love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

13 Mac 2015

ada FB, BLOG, INSTA dan lain-lain untuk apa??

Assalammualaikum

hari selasa lepas (10 Mac 2015) ada checkup NAN kat Peads HKL. sambil2 tunggu number giliran yang maha lama tu, NAN pulak dah hilang masuk taman permainan, ai pulak sibuklah on FB dan Insta. sebelah ai time tu ada sorang kakak yang dah ala2 makcik. 

bila dia nampak ai dah mula simpan hp, dia tanya, "dik, adik ada fb dan Instakan? adik ada semua tu untuk apa ye?" ai pulak terpinga2 dah kenapa dia tanya macam tu. ai po jawab, "ye kak" kenapa?" kakak tu senyum. "kenapa adik ada benda tu semua?" makin pelik ai dengan pertanyaan dia.

ai : kenapa akak tanya macam tu?

kakak : saja je dik. sebab akak tak da benda tu semua. tak ada masa akak nak buat benda tu.

ai senyum je bila dengar dia cakap. 

ai : tak per lah kak. benda ni pon untuk suka2 je. bukan wajib pon kak. 

kakak : tapi kenapa adik ada benda tu semua?

ai : saya?? kalau saya, saya buat semua ni sebab saya nak anak saya tengok semula apa aktiviti saya masa sekarang. sebab bila saya dah tua nanti, mesti saya tak ingat semua apa aktiviti saya. apa saya buat. tak pon, kalau esok lusa saya mati, anak saya tahu betapa sayangnya saya dengan dia. dia keperluan utama saya."

kakak tu senyum lepas tu tepuk2 tangan ai.

kakak : betul jugakkan dik. mana tahu, kalau jap lagi Tuhan tarik nyawa akak, akak dah tak sempat nak cerita semua dengan anak2 akak. maknanya akak kene adalah ni.

ai : tak per lah kak. benda ni bukan keperluan pon. itu bagi pendapat saya. bagi saya, itulah sebab utama kenapa saya ada semua ini.

...............

lepas jumpa doc, dah naik angin dengan doc, nak bertekak gaduh segala siap dalam bilik doc tu, balik, kene hadap jem pulak. macam manalah orang KL boleh hadap jem hari2 macam tu. tabah sungguh. hahaha

sambil hadap jem tu, ai terfikir semula apa yang ai cakap kan dengan kakak tu. itulah sebabnya kenapa ai mula pandai menulis blog walaupun 3 4 bulan sekali ai buka blog sekarang ni. 

...............

satu hari nanti, bila NAN dah besar, dah matang dengan hal duaniawi ni, ai akan bagi semua password ai pada dia. andailah satu hari nanti ai mati, dia akan tahu betapa sayangnya ai pada dia. betapa pentingnya dia dalam hidup ai. cerita seawal hari pertama ai tahu dia ada dalam rahim ai, sampailah ai dia lahir. dari pembedahan pertama mata dia, biarlah dia tahu betapa sayunya hati ai melihat keadaan dia. 

dia juga akan tahu perjalanan cinta ai dengan ayah dia. macam mana perih jerihnya nak hidup di dunia yang penuh dengan cabaran. gambar2 akan menjadi kenangan dia, akan dia lihat setiap detik saat dia membesar. apa yang ai update di status FB. dia akan tahu semuanya.

......................


11 Mac 2015

MENITI HARI KE 100

Assalammualaikum

pejam celik, pejam celik, hari sabtu ni 14 Mac 2015 genap pemergian mak 100 hari. tak tahu kenapa, rasa rindu ini semakin kuat. makin banyak sedekahkan alfatihah yassin untuk mak, semakin sebak. rindu sangat dengan dia. rindu nak dengar suara dia. rindu nak lihat dia senyum. rindu sangat nak dipeluk mak. rindu sangat nak bau badan mak. Ya Allah... 

sebenarnya esok 13 Mac 2015 hari jadi mak. dalam family kami, memang tak ada sambutan hari jadi. mak abah memang tak ajar kami dengan semua ini. hanya sekadar ucapan indah dihari jadi, itu sahaja. tapi bila ai dah mula bekerja dan dah pegang duit sendiri, barulah mak merasa dapat hadiah dari anak2. selalunya kalau mak dapat hadiah, mak mesti cakap, kenapa beli mahal2 ni. mak tak nak lah. tapi ai tahu, jauh didalam hati mak, mak sangat menghargai apa sahaja pemberian anak2, tak kisah mahal atau murah.

