love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

14 Disember 2014

semangat!! semangat!! yang pergi tetap pergi ~Al-Fatihah~

Assalammualaikum

hampir 3 bulan tak update. buka blog, tapi tak menulis. sibuk. tak ada mood. semua mood kelaut sekarang ni. amboii sangat ni kan.

5 6 bulan jugak berulang dari seremban ke ofis. kadang2 sorang, kadang2 berdua dengan NAN. tak semua tahu kenapa ai sanggup berulang. ai mengambil alih tugas menjaga mak yang semakin tak kuat selepas ketiadaan kaki kanannya. haishhhh!! nak mula nangis dah ni.

selepas bermacam teknik doc lakukan pada luka kaki mak yang semakin kritikal, selepas berbincang dengan ahli keluarga, selepas berbincang dengan doc pakar HKL, akhirnya keputusan dibuat. dengan persetujuan bersama, kaki kanan mak akhirnya dipotong. 

2 3 hari sebelum pembedahan berlaku, mak selalu cakap yang mak redha dengan ketentuanNYA. tapi ai tahu, bukanlah mudah sebenarnya untuk menerima dugaan ini. tapi sebagai seorang anak, ai tetap memberikan kata2 semangat pada mak ketika itu.

awal bulan november 2014, ai tak ingat bila tarikhnya, ai dapat call dari ayah cakap mak akan masuk dewan bedah petang pada hari yang sama. ai tak dapat nak balik, sebab keje kat ofis banyak sangat. time ni program student bersusun2. tapi lepas saja waktu keje, dengan keadaan hujan lebat, tak nampak jalan, dengan bawa NAN lagi, ai gagahkan diri juga menjenguk mak dengan keadaan yang baru.

walaupun ini memang rutin harian ai selepas mak selalu keluar masuk ward, beberapa bulan lepas, tapi waktu itu, perasaan ai lain. lain sebab mak dah tak macam dulu. ai sampai kat katil mak, mak tengah meracau2, menangis, tak nak makan ubat, tak nak ada sesiapa pon yang tengok dia. ai lihat keadaan mak, airmata terus mengalir laju. 5 minit ai mengadap muka mak, tanpa kata. hanya airmata jadi perantara antara ai dan mak. selepas ai kembali tenang, ai sapukan air anugerah ke muka mak. ai selawat, ai bagi mak minum air tu. ai dukung NAN suruh dia tengok nenek. 

ai duduk sebelah mak, ai pegang tangan mak kuat2. ai tanya kakak ai, mana abah? time tu abah ai tengah uruskan pengebumian kaki mak. tak sampai 1/2 jam, abah sampai. mata abah bengkak. ai tahu abah menangis. seluar baju berlumpur. abah kata, abah baru je selesai kebumikan kaki mak. ai bisikkan kata2 semangat. mak selalu cakap dengan NAN yang dia kene kuat. walau macam mana keadaan mata dia, NAN kene kuat. macam tu jugaklah ai cakap dengan mak. macam mana sekali pon keadaan mak, mak tetap mak yanie. yanie tak malu dengan keadaan mak. yanie akan jaga mak. time ni keadaan mak semakin pulih dan tenang. sebelum waktu melawat tamat, mak cakap nak makan bubur nasi dan suruh ai buat. sampai je rumah, ai terus masak bubur, sambil tunggu masak ai mandikan NAN siap2kan dia dan hantar bubur pada mak semula.

esoknya, seperti biasa, lepas waktu ofis, ai akan terus ke hospital. keadaan mak alhamdulillah semakin sihat. dah tak sakit sangat, dah mula nak makan. nak minum. muka mak pon nampak sihat. selepas 3 hari di hospital, mak dibenarkan balik. 

mak teruskan aktiviti dia seperti biasa. ulang alik ke hospital. setiap hari isnin, rabu dan jumaat ke dialisis untuk cuci buah pinggang, dan hari selebihnya itu ke hospital untuk dressing kaki mak. kalau tak abah yang hantar, ai yang akan ambil tanggungjawab bawa mak kesemua tempat tadi. selepas seminggu mak discharge, abah ai call ai kat ofis cakap mak pengsan time dialisis. ai dah tak tentu arah. nak balik, tak sedap hati nak tinggalkan ofis. ai cuma cakap dengan abah, kalau mak makin teruk, call i semula. dan alhamdulillah.. selepas 3 jam abah call semula cakap mak ok, cuma doc suspek jantung mak ai pula yang problem. dan mak warded lagi sekali yang entah ke berapa kali. 

time ni, doc bagitahu denyutan jantung mak dah tak normal. kadang2 ok, kadang2 laju, kadang2 sangat slow. ujian darah dah buat beberapa kali, dan masih normal. tiada jangkitan kuman. cuma menunjukkan buah pinggang mak semakin kecut. selepas dah tambah darah, jantung kembali normal, doc benarkan mak balik. ai yang bawa mak balik time ni. 

sejak dari hari itulah mak semakin tak kuat. tak boleh duduk lama, nak bangun perlu dipapah, dah mula senyap tak banyak cakap. bila cakap pula semakin tak jelas. mak ada cakap dengan ai yang mak susah nak buang air besar. sampai sakit perut dibuatnya. ai cakap, sebab mak tak makan. ai suruh mak pakai pempers dan mak boleh makan ubat melancarkan pembuangan air besar. mula2 mak tak nak, mak cakap mak malu dan mak tak nak anak2 pegang najis mak. ai bagitahu semula. mak nak sakit ke mak nak sihat?? nilah masanya ai buat macam mana mak buat ai dulu. apa nak dimalukan. nak dijijikkan. kalau dulu mak boleh basuh pegang, takkan sekarang, keadaan mak sakit, ai tak boleh buat. dan akhirnya mak akur.

abah ada belikan mak susu untuk deabetic. sebab mak dah semakin tak lalu nak makan. muka mak semakin cengkung. kali terakhir mak makan banyak lauk yang ai masak, adalah sup ayam dan bubur nasi. banyak sangat mak makan bila ai suapkan. selepas itu, mak dah tak lalu makan, hanya kerap minum susu. 

time ai duduk makan suapkan NAN sebelah katil mak, mak ada cakap nak makan tomyam. tapi nak letak udang dan sotong saja. ai cakap, mak kene sihat dulu. baru ai masakkan. luka kaki mak dah nak baik. nanti gatal2 bernanh semula. selang beberapa hari lepas tu, mak nak makan KFC. time ni ai nak bawa NAN ke city park S2. seban besday NAN yang 3 tahun tak ada sambutan apa pon. hanya ucapan ciuman dari ai. mak kirim belikan KFC, mak bagi duit rm20, dan suruh beli ayam yang banyak sekali. ai cakap tak cukup duit. nanti mak tak makan habis. balik dari city park tu, hujan bukan main lebat lagi. ai terus balik dan ai tak belikan pon KFC untuk mak. sebabnya ai tak jumpa jalan KFC kat S2 tu. 2 hari lepas tu pulak mak mintak ai masakkan kueh tiaw tapi letak kicap dan kerang saja. ni pon ai tak buat. ai cakap, mak kene sihat dulu, baru boleh makan seafood. 

ai tak rasa apa pon bila mak minta nak makan semua ni. walaupun dalam hati terdetik, ini semua bukanlah makanan yang mak suka. abah juga galak kemas rumah, basuh carpet. susun pasu bunga mak ke tepi. abah juga dah tak selalu keluar keje lagi. banyak masa kat rumah. tapi ai tak terfikir apa pon time ni. 

rutin harian seperti biasa. ai ulang alik ke seremban. kadang2 minta izin dengan bos ai tak masukkan ofis sebab jaga mak kat rumah. serba salah sebenarnya, tapi tu lah kan. susah ai nak cakap.

3 Disember 2014, tarikh terakhir buat mak. pagi tu ai bangun 4.30 pagi. sebab pagi tu jugak mak ada folowup kaki kat pakar tulang. ai siapkan air mandi. ai kejutkan mak, tapi mak bukak mata sikit je. ai tanya nak mandi ke? mak cakap tak nak. suara makin kurang jelas. ai cuma lap2 muka, lap dalam mulut sikit2, pakaikan bedak. ai suruh mak pakai kain batik dengan tshirt je. senang ai cakap. tapi mak seboleh2nya nak pakai baju kurung purple. ai ikutkan saja, tapi bisinglah jugak. sebab susah nak pakaikan. lagi pon takut tersepit zip kat kulit. bising2 ai pon, ai pakaikan jugak mak baju yang dia nak. sebenarnya, baju tu memang baju yang dia suka. 

bila semua dah selesai, mak pon dah ready, ai tunggu abah kat luar rumah. sebab abah masukkan nasi dalam bekal. nak bawa bekal katanya. badan mak semakin berat. kepala mak pula dah terkulai duduk atas kerusi roda. ai bising2 lagi suruh mak angkat kepala. nanti sakit. tapi mak tak buat apa pon. sampai kat kereta, abah dukung mak masuk dalam kereta. nampak abah agak susah nak angkat mak sebab mak dah makin berat. mak ada tanya ai, kenapa tak ikut temankan mak. ai cakap ai keje. nanti petang ai balik macam biasa. itulah suara terakhir mak yang ai dengar.

ai baru je sampai ofis, abah call. abah cakap, abah hantar mak ke emergency. sebab abah tengok mak makin tenat. badan makin berat. time tu mak dilevel merah. ai pesan dengan abah, kalau ada apa2 bagitahu balik. kali ni hati ai tak sama macam dulu2. time mak masuk ward semula dulu2. hati tak tenang. tak fokus nak buat keje. berbalik2 hati ni. nak balik ke x nak balik. lepas 10 minit abah call lagi. abah cakap doc nak scan otak mak. sebab hampir 30% badan mak dah dijangkiti kuman. doc suspek kuman dah sampai ke otak mak sebab mak dah tak boleh cakap sangat.

ai nak balik, tapi banyak keje. ai cakap dengan abah, i datang lepas habis keje. pukul 1, ai try lelapkan mata sebelum nak solat. tapi tak boleh. hati tak tenang. i call abah tanya mak macam mana, abah cakap mak kat ward. abah kat rumah kemas barang2 mak nak dibawa ke hospital. i terus wassapp bos3 ai kat group, cakap i nak balik tengok mak. keadaan mak semakin tak mengizinkan.

ai tak terus ke hospital. time ni dah habis waktu melawat. ai balik rumah dulu kejap, mandi solat, ai terlelap sekejap, sedar2 dah pukul 4. ai terus keluar sampai2 abah tengah tersandar kat dinding katil mak. mak pulak terlantar. dada sedikit berombak. pakai oksigen. sesekali mak nampak seperti tercungap2. ai tinggalkan NAN di taska. niat hati, balik petang ai amik dia. abah nampak ai sampai, abah minta izin nak balik rumah lagi. sebab ada barang mak yang tertinggal. ai duduk sekejap, nurse datang nak bawak mak pergi dialisis. ai ikut mak dan teman mak sepanjang masa itu.

