love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

10 Disember 2010

TAHNIAH!! mama ROSNI

 9 Disember 2010
Semalam gatal-gatal tangan dail number ofis mama rosni sebab nak ajak breakfast kat luar. tapi ofismate mama rosni kata, mama rosni dan induce wad.. rasa macam pelik, 'eh, kata due date 25 haribulan'.. terus call h/p mama rosni melalui operator. tuuttt... tuuttt... tuuttt.. ermm tak angkatlah pulak.. tengah rehat kot..

10 Disember 2010
Lepas rehat cuba call lagi mama rosni. eh mama rosni angkatlah... :)
mama rosni : hello assalammualaikum..
saya : hello kak, waalaikummusalam.. akak kat hospital ek? nape kak? (buat soalah bodoh jap)
mama rosni : akak dah bersalin lah..
saya : yeke kak?? tahniah.. (wahh gembira sangat) macam mana kak boleh terbesalin nih?? kata due 25 hb..
mama rosni : akak masuk wad semalam sebab darah tinggi. pastu dah rasa sakit, dah buka 3 cm, pastu terus keluar.. doktor pecahkan air ketuban..
saya : wahhh dah jadi mama.. sakit tak kak??
mama rosni : tak sakit pon, tapi lebih 10 jahitanlah kene..
saya : tak per kak.. bestkan dah mengalami keadaan ini..
mama rosni : jap lagi akak call smula, baby nangis lah..
saya : kak, nak dengar suara baby..
mama rosni : jap.. jap...
baby : (eh termasuk dalam watak pulak si hero ni.. :)) uuwekkk uweekkk uwwweekkk
mama rosni : dah dengar??
saya : dah kak, ok lah kak.. take care.. bubye..
mama rosni : bye..
 

mama rosni kata tak sakit.. :)






 papa faiskandar gembira.. apa tak ya, zuriatnya yang pertama telah selamat dilahirkan.. baby boy pula tu

 *bukan gambar sebenar* semoga baby menjadi anak yang soleh dan mendengar kata mama dan papa. mama kata dengan aunty, mama setuju dengan nama yang aunty beri dulu.. FAIQBAL.. baby suka tak??

SEMOGA MAMA ROSNI DAN BABY BOY SIHAT.. PADA MAMA ROSNI, 
SELAMAT BERPANTANG..

** teringat dulu, sewaktu belum berumah tangga, kami merancang mahu bersalin dihospital yang sama, siap duduk sebelah-sebelah katil lagi.. tapi.. kita hanya merancang, TUHAN menentukan segalanya.. Betulkan mama ROSNI... :)

2 Disember 2010

BILA SEMUANYA SUDAH DISEKAT


Memandangkan BROADBAND atau saya senang memanggil ianya dengan BB telah disekat penggunaannya, sampai sahaja di pejabat, perkara kedua dilakukan selepas bersarapan ialah menyemak akaun FB.. selalunya boleh sebab saya melihat rakan-rakan sejawat saya 'online' dengan mudah. 
Entah macam mana, bila time saya je, tiba-tiba sudah di block.. :(

Bukanlah senantiasa saya online diwaktu pejabat. Tetapi saya akan meluangkan masa selama setengah jam sebelum memulakan kerja dan setengah jam sebelum menamatkan waktu kerja. selalunya saya akan bertapa di pejabat dengan kadar waktu yang melebihi 8 jam. Dan pada masa sekarang, saya semakin kerap pulang kerumah pada jam 9 @ 10 malam... jadi tidak salahkan saya memberi ruang untuk diri saya merehatkan minda untuk masa 1 jam sahaja..

Tidak dapat dinafikan, bila saya sudah online FB, saya selalunya tidak log off semula. Sememamgnya saya akan lupa. Dan jika diantara kawan-kawan saya diarena FB melihat saya akan online sepanjang masa, itu tidak bermakna saya senantiasa berada diatas talian. Kadang-kadang ada kawan sepejabat ingin bertanyakan sesuatu, mereka hanya menghantar pesanan melalui CHAT FB, lepas beberapa jam baru saya membalas. Kesibukan kerja diatas meja saya membuatkan saya tidak sentiasa berFB.

