love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

29 Julai 2012

tidak keruan

inilah yang dinamakan dengan DUGAAN dibulan Ramadhan, bulan yang mulia.

1. hari jumaat ai tak masak untuk berbuka. tak larat sangat. sejak2 dah ada darah tinggi ni, tak boleh nak memikir sangat, asiklah kene sakit kepala. jadinya ai berbuka hanyalah dengan air susu dan 4 keping roti. sementara nak tunggu waktu berbuka, ai baring2 sekejap dan akhirnya terlelap. ai dikejutkan dengan jeritan Nur Afnan Nisrina yang menjerit sebab jatuh katil. alahaiii sayang, asiklah jatuh katil awak ni. tapi yang mengejutkan ai adalah bila ai angkat si kecik ni, ada darah dilantai. Masya-Allah.. ai terus menangis bila tengok bibir Nur Afnan Nisrina bengkak dan berdarah. maafkan ibu sayang. ibu tak sengaja. ai takut betul time tu. dia menangis ai pon turut sama memangis. terus ai mandikan dan bagi minum susu. hati ai sedikit lega bila ketika mandi dia terkejut dan bila minum susu, dia tak muntah. maafkan ibu sekali lagi.




2. Nur Afnan Nisrina kena Nappy Rash. pada mulanya tak berapa teruk, tapi lama kelamaan menjadi semakin teruk. N.A.N pulak alah jugak dengan susu yang biasa dia minum. macam2 klinik ai bagi. macam2 krim ai sapu, tapi still sama. tak taulah macam mana. bila time mandi dan salin pempers, menangis ya memang tak ingat. Ya Allah... meruntun hati ai tengok kesakitan yang anak alami. setiap kali ai sapu ubat, ai selawat dan doa. kalaulah boleh, biarlah sakit itu berpindah dekat ai. anak menangis ibu pon menangis sama. sekarang, bila ai tukarkan susu buat sementara waktu nih, Nur Afnan Nisrina pulak kene batuk2 berkahak. susu Isomil ni agak pekat. sabarlah wahai anak. ada kebaikan untuk kamu selepas kamu diberi kesakitan ini. Ibu senantiasa disamping kamu. yang ni tak da gambar, sebab sulitkan :)

3. pasal taska. ini pon buat darah tinggi ai naik. mana tak ya, harga jagaan akan dinaikkan mengikut kadar taska luar. time nak naik keje dulu, ai ada risik2 dekat beberapa buah taska. mostly semuanya mahukan baby dengan harga RM280.00. jiran rumah ai pon ada oferkan diri nak jaga Nur Afnan Nisrina. tapi bila ditanya harga dia mahukan RM350.00. ini adalah termasuk dengan OT kalau ai kerja malam dan kerja weekand. sebab tak mampulah ai cekalkan hati hantar juga dekat taska ofis ai. dekat memanglah dekat. dan alhamdulillah, anak ai ok je kat sana. adalah sikit2 yang berlaku, tapi ai malas nak amik serius. jumaat lepas ada meeting dengan ibubapa. owner taska sekarang dah tamatkan perkhidmatan tapi masih membantu sehingga 18hb Ogos. dah selepas itu, kalau tak ada owner baru yang mengambilalih dan sanggup dengan kadar bayaran yang ibubapa mahukan, taska itu kemungkinan besar akan ditutup buat sementara waktu sementara mencari owner yang betul2 sanggup. sementara ditutup, mana ai nak hantar Nur Afnan Nisrina?? macama mana keadaan Nur Afnan Nisrina?? sampai sekarang ai tak fikir jalan penyelesaiannya..




4. meniru dan ditiru, bagi ai biarlah mereka yang mahu meniru dan rela ditiru. kadang2 kita juga ada meniru percakapan dan idea orang lain. cuma kita je yang tak sedar. anggaplah ini sebagai pertolongan kita untuk mereka yang tak da idea dan mungkin dah ada idea cuma tak dapat nak dihuraikan. bila membaca dan melihat hak milik kita, terus dapat idea. bagi ai perkara ini sangat mudah, tak perlu dipersulitkan. kalau ada yang mahu meniru entry ai, silakan.. ai tak terasa atau nak berfikiran negatif sangatlah. inikan hanyalah dunia. tak perlulah nak sakit hati sangat..