dalam 1/2 jam proses dialisis berlangsung, sekali lagi nurse datang. nurse cuma cakap, B/P mak semakin turun. ai tanya kenapa, nurse jawap, nanti doc terangkan. ai dah gelisah. sambil2 tu whatsapp kakak2, kawan2, sedara2, bos3. semua doakan yang terbaik buat mak. sedang ai tunggu mak, mesin dialisis kejap2 down. kejap2 break. ai tanya lagi kat nurse yang incharge. dia cakap darah mak sikit. tak boleh tarik banyak. ok. i faham. datang pula sorang doc cina pempuan, nak masukkan jarum kat tangan mak. dia cakap untuk masukkan darah tambahan. ai tanya, x da surat kebenaran ke nak masukkan darah tambahan ni?? x kanlah main masuk je darah. doc tu terus tak jadi nak masukkan darah, balik ke kaunter amik surat setuju penambahan darah. i tandatangan. setuju untuk meneruskan proses tersebut. 

sesekali mak angkat tangan sikit. lepas tu jatuh. ai tanya mak nak air ke, susu ke, mak diam. sikit pon kepala tak digerakkan. datang lagi 2 3 orang doc pakar. dorang suruh i duduk luar dari tirai katil. sebabnya nak buat beberapa prosedur. i akur. dalam 10 minit, doc ajak i pergi jauh dari katil mak. doc tanya i mana abah n adik beradik lain. hati i dah rasa lain. i tau doc nak terangkan keadaan mak. tapi ayatnya bukan main berbunga lagi. ai dah tak sabar. sampaikan ai cakap, doc nak cakap apa sebenarnya ni? boleh terus terang tak? terus doc suruh i duduk berdepan dengan dia.

doc bagitahu seluruh organ dalaman mak dah semakin kritikal diserang kuman. dah masukkan ubat tahan sakit dan antibiotik, tapi tak nampak apa2 kesan positif walaupun sikit. area perut ke bawah juga dah mula naik lebam2. yang paling merisaukan, otak mak dah 60% rosak. kalau ada harapan hidup, mak mungkin akan koma, strock atau bergantung pada mesin hayat. bagi jaminan dalam masa seminggu dia mampu bertahan, namun jangkaan doc itu salah. mak pergi lagi cepat dari apa yang doc bagitahu.

ai terkebil2 depan doc. tak tau nak bagi reaksi macam mana. selalu tengok dalam drama je kan. tapi sekarang betul2 jadi pada diri sendiri. ai terttengok jam, dah pkul 7.30. ai janji dengan cikgu nak amik NAN pukul 8. ai minta diri dengan doc, nanti ai akan datang balik. ai singgah katil mak. dada mak sedikit kencang. ai serba salah nak tinggalkan mak sorang sicne dah dapat tahu keadaan mak kritikal. makcik depan katil mak datang tepuk2 bahu ai. makcik tu cakap, pergilah selesaikan tugasan adik dulu. mak akan tunggu adik datang semula. airmata ai terus menitis laju. ai urut2 kepala mak. ai cakap buat kali terakhir dengan mak. ai balik sekejap amik NAN. nanti ai datang semula temankan mak. 

keluar dari ward, ai call semua orang yang penting. bagitahu keadaan mak. dalam emosi tak menentu, ai bawak kereta 140km/j nak cepat sampai ke nilai. sampai saja depan school NAN, ai tengok hp ada 2 misscall. abah. ai tak call semula. ai takut nak tahu. takut ai tak boleh drive balik semula ke seremban. 

pertengahan jalan, abah call lagi. abah cakap jantung mak dah berhenti2, doc cuba buat cpr dan try masukkan tiub pernafasan. ai bagitahu, ai nak balik rumah dulu. nak hantar NAN mintak jiran sebelah umah mak jagakan NAN. abah kata, uruskan NAN dulu. nanti susah nak masuk ward. sampai2 rumah, ai bagitahu hajat ai mintak tolong dia jagakan NAN. ai bagitahu sekali keadaan mak yang sedang kritikal. lepas ai mandi, siap2kan NAN, abah call lagi cakap mak dah tak ada. YA ALLAH... terduduk, terdiam, terpaku. ai tak tahu nak buat apa.

nasib NAN menangis sama time tu. ai tersedar, terus siap2kan NAN dan cepat2 panggil makcik jiran sebelah umah tadi. i menangis tersedu. kakak2 ai kat KL dan johor dalam perjalanan balik. ai sorang2 uruskan keadaan rumah. ai tak tahu nak buat apa. ai tak sempat teman mak masa tu. kalau ai terus ke hospital, mesti ai ada dengan mak disaat dia menghembuskan nafas terakhir. abah suruh ai uruskan rumah. bagitahu jiran2. nasib baik ada jiran yang prihatin. dalam masa 2 jam, mak sampai ke rumah dengan tubuh yang kaku. malam tu suasana semakin pilu. ramai kawan2 call tanya, tapi i tak boleh pickup. mana yang sempat ai balas massege. hujan rintik2 makin lebat. 

pukul 8 pagi, ustazah datang siapkan keperluan mak. semakin luluh hati ini. hanya beberapa jam lagi ai boleh tengok wajah mak. ai dah semakin kuat, ai buka kain tutup muka mak, dan ai cium. sejuk dan merinih peluh2 kecil. kaku. keras. dicelah2 mata ada sedikit airmata. ai lap dengan tangan. ai renung wajahnya kali terakhir.

mak diangkat dan diletakkan di tempat mandi. kesemua anak2 mak dan adik mak dibantu 2 orang ustazah memandikan mak. airmata semakin laju. senang menguruskannya. semerbak bau wangi kapur barus. tidak banyak halangan sepanjang proses itu. selesai, mak diangkat lagi masuk kedalam rumah. pakaikan baju terakhirnya. sama. ustazah hanya memberi tunjuk ajar, dan membiarkan kami anak2nya menguruskan mak. wangi, siap, cantik. wajah mak seperti tidur. tenang. diberi keizinan untuk menatap dan cium buat kali terakhir. abah sedari semalam tenang, walaupun mata bengkak, menangis dihadapan mak. tersedu2. seakan susah mahu melepaskan mak. giliran anak2 juga cucu sebelum ditutup disembahyang dan dibawah ke tanah perkuburan.

dari rumah, hujan mula merintik. sampai sahaja di rumah kekal abadi mak, panas terik, seakan mengizinkan kami menguruskan mak dengan baik. mak diangkat didukung dan diletakkan dalam tanah. anak2 mak sedu sedan menahan tangis. tanah dikambus, talkin dibaca, tiada lagi wajahnya kami semua lihat. 

jam 11 lebih semua urusan selesai. balik ke rumah, sunyi sepi. ada saudara yang sudah pulang. ada yang masih menunggu, ada yang akan datang malam nanti untuk tahlil malam pertama. ai adik beradik tak terasa mak telah pergi. masih terasa mak dihospital. petang itu, siap2kan bahan2 untuk tahlil. mudah dan simple. semasa tahlil dan yassin dibaca dirumah, semerbak bau kapur barus keliling rumah. semua berpandangan dan kami adik beradik menangis dan tahu mak melihat kami disini.

hari ke 5 pemergian mak, adalah hari ulangtahun perkahwinan mak yang ke 32. ucapan untuk abah dipagi itu. tahniah abah. abah dah jaga mak sehingga akhir hayat mak. doa mak selama ini nak hidup dengan abah sehingga akhir hayat mak, dimakbulkan. abah menangis dan cuba senyum. abah hanya mampu katakan, abah sayang mak kamu. cuma abah tak tahu nak tunjukkan sayang abah pada dia macam mana. apa yang abah buat ni, abah harap sangat mak kamu dapat rasa kasih sayang abah.

anak2 abah semua diam. dan ai mula terfikir. kalau ai sakit satu hari nanti, tak mampu nak bangun, tak mampu nak uruskan diri sendiri, ada ke tidak orang akan buat sepertimana abah buat pada mak. 

mak tak sempat nak tengok ai konvo... :'(

al fatihah.. 

 

24 September 2014

rasa bersalah dengan NAN

Assalammualaikum

sekarang ni, perasaan ai adalah serba salah dengan NAN. sebabnya, 2 hari lepas ai tukarkan susu NAN. lepas doc sarankan NAN tukar susu soya ke susu lembu, sebab berat badannya susah nak naik, ai kenalkan NAN dengan pelbagai jenama susu. bukanlah mudah untuk kenal pasti susu mana yang serasi dengan keadaan NAN yang ada eczema darah tu. semua jenis susu, SEMUA ok, mula dari yang mahal sampailah yang murah NAN dapat alahan. antaranya cirit birit, muntah2, naik bintik2 merah kat muka badan, batuk berkahak sampai susah nak nafas. ai bawa pergi lagi jumpa doc, doc kata try susu yang ada campuran. bukanlah susu lembu pure putih tu. macam ada campuran vanila atau coklat. dan dari tempoh percubaan, NAN serasi dengan susu lembu campuran coklat. dan NAN akan hyper aktif double triple. dan inilah yang ai alami sekarang ni. kadang2 sampaikan ai perhati dari jauh je, tak mampu nak terkejar2 dengan NAN.

ai perhatikan dalam sebulan ni, tiap kali minum susu, mesti lambat habis. kadang2 tu naik 'hantu' juga ai bila setiap kali minum susu, susu tak habis. pastu buang macam tu saja. sayanglahkan.. susu dah lah mahal. bila ai tanya kat cikgu2 sekolah, semua cakap ok. tu yang ai jadi pelik sebenarnya ni. bukanlah tak pecaya, ada benarnya juga bila cikgu cakap, kalau kat sekolah ramai kawan2. be positive yanie!!!

so, nak dijadikan cerita, atas nasihat kakak ai juga, ai tukarkan susu NAN juga. jenama yang sama, cuma susunya yang bertukar. dari susu coklat ke susu pure putih. agak susah sebenarnya nak membetulkan emosi NAN. sebab tekak dia dah bertahun rasa coklat. dan ai berjaya memainkan psikologinya. ai cakap, susu coklat tu dah tukar warna jadi warna putih. NAN minum juga walaupun kene makan masa yang lamaaaaaaaaa baru nak habis. dan kesannya malam tadi....