Selalunya saya akan online menggunakan BB dan NOTEBOOK saya sendiri. Jadi saya tidak menggunakan internet di pejabat. Cuma hari ni saja, baru nak mencuba nasib, dah kene BLOCK pula. :(

Nampaknya saya tidak berada diatas talian FB dan ini yang membuatkan saya perlu membayar BB saya dengan kadar yang segera. Tapi bila melihat jumlah akaun yang semakin berkurang, seperti perlu memikirkan banyak kali..

Sebab sudah terlalu banyak wang sudah dilaburkan pada anak pertama saya.. (kereta sayalah..) ermm dengan roadtax yang baru sahaja diperbaharui dan purse saya hilang dalam masa yang sama, huh!! terlalu banyak belanjawam hujung tahun ini.. :(

Perlu bayar atau tidak?? tak ada ke sesiapa boleh sponser.. hahahaha

1 Disember 2010

:: RAPUNZEL ::

Hye semua pengikut. cheeeyyyywahhhhh macam ramai sangat je pengikut ya.. hahaha tak kiralah, janji saya boleh mencoret sesuatu yang sangat menggembirakan hati saya..setelah sekian lama menanti..
Firstly, nak cakap thanks banyak-banyak pada NOR AZRIEN MOHD YUNUS sebab telah berjaya meluangkan sedikit masa bersama saya untuk menonton wayang.. setelah sekian lama kita berjanji, akhirnya janji itu kamu tunaikan.. :)

Tujuan utama kami sebenarnya nak tengok cerita NGANGKUNG.. tapi filem ini terlalu hangat dipasaran, jadi kami dengan rasa terpaksa redha, memilih cerita ::RAPUNZEL:: dalam hati dah berkata-kata,'janganlah cerita ini mengecewa mood girang kami ketika ini' :)

TGV Terminal2, tidaklah seramai JJ dan Alamanda.. jadi kami beratur dan membeli tiket filem ini pada jam 10.45 pm.. masih ada waktu untuk kami menjamu selera di MAARYBORWN.. memandangkan kami ni sedang berdietlah kononnya, saya dah sahabat memilih makanan yang ringan-ringan je.. 'ringan ke' boleh lah..

so lagi 10 minit nak start, kami pun masuk panggung..


taaadaaaa.... :)
mula-mula macam membosankan, tapi lama-lama amat kelakar dan menghiburkan hati dengan gelagat watak dalam filem ini.. 10 bintang boleh diberi..

* watak utama.. ::RAPUNZEL:: sangat cantik.. mata dia besar dan warna hijau.. kalau terkenanlah ni, mesti jadi rebutan anak saya nanti.. toing~~~~perasan..






** haiwan ini sangat lucu.. gelagat dan perwatakkannya amat mencuit hati.. :)







*** salah satu adegan dalam filem ini.. UGENE.. tersangatlah hensem.. kalau saya pregnant anak lelaki, kenanlah sedikit wajah tampan dia ni.. :)








Pengajaran yang dapat dari filem ini :-

  • jangan mengambil kesempatan diatas kelebihan yang orang lain ada
  • jangan terlalu mementingkan diri sendiri 
  • perlu membantu orang yang ada dalam kesusahan
  • gunakan kelebihan yang diri kita ada di jalan yang baik
  • berlaku jujur dengan pasangan kita akan membuahkan rasa kasih sayang dan cinta yang lebih mendalam
dah macam pengkritik pula kan?? kalau kalian berhajat untuk menonton filem ini tersangatlah dialu-alukan. sangat best dan penuh dengan mesej yang tersendiri.. tapi biasalahkan, kalau dah nama pun cerita orang putih, adegan bercumbuan itu tidak sah kalau tidak ada dalam pembuatan filem. jadi bimbingan anda sebagai ibu bapa bagi menerangkan maksud yang tersembunyi amat diperlukan.. :)




28 November 2010

JoM MaIn MaSaK-MaSaK!!

