love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

31 Oktober 2013

PERKEMBANGAN NUR AFNAN NISRINA

salam.

setelah sekian lama. baru hari ni berkesempatan. tak apa, janji ai bercerita.

hari selasa dan rabu lepas ai berkursus berkenaan dengan rumahtangga dan anak. sebenarnya mata CPD ai dah cukup, tapi saja nak tambah ilmu pengetahuan dan ianya tidaklah sia-sia.

dan selama 2 hari ini, ramai yang tanya pasal NAN.mana staf yang tau pasal keadaan NAN akan bertanya. ai jawab dengan tenang dan yang penting NO HEART FEELING. hahahaha dah makin matang setelah umur dah bertambah lagi 1 angka.

"NAN dah sihat? mata dia macam mana?"

"Anak ko macam mana? dah berapa umur dia?"

"Rina ko hantar kat mana? ok ke dia?"

"aku tengok dalam IG anak kau macam dah sihat. dah betul2 sihat ke?"

antara soalan mereka mereka dan mereka. terima kasih mengambil tahu perkembangan NAN. dan jawapan ai yang terlebih dulu semestinya ALHAMDULILLAH....

mata NAN, alhamdulillah semakin baik. walaupun tidaklah seperti yang ai harapkan, tapi ianya tetap baik. mata sebelah kanan masih kecil bukaannya. mata sebelah kiri dah macam mata normal. in shaa allah tiada pembedahan lagi buat masa sekarang. ai minta dengan doc tunggu dia besar. itu pon kalau dia tak takut. :P "jerawat batu" atas kening tu ai dah tak boleh buat apa. kadang2 membesar, kadang2 mengecut. selagi bendasing tu tak dikeluarkan, selagi itulah "jerawat batu" tu akan membesar dan mengecil ikut suka dia je. hahahaha NAN dah tak kesah dengan keadaan mata dia. asal aku nampak dah lah. macam tulah yang ai nampak pada diri dia sekarang ni. berkawan tak kira siapa. ai senang hati dengan persekitaran dia. cikgu2 dia juga tak pernah membeza2kan dia dengan budak2 lain.

sejak2 ai dah masukkan dia ke taska semula, perkembangan dia sangat aktif. alhamdulillah.. dia juga jarang nak kene demam + selsema. cuma batuk je lah. itu pon mungkin kesan dari susu yang dia minum sekarang ni. nanti ai nak tukarkan dia susu lain pulak. dah pandai cakap sikit2 walaupun dia amik hujung2 perkataan. kalau dia ikut ai kira, number enam, tujuh, lapan dah sebut betul. boleh lah.. belum genap 2 tahun, dia dah boleh diharap. minta tolong amikkan barang, letak botol susu dalam sinki, masuk baju kotor dalam bakul. ini semua dia lakukan kalau mood dia baikkkkkk. kalau tak, memang kelaut jugak. hahahahaha
 sejak duduk taska ni, mulut makin petah. ada je perkataan baru yg dia pandai bila balik rumah. sekali tu, masuk2 je dalam kereta, dia terus sebut semua anggota badan dia walaupun pelat. sambil tunjuk sambil sebut. wahhhhh sangat teruja ai ok. kalau ai orang kaya, setiap apa yg dia pandai, ai nak buat kenduri kesyukuran. hahahaha
mata = ate
hidung = dong
mulut = molot
tangan = angan
kaki = iki

alhamdulillah.. dia dah tak minum susu soya lagi dah. sebab luka dia lambat baik dan badan dia tak naik2. bila checkup, nurse mesti marah ai cakap ai tak bagi makan. sedappppp je mulut nurse tu kan. semua brand susu ai bagi dan semua dia tak boleh minum. cirit birit. dari semahal2 susu sampailah semurah2 susu. last2 ai teringat yg lepas operation pertama dulu NAN tak nak minum susu selain milo. dan time tu ai belikan dia susu sustagen coklat. dan NAN minum sustagen tapi ai gatal2 tukar dutch lady coklat. tapi dia batuk2 berkahak pulak. tak lah kerap sangat. dah lah ai beli 5 kilo sekali. sebab time tu tesco jual murah susu dutch lady tu. habis stock ni, ai nak bagi semula sustagen.

