love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

19 Februari 2014

reunion - kita semua dah bahagia

Assalammualaikum

ini adalah enrty terperuk. kene taip cepat2 jap lagi ada meeting.

cuti tahun baru lepas, sekolah menengah ai ada buat reunion. 2 hari sebelum cuti, mak ada call ai bagitau dapat surat jemputan dari sekolah. ai pon tak tau kenapa ai dijemput. sedangkan ai bukanlah pelajar cemerlang dulu.

pada hari yang sama sepatutnya ai pergi mersing rumah kakak ai. mak dah rindu bebenor dengan cucu dia 2 orang tu. jadinya ai buat pengesahan kehadiran untuk datang sebelah malamnya saja. untuk aktiviti sebelah pagi ai tak datang. nasib baik boleh.

dah duduk rumah kakak 2 hari, ai terkejo2 balik seremban semula dari mersing. bertolak dari mersing pukul 2 lebih kot, sampai seremban ngam ngam pukul 7. majlis tu mula lepas insyak means dalam pukul 8 ke 9.

mula2 ai tak nak bawak NAN. nanti ai tak fokus pada aktiviti bbq tu nanti. dia pon dah macam nak mengamuk2 dah malam tu. tapi mak ai paksa jugak suruh bawak. kata mak, time nilah semua orang nak tunjuk anak memasing. ok fine!! nasib baik NAN tido dalam stroller sepanjang program tu berlangsung.

masing2 terkejut dengan keadaan kawan masing2. ada yang menangis ada yang suka ada yang berpeluk sakan. ai?? biasa2 je. nasib baik ai masih cam muka kawan2 baik ai time sekolah dulu. tak banyak yang berubah.

kat sekolah dulu ai ada 5 orang kawan baik. buat keje berkumpulan sesama. lukis mural sesama. keluar berjimba pon sesama. Ayu, Shida, Azli, Darul dan Ghadafi.

dulu.. time sekolah dulu, Ghadafi tu minat kat shidah. hohoho walaupun kawan baik, nak merasa cinta monyet tu memang adalahkan. tapi shidah tak nak kat dia sebab dia minat kat sorang senior time tu. kesian.. nasib baik tak frust menonggeng.

Ghadafi mewarisi bisnes kayu jati keluarga dia. anak bisnesman, tak yah susah2 cari keje kata dia. sekarang Ghadafi nampak dah smart sikit dari time dia sekolah dulu. sama macam Ayu, tak kawen lagi. kata dia, dia tak jumpa lagi pempuan yang betul2 sayang kat dia. semua suka dia sebab bisnes kayu jati dia tu. nasib baik Shida dah kawen. kalau tak, maunya dia try tackle Shida semula. 

ai time tu bercinta dengan Azli. 2 tahun kot. dari form 3 sampai form 4. tapi disebabkan ai tak boleh keluar selalu nak berdating, dia pon naik boring. nak dating kat sekolah memang tak lah kan. so jalan penyelesaiannya, putus. kah kah kah. gila budak2 time tu. tau2 dia couple dengan budak lain. yang memang terkenal dengan sikap hu ha hu ha dia. sedih?? tak dalah.. sebab kitaorang tetap baik. nama pon cinta monyet. monyet tau sedih ke? kah kah kah

bekas pakwe cinta monyet dulu datang dengan isteri dan 3 orang anak. anak dia yang kecik tu sebaya NAN. tapi isteri dia macam sombong sikit. yelahhhhh pramugari kata engko.

kawan sekelas ai shida dan ayu masih maintain. ai rasa ai je yang makin gemuk. haaaa stres. shida kawen dengan orang gomen jugak. tapi dia tak kerja. Shida cakap suami dia suruh dia keje dengan suami dia je. haaa sebab tulah anak setahun sorang, kah kah kah tak per lah Shida, suami ko pon PTD. pedehal..dah ada 2 orang anak. lagi sorang otw. 

ayu masih tak kawen lagi dan dah jadi nurse sekarang ni. cita2 dia masa sekolah dulu tercapai. tahniah ayu. time tanya kenapa tak kawen lagi, dia cakap dia tak sedia lagi. dah nak balik tu baru dia cakap dia baru je putus tunang. hohoho tak perlah Ayu. mana tau jodoh ko dengan doktor. :)

mamat yang ai admire lepas putus dengan Azli dulu tu pon, nampak dari jauh je. dia budak pandai. mana nak pandang2 ingat2 kite yang budak biasa2 je. dari jauh ai tengok dia dah macam Adi Putra dah. tak taulah kot2 dia memang jadi polis. sebab dulu dia ahli Kadet Polis.
 