5. untuk kesekian kali, ai diuji. sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula....... :'( masih muhasabah diri.

6. kurang dari 48 jam akan masuk bulan Ogos. sekejap je kan.. 9 Ogos Nur Afnan Nisrina check up 9 bulan. alhamdulillah berat semakin naik dan semakin aktif. bila dah bulan Ogos sekejap jugak akan masuk bulan September. 5 September Nur Afnan Nisrina juga ada check up mata di Klinik Pakar Mata Hospital Tuanku Jaafar. dan inilah kali terakhir dia akan dilihat disini. selepas ini akan check up di HKL. ai akan berulang alik ke hospital selepas bulan 9. tarikh ini juga ai akan dapat tahu, perkembangan mata N.A.N dan akan dapat tarikh untuk buat pembedahan mata dia. dalam hati ai, Allah saja yang tahu. airmata ni tak yah nak cakaplah.. meleleh je memanjang. nasib baik ai ada amikkan N.A.N insurans. dengan kehidupan ai sekarang, mana nak cari jumlah RM 25,000 tu kos pembedahan?? ada jugak kawan2 yang suruh ai mintak bantuan dengan MB Negeri Sembilan.. yelahkan... dah nak pilihanraya, pasti punye akan dapat. 

tabahlah wahai hati.... :')

25 Julai 2012

Alhamdulillah......

hey u olllssss

alhamdulillah....
itu yang ai panjatkan pada Allah swt dengan rezeki yang diberikan sepanjang bulan Ramadhan ni. semalam adalah hari gaji. ai dan Mohammad Bazli buat keputusan nak berbuka di Bagan Lalang. sebenarnya ai mengidam nak makan kat sini dah lama dah.. dari Nur Afnan Nisrina dalam perut usia 5 bulan sampailah dia dah 8 bulan. hambikkk kauuuu baru sekarang dapat merasa. we ollss bertolak kesana habis je waktu kerja. bulan Ramadhan ni tamat waktu bertugas jam 4.30 petang. jadinya we olls pegilah... sampai2 je kat sana, sangatlah lengang. bila dah jumpa kedai makan yang menambat hati, ai pon terus je pilih menu seefood. time ni alahaiiiiiii ada lagi 1 1/2 jam lagi nak berbuka. jadinya ai bawak Nur Afnan Nisrina ke pantai. tapi air laut surut. time2 snap gambar, bateri plak habis. so tak leh lah nak amik gambor menu2 yang we olls makan...

 dah makin tembam dah ini budak..

 sila pusingkan kepala u ollss :) time ni menguap sebenarnya. mengantuk dok melayan ibu n ayah

 matahari dah mula nak terbenam

 dari kejauhan je dua beranak ni

 tengok!! tengok!! tengok!! sama tak?? 

alaaaa cumel je...


Alhamdulillah ini diteruskan lagi dengan kabaran yang menggembirakan.. kakitangan kerajaan dapat bonus!!! :)

23 Julai 2012

RAMADHAN dulu dan sekarang

first time puasa DULU abah yang paksa. masa tu baru 6 tahun. masih teringat macam mana garangnya abah paksa ai puasa. tapi budak2 la nih, ai tengok tak pe je tak puasa. hahahaha ai ada tanya dengan abah, "abah tengok tu.. dah 8 tahun still puasa setengah hari. tak da pon abah dorang marah2" abah jawab senang je "itu abah dorang, ni abah yanie." ok faham!!! tapi SEKARANG ai faham kenapa abah agak tegas dengan anak2 untuk melatih sedari awal.

DULU bila sampai je bulan puasa, sibuk mengorder itu ini dengan mak. tau2 je penuh dah meja dengan juadah mak. mak memang seorang yang handal masak tapi lemah dalam membuat kuih. tapi SEKARANG diri sendiri yang kene masak untuk si anak dan si bapa

DULU mak yang ketuk pintu slow2 suruh bangun sahur. mak yang sibuk2 kat dapur panaskan lauk sensorang pepagi buta. tapi SEKARANG kene kejut diri sendiri lebih awal untuk buat perkara yang sama macam mak buat.

yang ni pon selalu kene paksa dengan abah. DULU dengan paksa rela pergi tarawih dengan abah, mak dan kakak2. tapi bila dah anak dara, sesuka hati nak terawih ke tak. bila SEKARANG perlu bergilir2 dengan MOHAMMAD BAZLI untuk pergi terawih. 

