love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

24 November 2015

Kisah Mata NAN



Assalammualaikum

Lamakan tak cerita pasal anak dara ai sorang tu. Minggu depan genap dah 4 tahun. Cepatnya masa berjalan. Pasal lain-lain perkembangan NAN nanti ai update lain. Kali ni ai nak cerita pasal operation mata dia untuk kali ke-enam dan banyak ai belajar.

Seminggu sebelum date operation mata NAN, ada check up dia. Kali ni ai memang dah nekad untuk buang getah silikon kat mata dia. Ai pon naik rimas dan tak tahan tengok mata NAN bengkak bernanah dan berdarah. Dah macam bisul yang tak baik-baik. Lagi-lagi NAN selalu cakap yang mata dia sakit bila tempat silikon ti bengkak dan mula nak bernanah. So ai ambil keputusan untuk buangkan saja benda tu. Biarlah kelopak mata dia jatuh semula ke, ai dah tak kisah. Janji mata dia dah tak sakit. Setelah bertekak, bergaduh dan berbincang dengan beberapa orang doktor pakar sekali dengan pakar kulit, mereka akhirnya bersetuju dengan keputusan ai. Dengan syarat, ai yang akan tanggung risiko. 

5 November 2015 NAN admit. Masa ni sebenarnya ada pesta konvo kat tempat keje ai. Tapi ai tak dapat join. Tak perlah, maybe next year punya event. Abah ai yang hantar time tu. Mula-mula NAN tak nak tidur hospital. Dia kata takut. Dan ai cuba tenangkan perasaan takut dia dengan membeli beberapa permainan yang memang dah lama dia idamkan. Pukul 10 pagi dapat katil. Dan sepanjang masa bawalah sampai ke malam nak tidur, seberapa ramai doktor atau nurse yang datang katil dia, dia akan tanya "Doktor cucuk tak ina?" Nampak sangat dia takut. Tapi doktorkan tak boleh nak takut2kan patient dia, so semua doktor dan nurse cakap tak cucuk. Dalam mind dia, memang tak akan cucuk.

Mula-mula dia tak nak pakai taging ni, sebab dia dah mula takut kene cucuk.



Malam tu ai tak lena tidur. Mungkin sebab ai dah tahu risikonya. Doktor akan buang kulit bahagian yang dah ada jangkinan kuman. dan akan korek bahagian yang sudah buruk kerana nanah. Dah lebih setahun NAN tanggung kuman yang dah mula makan kulit dan daging area mata dia tu. Dan doktor pakar kulit akan injectkan satu ubat untuk mempercepatkan pertumbuhan daging baru yang telah busuk tu. Dan risikonya, selepas operation NAN akan mengalami sesak nafas, denyutan jantung laju dan peratusan untuk dia sedar cepat adalah sikit. Mungkin NAN akan tidur untuk beberapa hari. Ibu mana yang tak risau. Anak jatuh basikal kulit calar pon kita dah risaukan, apatah lagi dengan risiko yang bakal ai hadap keesokkan harinya.

6 November 2015
 Ai bersiap seawal jam 530 pagi. Selesai ai solat subuh, baru ai kejutkan NAN untuk mandi pulak. Nasib baik dia tak banyak ragam. Senang dikejut, senang nak mandi. Dalam sejam juga kami tunggu panggilan dari dewan bedah. Ai dan NAN sempat tido kejap.


7.30 pagi dewan bedah call, NAN dengan beberapa orang patient lain pon ditolak turun ke dewan bedah. NAN tak nak naik katil, dan dia minta ai yang dukung dia sampai ke dewan bedah tingkat 2. Doktor bius nak masukkan ubat bius dengan cara cucuk ditangan. Dia tak nak NAN ambil gas bius lagi. Dah banyak sangat NAN amik gas dan takut paru-paru dia boleh rosak dalam jangka masa yang lama. Tapi disebabkan NAN dah disogokkan dengan tak akan cucuk, bila dia ternampak doktor pegang jarum, dia menangis menjerit. Siap cakap tolong jangan cucuk ina. Ditambah lagi dengan urat NAN yang kecik memang susah nak cucuk. Akhirnya NAN ambil gas jugak.

Kali ni, hati ai sedih sangat. Teresak2 ai menangis sepanjang tunggu opeartion dia siap. Sedih sebab dia dah pandai cakap agaknya. Sebelum NAN betul2 tidur, sambil sedut gas, ai dapat dengar NAN cakap ibu jangan tinggal ina dengan tangan dia tak lepas tarik tudung ai. Ai tak tau nak tulis macam mana perasaan ai time tu. Hanya Allah saja yang tahu.