memasing dah kat kereta, dah nak balik, baru ai teringat pasal Darul. time bersuka ria tu, tak teringat langsung. ai tanya dengan Azli. sebab dia dulu rapat. eh! sebelum tu Azli tu keje Bomba tau. dia mewarisi keje ayah dia. bila ai tanya macam mana bomba dengan pramugari boleh jumpa, Azli cakap dia jumpa time padamkan api rumah pramugari terbakar. nampak tak uolls. time padamkan api pon boleh jumpa jodoh. kah kah kah.

ok. berbalik pada Darul. time ai bersuara tanya pasal Darul, memasing pandang satu sama lain. sebenarnya ai sorang je duduk taman jauh dari sekolah. kawan2 ai yang lain tu dekat je. jalan kaki pegi sekolah. dorang duduk satu taman yang sama. lorong je asing.

Lepas habis sekolah, ai banyak berhubung dengan Shida. sebab time tu Ayu dah masuk sekolah nursing. Azli pulak dah pegi Training Bomba. Shida pulak tak keje, tak sambung belaja sebab jaga ayah dia yang sakit.so ai banyak contact Shida je.

Ayu cerita, kali terakhir dia jumpa Darul time sebulan sebelum dia masuk nursing school. time tu dia tengok Darul dah lain. tapi malas nak tanya lebih2 kata ayu, sebab darul ni lain orangnya. dari sekolah dulu, tak suka orang tanya lebih2 walaupun cikgu. darul cuma cakap dia nak pegi KL cari keje, tapi abah dia tak bagi.

Abah Darul keje polis tau. bila ayu dah praktikal nurse tu, dia duduk semula dengan parents dia. jumpa adik Darul. Ayu tanya kat adik Darul sebab Ayu nak jumpa dia. Untuk pengetahuan, Ayu ni memang banyak mulut. suka soal selidik orang. Adik Darul cakap, dia dah lari pegi KL ikut kawan2 dia. Ayu memang dah agak dia lari sebab itu ayat terakhir dia. "kalau abah aku tak bagi, aku lari rumah je."

bila ayu dah dapat tau kene posting kat melaka, ayah ayu call bagitau abah Darul dah meninggal. Ayu, Azli, Shida dan Ghadafi datang. ai sorang je, time tu ai dah kat Kelantan. Darul tak da sampailah selesai pengebumian abah Darul. nak dijadikan cerita, adik ayu tu couple dengan adik darul. lepas kenduru arwah tu, adik darul cerita yang Darul kene tangkap masuk pusat serenti. dia hisap dadah.

perasaan ai?? OMG!!! ai terkejut sangat. tak sangka, dia sorang kawan kitaorang yang tak menjadi. sekarang darul tu dah jadi penagih tegar. kesian tengok mak dia. bertungkus lumus bekerja untuk menyara keluaga. darul anak sulung tak boleh nak diharapkan apa.

ai rasa, darul tu tertekan. sebab adik2 dia ramai. abah dia memang garang gila. time sekolah dulu, Darul memang pandai. walaupun selalu tak datang sekolah, dia tetap pandai. cuma dia salah gunakan kepandaian dia. mak dia selalu suruh darul ponteng untuk jaga adik dia yang baby time tu. ai ingat lagi, kitaorang pernah buat surat permohonan ke Pengetua Sekolah untuk benarkan kitaorang buat kutipan derma. duit tu kitaorang bagi kat mak Darul.lepas kutip derma tu, seminggu darul tak datang sekolah. cikgu displin sampai pegi rumah dia. time tu azli ada ikut. tau tak apa dah jadi?? darul kene pukul dengan abah dia sebab sekolah kutip derma bagi kat mak dia. mungkin ayah dia rasa tercabar kot.

kesian. terakhir ayu dapat tau darul tu ada kat johor. dia dah jadi macam pelarian. sebagai kawan, kitaorang berharap darul akan berubah. Ghadafi pon pernah cakap, kalau aku jumpa dia, aku nak dia keje dengan aku. ayat seorang bos kan.

ai berdoa dia akan berubah satu hari nanti. In Syaa Allah. mungkin dia nak berubah, cuma tak jumpa tempat yang boleh bimbing dia. moga Allah tunjukkan jalan yang lurus untuk dia.