DULU time anak dara sibuklah asik berbuka dengan kawan2 diluar. bila mak call tanya masak apa, asik cakap tak sempat masak buka luar je. tapi SEKARANG rasa kalau setiap hari berbuka diluar hanyalah satu pembaziran. baik simpan duit untuk raya :)

DULU dipertengahan ramadhan mak dah sibuk nak buat kuih raya. kuih mak yang paling sedap dan mestu ado adalah nestum. ailah yang paling sibuk menolong mak. tolong bab bakar je.. hahahaha tapi SEKARANG perlu sibuk 2kali ganda. sibuk tolong mak buat kuih dan sibuk buat kuih untuk diri sendiri.

DULU disamping sibuk masak untuk berbuka, sibuk berterawih dengan anak2, sibuk buat kuih raya mak juga sibuk sediakan baju raya anak2. tapi SEKARANG sibuk dengan baju raya anak, suami dan diri sendiri. bila ditanya dengan MOHAMMAD BAZLI bila kita nak prepare baju raya kata ye baru 3 hari puasa dah sibuk2. tapi dia tak faham. orang perempuan ni sentiasa sibuk dan perlu membahagikan masa. :)

DULU kalau mak dapat tempahan untuk buat kuih yang senang2 macam donut, ai jugaklah yang sibuk tolong menguli. kakak2 ai tak berapa suka lekat tepi mak tolong. mereka lebih suka menghantar. tapi SEKARANG ai pula yang sibuk buat kuih dihujung minggu untuk diagih2kan kepada jiran tetangga.

DULU bukan main suka dengan bazar ramadhan. tapi SEKARANG jarang sangat pegi ke sana. sebab banyak benda nak buat dalam masa yang pendek kalau ke bazar. 

DULU bangun sahur basuh muka gosok gigi terus je duduk depan mata semua dah sedia. SEKARANG tak de yelah.. kene bangun awal untuk hidangkan segala lauk pauk

DULU lepas subuh boleh tido semula. tapi SEKARANG lepas subuh perlu masak bekalan untuk sikecil ke sekolah dan menguruskan kain baju yang tak pernah habis. (kalau kat opis bukan main mengantuk tahap gaban)

DULU puasa sebagai seorang isteri SEKARANG sebagai seorang ibu :)

......................................................................................................................................................................
ni yang best nih TAHUN LEPAS (DULU) puasa time mengandung. kalau puasa baby tak gerak kalau tak puasa bergerak kemain rancak. tapi ai tak nak ikotkan perasaan. bila berbuka dan bersahur ai makan sekuat hati. mengasuh anak biar dari dalam perut. SEKARANG Nur Afnan Nisrina dah keluar dari perut dan ai berjaya berpuasa selama 3 minggu. hanya seminggu ai tak puasa disebabkan kene minum air gula. nasihat doktor tak perlulah nak puasa kesian kat baby lapar. tapi bila ai baca buku amalan ibu mengandung, kalau kita tak mengambil peluang ini untuk berpuasa penuh ketika mengandung, kita tersangatlah rugi. tak puasa memang sedap, tapi bila nak menggantinya tu punyalah sakit.. betul tak?? :) lagipon bila difikirkan semual ai mengandung time puasa diusia kandungan 8 bulan. alahan dah tak berapa nak ada. lainlah kalau ai mengandung time mula2 mengandung. memanglah azab. tapi kenelah jugak membebel. disebabkan ai puasa, anak ai dalam perut tak sampai sekilo dalam usia 8 bulan. jadinya ai perlu makan makan dan makan dihujung usia kandungan. dan sekarang lihatlah Nur Afnan Nisrina... :)


 

22 Julai 2012

selepas 3 hari

hai u ollsss

last week tiga hari ai tak keje. menjaga Nur Afnan Nisrina yang demam panas. entah apa lagi silapnya, lama pulak si kecik ini demam. kali ni demam, Nur Afnan Nisrina sangatlah susah. merengek je. didukung menangis, diletak lagilah menangis.. sampaikan ai naik stress. yela.. sepanjang 8 bulan, inilah kali pertama Nur Afnan Nisrina jadi begini. menangis bagai nak rak. sampai hilang2 suara.