Dalam masa tunggu tu, airmata pulak macam tak nak berhenti, sambil baca ayat quran dari dalam handphone, duduk sorang nurse berjawatan sister sebelah ai. Dia dengar ai menangis sambil baca quran. "Buat apa awak nak menangis. Walaupun awak baca al-quran ni, tapi awak menangis, bermakna awak tak ikhlas dengan apa yang dah terjadi. Ikhlaskan hati awak. Sekalipon nyawa dia yang didalam sana tu akan terhenti, ikhlaskan hati. Apa-apa yang kita buat, perlu dengan keikhlasan. Ingat.. ikhlaskan hati." Sister tu terus bangun tinggalkan ai. Sumpah ai bagitahu, bukannya ai stop menangis, bertambah2 laju airmata keluar. Macam mana nak ikhlaskan hati???

Lepas 2 jam bertarung nyawa dalam dewan bedah, nurse panggil ai dan tengok keadaan NAN. Doktor terpaksa bagi gas banyak sebab nafas NAN agak tersekat2. Dan ai boleh nampak dada dia tersekat nak tarik nafas. Team doktor tak pernah tinggalkan ai mengadap wajah anak selepas operate. 7 orang doktor pakar berdiri keliling ai. Dah lebih 10 minit, NAN tak bagi respon. Doktor suruh ai angkat tangan dia dan lepaskan, memang tangan NAN lembik. Doktor pakar kanak-kanak minta untuk tambahkan jumlah gas. Lebih 30 minit, NAN masih tak bagi respon, tapi gelombang nafas dia dah mula stabil. Tetiba ai teringat masa NAN operate kali ke 2 atau ke 3 yang lepas. Ai cubit tapak kaki dia suruh dia bagi respon. Team nurse pulak tengak siap2kan dokumen nak tolak masuk NAN dalam ICU. Belum sempat NAN nak ditolak masuk, ai cubit ibu jari NAN kuat2. NAN tak menangis, tapi dia bergerak. Ai buat 3 kali, dan kali ke3 tu NAN menangis panggil ibu.

Selepas satu setengah jam duduk dengan keadaan bunyi mesin yang merisaukan, NAN boleh balik wad. Tapi gas pernafasan tu tak boleh stop. Bila balik wad, NAN masih tido sampailah ke malamnya. Dengan tak minum, tak makan, tak susu, ai kejut2 pon dia tak bangun. Cap ubat tido apalah yang depa bagi kat NAN.

Ini gambar petang.. Disogokkan dengan set poli ni disebabkan tak nak tido wad.


Selepas dibenarkan balik wad. Badan dah mula panas. Dah mula flu. Dan dah mula merengek cakap yang bukan-bukan.




Dari petang ai dah dapat rasa badan NAN dah mula panas. Bila dah rasa panas tu, lagilah risau. Entah berapa lama lagilah nak tinggal kat sini. Nak dimandikan, tak bangun2, jadinya ai tuam2 je dengan towel basah. Pakaikan baju yang open2, halakan kipas kat dia saja. Rupanya lepas tu, dia dah flu pulak. Ai bagitahu nurse yang badan dia panas, nurse check suhu, 39.5. Panas sangat. Nurse bagi ketul ais dan ubat demam. Makin tak bergerak NAN malam tu.

Bila dah subuh, ai rasa badan dia dah kurang panas sikit. Bila time doc round, ai minta untuk discharge. Tapi doc tak bagi sebab suhu badan NAN on off panas. Dorang takut ada jangkitan kuman lagi. Tapi ai besungguh2 nak balik. Tak ada aura positif tinggal kat sana. Mana tak ye, 5 katil yang ada tu semua anak2nya kena kanser mata. Sorang baru nak buang biji mata. Yang sorang nak masukkan biji mata. Yang sorang lagi, anak kene pegi buat kemo, yang mak pulak kene pegi buat dialisis. Sangat sedih tengok kehidupan keluarga tu. Ai pulak tak boleh tengok benda2 macam tu. Lepas pujuk2, akhirnya doc benarkan ai discharge dan kene sain borang kalau ada apa2 jadi dengan NAN lepas tu, ai yang akan bertanggungjawab.

Dan Alhamdulillah.. lepas buang getah silikon tu, mata dia dah cantik. Dah tak ada berdarah dan nanah lagi. Cuma ada kesan jahit je. Benang jahit pon tak putus lagi dari kulit walaupun dah 3 minggu dah.

17 November tu NAN ada checkup mata, ada pula isu baru. Kulit dalam mata dia melekat dengan biji mata lapis pertama. So kalau uolls tengok, kelopak mata dia tu sikit ternaik. Doc nak betulkan, cuma ai je yang tak nak lagi. Uollss doakan NAN ye.. Baik tanpa pembedahan.

3 hari selepas operation. Ai tak tahu nak bagi makan apa. Ai masakkan bubur kosong campur carrot dan jagung rebus. Nasib baiklah NAN ni tak cerewet makan budaknya..

Korang doakan NAN cepat sembuh dari segala penyakit ye.. Bye..

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?