lagi suruh ai naik jugak dan berjanji tak akan tinggalkan ai. Diva sangat. kah kah kah Ai pon tak tau macam mana ai boleh terperdaya dengan pujukan mereka semua. Dan akhirnya ai naik juga mendaki.

Dalam masa sejam, ai memang nak nangis. Tapi tak nangis pon. hahha sepanjang jalan, kene turun tempat tinggilah, redah sungailah, air sungai dah lah laju. Dengan keadaan fizikal yang macam ni lagi. Hoiilahhh menyesal sesangat mencabar diri sendiri dengan cabaran yang susah diri ai lakukan.

Tapi dalam menyesal2 tu, bangga jugak sebenarnya. Setelah sejam mengharungi pelbagai cabaran mental tu, alhamdulillah berjaya jugak ai sampai ke puncak waterfall. Ya Allah... indahnya ciptaan Tuhan. Cantik sesangat. Dengan ikan kelah yang dah jinak2 tu. Main2 kat kaki. dari x nak mandi, sampai termandi. Ini pon terpedaya dengan student. Main campak2 air lastnya mandi terus. Semuanya terpedaya.. kah kah kah


 
 sebahagian dari student ai. Tu tu kat belakang tu, tu lah waterfall.. :)


ini jelah gambar yang ada.. gambar sepanjang perjalanan tu memang tak ada. Kalau ada pon kat student2 ai.


Ok.. dah berseronok selama sejam kat atas tu, dah fefeling macam duta ikan kelah bagi makan ikan kat tapak tangan je, jomlah bersiap siaga nak turun. Time ni ai dah tak berapa gayat lagi. Sebab dah tahu cabarannya macam mana. Tak sabar nak turun sampai ke tempat asal. Nak minum air ais baru rasa puas. hahaha

ai rasa macam tak sampai sejam dah sampai ke tempat pendaftaran dan lapor diri selamat sampai. Sepanjang nak turun semula tu, jumpa budak2 kecik dan makcik2 selamba badak je berjalan dengan pakai selipar je. Terus rasa malu pada diri sendiri. Ai yang siap berkasut sukan ni, dengan bekalan air, dengan bawak towel bagai, tu pon rasa semput nak naik turun. Budak2 tu ai tak rasa tercabar sangat. Tapi dengan makcik2 tu.. memang tercabar betul.. :'|

Yang dah lepas tu biarlah berlalu. Perlu move on. Tak perlu nak menyesal sangat bila badan kau gemuk semula. hahaha Moralnya jomlah kurus semula dan buat aktiviti yang dah lamaaa kau tinggalkan. Itu aje yang ai fikirkan. Ini aje cabaran untuk ai. Menyesal tak terkata bila dah start makan nasi tanpa rasa bersalah. Betul kata orangkan.. bila nak gemuk memang sekejap je.. Nak kurus tu... alahaiiii

Dan inilah cabaran untuk orang gemuk seperti ai ni. hahaha Nak menyesal dah tak ada guna. Baik berdiet secara sihat semula. Baru ai puas hati..

Sekian laporan dari orang gemuk susah nak kurus. kah kah kah

10 September 2015

aku sudah BIASA

Assalammualaikum..

Copy and Paste dari laman sesawang encik Google
 
Seringkali mendengar pertanyaan dari orang ramai.

"Aku nampak kau tadi kat klinik bawa anak kau. Tapi aku nampak kau sorang je."

"Eh datang sorang je ke betulkan tayar kereta?"

"Eh kau turun naik hospital, tak akan sorang2 je."

"Kau shopping berdua je ke dengan anak?"

Eh.. banyaklah soalan-soalan yang biasa diajukan pada aku. Tipulah aku tak rasa rimas dengan setiap pertayaan orang lain. Dan aku juga turut faham, mereka juga bukanlah BODOH yang hanya akan mendiamkan diri bila nampak aku sentiasa keseorangan berdua dengan anak.

Jujur aku akui, aku cemburu melihat keluarga di sekeliling aku. Menguruskan hal anak bersama-sama. Si isteri sibuk sediakan barang anak untuk ke sekolah, si suami pulak membantu menghidupkan enjin kereta, pakaikan anak kasut sekolah dan lain-lain perkara lain.

Tapi, jawapan aku mudah. Aku dah biasa dengan rutin yang aku lakukan secara bersendirian. Aku dah biasa bawa anak ke klinik setiap kali anak demam. 

Aku dah BIASA menguruskan hal anak seorang diri, dari kejut bangun pagi sampailah anak nak tidur.

Aku dah BIASA membawa anak berdua keluar berjalan-jalan mengisi masa lapang.

Aku dah BIASA turun naik hospital membawa anak jumpa anak mengikut tarikh temujanji.

Aku dah BIASA menguruskan rumahtangga sendiri.

Pendek kata aku dah BIASA menguruskan semuanya secara bersendirian.

Aku mengakui bahawa psikologi mengatakan lelaki tidak boleh menguruskan banyak perkara dalam masa yang sama.

Aku tak boleh menyangkal bila pakar psikologi mengatakan lelaki perlu diberitahu setiap perkara yang ingin diminta bantuan.

Tetapi, secara realitinya sampai bila wanita perlu memberitahu setiap perkara setiap kali ingin memohon bantuan dari suaminya sendiri.

Sampai bila pula si suami hanya mampu melihat keadaan isterinya yang bersusah payah membuat kerja rumah sedangkan dia tahu isterinya penat.

Bagi aku, ini adalah tanggungjawab. Walaupun dari segi psikologinya lelaki memang begitu, tetapi bagi aku ini adalah sikap. Ya.. lelaki begitu dan begini. Lelaki tidak akan begitu dan tidak akan begini. Tetapi sampai bila...??

Walaupun kau nampak isteri itu seorang wanita yang sangat berdikari, tapi jika kau lelaki yang sejati, kau tidak akan mampu melihat saja isteri kau melakukan semua perkara sendirian setiap hari.

Cuba kau berada ditempat isteri kau sendiri, melakukan kerja yang sama setiap hari, walaupun dah letih bekerja di pejabat, dirumah masih lagi mampu buat kerja rumah pulak. Kau sanggup atau tidak perlu menyuruh setiap kali kau ingin minta bantuan. Aku pasti, sampai satu tahap, kau akan rasa bosan. Bak kata orang, sekali ketuk, sekali jalan.

Cuba bayangkan situasi ini, 

1. Kau dah nampak isteri kau penat kemas rumah, bersihkan rumah kau, tiba-tiba kau dengan rasa tak bersalah hisap rokok dalam rumah. Kau rasa apa yang isteri tu rasa??

2. Kau dah nampak isteri kau basah-basah ketiak masak di dapur, kau buat nampak tak nampak je sampah yang penuh dalam bakul sampah. Kau tak ada rasa ke nak tolong buang??

3. Kau dah nampak isteri kau berpeluh-peluh dibawah matahari sidai baju, tapi bila baju tu dah kering atau hari dah nak hujan, kau tak ada rasa ke nak tolong angkat??

4. Kau dah nampak isteri kau terbongkok-bongkok, sakit-sakit pinggang lipat baju, kau tak ada rasa ke nak tolong angkat kain baju tu masuk dalam bilik??


Aku dah bosan dengar bila ada lelaki bagitahu, eh aku dah tolong, aku dah buat, tapi isteri aku membebel sebab tak sama. Dari aku kene membebel, baik aku tak payah buat. Baik aku tengok je dia buat. Aku rasa suami macam ni memang BODOH. 

Kau dah hidup dengan isteri kau dah bertahun-tahun. Walaupun tak boleh nak ikut seperfect isteri kau buat, tak akan lah sikit-sikit kau tak boleh ikut? Belajar sikit-sikit, lama-lama kau akan terbiasa. Tapi bila kau dah bercakap begitu, memanglah sampai pencen pun kau tak akan boleh ikut cara isteri kau buat kerja rumah.

Bagi aku, itu semua alasan. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Kalau kau betul-betul ikhlas nak membantu isteri kau, kau akan buat betul-betul.

Aku tahu, bila ada kaum suami baca ni, mesti akan salahkan aku. Tapi cuba kau duduk dan fikir apa yang aku tuliskan ini. Dan aku pasti kau boleh tahu kenapa isteri kau tarik muka dengan kau setiap kali bertentang mata dengan kau.

Jadi inilah aku. Aku dah biasa dengan KEBIASAAN itu. Dan KEBIASAAN itu jugalah aku janggal bila ada orang lain membantu kerja aku. Dan KEBIASAAN itu jugalah aku rasa, ada atau tidak ada si suami itu sendiri, aku tak rasa apa-apa. 