Assalammualaikum semua!! hope semuanya sihat okey!! Jom main masak-masak.. :) hehehe
Hari rabu lepas entah apa mimpi, macam teringin sangat nak makan roti roll sardin.. sebenarnya dah beli, tapi biasalah.. tak semua orang yang memjual ni mengikut citarasa pembelinya..

so, habis saja kerja kat ofis, terus je serve internet cari resepi roti roll sardin. Resepi mudah ni pon nak tengok resepikan?? Ermmm saya ni bukanlah seorang wanita yang pandai memasak. tapi saya sedia belajar. :) Jadi buat apa nak malu cari resepi walaupun hanya nak buat roti roll sardin.

Alamak!!! tak sempat nak snap gambar cara pemprosesannya. ermmm tak terdetik pon nak masuk dalam diari blog saya ni.. tapi entah macam mana tergerak hati nak snap pic setelah separuh jalan siap..

*sebenarnya buat lapan roll.. empat dah masuk kuali.. ni yang tinggal giliran.. telah dirollkan bersama sardin..

next...




haaaaa ni lah yag dimasukkan dalam kuali.. tengah syok2 goreng, tiba-tiba POOOOP!!! minyak meletup. terkena muka sikit dan tangan sikit.. kat tangan ada bekas, nasib baik kat muka tak ada.. kalau tidak, jatuh lah saham i.. hahaha

the last!!



jeng... jeng... jeng.. haaaa nilah hasilnya.. ROTI SARDIN ROLL.. 
Sangat sedap bagi tekak saya rasa.. hahahahha dah naik perasan dah ni sebab dah berjaya!!

bagi mereka yang ingin mencuba, kat sini saya kongsikan resepi ya okey..


1 tin sardin (apa-apa jenis pun boleh)
beberapa biji cili padi tapi pada mereka yang suka pedas, tambahlah kuantitinya
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
tepung gandum + sedikit air untuk dijadikan gam
3 biji telur ayam
dan yang paling penting mestilah perlu ada roti..

cara buat:
bawang merah + bawang putih + cili padi = dihiris nipis
sardin = dihancurkan menggunakan garfu
tepung gandum + sedikit air (jangan terlalu pekat dan cair) = untuk dijadikan gam pelekat
telur ayam dipukul hingga kmebang
roti perlu dilenyekkan nipis
panaskan minyak

setelah semuanya telah di campurkan di dalam mangkuk, sardin telah sedia untuk diletakkan di atas roti dan digulung perlahan. Dihujung penggulungan, letakkan tepung gamdum tadi sebagai pelekat. celupkan kedalam telur dan bila minyak telah panas, ianya sedia untuk digoreng..


:) selamat mencuba kawan-kawan..

25 November 2010

KU ADA KAMU ~ WAN NUURUL AINZA ~







WAN NUURUL AINZA..

petang-petang begini, disaat saya malas nak buat kerja tiba-tiba saya sangat RINDU sama kamu. Ya.. Rindu sangat-sangat.. mungkin sudah lama kita menyepikan diri diarena FB dan SMS..
Ya.. diwaktu ini saya perlu mengakui dunia kita sudah tidak sama.. Aliran perjalanan dunia kita sudah tidak seiring.. Tidak sama seperti 7 tahun yang lepas..

Saya terlupa sejak bila kita rapat dan mulai menjadi sahabat baik.. sahabat yang ketawa bersama dan berkongsi airmata bersama. Tapi hakikatnya saya memang senang bersahabat dengan kamu. Dengan perwatakan kamu yang manis dan bersahaja membuatkan saya begitu senang mendampingi kamu.

Seawal pengajian kita di UiTM dahulu, kita hanya berkawan biasa. Tidak terdetik dihati saya kamu akan menjadi kawan baik saya sehingga kini. Inikan yang dinama Ketentuan ALLAH.. Alhamdulillah..

Sehinggalah kita memilih untuk mengambil aliran TEKSTIl.. yang banyak sangat kerja.. Yang saya pasti, kita mula rapat semasa kita ditahun 2 pengajian. betul tak?? kita mula pergi kelas bersama, makan bersama dan kadang-kadang kita akan tidur katil bersama.. ahhhh sangat rindu saat itu..

Dan dari saat itulah, lama kelamaan kita menjadi sahabat yang sangat baik.. Kamu menjadi sahabat saya ketika saya dilanda kesusahan dan semasa dialam kegembiraan..