ai dah perasan NAN batuk berkahak. ai fikir sebab cuaca atau sebab ai dengan dia berulang ke hospital setiap hari. so ai 'ambil mudah' sikit. lagi pon ai fikir NAN dah 3 tahun, so bolehlah antibodi dia recover apa yang dia makan dan minum. andaian ai meleset sebenarnya. balik dari taska semalam, cikgu bagitau NAN tak selesa tido sebab batuk berkahak. bunyi kahak tak lah kuat sangat. bertambah pula NAN kerap buang air besar. dahlah memang dah tak pakai pampers. sampai rumah, bila nak tido NAN tak nak minum susu. hoiiilahhhh ai mulalah nak berangin. yelah.. badan dah penat, anak pulak tak nak susu. bila ai pujuk2 NAN minum juga sikit. oklah.. nanti malam2 ai nak bagi lagi. walaupun NAN tak pernah bangun malam minta susu sejak dari dalam pantang lagi. 

dalam pukul 4 lebih macam tu ai terjaga sebab dengar NAN macam tak selesa. denar bunyi2 merengek dia. ai bangun buka lampu tengok dia memang dalam keadaan tak selesa. time tu ai memang dengar bila NAN tarik nafas, dadadia berbunyi. ai tutup kipas pastu sapukan minyak nyuu nyee. lepas sapu tu NAN bangun terus cakap sakit dada. automatik juga NAN cakap dia tak nak. susu. baru ai terfikir sebab tulah agaknya NAN tak nak minum susu sebab dia dah rasa sakit. ai nak bawa pergi klinik, nanti lewat pula nak siap2 pergi ofis, jadinya ai decide tunggu sampai pukul 6, keluar rumah, punch card pastu terus bawa pergi klinik. sementara tu ai selalu sapukan minyak kat dada dan tapak kaki NAN.

lepas ai cerita dengan doc, doc suruh ai pergi hospital dan warded. tapi ai tak nak. sebabnya ai dah tak ada cuti. banyak cerita pula nanti. ai minta doc bagi nab dan ubat sementara NAN nak duduk ditaska ni nanti. doc nasihatkan ai jangan ambil mudah dengan penyakit eczema darah ni. sebab eczema darah ni tak akan keluar rashers kat kulit. kalau dibiarkan boleh jadi pembuluh darah boleh pecah. ai rasa menyesal sangat. ai fikir bila NAN dah besar ni, dia dah kuat. rupanya tak. 

maafkan ibu sayang. ibu tukarkan susu NAN sebabnya dah tak banyak pilihan susu coklat ni. nak bagi susu segar tu ibu takut pula awak tak cukup khasiat. maafkan ibu lagi sekali. sebab ibu awak sakit.. :'(

22 September 2014

cepatlah sihat wahai emak

Assalammualaikum

hari ni genap sebulan mak kat hospital. dah sebulan mak tak berjalan. dah sebulan mak tak lalu makan. dah sebulan mak beremosi. dah sebulan juga ai berulang alik dari nilai - seremban dan kadang2 ke mantin.

dah sebulan jugak ai tak makan masakan mak. rinduuuu yeee. bila tengok keadaan mak, sayu je hati. kadang2 menangis juga bila tengok keadaan mak. sebenarnya ai tak tahu nak tulis macam mana pasal hati dan perasaan ni.

badan penat dah jangan nak katalah. bukanlah merungut sebenarnya, tapi bila 'kekuatan' itu hilang entah ke mana, itu yang buatkan ai down down down. sebenarnya banyak je cerita nak dikongsikan. tapi tulah tak ada mood.

setakat sebulan ni, habis waktu ofis, sharp pukul 5 ai keluar ofis, terus ambil NAN kat taska dan terus ke hospital. sampai2 hospital, kalau mak tido, ai biarkan dulu. kalau tak mak mesti makan alas perut pastu terus mandikan mak. dulu2 boleh juga mandikan mak kat toilet. tapi bila dah dua minggu ni luka kaki mak perlu disedut untuk keluarkan bendasing kotor tu, ai juz lap2 badan mak kat katil saja. pukul 730 malam habis waktu melawat, ai balik. kat rumah pulak melayan NAN. kadang2 tu ai dan NAN sama2 terlelap.

bercot cet cot cet dengan sorang mak cik ni, juga jaga mak yang dah nyanyok. tapi mak mak cik ni tak banyak ragam. mak cik ni cakap, alhamdulillah mak mak cik ni senang nak dijaga.

bila dah berulang alik ke hospital ni, ai nampak macam2 ragam. macam2. ada yang isteri sakit, suami jaga. suapkan makan. salinkan lampin. mandikan. kadang2 ai terfikir, kalau ai sakit, ada tak orang akan ambil tahu. ai selalu cakap dengan mak, ai tak harap apa2 balasan dari semua apa yang ai buat selama ni. ai rasa itu tak cukup lagi dibandingkan jasa dan pengorbanan mak pada ai selama ni. ai cuma harapkan mak doakan ai sentiasa tabah dan kuat hadapi dugaan dan cabaran dalam hidup ni. mak doakan NAN sentiasa sihat dan berjaya dalam hidup. 

ai tahu emosi mak sekarang ni memang sangat2 sensitif. kalau ai tak cerita dengan mak apa yang tanggung, dengan siapa lagi perlu ai cerita. saat ini, ai teringat kata2 sorang kawan ai time keje kat putrajaya dulu, hilang harta boleh dicari. hilang kerja, kat mana2 pon ada rezeki Allah. janji berusaha. tapi kalau hilang mak, aku dah tak ada mak. mak mentua tak sama dengan mak sendiri. sekarang ai hadapi apa yang dia alami dulu. ya.. selagi ada mak ayah ni, berusahalah sebaik mungkin untuk membalas jasa2nya walaupun tak semua.

ai sebenarnya rindu dengan keadaan mak yang dulu. walaupun ada cuci buah pinggang @ dialisis 3 kali seminggu, tapi mak nampak sihat. mak nampak kuat. mak mampu ketawa. mak mampu melayan cucu2. mak masih mampu melayan anak. tapi sekarang semuanya terbatas. ai tahu mak perit sebenarnya.

ai harap dan berdoa, mak cepat sihat. kembali macam yang dulu. ai tak bersedia lagi untuk kehilangan mak. :'(

*tak tahu nak tulis apa. hati sedang murung.....

2 September 2014

Dugaan itu INDAH

Assalammualaikum

ai tak tahu nak mulakan dari mana. hati tengah berdebar2 takut sebenarnya ni. semoga Allah memberikan sedikit ketenangan kepada ai. ai mulakan cerita pasal NAN dulu.

10 Syawal 

 buat open house

dalam sibuk ai layan tetamu, ai perhatikan NAN jugak. hati ai tak berapa ok sebenarnya. benjol di dadanya semakin besar, merah dan panas. makin ramai yang bertanya makin risau ai. ramai juga yang cakap cuma bisul, tapi hati ibukan... mana boleh diamkan je. sebenarnya benjol ni dari hari isnin iaitu hari pertama NAN ke sekolah lepas cuti seminggu raya. bila time mandi, NAN mesti cakap sakit bila nak sabun bawah leher dia tu. bila ai tanya dia cakap tajam. entah tercucuk ke entah terjatuh ke. esoknya hari selasa ai tanya cikgu2nya tapi cikgu2nya cakap NAN tak jatuh atau apa2 pon. sampailah hari rabu tu benjol tu makin besar dan panas.

11 Syawal
 nampak tak benjol tu?

nak tau apa puncanya. lepas siap2 semua, sms bos3 ai cakap ai nak bawa NAN ke HTJ. sebab budak2kan, cepat sikitlah tindakannya. masuk bilik doc, doc tekan2 pastu terus keen refer ke pakar. bila pakar dah tengok katanya jangkitan kuman dalam kelenjar leher NAN. ai punyalah terkejut. ai tanya apa puncanya? doc cakap puncanya banyak. salah satu dari kuman.baru ai teringat, NANkan ada eczema darah, jadinya dia memang senang sangat nak kene jangkitan2 macam ni. 

time ni nak amik darah. nak sahkan lagi kesahihan jangkitan tu. tak nangis langsung. gud girllah awak ni.

bila dah sah dalam darah ada kuman, automatik kene tahan wad. ai tak tau macam mana nak bagitahu bos. sebab cuti ai tinggal lagi 5 hari je lagi time ni. macam nak nangis tengok muka NAN. 


terkedu. tak mampu nak cakap apa2

siapa2 yang datang kat katil, NAN mesti cakap "dokter uwat. tajam ni. syian ina.. ina akit ni"

12 Syawal


 tengah tunggu doc datang pukul 8. NAN dah biasa bagi ubat bius yang kuat time operate mata dia, kali ni doc bagi ubat bius bentuk air. 5 jam ok nak tunggu NAN tidur.

ai tak amik gambar tempat kene belah tu. sebab tab ai buat hal time tu. tapi lukanya memang besar. buatnya sekejap je. dalam 1 jam lebih je kot. keluar dari bilik operate tu NAN senyum2. pastu sampai ke malam asik bercerita yang doc buat dia. doc cucuk dia. sampai tertido2 dok layan cerita dia tu.

13 Syawal

Doc pakar kata dah boleh discharge, tapi nak tunggu surat discharge tu, dari pagi sampai ke petang baru boleh balik. sampai rumah mantin ngam2 azan maghrib. balik tu siap2, terus keluar lagi pergi open house jiran. NAN?? semua orang tak percaya dia baru lepas operate. aktifnya kemain. sebelum balik doc ada pesan jangan terdedah sangat dengan persekitaran luar. kene buat dressing tiap2 hari. cuaca tak menentu sekarang ni. sebab tu senang sangat nak dapat infection ni.


10 kali bangun tido semula sementara nak tunggu surat discharge tu.

14 Syawal

NAN bangun awal. dalam pukul 5 lebih macam tu dah kejut ai. dia kata ada darah atas katil. kapas yang tutup luka dia tu tebuka. lepas ai bersihkan semuanya, terus tak tido. kemas rumah, basuh baju. bila buat keje dengan NAN ni biasalah, ai kemas depan, dia kemas belakang. alahaiiii kene buat keje cepat2 sebab petang tu time ai pula pegi open house. time ai kat open house yang terakhir, abah ai sms tulis mak kat zon kuning HTJ. jari kaki mak patah. terkejut ai. patutlah mak ai selalu cakap kaki sakit. tapi bila nak bawa pergi hospital, tak nak. cakap dah ok. ceritanya macam ni. kaki mak ai sakit tu dah berbulan sebenarnya. orang tuakan, malas nak susahkan anak2 sedangkan anak2 ok je nak bawa dia pegi hospital. ada luka sikit kat jari kelingking tu, tapi dah nak baik. tulang jari tu mula2nya hanya retak je. tapi bila dah dibawa berjalan, lama pulak tu, terus patah. dari rumah kawan ai tu, ai terus balik rumah tengok keadaan mak. mak ok je alhamdulillah. cuma sesekali kata kaki berdenyut2. 