Bagi aku, selagi aku mampu lakukan seorang diri, in shaa allah aku akan lakukan. Dari urusan anak, urusan perbelanjaan, dan urusan segalanya, aku akan lakukan. Biarlah orang mengatakan aku ego, aku sakit jiwa dengan prinsip aku, tapi bagi aku, kau tak rasa apa yang aku rasa.

Kalau kau jadi aku, apa yang korang akan buat?? Kalau suami korang tak nak tolong, tak nak ambil tahu, apa korang buat?? Korang akan sama-sama buat tak tahu, atau korang akan lakukan kerja tu dengan sendiri?? 

Jawab dengan ikhlas..

Sekian..

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

#sentap


4 Ogos 2015

#throwback Ramadhan 1436H

Assalammualaikum 

Kita #throwback saja lah ye. gambar segala-galanya tak ada. Sambut Bulan Ramadhan tahun ini sekadar apa yang ada saja. Minggu pertama puasa, kami adik beradik berbuka dirumah masing-masing saja. Kakak sulong di Mersing, Kakak kedua dengan abah, dan ai di rumah sendiri. Hanya pesanan biasa2 saja dari kami adik beradik. Abah?? sejak mak tak ada ni, selalu tak sihat.Bulan Puasa ni pun, abah selalu tak sihat. Demam tak berhenti. Yang paling sedih, dah tak ada call atau message dari mak yang tanya itu ini. Masak apa, makan apa, tak balik ke.. haishhhhh dah bergenang airmata dah ni. :'(

Rasanya, bulan puasa tahun inilah yang paling sempoi. Minggu pertama, ai hanya makan sambal hitam bersama roti selama 3 hari berturut2. Inilah menu berbuka dan bersahur. Tak rasa teringin nak makan apa-apa awal2 puasa. NAN pula dah pandai sebut puasa. Bila ditanya, NAN tau tak puasa tu apa, dia akan cakap puasa tu tak boleh makan. Mungkin sebab dia masih menyusu, sebab tu lah kot dia ingat tak boleh makan je. Alhamdulillah.. semakin matang dah dia sekarang.

Alhamdulillah tak pernah skip sahur sepanjang puasa. walaupun hanya minum air je, mesti bangun. NAN pun bangun siap makan minum segala. tapi sebelum keluar rumah nak pegi school, mesti mintak susu. Tak pe lah nak. Tahun depan belajar puasa sikit2 ye.

minggu ke dua puasa, baru ai berbuka puasa secara berjemaah dengan BFF. Disebabkan salah sorang kawan ai ni, dia baru je kahwin, jadinya rumah dia jadi mangsa. Thanks Rein. Ai memang suka sangat2 dengan tomyam dia. tak tahu kenapa, ai rasa tomyam dia sangat sedap... hai lahhhh dah teringat2 ni..rein oooo rein...

Hujung minggu tu pulak, barulah berbuka dirumah abah beramai2. kakak dari mersing pon balik. keesokkan hari berbuka dirumah ai pulak, sebab jiran2 ai buat majlis berbuka puasa beramai2 bawa port luck. jadi meriah sangat. hilanglah sekejap rasa sedih gundah gulana di hati. Abah tak join, katanya segan nak berborak dengan anak2 muda.

Lepas tu, ai dah mula rajin membeli di bazar saja. Ai suka beli ayam percik sorang mak cik ni kat bazar beranang. dan ada satu gerai air yang sangat sedap. tapi, setiap kali menyinggah, setiap kali tu lah membeli bunga api dan mercun pop pop tu untuk NAN. Kalau tak beli, mengazan dia sepanjang jalan memujuk.

Minggu ke tiga, barulah ofis ai adakan majlis berbuka puasa di luar. tempatnya di Mas Awana Catering. Makanan boleh tahan sedap, tapi ai banyak tak dapat makan. sebabnya, NAN dah ajak balik. Mula2 nak keluar rumah tu, dia tak nak ikut sebab ai paksa dia pakai tudung. hahaha tapi bila ai kata nak terus beli kasut raya dia, barulah nak ikut. Sebab tulah sempat makan 3 jenis lauk, lepas tu ai balik. dia dah mula tak nak itu ini, asiklah teringat kasut raya dia yang memang tak beli juga malam tu.

Majlis berbuka tu buat hari jumaat. Sabtu pagi2 ai dah keluar, kononnya nak menyinggah ke Aeon S2 nak membeli kasut raya anak dara tu. Punyalah ramai umat manusia. nak bawa troli pon tak muat nak lalu. penyudahnya, ai parking jauh dari Aeon. menapak dalam 5 minit. semata-mata nak menunaikan hajat anak. :') banyak kasut yang ai berkenan, tapi semua tak ada saiz NAN. tinggal semua yang besar2. sebab belikan last2 minit. Tambah pulak nak pilih kasut yang sesuai dengan keadaan kaki NAN yang dah mula sakit2 kulit tu. Beli juga kasut yang bertutup. Jenis universal, pakai seluar boleh pakai, pakai dress pon cantik comel. Sesudah tu, membeli barang2 untuk buat kuih. Tahun ini, tak lah kuih sangat pon. sejenis je buat kuih, yang lainnya kacang2 je.

Sampai ke malam, menyiapkan kuih kekacang ai tu. Alhamdulillah semua menjadi. Semuanya copy resepi dari FB saja. oklah dari rumah tak berkuih kan.. orang datang, nak jamukan apa pulakkan??

Hari-hari yang bersisa tu, banyak habiskan masa dirumah saja. Makan saja lauk apa yang ada. Yang pasti, tahun ni, tak serajin tahun-tahun sudah untuk mengupload gambar makan dan berbuka dimana saja di IG. sangat malas dan hati masih berkabung.

Persiapan dirumah, alhamdulillah sekadar apa yang ada saja. Ai ditugaskan untuk memasak semua jenis juadah yang sama seperti mak masih ada. Alhamdulillah menjadi dan habis. Abah sedaya upaya sembunyikan rasa sedih. nampak kesedihannya bila abah merebus ketupat yang tak diisi beras lagi. nampak tak?? malas nak cakap banyak, kita keluarkan jelah ketupat kosong dah separuh masak tu.

cerita raya?? nantilah.. tunggu habis syawal, baru boleh ber# syawal pula.. :)


6 Julai 2015

untuk KAMU

Assalammualaikum

Lima tahun lepas, aku pandang kau sebagai seorang lelaki yang sempurna. Masa itu, aku lihat kau sebagai bakal imam aku dan anak-anak aku. Aku angkat kau setinggi-tingginya sehingga aku memilih kau menggantikan tempat ayah aku. Aku tutup kuasa memilih aku ketika itu dan aku tetapkan hati aku hanya untuk kau.

Aku bukan seorang perempuan yang sering kedapur. Aku juga tidak pernah mengandung. Aku pun tidak pernah berpisah dengan kedua ibubapa aku. Dulu aku lebih rela memilih makan diluar dari aku masak dirumah. Jika teringin makan masakan mak, aku balik saja ke rumah keluarga aku.  Dulu aku lebih seronok buka blog gosip artis dari aku google resepi-resepi baru. Tapi semuanya berubah dari hari pertama aku sah menjadi isteri kau. Aku belajar dan terus belajar untuk menjadi seorang tukang masak yang handal untuk kau. Biar kau selesa makan dirumah, rasa air tangan aku sendiri untuk kenyangkan perut kau. Aku menjadi seorang pembantu rumah yang sangat rajin, biar kau balik kerumah, istana sewaan kita itu bersih dan cantik sentiasa. Aku basuh, sidai, lipat kain baju kau seolah-olah aku adalah seorang pekerja dobi yang sangat rajin. Semua itu aku lakukan dengan ikhlas, tanpa meminta balasan apa-apa. Cukuplah sekadar aku nampak kau makan masakan aku dengan penuh berselera. Cukuplah aku lihat kau selesa berada dirumah dengan suasana yang bersih. Cukuplah aku tengok kau dalam keadaan bersih teurus terjaga dalam pemakaian kau.

 Selepas sebulan setengah aku menjadi isteri kau, aku keguguran dengan usia kandungan baru 2 minggu. Masa tu aku tak tahu pun aku mengandung. Dan aku keguguran tanpa kau disebelah aku. Aku tak tahu kau ingat ke tidak lagi kisah itu, tapi bagi aku, semua yang berlaku seperti memori yang telah disimpan rapi. Aku turun darah ketika kau sedang berjuang dengan sukan kau dan dikampung kau sedang sibuk siapkan majlis bertandang kita. Kau tahu apa yang aku rasa masa tu? Aku sangat kecewa. Kau pernah dengar, perempuan yang keguguran memandu kereta sendiri ke klinik untuk dapatkan rawatan? Kau pernah nampak, perempuan yang baru seminggu lepas gugur boleh memandu kereta jauh-jauh? Tapi aku mampu lakukannya. Aku lakukannya sebab kau.

