love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

2 Disember 2012

cerita pembedahan mata bab 1

salam

seperti yang semua tahu, hari jumaat lepas, sepatutnya anak ai dah buat pembedahan mata. tapi ada beberapa sebab yang membuatkan jantung ai bisa jatuh. airmata tak berenti keluar. menangis sampai bengkak mata. darah tinggi boleh naik sampai 180. *pengsan kejap nengok number kat mesin bp*, muka pucat lesi *walaupun dah pakai compack powder*, yang penting, berat ai turun 2 kilo dalam masa 2 hari. nampakkan hati memang betul2 susah dan tak senang dengan anak ai sorang ni. begini ceritanya...

29/11/12 (khamis)
beria kunci jam pukul 5am. kekonon nak masak breakfast untuk N.A.N. nak bawak bekal. almaklumlah, kata nak duduk hospital lama. jadinya pagi tu nak bawak bekallahkan. nan hado ye lah.. sedar2 pukul 6.30 pagi. tu pon sebab N.A.N merengek2 sebab dah berak. masak ntah ke mana, bekal ntah kemana. terus bangun. tinggalkan N.A.N yang sedang nangis terjerit disubuh hari, ai sembahyang kejap. kelam kabutlah jugak. sebab pagi tu N.A.N ada check up setahun di KK Nilai. orang kat KK Nilai tu, punyalah ramai. so kena pegi pagi2 nak dapatkan number awal. nasib N.A.N dah bangun, ai mandi sama2 dengan dia. sebab nanti siap sama2.

kan betul cakap ai.. orang punyalah ramai. orang nilai ni sume subur2 belaka. hahaha ai orang yang kedua sebab dah terpacak kat pintu klinik pukul 8am. nurse pon belum bukak pintu. hahaha berat naik sekilo. jadinya 8.2 kg *sekilo je?? mak bukan main masak, naik sekilo je nak??* tinggi 62cm *ada harapan nak mengikut kependekkan ai hahahaha* lepas siap sume jam 9.30 am. ai sarapan dulu kat restoran depan KK tu, then terus bergerak ke HKL. ai ingatkan dah tak jem, rupenya... masya-allah... sudahlah kereta manual. macam nak tercabut kaki ai. bayangkan, ai sampai kat HKL ngam2 pukul 12tgh. nasib tak kene sembur dengan nurse2 kat situ. *kalau kat HTJ memang kompom dah kene*

naik tingkat 4, ward 17. punyalah hujung ward ye tu. tapi tak pe, senyap sikit. lepas proses serah diri, ai tak dapat terus katil. kene tunggu 1/2 jam, bari ai dapat katil. seperti biasa, N.A.N jadi tumpuan nurse pelatih, sebab dia sangatlah ramah dan tak takut orang.

menghitung hari, nak tunggu pagi esok. malam tu doc pakar bius datang. giliran number 2. mak aihhhh cepatnya..

30/11/12 (jumaat)
ai kejutkan N.A.N jam 6.30 pagi. macam biasa, mandi sama2. N.A.N seperti biasa, riang gembira kanak2 ribena. mak dia yang lebih2. nurse panggil, suruh ikut dia ke dewan bedah tingkat 3. maha sejuk. nasib ai pakaikan N.A.N leging. kuranglah sejuknya. dewan bedah 10, N.A.N masuk bersama ai. nampak dah muka N.A.N takut dan pucat. bibirnya dah biru. dah menggigil. ai tak tau dia berkeadaan begitu sebab takut atau sejuk. ai andaikan dia sejuk. dia pegang tangan ai tak lepas. sampailah doc suruh baringkan dia, dan terus bagi bius melalui gas. N.A.N dah mamai2 sambil menangis, doc suruh cium2 anak dulu sebelum keluar. doc siap cakap "mummy boleh cium2. saya hanya doktor. segala ketentuan di tangan-NYA" airmata ai lagi kuar laju sebab doc cakap macam tu.

selepas 1 jam.
sorang nurse datang kat tempat ai tunggu dengan muka yang agak cemas. "mana mak Nur Afnan Nisirna?" ai bangun. ai rasa pelik sebab selang sejam je nurse datang. kata makan masa dalam 3 jam. nurse suruh ai ikut dia. tapi bukan jalan yang awal2 tadi. ke ruang kecemasan. hati ai lagi tak keruan. menangis sambil teresak2. nurse tak cakap apa, lepas tunjukkan N.A.N kat katil yang muka agak pucat dan nafas tersekat. senang cerita, macam tinggal nyawa2 ikan. time ni ai tak hiraukan wayar2 yang berselirat kat badan dia, ai terus dukung dia, ai peluk erat2. ai dapat rasa nafasnya terputus2. ai usap2 kepala dia, ai bacakan al-fatihah kat kepala dia. time ni ai tak dapat nak tulis apa yang ai rasa. team doc datang dalam 10 orang. dorang biarkan ai denagan N.A.N dulu. sorang doc, datang usap2 bahu ai. doc cina, cuba nak ambil anak ai dari dalam dukung ai, tapi ai tak bagi. doc intan, doc yang mengetuai pembedahan ni, datang duduk depan ai. ni cakap doc,
"ibu.. kami tak dapat nak teruskan pembedahan ni. keadaan baby agak serius sekarang ni. lepas baby dah pengsan lepas bagi bius, kami nak masukkan tiub oksigen, tapi tak boleh. peparu baby tak boleh nak terima gas oksigen melalui peparu. peparu baby sangat sempit. sekarang kami bagi gas ikut  hidung. tengok dari keadaan, baby macam tak cukup oksigen. tu yang tercungap2. kami tak tau kenapa keadaan ni boleh jadi. lendir ada, tapi tak banyak. kalau keadaan baby tak okey dalam masa 1/2 jam, kami kene masukkan dia ke icu. ibu banyakkan berdoa, sabar. sekarang baby separuh sedar dan oksigen tak berapa cukup."