tapi.. inilah hasilnya selepas demam panas. :)








hai lah anak.. tiap kali nak pandai tiap tulah awak ni demam... :)

16 Julai 2012

keletah 8 bulan


 haiiiii yooo lahhhhh.. bila dah pandai bergerak ni, dah macam2 kerja Nur Afnan Nisrina buat. dah tak reti dok diam. mulut ai pon dah tak berenti nak membebel.. :) tengoklah apa keje ye di buat. ada je akal dia tau!! 

 ni time mak ai nak mengopek petai. doklah terkedek meniarap datang kat kami. mula2 usik sikit2 je hujung2 petai je.. lama2 dibawak lari setangkai petai terus.





sekarang ni pantang nampak kucing or benda yang berbulu. kemain suka lagi. ni time Nur Afnan Nisrina berjaya mengejar rony (kucing kat rumah mak ai). bila dah dapat kemain suka lagi terjerit2.. pastu ditarik2 bulu rony sampaikan sikucing ini yang lari melepaskan diri.


13 Julai 2012

takut dan mudah

 sekarang pon, kalau ai nak pegi shopping, dah tak yah bersusah payah bawak storller ke apa ke, juz masukkan dalam troli.

sekarang Nur Afnan Nisrina dah mula takut dengan tempat tinggi. kalau ai letakkan atas sofa dan bila dia tengok ke bawah bukan main jerit lagi. tengoklah ni, nak merangkak, tetiba tertengok ke bawah terus menjerit takut kalau dirinya jatuh :)

untuk kamu

 setelah beberapa bulan berhajat untuk belikan Nur Afnan Nisrina walker, akhirnya ada jugak yang ai berkenan walaupun ianya bukanlah berwarna PINK

 Nur Afnan Nisrina dah mula nak menyebok bila ayahnya nak pasang walker dia

 ini bidak sangat tak sabar

 see.. dah mula tarik2 walker dia. 

 sudah siap dipasang

 okey sayang. bersedia untuk menunggang


 sabar menunggu sambil minum susu

 Nur Afnan Nisrina demam time ni. hamboiiiiii kemain menyandar lagi

 dah mula nak eksplore apa yang ada depan mata

 dah bising mulut dia


senang sikit ai nak buat keje sejak dah ada walker nih. mana tak ye, kalau ai lipat baju, masukkan dia dalam walker. kalau ai sidai baju, masukkan dalam walker. kalau ai masak, masukkan juga dalam walker. kalau tak, harus menangis jerit macam kena cubit.

12 Julai 2012

Majlis Bacaan Yassin

sekali dalam sebulan ofis ai akan buat bacaan YASSIN dan mana-sama staf yang ingin bersedekah amatlah digalakkan. dalam kesibukkan kita bekerja, dalam masa yang sama kita masih tidak melupakan tanggungjawab kita sebagai umat islam.

 ini diantara menu yang ada. pulut kuning dan rendang

 sebahagian kecil staf lelaki diofis ai

 big bos ai dan student yang mengepalai bacaan YASSIN

sebahagian kawan2 ai di ofis







inilah keje yer

haaaa ni lagi 1 keje die. suka sangat dok mengirai kain yang ai dah lipat. tengok tu, makin ai membebel makin jauh dia bawak baju tu. nampak tak anak patung arnab tu, kemain sayang lagi die dengan benda alah tu. sekarang ni, mana Nur Afnan Nisrina berhenti, disitulah mainan dia bersepah. berjalan sambil heret sekali mainan yang boleh.

sejak-sejak dah pandai


sejak2 dah pandai ni, asiklah nak ke depan pintu dok menengok apa yang ada kat luar tu. pantanglah dog sebelah rumah ai tu menyalak atau kucing jiran depan rumah dok mengiyau tumpang landing atas sofa luar rumah, laju je Nur Afnan Nisrina bergerak dok ke depan pintu. :)

Rancangan sebelum puasa

hye uollssss!!! ai dari last week bawaklah ke this week tak dapat2 nak upload gambar. kalau dah tak dapat nak upload sudah semestinya tak dapatlah nak bercerita. banyaklah weiii cerita tentang Nur Afnan Nisrina tu. 