Sepanjang tempoh masa aku jadi isteri kau, pernah tak aku mengeluh kerana kau tidak membelikan aku emas berlian? Pernah tak kau terima permintaan aku yang mahukan baju cantik? Pernah tak kau terima pujukan aku supaya kau bawa aku bercuti kesana-sini? Kau berkahwin dengan seorang perempuan yang bernaluri. Yang ada kehendak tersendiri. Seperti aku juga. Tipulah aku katakan, aku tidak tertarik dengan rekaan baru di Poh Kong. Tipulah aku katakan aku tak teringin nak membeli baju cantik. Tipulah aku katakan aku tak teringin nak pergi bercuti kesana-sini bersama kau. Tapi aku sedar, aku bukan berkahwin dengan lelaki yang kaya. Aku berkahwin bukan dengan lelaki yang boleh beri apa yang aku mahu. Sebab aku tahu kau macam mana sebelum aku berkahwin dengan kau. Dan sebab itulah aku tahan kehendak aku, dan aku pujuk hati aku bila aku suka pada sesuatu, tapi aku tak dapat. Aku cuba sedayanya untuk tidak mendesak kau untuk menyediakan aku segala-galanya.

Selepas setahun usia perkahwinan kita, dan aku masih gagal mengandung, kau tahu apa perasaan aku? Kau faham apa perasaan seorang perempuan yang masih tidak mengandung zuriat suaminya sendiri? Walaupun setiap kali aku luahkan rasa sedih aku, kau seperti acuh tak acuh. Bukan itu yang aku mahukan. Pujuklah hati aku dengan kuasa kau. Tenangkanlah hati aku dengan kasih sayang kau. Dengan kesedaran sendiri, aku berusaha dengan cara aku. Dan alhamdulillah, Allah turunkan rezeki amanah yang satu ini pada aku. Allah izinkan rahim aku untuk mengandungkan zuriat kau. Aku redha, sebab aku tahu aku bukanlah berkahwin dengan seorang lelaki yang romantik.

Dalam tempoh masa awal kehamilan, aku mabuk teruk. Lumrah orang mengandung. Dan bahagian aku sangat susah dan sangat sakit diawal kehamilan. Kau pernah dengar aku merungut semasa aku mengandungkan zuriat kau? Kau pernah dengar aku mengeluh dengan kesakitan yang aku tanggung selama 9 bulan? Kau pernah nampak aku menangis semasa membawa perut yang sangat berat kesana-sini? Pernah tidur malam kau tak lena dengan ketidakselesaan aku sepanjang tempoh mengandung? Kau tahu kenapa aku tak pernah mengeluh, aku tak pernah kesal dengan kesakitan itu semua, sebab aku mengandungkan anak dari lelaki yang aku sayang. Aku mengandungkan anak dari lelaki yang aku cinta. Aku kuat kerana cinta aku pada kau. Aku kuat kerana sayang aku pada kau.

Saat aku sakit sedang mula bertarung nyawa mahu melahirkan zuriat kau, aku seorang diri. Tiada tangan kau genggam tangan aku salurkan kekuatan. Tiada suara kasar kau untuk menenangkan jiwa aku. Tiada wajah kau didepan mata aku, untuk aku berasa kuat. Saat aku bergelumang dengan rasa sakit itu, sebenarnya aku gembira. Gembira kerana aku dah nak keluarkan zuriat kau. Gembira kerana generasi kau sudah ada. Aku tak kisah dimana saja kau berada, walau tiada didepan mata ketika itu, tak sama seperti suami-suami lain, kerana aku tahu, kau sentiasa dihati aku. Sakit itu kau tak nampak. Sakit itu aku tanggung seorang diri tanpa berkongsi dengan kau.

Kau pernah merasa berjaga malam setiap malam sebab zuriat kau nak susu? Kau pernah tak cukup tidur sebab nak tukar lampin anak? Kau pernah masak lauk pantang untuk aku makan? Kau pernah angkat air panas untuk aku mandi? Kau pernah mandikan zuriatkan kau ketika dia dalam pantang? Aku tak nak ganggu tidur kau kerana semuanya aku lakukan sendiri. Aku bangun hampir 2 jam sekali mahu susukan zuriat kau. Aku bangun tanpa kejutkan kau. Sedang aku tersengguk2 menahan mengantuk masa susukan zuriat kau, kau disebelah lena berdengkur. Letih bekerja mencari rezeki untuk keluarga. Aku bersengkang mata bangun setiap malam tukarkan lampin zuriat kau kerana kau penat berulang dari tempat kerja ke rumah mak aku. Aku tak terasa hati bila kau kata kau tak pandai masak lauk orang pantang, sedangkan dalam masa yang sama aku kasihan melihat ayah aku bertungkus lumus memasak didapur. Aku tidak memaksa kau untuk memandikan zuriat kau. Aku terima alasan kau yang takut nak pegang tubuh kecil zuriat kau sendiri. Ayah aku jugak berjaga seawal pagi, jemur zuriat kau di bawah mentari pagi. Aku tak fikir apa pun. Sebabnya aku sedang gembira. Gembira kerana orang yang aku sayang dan cinta telah bergelar seorang ayah. Aku bangga dapat menyusukan zuriat kau dari susu aku sendiri. Kau tahu tak betapa peritnya bila aku sakit bengkak susu? Kau tahu tak betapa susahnya aku nak buat stock susu untuk zuriat kau? Kau tahu tak betapa letihnya badan aku bila setiap 3 jam sekali aku akan bangun untuk pam susu. Kau tahu tak betapa sakitnya ketika sesi pam berlangsung kerana gunakan pam yang murah. Dan yang paling penting kau tahu tak apa yang aku rasa bila aku tak dapat sokongan dari suami aku sendiri untuk aku terus tabah dan kuat untuk susukan zuriat kau. Masa tu, aku tak fikir apa pun. Janji zuriat kau kenyang dengan susu aku. Zuriat kau membesar dengan sihat.

Kau tahu tak apa yang aku rasa bila orang mempersoalkan kenapa begitu, kenapa begini mata zuriat kau? Ya, kata kau biarlah. Buat apa nak ingat-ingat apa orang kata, tapi sememangnya perasaan aku tak kan sama dengan perasaan kau. Kau tahu tak apa yang aku rasa bila aku teman zuriat kau dalam bilik pembedahan untuk pertama kali. Kau tahu tak apa yang aku rasa bila melihat keadaan zuriat kau dibedah matanya selama lima kali? Kau tahu tak apa yang aku rasa bila setiap kali aku sapu ubat di luka kesan jahitan zuriat kau? Aku rasa sangat bersalah. Aku sedih. Sedih kerana aku gagal melahirkan zuriat yang sempurna untuk kau. Aku sedih kerana zuriat kau macam tu. Aku lakukan segalanya dengan ikhlas. Kerana zuriat itu lahir dari kasih sayang dan cinta aku pada kau. Aku pekakkan telinga dengan apa yang orang cakap. Aku korban segalanya demi melihat zuriat kau membesar dengan sihat.

Kau tahu tak aku berfikir panjang sebelum membuat keputusan untuk cuti panjang menjaga zuriat kau selepas 5 kali pembedahan. Kau tahu tak aku tak tidur malam dengan lena bila zuriat kau tak selesa dengan jahitan dimukanya. Kau tahu tak setiap hari aku google resepi makanan yang berkhasiat untuk diberi pada zuriat kau. Kau tahu tak aku habiskan banyak duit untuk beli ubat sampingan dengan harapan dia cepat sembuh. Kau tahu tak, aku pergi kemana saja bila orang katakan disana ada tempat berubat yang elok. Kalau kau tak nampak, aku tak rasa apa. Sebabnya aku lakukan semua itu kerana zuriat itu datangnya dari lelaki yang aku sayang. Dari lelaki yang aku cinta. Dan zuriat itu sebahagian dari nyawa aku.

Kau tahu tak apa yang aku rasa, bila aku pergi ke klinik seorang diri dari aku mengandungkan zuriat kau, sehinggalah sekarang. Kau tahu tak apa yang aku rasa bila melihat suami isteri disana setia teman isteri yang sarat mengandung. Kau tahu tak apa yang aku rasa bila melihat suami bersama-sama isteri melayan kerenah anak masing-masing diklinik. Aku tak pernah persoalkan dimana kau, kerana aku tahu, kau sibuk bekerja mencari rezeki untuk keluarga kau. Sebab itu aku tak pernah merungut walaupun pada ketika itu, hati aku sangat terguris.