sebelum balik memasing tukar2 number phone. sekarang, ai cuma selalu contact dengan ayu je. maklumlah.. nak rajin contact dengan Ghadafi, ai dah kawen, nak contact selalu dengan Azli, dia pon dah kawen. susahkan uolls nak jaga banyak perasaan ni. penyudahnya, ai contact dengan ayu je lah. pempuan dengan pempuan, tak banyak dosa. kah kah kah

kita semua dah bahagia dengan cara masing-masing. jalan yang telah kita pilih. semoga keakraban ini akan tetap kekal sampai bila. untuk Shida, selamat bersalin baby number 3. harapnya perempuan ye. dan rajin2lah berkhidmat untuk suami :p

untuk ayu, semoga ko jumpa jodoh yang sesuai dan baik untuk ko. jangan stres2 sebab tak kawen lagi. ramai lagi yang tak kawen kot. sediakan diri dari segi mental dan fizikal. alam perkahwinan ni tak seindah yang dilihat.

untuk Ghadafi, sama juga dengan ayu. semoga perniagaan ko lebih berjaya. nanti aku nak beli perabot jati, boleh lah kau bagi diskaun 100%. kah kah kah. tak yah nak memilih sangat. mana ada orang yang sempurnakan. susah2 sangat, ko amik je si Ayu tu.

untuk Azli, semoga lebih berjaya dengan kerier sekarang. untung2 jadi pegawai. semoga bahagia disamping isteri yang cantik dan anak2 yang comel sampai hujung nyawa.

hey korang, doakan aku sama tau. doalah supaya aku cepat dapat baby number 2 pulak. Eh!!

ok lah bye. nak masuk meeting plak.


enam tahun sudah

Assalammualaikum

semalam, 18 februari genap 6 tahun ai bekerja di Kubah Biru ini. suka duka pahit manis dah ai lalui. ecehhh ayat bajet macam dah keje berpuluh2 tahun kan? :p

ini bermakna ai ada 31 tahun lagi untuk bekerja. in shaa allah. jika masih dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang sempurna.

apa yang ai dapat selama 6 tahun disini?? rasanya tak perlu ai huraikan apa yang ai dapat. tapi ai masih tertanya2 apa yang ai dah bagi pada Kubah Biru ini. hrmmmm

lepas ai habis belajar di UiTM dulu, ai terus dapat keje kat JPM, Putrajaya. time tu ai tak konvo lagi. ai hantarv resume time ai tahun akhir di UiTM. alhamdulillah, rezeki ai dapat keje tu walaupun hanyalah kontrak  saja.

lepas setahun ai keje kat JPM tu, ai dan kawan2 lain tak dapat sambung kontrak. ai pon tak tau kenapa. ai dapat surat 2 bulan sebelum kontrak habis. terkejo2 jugaklah time tu. siang malam usaha cari keje lain. takut jadi penganggur. ai bukanlah hebat dalam MUET, CGPA ai pon tak lah hebat sangat.;p

dalam tercari2 keje lain tu, nampaklah iklan Kubah Biru ni. saja isi. lagipun dekat dengan rumah mak. lepas habis kontrak, seminggu ai duduk rumah dengan penuh kerisauan, dapat surat penggilan temuduga dari Kubah Biru ni. alhamdulillah.. rezeki.

ai ingat lagi soalan penemuduga yang membuatkan ai  aminkan kata2 dia.

penemuduga : 

ni calon bujang lagi ni. selalunya kalau bujang masuk keje sini, senang dapat jodoh. kalau dapat calon suami keje sini jugak, yang mana satu pilihan awak? pensyarah? arkitek? sama jawatan? atau yang biasa2 saja?

haaaaa boleh tanya soalan macam tu?? hohohoho tetiba dalam hati ai aminkan. mana tau dapat jodoh pensyarahkan.. kah kah kah

time ni ai tak jawab apa. ai senyum je. sebab sebelah ai calon lelaki. 

tetiba ada soalan lagi. 

penemuduga :

kalau calon sebelah awak tu jadi calon suami, macam mana pula?

hohoiiii nampak tak soalan dia. kah kah kah budak lelaki tu pon dah tak menentu cara duduknya.

selang 6 bulan keje, memang ai rapat dengan budak lelaki tu. boleh rapat sebab ai satu kursus induksi dan satu BTN. tukar2 number phone pastu jadi rapat.

ada jugaklah kearah nak bercinta, tapi tak jadi. tak taulah kenapa, tetiba slow contact. tau2 je dapat cerita dia dah couple dengan orang lain. redha... :)

selain bekerja dengan dedikasi, mencari jugak calon suami. target umur ai nak kawen 25 atau 26. kalau dalam lingkungan umur ni tak kawen, ai akan kawen umur 30 pulak. haaaa nampak tak.