setiap malam, sejak hari pertama mak pergi, sebelum tido, ai mesti doa dengan harapan mak datang dalam mimpi ai. teringin sangat nak jumpa mak. kalau masa boleh diputar semula, satu je ai nak cakap dengan mak, ai nak mintak maaf dengan segala apa yang dah ai lakukan. nak dengar dari mulut mak sendiri mak cakap mak maafkan ai, maafkan anak2 mak. walaupun masa dulu2, mak selalu cakap, mak mana yang tak maafkan anak2 dia, mak mana tak sayangkan anak2 dia, tapi sebagai anak, ai rasa tak puas bila tak dengar sendiri dari mulut mak.

bila dah kehilangan orang tersayang ni, barulah kita akan ingat kata2 orang lain. hargai masa kita bersama ibubapa kita. masa memang tak akan dapat diundur. cuma kenangan yang akan kita bawa ke mana saja. bagi ai, kenangan ini begitu sakit. sakit sangat bila kita ternampak2 wajah dia depan mata. sakit sangat keadaan ini. bilik mak, sampai sekarang bau badan mak masih ada. kadang2 ai sengaja masuk bilik mak, tarik nafas dalam2, amik bau mak, rindunya dengan semua kenangan itu.

sejujurnya, mak adalah insan yang paling rapat dengan ai. ai tak ada rahsia dengan mak. bila ada masalah, stress memang mak yang ai cari. mak lah tempat ai mengadu semua masalah ai. yelah.. kalau bukan mak, siapa lagi yang nak dengar masalah kita kan?? tapi ai sangat kecewa bila orang lain salah anggap bila ai bercerita masalah dengan mak. dorang cakap, mak akan buat keadaan bertambah buruk. Sumpah!!! sampai sekarang ai kecewa dan tak mungkin ai lupakan.

setiap kali ai mengadu keperitan hidup dengan mak, mak mesti cakap, Allah bagi susah macam ni, sebab Allah sayang kamu. Allah tahu kamu hambanya yang kuat untuk terima ujian ni. tak payah merungut. berdoalah biar hati kamu tu terus kuat. mak sentiasa doakan anak2 mak tabah hadapi segala macam kemungkinan.

setiap kali ai nak bawak NAN checkup mata, setiap kali tu jugaklah ai akan bagitahu mak. dan setiap kali tu jugaklah mak akan call semula tanya keadaan NAN. ai tahu mak pon sedih dengan keadaan NAN. tapi mak kene kuat sebab tak nak ai terus jatuh tak kuat semangat. sebab nanti NAN pon akan tak kuat semangat. 

sejujurnya ai cemburu tengok orang lain ada mak. walaupun umur ai dah masuk 3 series ni, ai masih tak puas manja dengan mak. sebab lamakan mak sakit dulu. kali terakhir mak masak, masa malam raya tahun lepas. itu pon ai tak dapat makan sebab balik mengahadap jem sampai kereta rosak2 perjalanan jauh. lepas ai balik beraya dari kampung sebelah sana, balik rumah mak, mak dah mula tak sihat. mak cuma bagitahu cara masak dalca macam mana je, yang masaknya ai. lama sangat tak rasa masakan mak sampailah mak meninggal.

masa kaki mak mula nak teruk, ai ada cakap dengan mak, rindu nak makan lauk yang mak masak. mak senyum. mak cakap doakan mak cepat sihat, mak boleh jalan, boleh berdiri, nanti mak masak semua yang anak2 mak nak makan. mahal mana pon tempat kita makan tu, tak akan sama dengan air tangan mak kan??

tempat terakhir yang mak nak pergi adalah Freser Hill. mak ada cakap dengan ai yang mak nak pergi sana kejap. mak cakap mana tahu, mak ubah angin mak sihat. tapi masa tu semuanya tinggal cukup2 makan je. dengan keadaan kereta ai yang tengah uzur time tu, memang tak lah ai nak bawak mak pegi jalan jauh macam tu. takut jadi apa2 tengah jalan. tapi itu adalah tempat terakhir dia nak pergi sebelum dia tutup mata. sakitnya bila diingat2kan masa lalu..

sebelum2 ni, kalau kita terbau kapur barus mesti kita takut kan?? samalah dengan ai. hari yang keberapa ai tak ingat, tapi time tu ai tengah sidai baju kat luar. tiba2 ai terbau kapur barus. tak kuat sangat baunya. ai terus pejam mata, dan terus menangis. dalam hati ai cakap, mungkin itu mak. mak balik tengok rumah. 

setiap minggu, sebelum ai pergi kelas, ai mesti singgah kubur mak bacakan yassin. tengah2 ai baca tu, ai bau kapur barus jugak. wangi sangat. ai pandang sekeliling kubur. mana tau, Allah tunjukkan ai bayang mak, tapi kosong. dalam 3 minit macam tu lah bau2 tu kuat. lama2 bau tu hilang. makin kuat rasa rindu.

doa yanie untuk mak memang tak pernah putus. semoga mak bahagia di sana. 

#alfatihah


GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?