Aku tak tahu apa yang kau rasa bila lihat isteri kawan-kawan kau berpakaian cantik, sedangkan isteri kau tidak. Aku tak tahu apa yang kau rasa bila kau lihat kawan-kawan kau bawa keluarga mereka bercuti kesana-sini. Aku tak tahu apa yang kau rasa bila kau lihat isteri kau hanya mampu melihat isteri kawan-kawan kau bertudung cantik berseri-seri. Aku perempuan biasa. Sesekali terdetik dihati betapa teringinnya aku. Aku bukan minta yang berjenama mahal beribu ringgit, kalau kau belikan di pasar malam sekali pon, aku sangat bangga. Bangga sebab lelaki yang aku cinta belikan aku hadiah. Aku bukan minta kau bawa aku dan zuriat kau bercuti ketempat yang jauh-jauh, kalau kau bawa kami ke taman permainan depan rumah naik motor pon sudah cukup memadai. Itu pun aku sudah bahagia. Dan aku pasti, zuriat kau juga turut gembira.

Disaat kau terjatuh, aku sebagai seorang isteri sentiasa berada disisi kau. Sama-sama tak makan. Sama-sama makan mee segera. Sama-sama minum air kosong. Sama-sama berlapar. Aku tak pernah tinggalkan kau seorang diri. Walaupun aku tidak dapat membantu kau dari segi kewangan, tapi aku sentiasa berada dibelakang kau memberi kau semangat. Aku tak pernah tinggalkan kau seorang diri. Aku tak pernah meminta-minta pada keluarga untuk membantu. Aku lakukan semuanya demi lelaki yang aku cinta. Aku tak mahu kau terus terduduk. Aku berharap, keberadaan aku disebelah kau membuatkan kau kuat menempuh dugaan.

Langit tak selalu cerah. Mungkin kau terlalu terasa hati dengan kata-kata nasihat orang tua aku. Mungkin juga ego kau terlalu tinggi ketika itu sampailah sekarang. Mungkin kalau aku berada ditempat kau, aku akan buat perkara yang sama. Membenci sehingga dia pergi selamanya. Kau tahu tak apa yang aku rasa bila setiap kali dia bertanya tentang kau. Kau tahu tak aku terus dan terus menipu orang tua aku yang mengatakan kau sibuk bekerja. Sedangkan aku tahu kau buat apa. Kau pernah rasa kehilangan? Aku kira kau pernah rasakannya. Dari cerita kau, aku dapat rasa peritnya keluarga kau ketika mak kau sakit buatan orang. Kau adik beradik dijaga oleh mak cik kau. Yang membezakan hanyalah, usia mak kau masih panjang dan dia boleh melihat anak-anak dia dan cucu dia.

Aku sakit melihat mak aku sakit. Aku sedih melihat mak aku sedih. Tapi aku bertambah-tambah sedih bila lelaki yang aku sayang dan cinta tidak pernah mencuba menjernihkan keadaan. Aku terlalu kecewa ketika kau melihat dari jauh saja betapa payahnya aku berulang menjaga mak aku. Aku terlalu hampa bila melihat lelaki yang aku cinta tak berusaha langsung untuk membantu aku ketika itu. Kau tahu tak, betapa penatnya aku berulang ke hospital. Menguruskan mak aku yang dah mula tenat. Tak boleh berjalan. Luka dah makin mendalam. Kalau kau terlalu membenci atau kau terlalu sayang untuk turunkan ego kau didepan mak aku, kau boleh telefon aku bertanya khabar mak aku. Kau bukan tak tahu, betapa gigihnya aku menguruskan mak aku, bertambah dengan zuriat kau. Tapi ketika itu, aku tak tahu, aku dapat kudrat dari mana sehingga aku sekuat itu, ketika itu.

Aku mahu lelaki yang aku cinta sentiasa berada disisi aku. Mudah untuk aku luahkan apa yang terbuku dihati. Aku mahu kau sentiasa memberi aku semangat, sama seperti aku memberi kau semangat ketika kau jatuh dahulu. Aku tak tahu, mana tempat aku nak luahkan. Melihat keadaan mak aku sendiri macam tu. Sehingga ke nafasnya yang terakhir, kau tatap wajahnya bila tubuhnya dah kaku. Aku nampak kau menangis, tapi aku tak tahu kau menangis sebab kau sedih atau kau gembira dengan pemergiannya.

Memang aku bersalah tinggalkan kau. Aku terlalu mendahulukan mak aku daripada kau. Aku terlalu menjaga mak aku daripada aku menjaga makan minum kau. Aku terlalu menjaga hati perasaan mak aku dari aku menjaga hati perasaan kau. Tapi dia mak aku. Dia yang mengandung dan melahirkan aku. Tanpa dia, aku tidak berkahwin dengan kau. Tanpa dia, aku tidak akan lahirkan zuriat kau. Pada masa itu, aku harap kau faham keadaan aku yang baru kehilangan mak. Kau tahu macam mana rapatnya aku dengan mak aku.

Kalau bukan dengan dia, dengan siapa lagi aku mahu kongsi cerita aku. Kalau bukan dengan dia, dengan siapa lagi aku mahu menangis. Kalau bukan dengan dia, dengan siapa lagi aku mencurah rasa. Kalau bukan dengan dia, dengan siapa lagi aku boleh meminta nasihat. Sumpah.. walaupun aku bercerita kisah aku berselisih faham dengan kau, dia tak pernah menyalahkan kau. Dia hanya mendiamkan diri paling tidak pun akan cakap sabarlah. Asam garam rumah tangga. Tidak pernah dia memberi aku kata putus dalam masalah aku. Aku sedih, bila aku cakap aku mahu balik, dan kau akan ikut sekali, dia akan masak lauk kegemaran kau. Walaupun dia penat dan sakit, dia tetap gagah untuk menyediakan makanan kegemaran menantu dia. Aku menangis, bila dia bancuhkan air untuk kau, tapi kau tidak menjamah sedikit pun. Hati aku terguris, bila kau berebut nak balik ke rumah sendiri, sedangkan kau nampak dia tidak sihat.

Kau tahu adik beradik aku tak ramai. Sudahlah tak ramai, semuanya perempuan. Kau tahu keadaan kakak-kakak aku bagaimana. Dan kau menantu yang paling dekat, dan aku anak yang paling dekat, sememangnya aku dengan ikhlasnya mengambil alih tugas anak sulung. Memang akulah yang akan sampai dulu bila mak ayah aku tak sihat. Memang akulah yang akan sampai dulu bila keluarga aku sakit. Dan kau menantu yang paling dekat, dan ayah aku mengharapkan kau dapat membantu dia menguruskan mak aku ketika itu. Ayah aku perlukan seseorang untuk dia kongsi apa yang dia rasa. Ya, memang anak-anak dia ada, tapi perasaan lelaki memang tak akan sama dengan perasaan perempuan. Sememangnya kau perlu faham dan kau perlu tahu ketika itu.

Ya... perkara sudah lepas, tak perlu diingat-ingatkan lagi. Masakan boleh aku lupakan, sebab dia mak aku. Masakan aku boleh lupakan, sedangkan kesukaran itu aku yang lalui. Kalau luka lain, boleh aku ubatinya lagi. Tapi jika luka yang ini, memang sukar aku ubati. Kerana sikap kau inilah, hati aku semakin hari semakin jauh. Kerana sikap kau inilah, cinta aku semakin hari semakin pudar. Kerana sikap kau inilah, sayang aku semakin hari semakin layu. Jangan kau tanya kenapa, sebab jawapannya ada pada kau.

Berulang kali aku katakan, aku bukan perempuan dan isteri yang sempurna. Tapi kau boleh nampak macam mana berusahanya aku untuk jadi yang terbaik dimata kau. Betapa gigihnya aku untuk jadi ibu yang terbaik untuk zuriat kau. Sampaikan sesekali aku berasa, aku ini seorang isteri atau seorang pembantu rumah. Kau tahu tak apa yang aku rasa, bila ada orang lain bertanya kepada kau kenapa kau nampak kurus, dan kau katakan aku tak mahu masak?? Kau lupa bagaimana gigihnya aku masak untuk kau dan zuriat kau sampaikan tangan aku dijangkiti kuman, luka berdarah sampaikan ketika masak aku pakai sarung tangan. Aku menguruskan kehidupan kau dan zuriat kau sehinggakan aku keguguran. Aku terluka lagi.