15 - 20 Syawal

dah alang2 ai tengah jaga NAN yang sakit tu, taska pon tak nak jaga NAN dan ambil risiko, ai pon balik rumah mak jaga mak yang susah nak bergerak. nasib baik Mohammad Bazli restukan. 2 3 hari sekali Mohammad Bazli balik rumah mak ai. dalam tempoh seminggu selepas kaki bersimen ni, mak ai memang betul2 tak selesa. makin sakit. makin berdenyut. sampaikan makan tak lalu, tidur tak nyenyak. kalau sakit sangat mak nangis. dah berbiji makan ubat tahan sakit, tapi masih lagi lagi sakit.

21 Syawal

 ai dan abah bawa mak lagi sekali ke HTJ. doc buka simen tu dan luka mak yang dah nak baik tu dah merebak besar sikit. mak cakap bila doc buka simen tu kaki kurang sakit. doc amik bacaan BP, tinggi melambung. hampir2 nak cecah 300. lagi sekali doc balut guna kapur saja dan balut guna kain gauze. lepas semua ok, kami balik. malam tu ai nampak mak boleh tido dengan nyenyak.

22 - 28 Syawal

 ai dah berbau kaki mak dah 2 3 hari. tapi ai tak tau nak cakap macam mana dengan mak. perasaan orang sakit ni lain sikit. kalau salah cakap boleh terasa hati. hari yang ketiga tu ai buat2 buka tingkap bilik mak. ai cakap biar udara keluar masuk. baru mak cepat sihat. dalam masa yang sama, mak ada cakap yg mak ada bau busuk. mak suruh ai tengok kat belakang rumah kot2 ada tikus mati. last2 mak ai mengaku yang bau tu kadang2 datang dari kakinya. mak suruh ai buka balutan kain tu. bila buka kain tu makin kuat baunya. perasaan ai?? semestinya sedih. ai tahu apa yang mak rasa. ai ajak lagi sekali ke hospital, tapi mak tak nak. mak cakap nanti ai susah dengan NAN semua. walaupun NAN tu ok je sebenarnya. ai belikan mak detol, ai cucikan kaki mak. dengan nak jaga NAN takut berjangkit kuman, dengan mak lagi, akhirnya ai terpaksa berkeras bila ada air busuk keluar dari luka2 mak tu. luka tu dah merebak sampai ke tapak kaki. abah ai balik dari KLIA terus bawa mak ke HTJ dan terus warded.

29 - 30 Syawal

hanya semalam je boleh teman mak kat hospital bersama NAN. malam seterusnya mak suruh ai balik. kesian tengok NAN. ai ikut je, esoknya ai berulang dari hospital bawa makanan untuk mak. lauk hospital faham2 jelahhhh. petang 30 Syawal mak masuk dewan bedah untuk buang segala daging2 yang dah rosak tu. dalam 1 jam lebih baru mak keluar dengan kaki berbalut. malam ni lagi sekali mak boleh tido dengan nyenyak bila bendasing jahat tu dah kene buang.
ai tunjuk sikit keadaan kaki mak. nak tunjuk semua takut orang geli. kesan

syawal ai tahun ni tak kemana. selain balik kampung dan beraya 3 buah rumah kawan. lain2 banyak habiskan masa untuk NAN dan mak. ai anggap dugaan yang bertimpa2 ini diakhirnya nanti ada khabaran yang gembira akan ai terima. semoga apa yang ai buat ini, NAN juga akan buat benda yang sama bila ai sakit satu hari nanti.

27 Ogos - 31 Ogos

time ni ai banyak habiskan masa di hospital. keluar rumah terang, balik malam.  banyak amik hati mak, jaga emosi mak sebab akhirnya kaki mak perlu dipotong. darah tinggi maha tinggi. tak boleh tersilap sikit, mesti menangis, marah2. yanie ikhlas jaga mak. itu yang mak perlu tahu. 



 serba serbi tak kena.

 cucu2 salam nenek sebelum nenek masuk dewan bedah.

paksa mak senyum.

ai tak kuat untuk hadapi semua ini sorang2 pada mulanya. tapi lama2, ai pon tak tahu dari mana semangat ni datang. ai mampu lakukan semuanya. mak.. yanie cuba berikan yang terbaik untuk mak. jika masih yang kurang, mak maafkanlah. yanie tak mampu nak jaga mak sepertimana mak jaga yanie dari dulu sampailah sekarang. yanie harap mak kuat terima segala ketentuan dari Allah ini. 

NAN, maafkan ibu terpaksa bawa awak kemana ibu pergi. maafkan ibu sebab terpaksa tak hantar awak ke sekolah. maafkan ibu terpaksa sekat pergaulan awak. maafkan ibu terpaksa bawa awak sama2 berkampung di hospital. ibu tak minta intan berlian emas permata dari semua ini. apa yang ibu nak awak belajar pandai2, dan jadilah insan yang berguna untuk keluarga, bangsa, agama dan negara. janganlah buang ibu bila awak dah besar nanti. ibu sayang awak lillahhitaala.. sayang ibu pada awak ibu bawa sampai mati. 

Mohammad Bazli, maafkan saya tinggalkan awak selama 3 minggu. tak jaga makan pakai awak, tak basuh baju awak. awak selalu makan luar. saya selalu doakan mak awak @ mak mentua saya sihat2 saja. saya tak nak awak rasa apa yang saya rasa hari ini. perit sebenarnya melihat dan menganggung semua ini. terima kasih untuk keredhaan awak untuk saya menjaga mak saya.










14 Julai 2014

Belajar tido sendiri

Assalammualaikum

Sebenarnya ai dah ajar NAN tido sendiri sejak umur dia genap 2 tahun lagi. tapi bila dia dah start mengigau tengah2 malam dan ai sangat malas nak bangun pergi bilik dia, NAN tido semula dengan ai. sempit memang sempit. tambah pula sekarang ni cuaca kejap panas kejap sejuk. 

bila ai tengok dia dah makin pandai cakap, ai asingkan semula tempat tido. ada orang cakap, kesiannya.. kecil lagi dah pisah tempat tido. boleh ke tido anak tak da kat sebelah? mula2 perasaan ai memang berbelah bagi. kesian memang kesian, tapi memandangkan NAN pon makin besar dan makin terang bercakap, lebih baik ai asingkan dari sekarang. 

alhamdulillah.. NAN tak pernah menangis bila ai pisahkan tempat tido. dia juga dah tak mengigau tengah2 malam malah lena sampai ke subuh. pernah jatuh katil? semestinya pernah. ai pon bukanlah kejam sangat nak biarkan tak beralas apa kat bawah katil NAN tu. ai ada alaskan toto dan tilam lipat. dah banyak malam dia tido, baru sekali dia jatuh. tu pon tak menangis. dah jatuh, NAN boleh sambung tido semula sampai ke pagi.

mula2 ai nak ajar semula NAN tido sendiri ni, ada jugak beberapa kali bila ai tersedar tido, tau2 je NAN ada kat sebelah. bila dah ada kat sebelah, tak sampai hati pula nak angkat letak dalam bilik dia semula. tu pon bila dah pagi. bila ai nak bangun subuh tu.

alhamdulillah tak ada banyak masalah. cuma ai sekarang ni memang kene kerap kejap2 bangun sebab nak tengok2 kot2 NAN jalu, tido tapi berjalan. sebab kat tangga bahagian atas ai tak letak pagar. takut jugak dia terbangun pastu terjalan terus jatuh tangga. setakat ni belum lagilah terjadi. dia bangun terus masuk bilik ai.

sekarang ni memang dalam mood raya. tambah2 keje tak banyak sebab student tengah cuti sem. eh, tetiba!!! ok bai.

bilik NAN sekarang ni tengah berserabut. tak kemas betul2 lagi. huh!! sesungguhnya ai memang tak berkenan dengan warna langsir tu. menyesal pulak beli. steadykan dia tido sendiri. bantal putih tu sebenarnya bantal ai. ai saja letak sebelah dia, biar dia feeling2 ai ada kat sebelah dia. hahaha

10 Julai 2014

Jagakan Dia Untuk Ku

Assalammualaikum

#Pray4GAZA




menitis airmata lihatkan anak2 ini
kita disini bersuka ria main bunga api
mereka disana berlari2 sembunyikan diri dari bom pengganas

kita disini berbuka dan bersahur dengan tenang
mereka disana entah makan atau tidak

kita disini sibuk siapkan persiapan raya
mereka disana meratapi kematian

tenanglah wahai ahli syurga
besar ganjaran yang sedang menanti
bermainlah sepuas-puasnya bersama bidadari yang cantik jelita di alam sana

hanya kiriman doa yang mampu kami hulurkan
berdoa dan teruslah berdoa

----------------------------------------------------------------------------------------------

Mahuku bersama 
Mahuku ke sana diriku tak di sini lagi
Waktu tak bicara
Lama terasa seakan terhenti mengiringiku

Tenanglah duhai jiwa, Tebarlah tulus doa
Ku kepadanya, Saat ku tiada

Tuhan jaga dia untukku, Kala ku masih jauh
Bagai menghitung resah ,Berkepingan berderaian

Tuhan jaga dia untukku, Selamanya ku ada
Mencipta syurga bersama, Menyayangi mendampingi dia

Terbangkan diriku, Ke sayap seribu
Biar detik menjadi laju

Langit pun mendengar, Menjadi penawar
Mengusik debar jatuh ke dasar

Tenanglah duhai jiwa, Tebarlah tulus doa
Ku kepadanya, Saat ku tiada

Tuhan jaga dia untukku, Kala ku masih jauh
Bagai menghitung resah, Berkepingan berderaian

Tuhan jaga dia untukku, Selamanya ku ada
Mencipta syurga bersama, Menyayangi mendampingi

Mungkinkah ini menguatkan kita
Lambang cinta ku dan dia

jaga adab pergaulan sesama kita

Assalammualaikum

perkara ni dah lama sebenarnya. baru hari ni nak cerita. masa ai nak bayar bil kat salah sebuah bank ni, nombor giliran ai lambat lagi. nak tak nak, ai memang kene tunggu. tunggu sambil perhati kerenah orang2 dalam bank. ai perhatikan je dari jauh gelagat 2 orang staf bank lelaki dan perempuan. sambil2 terima duit dari pelanggan, sambil2 tu jugak berborak, ketawa mengilai2 dan paling ai sentap, bukan main bertepuk bertampar sesama sendiri. padahal pelanggan kat depan dia ni tengok je.

bukan sekali dua ok. hampir sejam ai tunggu giliran, sepanjang masa tulah mereka bergurau senda. ai tak dengarlah pula apa yang kelakar sangat sampaikan kene gelak kuat2 dan bertepuk bertampar. ai pon tak tau dua2 staf ni dah kahwin atau belum. kalau belum atau dah berkahwin pon, jagalah sikit adap pergaulan kita.
kita sendiri boleh fikir, kita pekerja barisan hadapan, janganlah nak bersuka ria macam bekerja tepi pantai. 