ramai jugaklah yang tanya dah boleh ke bagi anak susu berperisa. kalau ikutkan memang tak boleh lagi. ai bagi ni atas nasihat doc. dan sebelum doc bagi keizinan, doc dah cakap risiko ye. yang NAN mungkin akan terlebih aktif. dan ai dah merasa keaktifannya. hahahaha tak larat wehhhh nak berkejar2 dengan dia. nasib baik mak ko ni tak pengsan nak oiiii.

hari ni sudah 1 november 2013. counting day. 27 day only she turn 2 year old.

cepat ye masa berlalu... :)

23 Oktober 2013

minggu pertama bekerja

salam semua.

hari ini sudah 5 hari ai bekerja. perasaan sudah kembali seperti sediakala. cuma hari isnin sahaja, ai menangis sekejap dalam on the way nak pergi ofis lepas hantar rina. mungkin risau dengan berita2 tentang kematian kanak2 ditaska. salam takziah untuk keluarga yang terlibat.

NAN seperti biasa. tak menangis, tak senyum, tak ceria. sebab ai dah selalu cakap dengan dia hari sabtu dan ahad lepas. ai cakap, kali ni ibu betul2 work. NAN kene tinggal taska sampai petang. NAN semakin memahami apa yang orang sekeliling cakap atau pesan pada dia.

tengahari ai tak call atau pegi jenguk. biarlah.. ai buat keje seperti biasa. nasiblah keje memang tengah banyak. so ai tak terasa sangat masa berlalu. tau2 je dah pukul 1. jap2 je dah pukul 5. kalau taska tak call, maknanya NAN oklah. tanggapan ai. waktu balik, NAN menangis teresak2 time ai amik dia. bila ai tanya, teacher cakap dia baru lepas berebut mainan. ok. ai cuba positivekan diri sendiri. benda first ai telek bila dah masuk kereta adalah sekitar mata dia. alhamdulillah.. tak ada apa2.

esoknya dan sampailah ke hari ini, dia dah tak menangis malah makin banyak cakap. makin banyak boleh buat ayat. ai makin faham apa yang NAN cuba sampaikan. alhamdulillah.. sebab pesekitarannya dikelilingi dengan kanak2 yang dah petah bercakap. time ai traning NAN seminggu awal, balik2 bila ai tanya dia buat apa kat school, dia cakap "yeyen yawan ma" mula2 ai tak tau apa yang dia sebutkan. tapi bila ai banyak kali ulang soalan yang sama, lama2 ai faham."main dengan kawan ma." alhamdulillah..

ai harap keadaan NAN akan sentiasa sihat dan ceria. ai bersyukur bila Allah ketemukan ai dengan taska ini. walaupun tidak sehebat mana, cikgu2nya tetap berusaha mendidik anak2 dengan sepenuh hati. terima kasih cikgu. :)

hari ke 4 ai ada nak beli barang kat kedai area2 taska NAN. mula2 ai malas nak lalu, tapi bila dah dekat kedai, hati mula membuak2 nak jengah. nasiblah.. kalau nampak, nampaklah. kalau tak tak perlah. sampai2 je ai kat taska NAN, ai tak parking betul2 depan taska, parking jauh sikit. ai jengah dari dalam kereta je. ai tengok, semua budak2 kat situ duduk dalam bulatan dan NAN sorang je yang berdiri sambil goyang2 badan. mungkin cikgu tengah nyanyi lagu then budak2 ikut. lepas ai tengok tu, ai terus balik ofis semula.

cuma satu je, dalam masa seminggu ni apa yg ai perasan, NAN mesti mengamuk nak tido bila dalam pukul 7 8 macam tu. kadang2 tak sempat dia nak makan malam. dan ai pon macam dah semakin kurang main2 dengan dia. dapat pon sekejap je. mungkin NAN tak tido petang. sebab petangkan parents nak amik, tu yg dia tak bagi tido. kadang2 tu lepas maghrib ai dah bagi susu tidokan dia. sampai ke esok pagi dia tak bangun2. penat pon satu. kat taska NAN ni banyak aktiviti. tu yg dia penat sangat. ai harap ini adalah taska terakhir NAN sebelum dia masuk ke pra sekolah nanti.


GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?