Kau faham tak apa tu fibriod? Kau tahu tak kenapa wanita ada fibriod? Kau tahu tak aku menganggung sakit kerana fibriod itu. Aku kira kau tak faham situasi aku. Sebab kau tak pernah temani aku mendengar penerangan doktor tentang tahap fibriod aku. Sebab kau tak pernah ambil tahu kenapa aku sakit sehingga aku berlaku pendarahan. Kalau kau faham, kalau kau rasa apa yang aku alami, kau takkan sanggup bercakap selama empat tahun aku tanggung sakit ini, hanyalah satu alasan. Alasan?? Secara sedar atau tidak, kau telah banyak mengguris hati perasaan aku.

Mungkin setakat ini perjalanan bersama kita. Mungkin selepas ini kita boleh menjadi kawan baik. Tapi aku sangat terkejut, kau jadikan zuriatkau sebagai taruhan. Kau boleh menamatkan kisah kita ini dengan harapan zuriat kau aku serahkan pada kau. Kau tahu apa perasaan aku? Makin bertambah-tambah kecewa aku. Walaupun mulut aku mengatakan aku rela serahkan dia pada kau, tapi hati aku tidak merelakan. Aku hidup dengan dia lebih lama. Masa aku lebih banyak dengan dia. Airmata aku lebih banyak untuk dia. Aku rasa pengorbanan aku lebih banyak untuk dia. Sebelum aku serahkan dia bulat-bulat dia pada kau, aku akan berjuang sehabis-habisnya walaupun memaksa aku berhutang dan bergadai. Tapi sememangnya dia memang mahu mengikut kau, aku rela..

Aku kira, sudah sampai masanya kau jalankan tanggungjawab kau pada dia. Aku kira, habislah tanggungjawab aku pada dia. Aku sudah bersakit mengandung dan melahirkan dia. Dia sudah pernah  kenyang minum susu dari tubuh aku. Dia pernah rasa dibawah jagaan aku. Dia pernah nampak aku menangis kerana dia. Dia juga boleh merasai betapa perihnya aku berkorban untuk dia.

...................................................................................................................................................................

#kauterasa?
#kisahbenar
#ainangisbacaciteni
#setepeksetepekkenekatmukasendiri

10 April 2015

segalanya untuk kamu #NAN

Assalammualaikum

satu hari nanti, awak sudah dewasa dan sudah matang mengendali urusan hidup awak, dan awak mahu membaca apa yang telah ibu tulis berkenaan dengan awak, ibu sudah bersedia berikan password blog ibu. bacalah.. fahamilah.. dan mengertilah.. sesungguhnya tiada apa dapat tandingi kasih sayang dan cinta ibu pada awak. awak adalah nyawa ibu dan ibu sayang awak lebih dari nyawa ibu sendiri.

kehadiran awak memang ibu nanti2kan. setiap bulan, harapan setinggi langit, akhirnya.. alhamdulillah, Allah beri kesempatan untuk ibu merasai detik sembilan bulan itu. dan awak yang telah berada dalam rahim ibu. ibu lalui sakit, pedih, suka dan gembira selama 9 bulan dengan perasaan yang redha. ibu sanggup lakukan apa saja, asalkan awak selamat dan sihat.

terbaring, muntah, sakit, kurang darah dan segala macam penyakit ibu hadapi dengan penuh sabar. setiap hari, ibu kira tempoh 24jam untuk cukupkan 9 bulan. tendangan comel awak, pergerakkan aktif awak, itu adalah kenangan paling manis dalam hidup ibu. sumpah sayang.. kalau boleh ibu putarkan masa, ibu mahu saat itu kembali.. 

awak membesar dengan sihat didalam rahim ibu. walaupun banyak keinginan ibu untuk makan tak dapat ibu tunaikan. setiap hari, ibu berdoa agar awak sihat dan sempurna. walau sekalipun ketika itu Allah menetapkan kejadian awak tidak sempurna, ibu tetap akan sayang awak. memang awak yang ibu inginkan. 

bila awak dah mula membentuk, ibu dah mula memikirkan nama yang terbaik membawa maksud yang baik untuk awak. bila awak dah ada jantina, dan doktor mengesahkan awak adalah bayi perempuan, nama awak sekarang inilah yang ibu pilih. dengan penuh harapan, awak membesar seiring dengan maksud nama awak.

diusia awak 9 bulan 2 hari, akhirnya ibu buat juga scan 3D. hati ibu rasa tak 'sedap' sayang. makin dekat tarikh 26 november 2011, semakin kuat debaran jantung ibu. ibu dapat rasakan ada yang tidak kene dengan awak. akhirnya, ibu dapat berita itu. ibu tak tahu nak kata apa pada saat itu. gembira melihat wajah awak dan sedih apabila doktor mengesahkan kekurangan awak. 

2 hari ibu tanggung sakit. awak keluar lewat 2 hari dari tarikh yang ditetapkan. serba tak kena ibu ketika itu. dan ibu tak dapat nak ceritakan bagaimana rasa sakit itu. satu hari nanti, awak akan merasainya juga. akhirnya, selepas azan subuh, selepas air ketuban pecah, tepat jam 5.28 pagi, awak selamat lahir ke dunia tanpa ada apa2 bantuan. dalam keadaan nafas ibu tersangkut2, ibu tak dapat dengar suara awak. depan mata ibu, dengan tubuh awak yang kecil itu, doktor menepuk2 kuat badan awak, tapi tiada tangisan yang kedengaran. ibu dapat melihat keadaan yang sangat kelam kabut. dengan badan yang masih berdarah, doktor kelam kabut memeriksa jantung awak. ada sedikit pergerakkan. dan akhirnya, doktor merendam awak dalam bekas ais yang sejuk itu, barulah ibu dapat mendengar suara kecil awak. dan ibu tak dapat melihat diri awak lagi.

hampir 5 jam selepas ibu bersalinkan awak, baru ibu dapat memegang dan menyusukan awak. dari saat pertama awak dalam dakapan ibu, ibu mengharapkan ibu dapat melihat mata cantik awak. setiap bayi2 baru lahir. ibu dapat melihat cerahnya mata ibu. ibu mengaku sayang, ibu rasa sangat sedih ketika itu dan perasaan itu terbawa2 sehingga ibu habis pantang.

bila ibu ingat2 semula, ibu rasa ketika itu ibu sangat berlakon depan semua orang. ibu buat2 ketawa, ibu buat2 happy, kerana ibu tak nak orang lain dapat melihat kesedihan ibu. dari hari pertama sampailah sekarang, ibu rasa sangat rimas, bila semua orang bertanya kenapa, mengapa, bagaimana mata kamu macam tu. 

hampir setahun, ibu menanti dengan penuh sabar untuk melihat mata cantik awak sepenuhnya. awak sangat berusaha dan sangat susah untuk melihat dunia ibu. awak tahu tak apa yang ibu takutkan ketika itu?? ibu takut sangat, perkembangan awak tak sama dengan baby2 yang lain. tapi alhamduillah... awak membesar sama dengan baby2 yang lain. awak meniarap diusia awak 4 bulan. awak merangkak diusia awak 7 bulan. dan awak agak lambat memulakan langkah pertama.

awak lambat jalan pun, ramai yang mengatakan faktor mata awak begitu. sumpah sayang, ibu sangat kecil hati ketika itu. tapi ibu tahu anak ibu, awak mampu lakukan. diusia menjelang 1 tahun 2 bulan, awak memulakan keberanian awak untuk melangkah ketika dihospital. selepas melawat nenek, awak beria mahu dilepaskan. dan awak jalan2 jatuh. sehinggalah awak berani.

awak tahu tak, sampai sekarang, setiap kali ibu renung wajah awak, setiap kali ibu sapu ubat ditempat luka awak, setiap kali awak mengadu sakit, setiap kali itu jugalah ibu sangat rasa bersalah. kalau ibu tak buat keputusan untuk membetulkan mata awak, mesti awak tak kan tanggung sakit sampai sekarang. kalau ibu tak sain borang kebenaran pembedahan itu, mesti awak tak kan luka berdarah sampai sekarang. ibu sangat rasa bersalah dengan awak. maafkan ibu sayang. maafkan ibu...