dengan gaji Kubah Biru ni, ai dapat beli kereta. alhamdulillah

dah 2 tahun keje, dah kenal dengan orang sini sana, dah kecewa sorang2 sebab kite je suka dia dan dia tak tau pun kite suka dia, jumpa juga jodoh ai.

semoga ai terus berdedikasi untuk menjalankan tugas di sini. walaupun banyak dugaan, harap ai terus tabah. untuk sama2 mencari rezeki membantu suami membesarkan anak2.

terima kasih Kubah Biru memberi kepercayaan saya untuk menjawat jawatan sekarang walaupun bukan jadi bos. hahahahaa


12 Februari 2014

"anak kau ni asik sakit je"

Assalammualaikum

sebenarnya bukan pertama kali ai dengar. tapi dah banyak kali. ai pon tak tau kenapa orang mempertikaikan semua ini sedangkan ini semua ketentuan Tuhan.

"minggu lepas aku dengar anak kau sakit, minggu ni pon sakit lagi?"

"tak nampak kat ofis, dia cuti anak sakit ke?"

"kenapa anak kau selalu sakit? tak bagi vitamin ke?"

kalau uolls yang kene tanya macam tu, sakit hati tak? ai memang sakit hati. sakit setakat di hati. ai bukanlah jenis manusia yang mulut sangat lancang. kalau tak betul2, ai lebih suka berdiam diri, sabarkan hati sendiri, dan yakin Allah tahu segala apa yang berlaku.

ai baru anak sorang, dah macam2 dugaan ai terima. kalau Allah bagi rezeki mengandung lagi, dan ai masih dapat dugaan yang sama, ai pon tak tau ai mampu ke tak. ai selalu cakap dengan Mohammad Bazli, sebenarnya ai trauma nak mengandung lagi. bila miss P datang lewat, ai dah mula gelabah sebenarnya. ya, ai tahu, anak itu rezeki dari Allah. tapi disebalik rezeki yang Allah turunkan pasti ada dugaan yang menanti. betul tak??

sekarang ni, selain ai sibuk berulang ke HKL, ai juga sibuk berulang ke KK Nilai dan kadang2 ke HTJ. ini disebabkan ubun2 NAN masih tak tertutup rapat lagi. ai pon tak tau kenapa. mula2 doc tanya time ai bersalinkan NAN dulu ai ada guna forcep ke apa ke. ai memang tak ada guna apa2. tengok balik buku pink, memang doc tak tulis apa2. kalau guna mesti doc tuliskan kat dalam buku pink atau pon doc cakap. ini tak ada.

cuma masa umur NAN sebulan, NAN ada kene tahan NICU sebab dia kene sakit mata. dan dari situ jugaklah doc confirmkan NAN ada kerosakan urat kelopak mata yang menyebabkan dia tak boleh bukak mata. dan dari situ jugaklah doc bagitau air luar kawasan otak berlebihan. sebab tulah ubun2 NAN lambat keras dan berlekuk dalam time tu lah.

dan sekarang ubun2 NAN tak tutup rapat. mungkin sesetengah orang fikir ai suka sebab boleh cuti, tak masuk ofis. tapi hakikatnya orang tak tau. betapa sayunya hati ai bila tengok anak sendiri dibuat uji kaji dengan doc. orang tak tau betapa runsingnya ai memikirkan kerja dan anak. kadang2 ai terfikir nak berhenti kerja jaga anak sendiri depan mata.

ai ingat lagi, betapa susahnya ai nak cari taska yang boleh terima keadaan NAN. banyak taska bagi alasan, "pihak kami tak nak amik risiko." kalau uolls kat tempat ai, apa yang akan uolls buat?

cuti hanta 20 hari. kalau ikutkan sebulan hanya boleh amik 2 hari je. ai tak pernah lagi bawak cuti ke tahun depannya. sebab cuti ai mesti habis sebelum bulan 12. bila orang tanya soalan2 macam tu, ai sejujurnya tak boleh jawab. bila selisih jalan, duduk borak2 time makan, ada orang tanya NAN sihat ke? ai akan jawab NAN sihat saja. ai bukanlah jenis ibu yang mencanang cerita penderitaan anak sendiri. kalau orang tahu, maybe dari FB, Instagram ai. 

untuk mereka, mereka dan mereka ai doakan anak2 korang sihat senantiasa. tak perlulah merasa sakit yang teruk2 macam anak ai. dan tak perlulah nak mengata, nak mempertikaikan apa yang telah terjadi. kalau dengar anak orang lain sakit, bersyukurlah sebab anak kita sihat. dan berdoalah agar anak kita sentiasa sihat.