sama jugak bila kita bekerja di pejabat. macam ofis ai ni, majoriti semuanya dah berkahwin. tak kira staf lelaki atau staf perempuan. kalau tak jaga adab sopan di ofis, memang akan jadi bahan umpatlah jawabnya. macam ai sendiri, ai tak pernah panggil staf lelaki yang jauh lebih tua dari ai dengan panggilan abang. ai mesti panggil encik walaupun dia seorang pemandu. cuma bila dengan staf perempuan je lah, ai panggil kakak. ai macam tak selesa bila panggil abang2 ni. pernahlah sekali ai pergi kursus tapi driver yang hantar. punyalah berborak dalam kereta, dia biasakan diri dia abang, yang ai pula berencik2 dengan dia. sampaikan dia sound, panggil jelah abang. tak payah nak berencik2 dengan dia. seruis.. ai memang rasa kekok.

akhir2 ni, ai rasa macam tak puas hati dan kadang2 rasa menyampah dengan sesetengah orang ni. ai tahu dan ai faham sangatttt yang uolls kawan baik sejak bujang. dan bila salah sorang kawan uolls dah kahwin, mestilah uolls masih nak teruskan hubungan kawan tukan? tak kisahlah yang tu. tapi kenelah jaga adab sopannya. sebab, time belum kahwin dan bila dah berkahwin, lain sangat situasinya. kalau ada antara kawan uolls yang kahwin sesama kawan, tak perlah kot. sebab memang dah tahu perangai dan cara pergaulan tukan. tapi bila kawan uolls kahwin dengan orang luar, orang yang tak pernah nak berkawan dengan uolls selama ni, mesti dia cemburu atau rasa lain bila tengok cara pergaulan uolls.

bagi uolls bila chatting tu, cakap rindu, sayang, atau apa2 jelah macam perkara biasa. tapi bila si isteri kawan uolls ni terbaca, agak2 uolls apa yang dia fikir? agak2 dia cemburu tak? agak2 dia gaduh atau bermasam muka tak dengan suami dia a.k.a kawan uolls tu? mestilahkan. mana ada isteri yang suka bila bila suami dia cakap sayang rindu dengan perempuan lain walaupun antara kawan2 dia.

lagi 1, bila nak buat aktiviti kegemaran bersama, perlulah diajak sekali isteri kawan uolls ni. ini tidak, ajak pegi karoke, ajak keluar makan, ajak kesana kesini, tapi nama isteri kawan tu pulak tak disebut. contohnya macam nilah...

"eh sayang, jomlah kita hang out sama2. pergi karoke, makan2, jalan2. kita2 jelah. dah lamakan tak hang out sama2."

sebagai isteri atau suami, kalau terbaca, apa yang dorang akan fikir? kenapa tak ajak aku? kenapa tak cakap, ajaklah isteri kau sekali. kita hang out sama2. kenapa kene cakap, kite2 jelah. kite2 tu maksudnya antara kawan2 uolls jelahkan. situasi ni samalah jugak dengan jemputan kahwin. kalau dalam kad kahwin tu tulis nama uolls je, takkanlah uolls nak ajak mak bapak, adik beradik, ipar duai sekalikan? lainlah kalau dalam kad tu tulis nama uolls sekeluarga. konsepnya sama.

selain tu, kalau ada kemusykilan ke apa ke tentang isteri kawan uolls tu, apalah salahnya tanya terus dengan isteri tu. lainlah kalau isteri tu keje jauh berbatu dari uolls. ni keje satu tempat, hari2 terserempak, tapi bila terserempak taknak pula tanya. ni sangguplah nak sms, nak WA tanya. "eh, isteri kau mengandung ke? eh isteri kau dah kuruslah, dah makin cantik dari aku." motis uolls nak banding2kan diri uolls dengan isteri dia dah kenapa?

pastu dari segi pergaulan kalau berjumpa. sesuka hati nak bertepuk bertampar segala macam. tak perlulah kot uolls nak buat macam tu. walau kawan uolls tu bukan suami atau isteri orang, tak elokkan nak buat macam tu. apa kata orang kalau nampak.

bukanlah salahkan pihak kawan je, kadang2 suami atau isteri pon sama melayan. kalau tak sama2 melayan, perkara macam ni takkan berlaku. contohnya kalau kawan kita dah panggil sayang, rindu, kita sebagai suami atau isteri perlulah menegur. tak elok cakap macam tu. boleh menimbulkan syakwasangka. ini tidak, sama2 melayan. dia pon bersayang jugak, berrindu rinduan jugak. sedangkan ada pihak lain yang makan hati.

kalau kawan ajak kita keluar dan ada ura2 jangan bawa suami atau isteri sekali, kita yang dah ada pasangan ni cakaplah, "eh aku bawak sekali orang rumah aku. aku nak dia ada." kan elok. taklah suami/isteri tu makan hati berulamkan jantung.

kalau kawan kita tu dah mula nak banding2kan diri dia dengan pasangan kita, kita janganlah sama2 iyakan. macam contoh kat atas tadi, "aku nampak suami/isteri kau makin hensem/cantik. kalau aku ni ha. habislah aku, nanti kau pandang suami/isteri kau je. aku ni tak nampak" sama2 tegurlah. cakap elok2. bagi kawan kita tu sedar diri. ini tidak, sama2 iyakan apa yang kawan cakap. "eh taklah. walau suami/isteri aku lagi cantik dari kau, aku tetap pandang kau." apa perasaan kita kalau pasangan kita pula cakap macam tu dengan lelaki/perempuan lain?

perkara ni sebenarnya mudah kalau kita sama2 faham konsep berkawan. kawan bukan teman tapi mesra. pasangan kita punyalah jaga adab sopan bila bergaul dengan rakan2 sepejabat. tapi yang kita ni, bukan main lagi hebatnya. mesti pasangan kita kecewa dengan apa yang berlaku. kita nampak perkara ini sangat remeh, tapi sebenarnya perkara2 macam nilah menjadi sumbang terbesar kes penceraian di negara kita.

sama-samalah kita menjaga adab sopan pergaulan sesama kita.. wallahualam.....

25 Jun 2014

penyakit sesajer & mak dah mula selalu tak sihat

Assalammualaikum

lately ni ai memang selalu sakit. kejap kang sakit kepala lah, kejap kang selsema la, kejap kang demam lah, kejap kang period pain lah. bukanlah nak merungut, ai sedar ini semua bahagian ai. tapi kadang2 tak terhandle dengan diri sendiri sakit, dengan anak sakit. harapnya sepanjang ramadhan yang akan menjelma ni ai dan NAN sentiasa sihat walafiat hendaknya.

sebenarnya ai dah mula selalu tak sihat sejak awal tahun lagi. dengan period tak teratur, dengan salah makan sikit mesti cirit birit, migrain dah makin kerap datang dan pergi. ai jenis manusia yang memang tak akan ikutkan kehendak sakit. terbaring melayan sakit, uihhh itu memang bukan ai. makan ubat pon sama. kalau tak betul2 sakit, memang susah ai nak makan ubat. sebab tulah, kalau ai cakap ai MC, esoknya ai keje, mesti orang lain akan eh? eh? betul ke??

tapi sejak akhir2 ni, ai memang selalu sakit perut. sakit sangat. rasa macam orang nak bersalin, tapi baby tak nak keluar. perut asiklah mengeras, menegang, menyucuk. kadang2 malas dah nak layan sakit tu. tapi bila dah selalu kene sakit macam ni, buatkan ai terfikir. adakah sebab fibriod ai tu? mula2 ai tak rasa sebab fibriod tu, tapi lepas ai baca simptom2 fibriod ni membuatkan ai beralah untuk pergi scan.

13 Jun 2014
ai pegi scan kat klinik panel. doc tanya ai, time mengandung ai ada fbriod ke ai jawab ada. doc tunjukkan benda bulat betul2 sebelah rahim ai. ukur lilit 3 - 4 cm. doc minta buku mengandung ai dulu. nasib baik ai memang simpan dalam kete. bulan2 terakhir ai mengandungkan NAN dulu, fibriod ai mengecut dengan sendirinya. dan time tu doc ada cakap kemungkinan bendalah tu akan membesar, dan ai tak sangka ianya akan membesar dalam kadar waktu sekarang ini. doc bagi ubat tahan sakit dan ubat memperlahankan tumbesaran ia.

seminggu menaanggung sakit. tapi buat2 tak sakit. kerja seperti biasa, layan perasaan bersama anak tercinta. ai berharap ia akan mengecut kembali. bila datang sakitnya tu, sampaikan ai boleh menangis. ai teringat mak kawan ai pegi umrah. ai pesan kat dia minta tolong mak dia belikan air zam zam. ai sanggup bayar berapa pon. in shaa allah seminggu puasa, mak dia balik. 

22 Jun 2014
ai dah rasa sakit dari pagi sebenarnya. tapi melayan NAN mandi kolam, dan tolong mak ai buat keje rumah, sakit tu macam tak terasa sangat. bila dah sampai waktu petang, makin menjadi2 pula,. dengan sakit2 tu gigih drive kete pegi ke panel sekali lagi. scan macam biasa. ai ceritakan semula pada doc sebab ai pegi panel kat senawang. ia dah makin besar. ukur lilit dah 4 inci. doc terus rujuk ai pegi HTJ. kalau dah refer ke hospital, biasalahhhhh dari pagi sampai ke tengahari hanya menunggu nombor saja. bila dah jumpa doc, sekejap je jumpa. suruh datang pagi esok. esoknya ai tak boleh datang pagi, sebab ada checkup mata NAN di HKL. so doc suruh habis urusan di HKL, terus ke HTJ pulak. 