Nur Afnan Nisrina..

ibu tahu, ibu bukanlah ibu yang terbaik untuk awak. tapi ibu berusaha untuk jadi yang terbaik dimata awak. ibu berusaha untuk jadi yang terbaik untuk awak. ibu mahu awak jadikan ibu bukan sahaja seorang ibu, tapi kawan baik awak.

janganlah sesekali jadikan kekurangan awak itu untuk awak tidak mahu berjaya. banyak contoh sekarang ni sayang. orang yang tak sempurna, ramai yang dah berjaya. ibu tidak akan paksa awak untuk jadi apa, pilihlah.. dan coraklah masa depan awak sendiri. jadikan agama rujukan utama dalam hidup awak.

ibu tidak akan sentiasa berada disisi awak. ibu tidak akan sentiasa boleh teman awak kemana saja awak pergi. andai sampai satu masa, ibu akan pergi, dan doa ibu sentiasa bersama awak. jadilah insan yang terbaik, dikalangan yang terbaik. ibu saja yang ibu mahu dari awak.

satu hari nanti awak dah berjaya, sudah berada di puncak kejayaan, janganlah awak lupa siapa diri awak. janganlah awak lupa dimana awak bermula. bukan harta duit awak yang ibu mahukan. ibu mahukan awak sebagai anak ibu setiap masa. janganlag lupakan ibu, sebab ibu sayangkan sejak dari hari pertama awak ada dalam rahim ibu.

Nur Afnan Nisrina..

apa yang ibu lakukan sekarang ini, semuanya untuk kamu. apa yang ibu mahu lakukan, awak jadi keutamaan. awak adalah nyawa ibu. ibu tak boleh tak ada awak. ibu tak boleh adakan awak dengan kemewahan. ibu berusaha beri yang terbaik untuk awak. kita akan sama2 hidup dalam kesederhanaan.

Nur Afnan Nisrina..
ketahuilah..
sesungguhnya kasih sayang ibu pada awak melebihi dari nyawa ibu sendiri. apa pun yang akan berlaku, ibu tetap akan sayangkan awak...




1 April 2015

angan-angan jadi realiti

Assalammualaikum

ok. ini cerita bulan lepas. blog ni dah macam, hidup segan mati tak mahu. sejak2 sibuk ni, makin malas nak menaip kat sini. macam mana ek nak mulakan. 

sebenarnya, ai bukanlah pelanggan setia majalah PA&MA. kalau rasa nak beli, barulah ai beli. tapi ai follow IG dan FB PA&MA. entah macam mana, satu hari tu, ai tengah cuti, ralit layan FB, ai nampak dalam page PA&MA, perkongsian tips penjagaan gigi. dalam slot 'super mama isnta'. tapi kene upload gambar ibu dan baby dekat IG, dan ber# tema apa yang dorang nak, then post. yang penting, ibu dan anak tu senyum nampak gigi.

ai memang pentingkan penjagaan gigi NAN. ai dah kenalkan NAN dengan berus gigi seawal umur dia 7 bulan. biar dia gigit finger strip yang ai selalu bagi setiap kali ai nak mandikan dia. jadinya, dia dah tak takut nak berus gigi. sebabnya, abah ai dulu pon, amat strict pasal jaga gigi ni. bila dah besar, dah pandai urus diri sendiri, barulah boleh ngelat berus gigi sekurang2nya 2 kali sehari. :)

kebetulan, ai memang ada simpan gambar ai dan NAN yang senyum cantik manis-manis tu, so, ai bagi tempek je gambar tu dalam IG PA&MA. ini adalah angan-angan ai. teringin sangat nak masuk majalah. hahaha fefeling artiskan.. 


inilah gambar yang bertuah tu. ai tak harap pon terpilih. sebab gambar ni kan mata NAN bertampal macam tu. so niat ai time tu adalah suka-suka mencuba. hahaha

selang 3 4 hari macam tu, ai dapat W/A dari editor slot 'super mama isnta', bagitahu gambar ai tu terpilih. dan suruh datang ke karang kraf shah alam. time tu kalau tak silap, jatuh hari public holiday, hari tahipusam. mak dah tak da, ai share dengan abah. abah pon excited. excited dia macam anak dengan cucu dia ni nak jadi cover front page kan. haha

lagi 2 hari nak photoshoot, mata NAN berdarah bernanah macam biasa. ai dah risau dan hampir nak batalkan je photoshoot tu. tapi abah tak bagi. abah kata, jangan lepaskan peluang yang datang sekali seumur hidup. baiklahhhh. ai berusaha dengan jayanya mengeringkan luka dia tu, dan sampailah hari kejadian. 

pagi tu, ai tepek bedak kat muka NAN banyak2. tak bagi nampak luka dia tu. tapi NAN tak selesa. yelahhh tak biasa lagi bermakeup2 ni. hahaha tak perlah nak, bak kata atok kau tu, peluang sekali seumur hidup. hari kejadian tu, abah tak boleh hantar ke shah alam tu. gigih ai drive sambil tengok2 hp sebab guna waze, dan waze juga berjaya tak sesatkan ai hari tu.

setelah sebulan menunggu, akhirnya masa yang ditunggu2 tiba. hahaha bajet retis sangat. untuk pertama kali selepas 2 tahun ai tak beli majalah PA&MA tu, bulan ni ai wajib beli,. sebab nak tengok muka sendiri dalam majalah. overrrr!!!!


dan inilah hasilnya.. 

:)
:)

ikut ye tips penjagaan gigi NAN

bye!!!!

13 Mac 2015

ada FB, BLOG, INSTA dan lain-lain untuk apa??

Assalammualaikum

hari selasa lepas (10 Mac 2015) ada checkup NAN kat Peads HKL. sambil2 tunggu number giliran yang maha lama tu, NAN pulak dah hilang masuk taman permainan, ai pulak sibuklah on FB dan Insta. sebelah ai time tu ada sorang kakak yang dah ala2 makcik. 

bila dia nampak ai dah mula simpan hp, dia tanya, "dik, adik ada fb dan Instakan? adik ada semua tu untuk apa ye?" ai pulak terpinga2 dah kenapa dia tanya macam tu. ai po jawab, "ye kak" kenapa?" kakak tu senyum. "kenapa adik ada benda tu semua?" makin pelik ai dengan pertanyaan dia.

ai : kenapa akak tanya macam tu?

kakak : saja je dik. sebab akak tak da benda tu semua. tak ada masa akak nak buat benda tu.

ai senyum je bila dengar dia cakap. 

ai : tak per lah kak. benda ni pon untuk suka2 je. bukan wajib pon kak. 

kakak : tapi kenapa adik ada benda tu semua?

ai : saya?? kalau saya, saya buat semua ni sebab saya nak anak saya tengok semula apa aktiviti saya masa sekarang. sebab bila saya dah tua nanti, mesti saya tak ingat semua apa aktiviti saya. apa saya buat. tak pon, kalau esok lusa saya mati, anak saya tahu betapa sayangnya saya dengan dia. dia keperluan utama saya."

kakak tu senyum lepas tu tepuk2 tangan ai.

kakak : betul jugakkan dik. mana tahu, kalau jap lagi Tuhan tarik nyawa akak, akak dah tak sempat nak cerita semua dengan anak2 akak. maknanya akak kene adalah ni.

ai : tak per lah kak. benda ni bukan keperluan pon. itu bagi pendapat saya. bagi saya, itulah sebab utama kenapa saya ada semua ini.

...............

lepas jumpa doc, dah naik angin dengan doc, nak bertekak gaduh segala siap dalam bilik doc tu, balik, kene hadap jem pulak. macam manalah orang KL boleh hadap jem hari2 macam tu. tabah sungguh. hahaha

sambil hadap jem tu, ai terfikir semula apa yang ai cakap kan dengan kakak tu. itulah sebabnya kenapa ai mula pandai menulis blog walaupun 3 4 bulan sekali ai buka blog sekarang ni. 

...............

satu hari nanti, bila NAN dah besar, dah matang dengan hal duaniawi ni, ai akan bagi semua password ai pada dia. andailah satu hari nanti ai mati, dia akan tahu betapa sayangnya ai pada dia. betapa pentingnya dia dalam hidup ai. cerita seawal hari pertama ai tahu dia ada dalam rahim ai, sampailah ai dia lahir. dari pembedahan pertama mata dia, biarlah dia tahu betapa sayunya hati ai melihat keadaan dia. 

dia juga akan tahu perjalanan cinta ai dengan ayah dia. macam mana perih jerihnya nak hidup di dunia yang penuh dengan cabaran. gambar2 akan menjadi kenangan dia, akan dia lihat setiap detik saat dia membesar. apa yang ai update di status FB. dia akan tahu semuanya.

......................


