love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

7 Jun 2017

selepas enam bulan






Assalammualaikum wbt

Alhamdulillah, semua berjalan dengan seperti biasa. Mana yang tahu, tahulah. Mana yang tak tahu mungkin tertanya2. Selepas bertahan selama 2 tahun, akhirnya ai selamat dilepaskan semula. ai pon dah tak nak ingat2kan kembali kisah yang lama. Biarlah menjadi kenangan dan selebihnya pengajaran dan pengalaman buat diri ai. Ramai juga yang tak percaya dengan pengakhiran kisah perkahwinan ai. Dan ramai juga yang ingin mengorek dengan lebih dalam, tapi biarlah menjadi rahsia. Biarlah kawan2 rapat, saudara, dan adik beradik saja yang tahu. Walaupun insan-insan diluar sana lebih senang menyalahkan ai dalam kisah ini, ai dah lali dengan semua itu. Sebabnya, selama 2 tahun ai dilihat seperti perempuan jahat dan mementingkan diri sendiri. Sedangkan ramai yang tak tahu kisah yang sebenar. 




No automatic alt text available.

Pada awalnya ai mengaku, ai takut untuk menyandang gelaran baru ini. Janda atau ibu tunggal. Ai takut dengan anggapan orang luar. Bukan setakat takut dengan gelaran baru itu, malah ai tak berani memberitahu keadaan ini pada abah ai. Ai sangat keseorangan dan hanya berkongsi rasa dengan kakak sulung ai.

Tiada pemakluman awal dari pihak sebelah sana kepada abah ai. Ai seolah2 dibuatnya tanpa ada ahli keluarga yang lain. Sampaikan ai hadir ke mahkamah tanpa ada sesiapa menemani. Sedangkan pihak sebelah sana membawa kawan disaat hadir. Ai harung bersendirian semuanya.

Tahun 2017 adalah tahun yang sangat struggle untuk ai. Ai tak sedih dengan keadaan diri ai. Tapi ai sedih dengan keadaan NAN. Ai rasa bersalah sangat dengan NAN sebab ai bawa dia sekali dalam kesusahan ai sekarang ini. Kehidupan ai sekarang ini, tak ubah seperti kisah 9 tahun lepas, awalnya ai bekerja. 

Sayang NAN, ibu sedang berusaha kuat untuk mencari kesenangan awak. Tetaplah bersama ibu selamanya. Ibu tahu, ibu bukanlah ibu yang terbaik. Tapi apa yang ibu lakukan semuanya hanyalah untuk awak. Ibu berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk awak.

Ai tak perlukan kata2 nista dan pandangan serong. Cukuplah sekadar mendoakan ai dan NAN sentiasa kuat dan tabah dalam segala sudut. Selepas tempoh itu berakhir, ai rasa hidup ai sangat tenang. Serasanya seperti batu besar yang selama ini terbeban atas kepala ai sudah melayang jauh.

Keadaan NAN seperti biasa. Ai perlu ceritakan semuanya pada dia. Mencari?? sejujurnya NAN sudah biasa hidup tanpa ada seorang lelaki. Dalam hidup dia hanyalah ada ai dan dalam hidup ai hanyalah ada NAN. Kami saling melengkapi. 

Tak perlu dengan sengaja bertanya dimana walinya. Tak perlu dengan sengaja menambah bara yang tersimpan.

Kehidupan ai berlangsung seperti biasa. Ai pon dah biasa mengurus kehidupan tanpa lelaki. Sama. Tidak ada yang berbeza pon. Menguruskan NAN juga seperti biasa. Sekolah, pakai, makan, alhamdulillah semuanya terurus walaupun kami agak sedikit sempit.

Abah ai selalu pesan. Jaga diri. Jaga kehormatan diri. Dengan status ai sekarang ini, ramai yang akan mengambil kesempatan dan ramai yang akan bersangka buruk. In Shaa Allah, Ai tahu batas2 diri. Tak putus doa ai untuk kesejahteraan hidup ai dan NAN. 

Terima kasih pada semua yang mengirimkan kata2 semangat untuk ai dan NAN. terima kasih pada mereka yang ada ketika ai sedang susah. Terima kasih juga untuk mereka yang tidak pernah berhenti menyalahkan ai. Terima kasih semua.


GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?