23 Jun 2014
dah kunci jam bangun awal, tapi tetap lambat. lepas2 subuh, terus kejutkan NAN. lepas semuanya siap, ai keluar rumah jam 6.15 pagi. sampai tol sungai besi tepat jam 7. nak sampai ke HKL tu, ya allah.... 2 jam tempuh jem. sudahlah kereta manual, kejang2 kaki dok main break and clash. dah sampai HKL pula, nak cari parking bukan main susah. tak taulah masalah ni akan selesai bila. 3 kali pusing HKL, akhirnya dapat jugak. tupon block sikit kete orang. pepandai korang lah nak keluar nanti macam mana. ai letakkan number phone ai kat dashboard kereta. sekadar prosedur saja. kalau adalah orang call suruh alihkan kereta, memang tak akan ai datang. sebabnya dari parking nak ke klinik pakar tu adalah jauh sangat. 

bila jumpa doc mata NAN, lagi bertambah risau. walaupun NAN aktif begitu, tapi ada cerita lain yang membuatkan ai jatuh terduduk tersungkur. nanti ai cerita lain. :'(

selesai urusan NAN, berdesup ai terus ke HTJ. dah jumpa doc, terpaksalah scan lagi sekali. ada penerangan lagi terperinci untuk ai. NAN time ni tido dalam stroller. apa yang doc tanya, kesemuanya ai angguk dan jawab ya. hati bertambah2 runsing.

doc : period awak tak teratur? (ya)
doc : selalu tak sihat? (ya)
doc : selalu rasa sakit di bahagian bawah perut? (ya)
doc : selalu mengalami urine kotor (ya)
doc : bila period, mesti melebihi 15 hari? (ya)
doc : pernah mengandung, tapi lepas beberapa bulan ianya gugur? (ya)
doc : itulah simptom2 awal yang menandakan fibriod makin membesar.

reaksi ai? ai tertunduk tenung wajah NAN. sedih. apa penyelesaiannya doc?

doc : operate untuk buang. itu saja penyelesaiannya. kalau tak dibuang, awak hanya bergantung dengan ubat, ia makin membesar. see, dalam seminggu lebih ia dah membesar 4 inci setengah. betapa aktifnya dia. 

operate? memang tak akanlah. NAN kecil lagi. nanti siapa nak bawa pegi checkup mata dia? siapa nak letakkan ubat kat mata dia? siapa nak suapkan dia ubat? siapa nak jaga ai nanti? mak? mak pon dah mula selalu tak sihat. kita tangguhkanlah dulu doc sehingga anak saya besar dan boleh uruskan dirinya sendiri.

doc : boleh. tapi apa2 terjadi atas tanggungjawab sendiri. saya faham. bukan mudah kita sebagai ibu nak buat keputusan walaupun ada suami. tak semua suami yang boleh buat kerja sama dengan isteri. tapi awak juga perlu tahu risiko2nya. awak memang susah nak pregnant. sebab ia betul2 sebelah rahim. awak juga mungkin akan mengalami bleeding. sakit juga akan berpanjangan. kalau awak tak nak buat sekarang atau dalam masa 2 3 bulan ini, awak perlu bertahan dengan ubat tahan sakit dan ubat melambatkan pertumbuhan ia.

tak perlah doc. selagi ai mampu ai akan bertahan. boleh tak, bukan main panjang jela penerangan dia, ai jawab tu je. dah tak boleh fikir. selesai semuanya, bawa NAN pegi makan, layan kerenah dia main kat playground, balik rumah mak, tengok muka mak, tetiba sebak menangis.

ermmmm ai perlu berfikir panjang dengan keputusan ini.. uolls doakanlah ye, semuanya baik2 saja. bye!!

12 Jun 2014

kisah belajar 'art' ~ #seniituindah

Assalammualaikum

copy & paste dari FB
share dengan kawan

10 Sebab Kenapa Aku Menyesal Belajar Graphic Design

graphic
10 tahun dalam dunia Graphic Design, aku akhirnya pasrah dan menyerah kalah. Aku masih ingat ketika aku mula-mula mengenal apa itu graphic, layout, advertising, interactive, illustration, photoshop, semuanya indah. Setelah tamat ijazah, aku melangkah ke industri graphic tanah air dengan semangat yang berkobar-kobar, nak ikut jejak langkah Massimo Vignelli, Andy Warhol, Wim Crouwel dan Erik Spiekermann.
Pengalaman mengajar aku pahit manis industri Graphic Design, yang semakin hari semakin mencabar dan semakin hilang taringnya jika dibandingkan ketika lewat 80an dan awal 90an. Aku baru sahaja menghantar notis 24 jam sebagai graphic designer di salah sebuah syarikat design kecil di sekitar Kelana Jaya, walaupun ramai yang tidak setuju dengan tindakan aku ini. Banyak sebab kenapa aku hilang rasa cinta pada bidang ini. Ini adalah antaranya:

1. Kerenah client yang pelik-pelik (Clients from hell)
Function kami sebagai designer adalah untuk menghasilkan imej baru untuk client berdasarkan brief yang diberi. Kami sudah dilatih bermain dengan warna, konsep, imej dan pengolahan idea. Oleh itu, dengarlah nasihat dan cadangan kami. Apa gunanya hire kami sebagai designer kalau tak nak ikut cadangan dan visual yang kami sediakan. Kami tahu apa yang anda mahukan dan kami boleh bekerja mengikut spesifikasi projek.
Jadi tolonglah jangan bagi idea pelik-pelik dan minta yang bukan-bukan dari kami. Situasi ini sering terjadi jika client yang dibincangkan terdiri dari badan-badan kerajaan. Aku sangat sedih dengan mentaliti orang kita.
“Tak boleh pakai color ni, nanti diorang ingat event pembangkang pulak.”
“Mana gambar Dato’ / Datin / Menteri / Dr?”
“Logo ni kena ikut susunan”
“Boleh tak pakai gambar ni?” Dan besarkan?” (bagi gambar kecil dalam words. Celaka!)
Maka terhasillah visual-visual aneh dan merosakkan mata, seumpama iklan ubat besarkan saiz zakar di facebook, iklan jamu dan ubat jerawat seperti dalam majalah mastika atau design “Gomen” yang lebih mementingkan membodek dan ass-kissing orang atasan dari mesej yang cuba disampaikan dalam visual tersebut.

2. Gaji kecil / Kerja banyak
Perkara ini memang sudah menjadi tradisi dalam industri graphic design di Malaysia. Walaupun dalam resume sudah tertera pengalaman bekerja yang agak memuaskan, kebanyakan company masih akan hire designer dengan gaji untuk fresh graduate. Bayar murah dapatlah hasil murah.

3. Waktu kerja yang tidak menentu
Satu lagi tradisi yang menjadi trademark industri graphic design. Masuk kerja awal, balik lewat, kadang-kadang hingga lewat pagi. Kenapa kami selalu kena stayback? Baca point-point berikutnya.

4. Perangai Boss / Supervisor / Art Director (konon-kononnya) / Client yang sangat menjengkelkan.
Mari aku terangkan dengan teliti apa yang berlaku. Untuk sampai ke tahap final, design yang akan digunakan dalam sesuatu projek advertisement atau campaign atau apa-apa projek yang berkait dengan gaphic design, kami perlu mendapatkan pengesahan atau proceed design daripada mereka-mereka dalam list ini. Memang kami tidak pernah akan mencapai final design dalam masa yang singkat atau dalam rekaan idea yang pertama.
Bila semua perlu ditukar, tambah itu ini, tukar gambar, tukar color, ada sahaja yang tidak kena. Apabila amendment sudah siap, orang-orang yang bertanggungjawab “melepaskan” design kami akan menghilangkan diri, balik awal atau meeting. Jahanam.
Agak mustahil boleh jumpa dengan cepat dan mudah. Yang memeningkan kami, progress mesti on time, kalau lambat, graphic designer yang akan kena maki dulu, walhal progress kerja kami tergendala dek kerana mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab.
Mereka akan maki, marah, kutuk dan bermacam lagi perbuatan yang boleh mencabar kesabaran kami, sedangkan mereka tahu, orang atasan yang patut lebih peka dan membantu kami menyiapkan projek. Biadap.
Maka, berduyun-duyunlah designer berkampung di office kerana nak siapkan projek sebab petang tadi time orang punch out balik, baru design approve, siap ada amendment, esok pagi bos / client nak tengok. Tak ke celaka sungguh perangai mereka ini?

5. Lambakkan freelance designer yang menyediakan servis dengan harga yang langsung tak masuk akal. (Terlalu murah)
Keadaan ini telah menyebabkan industri graphic design negara dipandang enteng, murah dan tiada standard. 10 tahun dulu, upah untuk buat satu muka surat web page pun boleh mencecah sehingga RM500. Sekarang RM100 untuk keseluruhan webpage pun tidak mustahil lagi.
Ada orang pernah tanya aku nak buat logo company, offer aku RM50. Aku tidak semurah itu. Bukan berlagak, bukan takbur tetapi apa gunanya kami berhabis belasan ribu ringgit, bertungkus lumus menceburi bidang ini, dan akhirnya mengambil bayar seciput itu untuk memuaskan hati client yang tahap cerewetnya mengalahkan artis?

6. Tanggapan masyarakat - kerja designer kerja mudah.
Anda semua ingat senang ke nak edit-edit imej? Atau susun typeface? Untuk menyiapkan satu layout yang lengkap pun makan masa, apatah lagi proses sketching dan brainstorming. Bagi mereka mudah sahaja, “edit-edit gambar je.” “ala, kerja korang lukis-lukis je, senang la.” “susun-susun gambar ngan text aku pun boleh, pakai words je.” Kalau aku boleh siku, aku dah siku dah muka masing-masing.

7. Fine Art lagi masyuk dari graphic design.
Aku hanya mampu melihat dengan mata putih, kejayaan rakan-rakan seperjuangan, menempa nama dalam industri seni halus negara kita. Seorang demi seorang muncul dalam exhibition-exhibition artis muda, interview, masuk paper dan TV. Ex student graphic design? Ramai kawan-kawan aku lari bidang, ada yang jadi polis, kastam, imigresen, join industri F&B pun ada. Life is hard.

8. Lambakkan crash course dan CD tutorial yang tersangatlah murah.
Ibarat sayur dipasar. Begitulah murahnya nilai ilmu dan skill dalam industri graphic design. Aku pernah jumpa advertising jual DVD tutorial photoshop, produk tempatan, dimana nilai sekeping DVD tutorial hanya sekitar puluhan ringgit.
Kami berhutang puluhan ribu dengan gomen semata-mata untuk mendapatkan ilmu dah rahsia dunia graphic design, dan mengambil masa hampir sepuluh tahun. Sekarang, mamak buat teh tarik pun dah boleh buat graphic design.

9. Aku benci dengan mentaliti “Tak nampak ciri Malaysia pun design ni?”
Kenapa semua benda nak “nampak Malaysia?”
Ada sebab kenapa kami rujuk pada gaya dan vibe international design. Untuk bersaing dengan industri graphic design dari luar, style dan influence industri kita mestilah sentiasa up-to-date dan mempunyai ciri international. Kau duduk bawah tempurung tahun bila pun, tak tahu lah.

