love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

24 April 2012

samakin CANTIK semakin CERDIK semakin CERGAS (versi2)

semakin meningkat usia, semakin cerdiklah.. dah macam2 ragam, dan semakin bijak ekplore dunia dia..




























  • dah tak boleh nak tinggalkan sorang2 nanti mulalah menangis macamlah kene dera.
  • bila letakkan N.A.N bawah play gym, dia dah boleh main2 capai2 apa yang tergantung diatasnya
  • dah mula kenal orang. kalau orang yang jarang N.A.N jumpa, mesti menangis
  • bila time minum susu, dah boleh pegang sendiri walaupun kadang2 terjatuh2
  • bila time makan biskut, dah tak nak kita pegangkan, seboleh dan semahunya nak pegang sendiri. bila dah pegang sendiri, paham2 jelah. mata, hidung telinga kepala habis sume tercalit biskutnya
  • bila time nak jalan2, pesan siap2 "kalau N.A.N nak ikut kene yak yak cepat2".. dan automatik akan buat ala2 meneran2 bila ai check tak da pon.. :)
  • bila time makan nestum, dan rasanya tak sedap, makan, tapi dikumpulkan dalam mulut sampai penuh.. tak pun buat2 gaya nak muntah.. 
  • dah boleh berdiri sendiri dalam masa 5 ke 10 minit
  • bila dengar muzik, bukan main seronok
dan ai semakin percaya setiap anak yang dilahirkan ada kelebihan tersendiri. cuma kita sebagai parents kena explore kelebihan anak kita. dan untuk kamu NUR AFNAN NISRINA, inilah kelebihan kamu disebalik kekurangan kamu.. sayang kamu sampai syurga.. :')

13 April 2012

semakin CANTIK semakin CERDIK semakin CERGAS

bila ai tengok gambar ni ai senyum sensorang. baring dalam bekas troli tesco. merengek2 nak susu bila nampak ai dan nenek makan nasi ayam. nasib baik ai ada bawak susu spare dalam bekas N.A.N. time bagi susu bukan main die nak pegang sendiri. siap tolak2 tangan ai dan nangis kuat2. bila nenek cakap tengokkan die nak buat macam mana, ai terus lepaskan botol dan tengok die nak pegang macam mana. lihatlah... dah ala ala mas idayu dah.. bukan main selesa. siap pegang tisu letak kat sebelah pipi takot2 susu tumpah n meleleh.. alahai...

NUR AFNAN NISRINA
AWAK SEMKAIN CANTIK SEMAKIN CERDIK SEMAKIN CERGAS

PULAU PERHENTIAN

5 April 2012
dapat call dari sang suami cakap nak tak pegi ke pulau perhentian. senang je mulut cakap ok jugak. tapi bila dah buat keje, duduk sembahyang, terfikir semula. boleh ke bawak N.A.N naik bot, jalan jauh. tetiba hati jadi berbelah bagi. separuh nak pegi, separuh lagi tak nak pegi. kalau cakap tak nak pegi, mesti fikir bila lagi aku nak sampai tempat macam tu?? kalau cakap nak pegi, fikir boleh ke N.A.N jalan jauh?? tak meragam ke dia?? boleh ke baby nak bot laju?? alahaiiiii macam2 difikirkan bila dah jadi mak ni kan..

jadinya setelah ditimbang balik, dah di kali, bahagi, tambah, tolak, siap dengan kuasa dua, jadi ai dan sang suami membuat keputusan pergi dan tidak memikirkan perkara yang negatif. jadinya 6 April 2012 hari jumaat malam, kami seramai 10 orang konvoi ke negeri terengganu. dari Nilai jam 9 malam, sampai terengganu jam 7 lebih pagi. dah 6 tahun tinggalkan negeri pantai timur, jadinya sakit pinggang dan muntot yang teramat sangat. ai satu family tumpang kereta hanif dan tunangannya.. 

sampai sana, ai dan N.A.N tidaklah ikot turut serta aktiviti mereka semua. ai duduk di hotel da sebelah petangnya bawa N.A.N turun pantai cicah2kan kakinya kat air laut. bergelak ketawa sakan si kecik ni. disebabkan ai tinggal berdua dengan N.A.N jadinya kesemua gambar adalah berkonsepkan syok sendiri..













































GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?