sorang doc lelaki hensem tapi masih baru *kata doc intan semalam, doc baru lapor diri* temankan ai. sepanjang tempoh setengah jam tu, ai tak berhenti baca ayat2 yang mana ai tahu. bila ai lalui sendiri situasi time tu, bari ai tau, bukan senang kita nak tenangkan hati sendiri dan ingat segala ayat al-quran walaupun kita selalu baca. tak putus2 ai mengaji. lagi 5 minit nak ke setengah jam, N.A.N masih sama, tapi pernafasan semakin laju. doc hensem tu berlari dapatkan doc intan. dengan kuasa Allah, ai teringat 1 cerita ai baca dalam majalah wanita tentang keadaan anak dia yang separuh sedar juga, dia amik keputusan untuk cubit anak dia kuat2. dan ai pon terus bukan. tapi bukan cubit, ai picit jari kaki N.A.N kuat2. mula2 N.A.N hanya buat aksi tarik menarik kaki dia dengan muka yang berkerut. dalam masa 2 minit, N.A.N menjerit menangis kuat dan serta merta wajah yang tadi pucat terus berubah merah pink. doc yang ramai2 tadi datang terus tengok pernafasan, dan doc intan cakap, try cabut wayar oksigen. dengan kuasa Allah sekali lagi, N.A.N terus terusan menangis. ai nak pujuk tapi doc tak kasi. biarkan dulu dalam 3 minit. ai tak jadi pujuk. doc intan senyum pandang ai. "come to normal mummy." masing2 tengok jantung pulak. time menangis jantungnya agak laju, tapi bila ai dah pujuk2 kiss2 pipi dia, jantung juga kembali normal. tapi N.A.N masih lagi tak buka mata. ai try bisik nama dia, kiss pipi, dahi, tangan sampai ke tapak kaki. Alhamdulillah...

Nak bukak mata. tau tak apa perkataan pertama dia sebut lepas tragedi ngeri tu berlaku?? mula2 dia pandang ai lama. walaupun mata sepet, tapi masih boleh berkelip2. berkelip dalam 3 4 kali,  dia cakap "nakkk mammmm maaa" YA ALLAH!!!! besar sungguh kuasa MU. semakin deras airmata ai keluar. ai terus cium2 dia sepenuh hati ai.

1/12/12 (Sabtu)
N.A.N dipindahkan ke wad kanak. kali pertama ai masuk, ai sangat terpegun dengan layanan dan dekorasi Institut Pediatrik ni. bila dah ada dalam wad tu, macam2 sakit ai tengok. ai bersyukur kepada Allah, hanya sedikit Allah menguji ai. tu pon selalu merungut. sebab ai dah tak terdaya menghadapi dugaan ni.
kat sini N.A.N lebih ramai kawan. makin bising mulut dia dan makin susah nak tido petang. sebab dia boleh memain dengan kawan sebelah katil dia pulak. siap pas2 mainan tau. :)
doc pakar kanak2 datang tengok keadaan N.A.N. doc terangkan kenapa peparu dia boleh jadi sempit. doc cakap peparu dia memang ada lendir. "ibu, baby pon macam kita jugak. bila kita rasa tak selamat, badan kita automatik akan bertindak diluar batasan. sama dengan baby. baby perlukan kekuatan ibu sebenarnya. dia dalam keadaan takut. dah lah takut, sejuk pulak tu. itu salah satu sebab. yang serius adalah peparu dia. dari x-ray yang kami dapat, ada kuman yang dah penuhi peparu sebelah kiri. kita tak start antibiotik terus masuk ke darah. insya-Allah.. baby sihat. pembedahan kita akan buat secepat mungkin." ai mintak biarlah secepat mungkin. doc cakap, bagi hilang dulu trauma dia. doc pakar kanak2 tu pesan dengan doc intan. "u lepas ni, bius baby dari wad. barulah dia tak rasa takut dengan keadaan."

2/12/12 (Ahad)
ai dibenarkan keluar wad. Alhamdulillah.. tapi hati ai masih lagi tak senang. selagi tengok anak tak sihat, selagi itulah tak senang hati sakit kepala.

sekarang ai menghitung hari. permudahkanlah semuanya Ya. Allah... kalau sakit anak kecil ini boleh dipindahkan kepada ku, aku sanggup menghadapinya dan biarkanlah dia tidak sengsara lagi.. :'(

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?