4 Februari 2014

DUGAAN ~ kentalkan jiwa ~ kuatkan benteng airmata

Assalammualaikum

permulaan yang penuh dengan dugaan. kalau tak kuat, semestinya jatuh tersungkur terduduk payah untuk bangkit. Bertubi2 dugaan datang bagaikan jiwa ini sangat kental dan bagaikan benteng airmata ini sangat teguh. 

berdoa, berharap ada satu keajaiban berlaku. Dia masih membuka pintu kebahagiaan untuk kami semua. masih mendengar luahan hati seorang anak, seorang ibu, seorang isteri. jika menangis boleh menenangkan hati melapangkang fikiran, menangislah sehingga puas.

kadang2 hati tertewas. tidak redha dengan semua yang diberi. mula mempersoalkan apa yang telah terjadi. kenapa aku? kenapa tidak dia? kenapa aku yang Kau pilih? kenapa tidak dia? kenapa aku yang harus terima? kenapa tidak dia? kenapa aku yang dibebani? kenapa tidak dia? beristighfar panjang dari lamunan yang mengkhayalkan ini. meminta ampun dari segala sujud. kenapa aku mempersoalkan semua ini? layakkah aku menyoal semula kepada Dia? 

bersabarlah. bertabahlah. teguhkan hati. kuatkan iman. pandang wajah penguat semangat. renung matanya yang ikhlas. kata2 pemberi perangsang untuk terus melangkah pada keesokkan harinya. tapi ramai juga yang mengakui kebenaran kata2 ini. "berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul". cuba paksa diri untuk mempositifkan diri. tapi bisikan syaitan itu kadang2 agak menggoda. 

ketawa, senyum, tidak lekang dari wajah untuk memperdayakan orang lain yang melihat. bukan mudah untuk berlakon. ketika hati tidak keruan, tanpa diseru airmata akan sendiri keluar. termenung jauh memikirkan masa depan tanpa disuruh akan mengalir. kadang2 tewas, menangis ditikar sembahyang, mengadu dengan sesungguh hati sehinggakan menganggu insan lain berdoa. 

tipu diri sendiri. katakan pada hati, dia juga akan sembuh seperti kanak2 lain. sang ibu ini mengharapkan Dia memberi kesihatan yang cukup untuk sikecil itu. jauhkanlah dia dari segala sakit. sudah puas kiranya sikecil itu menderita dengan sakit yang telah diberi. sang ibu ini tidak pernah putus berdoa dan berharap agar deria penglihatan sikecil itu sama seperti kanak2 lain. tersisih jiwa bila ramai yang memperlekehkan sakitnya. terkesan hati bila ramai yang cuba membeza2kan sikecil itu dengan kanak2 lain. walaupun dia masih kecil, dia sudah tahu bertanya kenapa derianya itu sakit. tabahlah wahai sikecil. disebalik kekurangan yang telah diberikan, Dia telah menetapkan kelebihan yang tersembunyi dalam diri. gali dan carilah kelebihan itu seiring dengan meningkatnya usiamu. tunjukkanlah pada mereka mereka semua bahawa kamu jua boleh berjaya.

tidak mahu menyalah sesiapa atas apa yang telah berlaku. sudah adantnya, yang muda menghormati si tua. turunkanlah ego, buangkanlah semua yang hitam didalam hati dan terima si tua ini dengan seikhlasnya. jika disini boleh menerima si tua yang jauh, tidak salah kiranya si muda ini menerima si tua yang dekat. betapa lamanya usia penipuan ini. si anak mencuba mencari jalan penyelesaian. si anak juga sengaja melanjutkan usia penipuan ini agar hati si tua tidak lagi terguris dan hati yang disayang bahagia. biarlah si anak ini menganggung dosa dimata masyarakat, biarlah Dia yang tahu hakikatnya. jika masih ingin lagi melangsungkan keegoan itu, teruskanlah. biarlah hati si tua dan si anak ini sama2 terluka dalam diam. biarlah berdarah berparut sehingga meninggalkan kesan. ia boleh dijadikan pengajaran untuk diwarisi. 

tabahlah wahai hati, kuatlah wahai iman. teguhkan pendirian ini. 

"Dia menguji hamba-NYA mengikut apa yang disanggupi oleh hamba-NYA" 

semoga suatu hari ada sinar kebahagiaan di hujung jalan walaupun di saat kedipan mata yang terakhir. 

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?