10. Orang kita terlalu sensitif.
Masih ingat iklan raya ala-ala santa claus yang pernah disiar di TV3 sekejap, sebelum kena ban? Iklan pakcik naik beca terbang, bawak budak-budak pusing-pusing satu Malaysia.
Pada pendapat aku, takde pun benda-benda yang boleh merosakkan atau memesongkan akidah umat Islam dalam video tu. Apa yang bertentang dengan agama? Pakcik tu kutuk Tuhan ke? Kutuk Islam? Kutuk nabi? Dia tak pakai pun suit santa claus, ada usung salib ke?
Nampak tak mentaliti orang kita? Cepat gelabah, lebih-lebih lagi hal agama. Kalau kita tengok iklan tu betul-betul, memang kuat mesej  1Malaysia yang cuba ditonjolkan. Point utama aku disini, orang kita masih di belakang, semua benda boleh dipolitikkan, sengaja untuk bersikap over sensitif, dan cenderung melihat perkara yang negatif dalam sesuatu mesej. Benci, benci (sambil ketuk meja dengan suara manja).


Penulis kali ini ialah Mohd Rizal Ramli. Seorang pemikir yang jauh ke depan, hustler, indie film-maker dan orang paling tabah kami pernah jumpa.
Ketika artikel ini selesai ditulis, surat peletakan jawatan beliau masih lagi panas di meja bos. Never give up to chase yuour dream, brother. Dah halfway dah pun. 


11 Jun 2014

Ptosis @ Tiada Kelopak Mata

Assalammualaikum

Sebenarnya dah lama ai dapat emel dari seseorang suruh cerita macam mana ai tahu dan macam mana NAN boleh dapat sakit ini. tapi time tu ai tak ada kekuatan nak menulis. nanti nangissss je. sekarang, alhamdulillah.. bila NAN semakin besar, perasaan tu sedikit demi sedikit beralih kepada redha.

macam mana ek ai nak mulakan... ermmmmm

ok... tarik nafas dalam... lepaskan slow2. Bismillah...

Selang sebulan ai kahwin, ai disahkan mengandung. tapi tak lama, sebab ai keguguran. lepas gugur, ai nak mengandung semula memang lewat. selang setahun. bila dapat khabar ai mengandungkan NAN, sukanya tak terkata. bersyukur. alhamdulillah ai masih diberi peluang untuk menjadi seorang ibu.

masuk bulan kedua ai mengandung, ai kene mabuk teruk. keluar masuk hospital. asik MC. keje dan rumahtangga terabai. bila makan muntah, bila minum muntah. tak boleh duduk rumah. diuji dengan masalah kewangan. ishhhh macam2lah. ai dan Mohammad Bazli hadap semua ini bersama2.

dah masuk 5 bulan, ai dah mula ok. makan minum semua dah kembali pada normal. berat ai yang dulu turun hampir 6kg sebab mabuk teruk, time ni dah naik mendadak. first time ai kene pendarahan. pegi klinik, scan, ai ada fibroid. besar. ukur lilit hampir 6 inci. doc cakap penyakit biasa. tapi disebabkan doc takut fibriod tu akan lebih besar dari NAN, doc suruh ai makan ubat selang sehari. sehari tak makan, sehari makan. minum susu pon 2 3 kali seminggu je. sebab fibriod tu akan membesar bersama2 dengan NAN. dalam masa 2 3 bulan akan datang fibriod tu makin membesar, kemungkinan ai akan bersalin awal dan bersalin secara pembedahan untuk buang sekali fibriod tu. alhamdulillah.. sepanjang mengandung, ai hanya sekali mengalami pendarahan. time ni jugak ai dah ada diabetis. tapi tak lah sampai kene cucuk insulin tu. biasa2 je.

dah masuk time2 NAN dah lengkap tubuh badan, tiap2 hari ai ajak Mohammad Bazli scan nak tau jantina NAN. sebenarnya bukanlah nak tahu sangat jantina tu, tapi entah kenapa hati ai sentiasa rasa tak sedap. macam mana ek nak cakap. hati ibukan dapat rasa kalau anak kita ada benda tak elokkan. tapi bila ai cerita dengan Mohammad Bazli, dia selalu bising yang ai fikir bukan2. masalahnya bukanlah ai suka2 hati nak memikir sangat, tapi rasa tak sedap.. korang fahamkan maksud ai ni kan??

time ni juga ai dah ber'hantu' minum ais dengan makan sambal belacan. kalau sambal belacan tu, ai cicah dengan timun pon dah ok. siang malam pagi petang asik minum ais. tersedar bangun 2 3 4 pagi, kunyah ais sambil tengok tv. masa duduk rumah sewa ni, tak pasang astro. so hadaplah cerita kat tv3 tu. 

berbulan2 memujuk, akhirnya Mohammad Bazli akur akhirnya dengan kehendak ai. tu pon dah masuk 9 bulan 1 hari. ai pegi ke Columbia Hospital kat Seremban 2 tu. kene bayar RM80 untuk 3D scan. time ni ai akan ingat sampai bila2. hospital swastakan, tunggu sekejap je dah boleh jumpa doc. ai dapat doc perempuan cina. doc tu scan dari kaki, bawalah ke kepala. eh lupa pulak, sebelum scan tu, doc tu ada cakap, ikut nasib scan time dah cukup2 bulan ni. sebab baby dah masuk lorong nak keluar. tapi alhamdulillah.. rezeki ai nak tahu rupa bentuk NAN sebelum dia lahir kedunia.

bila sampai kat area muka, ai dah perasan doc melengah2kan masa nak tengok area mata. last2 tu baru doc tunjuk mata. bagi ai, alhamdulillah.. rupa bentuk sifat semua sempurna. tapi doc masih berlegar2 kat area mata. dalam 15 minit doc diam, akhirnya khabar sedih tu ai tahu juga. doc cakap, area mata NAN bengkak yang luar biasa. maybe ada something. tapi doc tak boleh nak cakap apa yang tak kena tu. kene tunggu NAN lahir dulu. korang tahu tak apa perasaan ai time tu. berkecamuk, bergelodak, tak tau nak cakap macam mana. menangis dan terus menangis. Mohammad Bazli banyak menenangkan ai. berdoa agar semuanya selamat. Mohammad Bazli juga tak kasi ai fikirkan yang bukan2. tapi, since kita dah tahu, takkanlah kita tak memikirkan?

disebabkan ai ada diabetis, ai kene bersalin on time. sepatutnya NAN lahir 26 November 2011. 25hb malam tu ai dah rasa tak sedap perut. ai sms kakak nurse tempat keje ai. dia cakap pegi terus hospital walaupun esok pagi2 tu ai kene serah diri. dalam pukul 9 malam macam tulah, ai masuk wad kat HTJ. pukul 12 malam ubat induce dah masuk ikut jalan baby keluar. 2 biji ubat dimasukkan. mula2 tak rasa apa. ai masih boleh makan, gelak, suka, balas sms. tapi lepas 4 jam sakit tu dah datang. kejap datang, kejap pergi.

dah 24 jam, jalan still buka 2 cm je. masukkan lagi ubat. sakit makin bertambah. time ni ai dah terbanyang2 segala dosa2 ai dengan mak dengan Mohamamad Bazli. berkali2 minta maaf. masih jalan tak buka. naik 1 cm je. doc pakar dicide masukkan tiub induce. kalau tiub tak jatuh dalam masa 24jam, ai kene operate. alhamdulillah... 28hb subuh tu, air ketuban ai pecah tanpa tiub tu tak jatuh. doc semua pelik, kenapa air ketuban pecah, jalan dah 5cm tapi tiub tu tak jatuh. NAN dah berak. tolak masuk labour room. tunggu lagi 3 4 jam. jantung NAN dah lemah. doc cari2 jantung NAN dah tak dengar sangat. doc pesan, kalau ai sakit, teran je walaupun time tu jalan belum cukup 9cm. time ai teran, jalan baru bukak 7cm. doc nampak ai macam susah sikit nak keluarkan kepala NAN walaupun dah nampak sikit kepala tu, doc dicide gunting nak cukupkan 9cm. teran 2 3 kali, alhamdulillah NAN selamat ai pon selamat. NAN keluar 5.29 pagi, tepat2 azan subuh berkumandang.

time2 keluar, NAN tak nangis macam baby belakang katil ai. nangis sikit je. pastu ai dengar doc jerit minta ais. lepas doc terbalikkan NAN, pegang kaki ke atas, kepala ke bawah, tepuk punggung NAN pon tak nangis, depan mata ai, doc rendam NAN dalam ais pagi2 buta tu. tu pon lepas 5 minit baru NAN nangis sungguh.

walaupun ai bersalin awal pagi, tapi ai dapat jumpa NAN selepas 5 jam. dalam pukul 10 pagi macam tulah baru ai dapat susukan NAN. lepas ai dan NAN masuk wad semula, doc pakar sama2 iring ai. hati ai dah tak sedap. dah dapat agak ai akan menangis lagi. sampai2 katil, doc pakar tengok jahit ai, ucap tahniah, tanya khabar, doc pakar duduk atas kerusi sebelah katil, then urut2 tangan ai yang ai peluk NAN, doc pakar cakap, NAN ada masalah mata. tapi mereka tak boleh nak dicide lagi. sebab NAN baru sehari. tengok dari cara kelahiran NAN, dan mata yang agak bengkak dan besar, doc pakar akan cuba cari punca masalah. ai dah berdebar2. menangis. doc suruh ai tabah kalau ujian pemeriksaan mengatakan NAN mungkin buta, gloukoma, selaput, atau saraf mata tak sempurna. apa lagi ai boleh buat time tu?? korang fahamkan apa yang ai rasa????

tambah2 lagi orang katil depan belakang kiri kanan semua dah bersalin, mata anak cerlang terbuka besar, lagilah perasaan ai down. anak yang ditunggu selama setahun sembilan bulan, ibu mana nakkan anak yang bermasalahkan? doc pakar suruh ai duduk wad lama sikit. sebab dorang nak check NAN. tapi ai minta balik. emosi ai tak stabil. lepas check luka sume ok, ai balik. pantang kat rumah. sambil2 pantang, ramai kawan2 bagi petua. tapi ai tak ikut semua. setiap hari, ai menanti keajaiban berlaku. mata NAN akan sihat. sambil2 susukan NAN, ai baca doa penyakit mata yang kawan2 kirimkan. alhamdulillah... rezeki NAN minum susu badan ai memang murah. 

selang sebulan, kakak ai pula bersalin. balik rumah mak, pantang sama2, lagilah ai beremosi. jiran2 rumah mak datang melawat, sume macam banding2kan NAN dengan anak kakak ai. walaupun dorang tak cakap direct, tapi cakap "cantiknya mata dia..." "besarnya mata dia" sedikit sebanyak buat hati terguris. lagi 15 hari nak duduk rumah mak sama2 dengan kakak, memang siksa. sikit2 perasaan ai pada NAN mula berubah. ai mula amik endah tak endah dengan NAN. ai tak tahu kenapa ai boleh buat macam tu. seharian ai buat ala kadar dengan NAN. hati sakit, hati kecewa, tak happy sebab anak kita tak sama macam anak orang. 