11 Mac 2015

MENITI HARI KE 100

Assalammualaikum

pejam celik, pejam celik, hari sabtu ni 14 Mac 2015 genap pemergian mak 100 hari. tak tahu kenapa, rasa rindu ini semakin kuat. makin banyak sedekahkan alfatihah yassin untuk mak, semakin sebak. rindu sangat dengan dia. rindu nak dengar suara dia. rindu nak lihat dia senyum. rindu sangat nak dipeluk mak. rindu sangat nak bau badan mak. Ya Allah... 

sebenarnya esok 13 Mac 2015 hari jadi mak. dalam family kami, memang tak ada sambutan hari jadi. mak abah memang tak ajar kami dengan semua ini. hanya sekadar ucapan indah dihari jadi, itu sahaja. tapi bila ai dah mula bekerja dan dah pegang duit sendiri, barulah mak merasa dapat hadiah dari anak2. selalunya kalau mak dapat hadiah, mak mesti cakap, kenapa beli mahal2 ni. mak tak nak lah. tapi ai tahu, jauh didalam hati mak, mak sangat menghargai apa sahaja pemberian anak2, tak kisah mahal atau murah.

setiap malam, sejak hari pertama mak pergi, sebelum tido, ai mesti doa dengan harapan mak datang dalam mimpi ai. teringin sangat nak jumpa mak. kalau masa boleh diputar semula, satu je ai nak cakap dengan mak, ai nak mintak maaf dengan segala apa yang dah ai lakukan. nak dengar dari mulut mak sendiri mak cakap mak maafkan ai, maafkan anak2 mak. walaupun masa dulu2, mak selalu cakap, mak mana yang tak maafkan anak2 dia, mak mana tak sayangkan anak2 dia, tapi sebagai anak, ai rasa tak puas bila tak dengar sendiri dari mulut mak.

bila dah kehilangan orang tersayang ni, barulah kita akan ingat kata2 orang lain. hargai masa kita bersama ibubapa kita. masa memang tak akan dapat diundur. cuma kenangan yang akan kita bawa ke mana saja. bagi ai, kenangan ini begitu sakit. sakit sangat bila kita ternampak2 wajah dia depan mata. sakit sangat keadaan ini. bilik mak, sampai sekarang bau badan mak masih ada. kadang2 ai sengaja masuk bilik mak, tarik nafas dalam2, amik bau mak, rindunya dengan semua kenangan itu.

sejujurnya, mak adalah insan yang paling rapat dengan ai. ai tak ada rahsia dengan mak. bila ada masalah, stress memang mak yang ai cari. mak lah tempat ai mengadu semua masalah ai. yelah.. kalau bukan mak, siapa lagi yang nak dengar masalah kita kan?? tapi ai sangat kecewa bila orang lain salah anggap bila ai bercerita masalah dengan mak. dorang cakap, mak akan buat keadaan bertambah buruk. Sumpah!!! sampai sekarang ai kecewa dan tak mungkin ai lupakan.

setiap kali ai mengadu keperitan hidup dengan mak, mak mesti cakap, Allah bagi susah macam ni, sebab Allah sayang kamu. Allah tahu kamu hambanya yang kuat untuk terima ujian ni. tak payah merungut. berdoalah biar hati kamu tu terus kuat. mak sentiasa doakan anak2 mak tabah hadapi segala macam kemungkinan.

setiap kali ai nak bawak NAN checkup mata, setiap kali tu jugaklah ai akan bagitahu mak. dan setiap kali tu jugaklah mak akan call semula tanya keadaan NAN. ai tahu mak pon sedih dengan keadaan NAN. tapi mak kene kuat sebab tak nak ai terus jatuh tak kuat semangat. sebab nanti NAN pon akan tak kuat semangat. 

sejujurnya ai cemburu tengok orang lain ada mak. walaupun umur ai dah masuk 3 series ni, ai masih tak puas manja dengan mak. sebab lamakan mak sakit dulu. kali terakhir mak masak, masa malam raya tahun lepas. itu pon ai tak dapat makan sebab balik mengahadap jem sampai kereta rosak2 perjalanan jauh. lepas ai balik beraya dari kampung sebelah sana, balik rumah mak, mak dah mula tak sihat. mak cuma bagitahu cara masak dalca macam mana je, yang masaknya ai. lama sangat tak rasa masakan mak sampailah mak meninggal.

masa kaki mak mula nak teruk, ai ada cakap dengan mak, rindu nak makan lauk yang mak masak. mak senyum. mak cakap doakan mak cepat sihat, mak boleh jalan, boleh berdiri, nanti mak masak semua yang anak2 mak nak makan. mahal mana pon tempat kita makan tu, tak akan sama dengan air tangan mak kan??

tempat terakhir yang mak nak pergi adalah Freser Hill. mak ada cakap dengan ai yang mak nak pergi sana kejap. mak cakap mana tahu, mak ubah angin mak sihat. tapi masa tu semuanya tinggal cukup2 makan je. dengan keadaan kereta ai yang tengah uzur time tu, memang tak lah ai nak bawak mak pegi jalan jauh macam tu. takut jadi apa2 tengah jalan. tapi itu adalah tempat terakhir dia nak pergi sebelum dia tutup mata. sakitnya bila diingat2kan masa lalu..

sebelum2 ni, kalau kita terbau kapur barus mesti kita takut kan?? samalah dengan ai. hari yang keberapa ai tak ingat, tapi time tu ai tengah sidai baju kat luar. tiba2 ai terbau kapur barus. tak kuat sangat baunya. ai terus pejam mata, dan terus menangis. dalam hati ai cakap, mungkin itu mak. mak balik tengok rumah. 

setiap minggu, sebelum ai pergi kelas, ai mesti singgah kubur mak bacakan yassin. tengah2 ai baca tu, ai bau kapur barus jugak. wangi sangat. ai pandang sekeliling kubur. mana tau, Allah tunjukkan ai bayang mak, tapi kosong. dalam 3 minit macam tu lah bau2 tu kuat. lama2 bau tu hilang. makin kuat rasa rindu.

doa yanie untuk mak memang tak pernah putus. semoga mak bahagia di sana. 

#alfatihah


8 Februari 2015

JOM ORDER ~ DOORGIFT ~ GULA-GULA LOLIPOP

Assalammualaikum

mahu buat majlis hari jadi / majlis perkahwinan / majlis aqiqah ?

masih mencari2 goodies atau hantaran yang cantik comel?

saya ada menyediakan tempahan lolipop untuk diberi sebagai goodies.

design atas permintaan pelanggan. bagitahu saja mahu yang macam mana, in shaa allah akan cuba penuhi.

untuk permulaan,

1) gula-gula lolipop






2) gula-gula lolipop HELLO KITTY



3) gula-gula lolipop CLOWN



berminat??

uolls boleh sms/whatsapp

01110606142




20 Januari 2015

Flora Cafe @ Ampwalk

Assalammualaikum

ahad minggu lepas, habis register class, ai pergi aerobik di City Park S2. sebab malamnya tu ada dinner kat Flora Cafe. dinner yang dirancang lebih awal, tapi asiklah cancel. nasib baik tuan kedai ni sudi lagi terima tempahan ai, walaupun dah lebih 5 kali cancel. hahaha

berurusan dengan tuan tanah ni senang je. ai hanya call sekali je, sebab nak tanya betul2 menunya tu. lepas tu berurusan dalam whatsapp je. senangkan?? 

set menu ada 2 pilihan. antara local menu atau western menu. ai pilih western menu. dah dinnerkan. tak nak lah makan banyak2. local menu tu adalah nasi dan lauk-pauk kampung. dinner dimulakan dengan air dan rojak buah dulu. lepas tu keluar main course, pelayan akan tanya kita dah habis makan ke belum. kalau dah habis akan keluarkan desert dan kek. kek tu, kalau nak sambut birthday, time pelayan bawa keluar kek, akan ada lagu happy birthday. 

suasana?? so romantic... dah nama candle light dinner kan. mestilah romantik :) dengan decoration yang penuh dengan bunga2, lagu2 romantic, memang tak sedar kedai nak tutup dah. hahaha

ai book dinner 8.30pm. tapi ai dah lewat 1/2 jam. tuan kedai siap call tanya ai kat mana. takut customer dia dia ni sesat tak tentu hala. nasib baik kawan i tau jalan. :)

ai bagi 10 bintang kat kedai ni. memang best. menu pon sedap. sedap sangat2. terima kasih tuan kedai, beri layanan 100% ok. dari mula book sampailah masa kejadian. tak banyak masalah, walaupun ai banyak nak ubah style menu. 

haaa lagi 1, time kek tu dah keluar, pelayan akan datang minta izin nak amik gambar kita. tapi kalau kita tak nak gambar dimasukkan dalam FB, kita just bagi tau. macam ai, ai x nak gambar ai masuk FB. hahaha ai kan low profile. wiwiwiww

tak banyak sangat amik gambar. sebab sibuk melayan menu yang super duper sedap. cuma gambar kat meja ai je yang ada. 

atas bawah kiri dan kanan, penuh dengan bunga.

untuk tempahan, boleh je pegi facebook Flora Cafe atau call/whatsapp number ni 017/3190203







18 Januari 2015

diet sebab nak cantik ke nak sihat??