1. Afnan dengan walker yang baru
2. Afnan bersama makanan/bubur/puri yang baru
3. Afnan dah pandai merangkak dll

hokey... hokey!!! kembali ke tajuk asal.

alhamdulillah ai dah selamat ganti puasa yang tertinggal tahun lepas gara2 mengandung. susah payah ai berpuasa dengan sambil menyusukan Nur Afnan Nisrina. selepas seminggu ai puasa ganti direct, Nur Afnan Nisrina dah mula tak nak susu ai dan susu ai pon jadi sedikit. diatas nasihat seorang USTAZAH, "benarkan Nur Afnan Nisrina menyusu dengan puas sebelum kamu ganti puasa." jadinya ai makan makan dan makan dan ai puasa selang sehari. dan setelah habis berpuasa, nikmatnya hanya Allah saja yang tahu. 

lagi seminggu untuk ke bulan Ramadhan. Syukur nikmat jantung masih berdenyut hingga menemui Ramadhan 1433H. ai dah mula niat mahu berpuasa penuh jika tiada halangan yang menimpa. :) dah seperti tahun lepas, sebulan sebelum puasa ai dan Mohammad Bazli naik ke Cameron Highland. dan untuk kali ini, ai meranang untuk ke P.D atau Melaka. saja nak bawa Nur Afnan Nisrina jalan2. :) dia nih dah pandai suka binatang berbulu dan air. kalau ke Melaka ai nak ke Zoo Melaka. kalau ke PD main air mandi manda di laut. tengoklah macam mana. masih dalam proses berfikir dan memilih. 

psssttttt pagi sabtu ai 1 family akan berphotoshoot di Dataran Nilai. Thanks to Kak Alina sebab merealisasikan impian saya. :) time mengandung dulu teringin sesangat nak buat memori. tapi diatas sebab2 yang tak dapat dielakkan, kemahuan itu perlu diperam dahulu. so now masa sudah bersedia. seriously ai rasa neves nak beraksi nanti. tapi ai trust Kak Alina. mesti beliau akan menunjukkan cara pada ai untuk berposing cantik2...

untuk semua, SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK.. 

tahun ni ai akan beraya di PERAK

9 Julai 2012

tidak perlu berkata apa-apa

haiyoooo kenapalah... tak boleh2 nak upload gambar?? dari last wek ai try nak upload gambar. sangat banyak cerita yang ai nak kongsikan dengan u ollsss.. stress beb!! :P

3 Julai 2012

Isteri dan Ibu Bekerjaya

rutin WAJIB isnin hingga jumaat

5.30 am
- solat subuh
- kemas beg baju sekolah anak
- masak bubur bekal anak ke sekolah

6.30 am
- tengok berita pagi sambil iron baju kerja
- kemas katil (sebelah ai je, sebelah Mohammad Bazli tak pon sebab dia selalu lepas subuh akan tido semula)

7.00 am
- bersiap-siap untuk ke tempat kerja
- hantar anak ke sekolah (taska)

8.30 am - 1.00 pm
- bertugas di pejabat.
- kalau ada program barulah keluar untuk menguruskan tempat program

1.00 pm - 2.00 pm
- sejak2 anak dah sekolah kat belakang tempat kerja, ai dah selalu lepak kat sekolah anak je
- jarang sangat ai join kawan2 ofis untuk berjimba diluar time rehat, kalau hari jumaat pon kadang

2.30 pm - 5.00 pm
- meneruskan tugas yang semak samun atas meja
- sharp pukul 5, PC ai akan ditutup

5.30 pm
- selalunya ai akan berborak dulu dengan cikgu2 sekolah anak. bertanya apa kerenahnya hari ini.
- balik ai akan singgah ke tesco atau gaint untuk membeli barang dapur untuk dimasak. walaupun hanya membeli ikan bilis. saja nak bawa anak jalan2 lepas sekolah.

6.30 pm - 8.00 pm
- time ai melepaskan lelah

8.30 pm - 9.00 pm
- berperang dengan periuk belanga di dapur sedang anak terjerit didepan. 1/2 jam je ai masak?? mestilah, bukanlah ai masak nasi briani pon kan...

9.00 pm - 9.30 pm
layan Mohammad Bazli makan sambil layan anak dan tengok tv

10.00 pm - 11.00 pm
- layan dramasambil tepuk2 anak untuk tido

11.30 pm .................
-selamat malam



GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?