Mohammad Bazli balik rumah mak ai. tengok keadaan ai yang abah cakap yang ai nampak lain seharian time tu. ai tengok muka suami sendiri, terus menangis. dalam bilik, ai menangis semahunya depan Mohammad Bazli. luahkan apa yang pendam. cuma satu je Mohammad Bazli cakap, "sabarlah. ada hikmahnya. cuba tengok anak kakak, menangis malam2, tak boleh panas, asik nangis je. tapi anak kita?? walaupun dia macam tu dia tak susahkan kita pon. saya pon tak yah bangun tengah2 malam nak buat susu, tukar lampin. diam je. buat hal sendiri. rezeki awak nak susukan dia pon melimpah ruah. masing2 ada kekurangan dan kelebihan masing." ai diam. cuba berfikir....

berdosanya ai sebab tak boleh terima keadaan NAN. insaf, mohon keampunan agar NAN masih bernafas untuk jadi anak ai. nasib baik ai tak kene penyakit meroyan. genap 33 hari, NAN kene sakit mata. tak tau dari mana dapat virus tu. NAN kene masuk wad. seminggu jugaklah. doc pakar amik sample tahi mata yang warna kuning diraja tu, masuk makmal, esoknya dapat result, dan lagi sekali lagi, jiwa ai tersekat2. doc mengesahkan NAN ada penyakit Ptosis/ tiada kelopak mata. NAN sakit mata sebab kurang cahaya masuk dalam mata dia. terus ai dapat surat refer ke pakar mata HTJ. tapi HTJ tak ada pakar untuk kanak2. jadinya dari umur NAN 4 bulan, ai dah berulang alik ke HKL.

bersama doc pakar mata HKL lah ai tahu dengan terperinci tentang penyakit NAN. di Malaysia, dalam purata 2:100 atau kemungkinan 1:1000 dapat penyakit Ptosis ini. mula2 ai tak faham Ptosis tu apa. Ptosis bermakna saraf kelopak mata tak terbentuk dengan sempurna dari dalam rahim lagi. sebab tulah NAN tak ada kelopak mata, mata tak boleh berkelip, mata tak buka luas. tapi doc tak boleh buat apa2 sampai umurnya setahun. baby bawah setahun tak boleh sedut ubat bius. nanti infact ke otak. jadinya ai tabahlah menunggu selama beberapa bulan lagi nak genapkan NAN setahun. 

dalam nak tunggu umur NAN genap setahun, macam2 ai dengar orang bercakap tentang NAN. dia cacatlah. dia butalah. dia tak sempurnalah. mesti ai ada buat2 apa2 masa mengandungkan NAN dululah. kalau bawa jalan2, semua pandang NAN macamlah NAN tu apa. ai kurang selesa dengan keadaan ini mula2. tapi lama2 ai ok. setakat ok je lah.

semua orang tak tahu apa yang ai lalui sepanjang proses kehamilan. kenapa mesti nak menghakimi budak yang tak tahu apa2. kenapa nak mesti cakap yang boleh sakitkan hati orang lain? kenapa tak pernah fikir sebelum berkata2. tapi adatlah... mulut manusia.. mana boleh ai tepis semuanya.

genap umur NAN setahun, ai dah dapat tarikh pembedahan. apa perasaan ai?? tak yah nak cakaplah. tak boleh ai nak gambarkan dengan kata2 apa perasaan ai. korang kalau anak demam pon dah risau kemainkan... apatah lagi anak nak buat pembedahan. pembedahan dekat dengan mata pulak tu.

dah 4 kali NAN buat pembedahan mata. macam2 ai sekeluarga hadapi. dengan keadaan NAN setiap kali lepas pembedahan mesti ada komplikasi teruk. ai dah tak terdaya. mana nak keje. mana nak fikirkan soal anak. NAN ada eczema darah. darah NAN cukup alergik dengan bendasing. lambat nak baik kalau dah luka2. apatah lagi luka bekas jahitan tukan.  

kali pertama buat operation, selera makan NAN hilang. susahnya ai nak pikat balik selera dia. ada kot cerita dia ai dah tulis.kali kedua NAN buat pembedahan, dah 3 jam dalam dewan bedah, nurse panggil ai suruh ikut dia. nurse suruh ai masuk dalam bilik matikan kuman2 sebelum masuk dewan bedah. ai tanya, nurse tak nak cakap. masuk2 je dalam dewan bedah, ai macam nak pengsan, nak terduduk. dengan mata NAN dicengkang dengan alat besi, darah keluar tak berhenti. tekanan darah rendah. doc cakap, dorang terpotong urat kat tepi mata time nak putuskan benang. sebab tulah darah tak berhenti. time tu ai tengok dada NAN berombak sedikit kencang. doc terus amik darah ai, nak tahu darah ai sama atau tidak dengan darah NAN. alhamdulillah sama. doc suruh ai keluar, masuk ke bilik lain untuk amik darah 1 beg. sebab nak bagi pada NAN yang tekanan darah dia dah rendah sangat. semuanya dalam keadaan kelam kabut. dalam masa 2 jam, darah ai dah dimasukkan dalam badan NAN. kali ketiga dan keempat tekanan darah tinggi. denyutan jantung laju. benang mata putus. silikon mata terkeluar. kulit kelopak mata terkonyak. macam2 cabaran untuk NAN sebelum dia dapat lihat dunia dengan sempurna. 

kalau nak harapkan ubat hospital memang susah. berhabis kami suami isteri cari ubat altanatif lain untuk sembuhkan NAN cepat. kadang2 tu kami terpaksa lebihkan duit untuk ubat dan susu NAN, baru beli barang dapur. tu pon pernah tak cukup. pernah juga ai dan Mohammad Bazli gaduh sebab masing2 stress dengan masalah yang kami tanggung. lepas pengasuh NAN buat hal, tak ada taska nak terima keadaan NAN. ada satu taska ni, bila ai cerita keadaan NAN yang masa tu kesan jahitan tak nak kering, kadang2 bernanah, kadang2 berdarah, staf taska tu cakap bagitahu ai, "kalau akak dapat tahu ada budak yang bernanah nak ke akak hantar anak akak kat sini? kami tak nak rugi." apa yang korang rasa. sedihkan.

alhamdulillah.... dalam serabut2 ai nak cari taska, akhirnya Allah jumpakan ai dengan taska NAN sekarang ni. staf kat situ tak ada satu alasan pon untuk jaga NAN. dorang bersedia, sebab owner taska tu cakap, dulu kami ada jaga budak sindrom down puan. so tak ada masalah. bukannya NAN sakit teruk. setakat luka sikit, janji akan bekalkan ubat. 

untuk ai membesar NAN memang cukup hebat cabarannya. kadang2 ai rasa, ai jadi kuat sebab ai tengok NAN kuat. ai selalu tengok NAN tak ikutkan rasa sakit dia. macam baru2 ni, NAN demam panas. siap masuk ubat punggung. tapi suhu tak turun. kalau sesetengah budak mesti duduk diamkan. tapi NAN tak. dia masih aktif. berlari sana sini. sebab tulah kalau ai kata NAN demam dan ai EL, ai rasa mesti orang tak percaya. eh betul ke anak dia demam? sihat je nampak. sebab NAN memang macam tu. 

untuk 'dia' yang tetiba terbaca blog ai ni, inilah cerita macam mana ai dapat tahu, macam mana NAN dapat penyakit ini dan macam mana ai hadapi. sebenarnya panjang lagi. tapi tak yahlah kot ai rasa nak cerita semuanya. ai dan NAN tak pernah minta jadi macam ni. saraf kelopak NAN tak berfungsi atas kuasa Allah. ai tabah sekuat ini juga kuasa Allah. kalau ai rasa susah, ada yang lagi susah. macam mana ai hadapi situasi ini, itu jadi rahsia ai bersama Allah. 

kadang2 terfikir nak minta bantuan. nak buat operation NAN kat swasta. buat secara laser saja. tapi... tak terluah. terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan dan kesihatan NAN. hanya Allah saja yang dapat membalas segala jasa2 kalian. mana yang mengutuk mengata mengumpat, ai doakan anak korang semua sihat sejahtera. tak yahlah rasa sakit teruk2 macam NAN tanggung.

 


3 Jun 2014

macam mana NAN boleh putus hisap puting?

Assalammualaikum wbt

Sejak NAN genap 2 tahun, ai dah mula nak putuskan dia hisap puting lagi. dah besar kot nak menyoyot puting tu lagi. walaupun ai masih nampak dia comel hisap puting yang warna warni tu. 

macam2 cara ai buat. semuanya tak menjadi. letak sirap kat puting tanda darah, letak hempedu biar rasa pahit, tapi semua tak menjadi. diakhirnya NAN demam, pastu ai bagi semula. 

ada sekali tu family ai pegi picnic kat port dickson. masuk2 kereta dah menggagau cari puting sebab NAN nak tido. sampai2 PD, air laut pasang. ai tukarkan NAN baju mandi, amik pelampung, terus masuk laut. terjerit2 NAN sebab takut pada mulanya. lama juga kami berendam. naik darat semula, makan2 pastu turun semula. sampailah nak balik.

masuk2 kereta nak balik, NAN terus tido. terus kepenatan. ai tak bagi puting sebab dia tak mintak. bawaklah sampai ke malam. nak tido, lepas susu, terus je NAN tido. tido malam pon tak berjaga 2 nak mencari puting yang hilang dari mulutnya.

esoknya pon sama. nak tido tak mencari sangat. tak sama langsung macam yang dulu2 tu ha . macam mana pon mesti nak puting juga. sampailah sekarang. NAN berhenti cara dia macam tu je. bawa pegi PD, naik turun laut 5 6 kali, pastu dia terus lupa.

bila orang tanya macam mana NAN berhenti hisap puting, ai cuma jawab, bawa pegi PD. ramai tak percaya, tapi itulah hakikatnya. bagai nak ghak ai mencuba pelbagai petua, last2 mandi laut juga yang berjaya.

kalau ada rezeki ai ada baby lagi, in shaa allah ai tak nak ajar dia hisap puting lagi. dalam usaha ai nak berhentikan NAN ni, ramai juga yang tanya, kenapa ko bagi dulu? sebabnya, time dalam pantang, NAN selalu nak 'bergantung' saja. kadang2 bukan nak dihisapnya, cuma nak buat pelayan mata. sampaikan nipple ai time tu luka berdarah. pernah sekali ai pam susu, jadi air bandung. keluar dengan darah sekali. sebab tulah ai ajar dia hisap puting.

ni ha gamba2 NAN time baby2 tengah kemaruk hisap puting. dan ai pula tengah kemaruk beli puting yang comel2. hahahaha










GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?