Assalammualaikum

Im back!! haha semakin berleluasa malas ai ni. sejak2 mak ai sakit beberapa bulan lepas, dan sejak2 ai berulang alik dari nilai ke seremban, ai memang jarang makan malam. bukan ai je, dengan NAN sekali tak makan malam. penat. balik dari hospital dah malam, pastu nak kene masak pulak memang tak lah ai ni. haha

ada orang perasan badan ai sedikit menguncup, ramai jugak yang tak perasan. tak kisah lah. tapi mana yang perasan tu, ada jugak bertanya ai diet ke?? sejujurnya ai memang diet sikit, selain lebih jaga makan. lepas lihat sendiri keadaan mak, rasa takut tu lebih banyak menginsafkan diri.

selain dari takut akan mewarisi sakit deabitis tu, ai berdiet ni sebab stress tengok keadaan diri sendiri. bertambah2 stress bila nak beli baju, susah nak cari saiz. nak pakai seluar pon, fikir berpuluh kali nak pakai sebabnya dari paras pinggang ke bawah, melebar dengan jayanya. hahaha nak naik tangga pon mencungap macamlahhhh naik sampai tingkat sepuluh. jadinya, marilah mencari inisiatif sendiri. 

ada orang tanya, ai diet ni sebab nak cantik ke nak sihat? jawapan ai, sebab dua2. sebab nak sihat dan nak cantik. hohoho alhamdulillah.. berjaya perancangan ai, dan ai berjaya turun hampir2 5kg dan semua baju2 time anak dara dulu dah boleh pakai. 

ada jugak yang bertanya cara ai diet. ai tak kedekut nak berkongsi. kalau rasa mampu nak buat, ai sokong. kalau tak nak tu, tak payahlah nak jatuhkan semangat orang lain. kita cantik sama2, sihat sama2. ada yang agak ai diet cara atkins tu. sejujurnya ai cakap, ai tak mampu nak berdiet cara itu. sebabnya ai terpaksa potong selera ai sendiri. badan ai ni pon, cepat naik, senang nak turun. ini salah satu sebab kenapa ai cepat turun badan.

untuk makluman semua jugak, walaupun ai berdiet cara sendiri, tapi ai ada dapatkan nasihat dari doktor. bermakna, ai bukan diet syok sendiri. hahaha bagi ai, nak diet ni bukanlah kene tahan selera makan semata2, tapi lebih kepada mental. kene selalu berfikiran positif. janganlah mengharapkan keputusan sekelip mata. kau tak makan nasi sehari, kau harapkan berat kau turun 3 4 kilo. memang tak lah. positif!! positif!! kita diet ni bukan makan ubat tau. yang dah nampak kesan 2 3 hari selepas. kita deit ni cara natural. kesannya memang agak lambat. jadi, sila bersabar.

untuk 6 bulan pertama, memang agak seksa nak ubah menu sarapan yang biasa ai ambil. dah biasa pagi2 makan nasi lemak, mee hoon, lontong, soto dll. ai bermula dengan sarapan yogurt dan buah. ada jugak makan nestum dan oat. minum susu segar. ai memang tak suka minum susu segar putih tu. jadinya ai memang ambil yang berperisa, macam strawberi. coklat tu ai kurang sikit. kalau dah rasa boring dengan sarapan tu, makanlah roti sekeping dua. untuk seminggu yang pertama, memang akan rasa pedih2 perut. sebab ai ada gastrik. tapi dah lepas 2 3 jam makan sarapan, kudapan tu penting. ai akan makan epal sebiji, atau makan biskut. sebab keje ai ni banyak masa duduk je dari berjalan, jadinya pembakaran lemak tu memang lambat.

untuk lunch, ai memang jarang makan. kalau ada kawan2 ajak lunch, baru i keluar. tapi memang susah kawan nak ajak lunch, sebabnya ai lebih rela tido. hahaha tak lapar ke?? macam ai bagitahu tadi, kudapan sihat itu penting. kan dah ada biskut oats tu kan. lepas solat zuhur, sambil2 buat keje ai akan makan 2 3 bungkus dengan air putih. air putih kene minum 8 gelas sehari. macam ai, ai akan minum 8 botol air meniral yang kecik tu sehari. keje dalam aircond, kalau kurang makan dan minum, kulit jadi kering pulak. 

dinner jangan tanya. memang ai tak makan, kalau masak pon untuk NAN je lah. itu pon sikit jelah. masak untuk dia saja. itu pon ai akan tanya dia dulu, nak makan atau tak. kalau dia tak nak makan, ai tak masaklah. tapi time balik keje tu ai akan beli goreng pisang. makan sambil bawak kete. NAN pulak memang suka dengan goreng pisang. 

kalau weekand pon perkara yang sama akan berlaku. ai masak untuk NAN dan abah. tu pon kalau abah ada rumah. ai akan makan lauk tanpa nasi. doktor ai bagitahu, nasi itulah boleh menaikkan berat badan. lagi2 kalau makan malam. lagi2 keje macam ai. banyak duduk dari berjalan. lagi lambat proses pencernaan berlaku. tak lama pon, 6 bulan je kene jadi musuh dengan nasi. lepas dah dapat berat yang ai nak, ai dah mula makan nasi sikit2. sikit2 je tau. hahaha

ok. kalau berdiet separuh nyawa, tapi tak buat senaman ringan, bertambah lambatlah nak kurus. ai mula aktifkan diri dengan aktiviti petang. dengan siapa?? kadang2 dengan kawan2, tapi selebihnya banyak dengan NAN. dialah pembakar semanagat ai nak kurus. hahahaha ai memang dari zaman sekolah tak suka bersukan. bawak bola dalam sudu pon ai boleh stress. jadinya buatlah aktiviti apa yang kita suka, asalkan peluh2 jahat tu keluar. kalau weekdays, ai akan pergi ke gym. gym ni ai memang tak akan bawak NAN. nanti ai tak dapat fokus. dekat gym pon, ai bukanlah main semua peralatan tu pon. ai cuma naik basikal, dan jalan kaki tu je. untuk sebulan pertama, nak kayuh basikal tu 2 lap pon x mampu. mencungap kot. tapi dah lama2 ok je. ai tak buat banyak pon. sekali buat, 5 laps dah cukup. ikut kemampuan diri sendiri. 

ai tak sangka dalam masa 8 bulan, ai dah boleh turun 5kg. sekarang ni ai masih mengamalkan cara diet ni. tapi sesekali ai akan makan sarapan yang berat. 2 3 hari dalam seminggu ai akan back to normal. lagi sekali ikut kemampuan diri sendiri. kalau terdaya, silakan ikut. kalau tak mampu, boleh amalkan cara diet yang sedia ada. ai sendiri tak rasa terbeban dengan cara ai ni. mula2 memang agak susah. nak ubah yang dah jadi kebiasaan, memanglah susah. tapi lama2, in shaa allah. niat itu penting.

sekarang ni, kalau ai makan nasi, ai tak boleh banyak2. sebabnya nanti ai akan rasa mual rasa nak muntah. ai ada tanya doktor, dan dia bagitahu, ini perkara biasa bagi yang dah lama tak makan nasi. dan doktor minta ai mulakan dengan kuantiti yang sikit. sampai sekarang pon sikit je. hahaha

so, kalau korang rasa nak ikut cara ai ni, silakanlah ye. tapi buat ikut kemampuan tau. jangan paksa2 diri. 

bye!!




setiap hari, untuk 6 bulan pertama. minum ni jelah.
sarapan pagi.
pilihan sarapan.


dah boleh pakai seluar warna warni.. haha


peneman setia ibu berjoging

time ni baru turun 1/2 kg

time ni mak ada lagi. mak cakap muka ai berseri2 bila nampak susut. 

selepas 2 bulan tak makan nasi, baru boleh pakai balik seluar ni.
last ai pakai seluar ni lepas sebulan habis pantang.
sekarang NAN dah 4 tahun. bayangkanlah berapa tahun ai simpan seluar ni.

ai tak pakai apa2 produk ye. ada cakap ai makan produk colegen. 

baju ni baju raya 2 tahun lepas. time beli ari tu pon pakai muat2 je. sekarang, alhamdulillah.. :)

yang paling ai teruja, adalah jubah ini. setahun lebih simpan, baru sekarang mampu pakai.

sampai bila2 ai ingat mak cakap bila ai tunjukkan gambar ni
"dah nampak batang hidung dah"

ini aktiviti ai waktu petang

:)

kene rajin keluar peluh nak kurus dan sihat.


kata kuncinya ialah.. kalau malas, satu apa pon kita tak akan dapat hasil.

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?