Saya mahu menyingkap kembali apabila disuatu saat dahulu apabila saya kehilangan arah. Semua orang yang berada disekeliling saya hilang entah kemana, tetapi kamu masih mahu berkawan dengan saya. Kamu masih mahu berjalan bersama saya. Saya berdiri ketika itu kerana saya ADA KAMU!! Saya tersenyum ketika itu kerana saya ADA KAMU!! ya.. semua kerana saya ada kamu.. tiada istilah lain yang mampu saya ucapkan hanyalah TERIMA KASIH..

Ketika itu kamu tidak kisah apa yang orang sekeliling bercakap tentang kamu kenapa kamu masih berkawan dengan saya. kenapa kamu masih mahu tidur sekatil dengan saya setelah apa yang terjadi. Kamu tahu.. ketika itu saya sudah punyai kisah benar. Tapi mampukah saya menunjukkan kesemua perkara yang benar kepada mereka yang memandang serong pada saya? Semestilah TIDAK.. walaupun saya ada kamu, tetapi, saya tidak mahu mengheret kamu sama-sama dalam masalah ini. Dan kerana itu, saya menyimpan kebenaran itu sehingga kini dan pada suatu hari yang lalu saya telah menceritakan perkara yang sebenar..

Kamu tahu.. ketika itu saya berasa sangat lega. Lega kerana saya telah melepaskan apa yang saya tanggung selama bertahun-tahun.. ahhh lupakan sahaja cerita itu.. cerita lama kan??

Saya sangat bersyukur kerana saya dikurniakan sahabat baik seperti kamu... :)

saya masih ingat, diwaktu kita berjalan kaki untuk ke kelas dipagi hari diserikan lagi dengan kabus yang tebal. Ketika itu kita sangat gembira kerana kita mengalami pengalaman itu buat julung-julung kalinya. kita berjalan kaki diwaktu petang membuat pusingan di UiTM dulu sambil makan goreng pisang. Lepas sahaja waktu kelas, kita terus pergi makan laksa di depan UiTM dahulu.. ahh sangat manis ketika itu..

Dalam asyik kita gembira, kamu dirundung masalah dengan pembalajaran bersama salah seorang pensyarah ketika itu. Kamu menangis kerana takut ketika itu.. :) sebagai seorang sahabat, saya berjaya membuat kamu tenang.. Kamu tahu, ketika itu saya sangat takut bila kamu menangis.. Sebab saya tidak mahu melihat kamu dalam keadaan sedih..

Saya masih ingat, kisah yang membuatkan saya menangis dalam TOILET!!
Ketika itu saya sangat terasa saya akan kehilangan kamu. kerana kamu sedikit demi sedikit seperti menjauhkan diri kamu dari saya. Dalam hati saya selalu berkata..
"dia sudah punyai kawan yang baru. mana mahu dia berkawan dengan saya ini..."
ketika itu saya selalu bersendirian..
pergi kelas bersendiri..
membuat kerja bersendiri..
makan bersendiri..
dan tidak ada lagi adegan selepas kelas kita bersama diwaktu itu.. :'(
apa yang perlu kamu tahu.. saya sangat kehilangan kamu ketika itu!!!

Alhamdulillah.. kamu tersedar lebih awal dengan apa yang telah terjadi diantara kita.. kamu kembali bangun dan kita seperti selalu semula.. dan saya kembali tersenyum.. sebab itulah saya mengatakan
"KU ADA KAMU"

WAN NUURUL AINZA..

kamu masih ingat bagaimana rasanya kita menaiki motor selepas membuat kerja distudio dulu diwaktu malam.. saya rasa itu pertama kali kamu menunggang motor.. ketika itu hari sudah larut malam dan kita sama-sama takut untuk pulang ke bilik masing-masing.. lagi-lagi bila kita akan melalui tasik yang mempunyai seribu cerita.. hahahaha sangat lucu ketika itu bila 'datin' memberi isyarat..
"cepat masuk gear 2"
"tekan break slow sikit"
"cepat masuk gear 3"
hahahahaha ketika ini saya tersenyum seorang diri..

macam-macam kisah diantara kita selama 3 tahun digelar pelajar UiTM
sehinggalah kita akan melangkah keluar bergelar mahasiswi UiTM..
kita ditahun akhir... tentu kamu masih ingat kamu buat pertama kalinya memandu kereta..
ketika itu barangan kita terlalu banyak untuk dibawa jalan kaki untuk kestudio.. dan kamu mengambil keputusan untuk menyewa sebuah kereta untuk kesenangan kita.. dan diantara detik itu terjadi kisah lucu yang membuatkan kamu sangat kelam kabut.. :) masih ingat apakah peristiwa itu??
project design kamu tertinggal dalam bonet kereta!!! sangat haru biru ketika itu.. tapi mujurlah ketika itu kereta yang disewa itu penyewanya junior kita.. Huh!! kalau tidak... saya tidak dapat membayangkan apa yang terjadi selepas peristiwa itu..

WAN NUURUL AINZA..
 banyak kisah suka dan duka yang kita lalui bersama.. sehinggakan ada yang saya terlupa apakah ia?? tapi, kamu tak perlu risau, saya terlupa kisah kita, tidak bermakna saya melupakan kamu juga.. kalau saya lupakan kamu, mana bisa saya boleh merindui kamu dan menulis tentang kamu dan tentang kita di blog saya ini!! ini membuktikan kamu senantiasa dihati saya.. ceewahhh!! dah macam sepasang kekasih pula kan??

tapi sekarang kita sudah melalui dua jalan yang berbeza..
kamu memilih untuk menyambung pelajar diperingkat IJAZAH dan saya memilih untuk terus bekerja.. semasa saya tahu kamu akan menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya, saya berdoa kamu akan berjaya dan tabah melalui semuanya di peringkat yang lebih tinggi. dan kamu akan menemui kawan-kawan yang baru.. :)

sekarang..
kita telah berjaya dengan kerjaya kita, tapi saya terlebih sedikit dari kamu.. saya sudah berumah tangga!! saya sudah punyai kehidupan yang baru.. saya sudah mempunyai suami dan tidak lama lagi saya akan menjadi seorang ibu!! saya doakan kamu ketemu jodoh dengan kadar yang segera.. untuk kita berkongsi cerita mengenai anak-anak kita.. dan kalau anak kita berlawanan jantina, boleh kita terus berbesan.. wahhhh sangat jauh imaginasi saya ...  tapi mana tahukan.. ianya menjadi satu kenyataan.. hahahahahaha

walaupun sekarang kita selalu menyepikan diri, mungkin sibuk dengan kerjaya masing-masing, tapi itu tidak membataskan fikiran saya untuk mengingati kamu dan meletakkan kamu dalam doa harian saya selepas saya solat. saya sentiasa berdoa agar saya tidak kehilangan kamu lagi dan kamu sentiasa dalam keadaan yang baik-baik sahaja.. owhhh hati saya diruntun kesedihan... dan persahabatan ini akan kekal sampai bila-bila.. jika saya punyai anak satu waktu nanti, saya akan menceritakan betapa ikhlasnya persahabatan ini berlandaskan kejujuran..

WAN NUURUL AINZA..
saya tidak tahu ini kali yang keberapa saya katakan pada kamu.. tidak kira berapa kali, walaupun sejuta kali sekalipun, saya akan tetap akan mengucapkannya selalu.. TERIMA KASIH untuk perkara berikut..
  1. MENJADI SAHABAT BAIK SAYA SEHINGGA SEKARANG
  2. KAMU ADA KETIKA SAYA SUSAH DAN SENANG
  3. MENJADI TEMPAT LUAHAN PERASAAN SAYA
  4. MENUMPANGKAN BAHU KAMU KETIKA SAYA MENANGIS
  5. SUDI MENERIMA LAMARAN SAYA UNTUK SAYA JADIKAN KAMU KAWAN DAN SAHABAT DALAM HIDUP SAYA
  6. SANGGUP BERKONGSI KATIL UNTUK KITA TIDUR BERSAMA

"SAYA SAYANG KAMU DAN KU ADA KAMU"

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?