love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

11 Disember 2012

kisah pendam perasaan

hari tu (tak ingat hari apa) kawan lama ai time sekolah2 dulu ada email ai. ai tak taulah kenapa dia tak suka bersms2. gigih nak contact kawan2 guna email. dah lah ai ni jenis manusia yang maha malas nak bukak email. kecuali email opis. email yahoo & gogle pon nak kene tunggu member ni sound barulah terhegeh2 ingat password. hahaha

ok. back to story. tajuk email dia, "kisah pendam perasaan ko dulu2". pelik?? (pelik lah sangatkan. padahal terus je teringat dengan budak lelaki tu. kah kah kah) dia hantar email tanya ai ingat lagi ke tak dengan budak lelaki yang ai admire dulu time kat sekolah? gila ai tak ingat. kisah lucu dan sedih. tapi banyak lucu lah. sakit ohkey, suka dengan orang tu dalam diam. terasa2 kita ni macam syok sendiri. next question dia, "aku jumpa dia. dia satu sekolah dengan adik ipar aku." what!!!! satu sekolah?? jadi cikgu?? (ai baca dengan keadaan yang dada yang berombak2. hahahaha) "tadi aku teman adik ipar aku pegi sekolah hantar surat akuan bersalin. aku yang beria uruskan dia. akukan kakak ipar mithali. (perlu ke dia tulis macam tu?? hahaha padahal suami adik ipar dia tu keje outstation. keje askar) dalam aku nak naik tangga, aku selisih dengan mamat ni. smart ko!! aku macam kenal je, tapi time tu otak aku tak berapa nak berfungsi sangat. bila aku dalam bilik guru, mamat ni masuk sekali. tetiba dia tegur aku. "awak fidakan??" aku terdiam jap weh. mamat hensem kenal aku. aku angguk. bila dia kenalkan diri, "saya khadafi. afi.. awak kelas efisyenkan? satu kelas dengan yanie." time dia sebut nama ko aku dah ingat. gila lah mamat ni, dia ingat aku lagi. tau tak dia ingat aku sebab apa?? dia ingat sebab tompok manis aku kat pipi nilah. yang penting kat sini aku nak cakap, dia ingat ko. weyh!!! dia mamat yang ko admire setengah mampus dulu tau!!. okey. email dia tergantung setakat ni saja. ai tak reply lagi email dia. sebab ai tak tau ai nak cakap apa. teruja?? suka?? gembira?? sikit je lah. lebih2 tak da. lagi pon story zaman sekolah yang terbawak sikit ke alam kampus. 6 bulan selepas grade dulu ai masih lagi tercari2 lagi. siap google tau. hahaha tapi lama kelamaan, jumpa pulak dengan Mohammad Bazli, kisah tu dah tak memberi erti lagi. dan ianya sangat mengajar ai betapa pentingnya berterus terang. psttt sebab tulah ai terus terang je cakap dengan Mohammad Bazli dulu yang ai suka dia. hahahah gila gedikkan??

ai cerita sikit ek sinopsis kisah pendam perasaan ai dulu. sampaikan member ai tu jadi gila meroyan jumpa mamat tu balik. hahaha (sori beb, ko memang selalu meroyan)

seriusly, ai memang suka sangat dengan mamat ni. nama dia Khadafi. cuma dia kelas pandai sikit dari ai. budak kelas sains. ai dulu kelas sastera. member2 sekolah ai dulu cakap dia tak hensem, tapi bagi ai dialah yang terhensem. waktu tu lah. ;p suka dalam diam. bff ai (until now) je yang tau betapa merasuk gilanya ai bila nampak dia. dulu kat sekolah, kelas ai tengah2. semata mata nak tengok muka dia, ai sanggup turun naik tangga sebelah kelas dia yang agak jauh dari kelas ai. time tu, ai yang gedik2 tengok dia, lepas tu ai pulak yang perasan malu2. pegi sekolah pun sangat jaga keterampilan. sebab diakan hensem. mana boleh awek dia selekeh. hahahaha mak dengan abah dulu pon naik perasan anak dia pegi sekolah dah mula perfect. kene cun cun je. ai admire kat mamat ni sejak form 3 lagi. 3 tahun kawan2 sekalian. ai syok sendiri dengan mamat ni. dalam diam, ai mengaku dengan bff ai, yang dia pakwe ai. padahal, mamat tu tau pon tidak. bila cuti sekolah hujung tahun ai jadi meroyan sedih tak terkata bila tak dapat tengok dia. rasa tak sabar nak masuk sekolah tahun depannya. serius, walaupun ai suka gila gila dengan mamat ni, ai tak tau dia duduk mana, mak pak dia siapa. alaaa syok budak sekolah, manalah nak pk lebih2kan.

naik form 4, dia pegi sekolah bawak motor. ai pulak agak aktif dengan kelab seni. boleh cakap tiap2 petang ai stayback nak siapkan 2 mural sekolah. geng2 kelab seni ai tak da lain, semuanya kawan2 kelas. mamat tu plak aktif dengan kadet polis. gila smart mamat ni. so bila ai stayback sampai petang, mamat ni pon ada sekali. sekarang , bila ai pikir2 semula, agaknya dia memang perasan ai suka dia, cuma dia pon malu jugak. ai jadi sangat gelabah bila sehari ai tak nampak muka dia. ai penolong ketua kelas. bila cikgu kelas mintak amik buku rekod kedatangan kat bilik guru, ai sanggup ikut jalan jauh. sampaikan cikgu kelas naik perasan. hahaha kisah suka dalam diam ni berlanjutan sampai ke form 5. eh!! mural dinding yang ai n the geng lukis tu, kat senarai nama student yang lukis tu, bawah sekali ada nama tambahan, tulis 'kf'. sekali tengok macam conteng2 je, tapi bila diamati, ianya adalah huruf yang membawa maksud. ai je time tu kurang cerdik  so diamkan jelah.

bff cabar ai suruh tegur mamat ni time amik result SPM. mula2 berani, bila kat hari kejadian, ai jadi takut. sudahnya, ai tak tegur pon, cuma tersenyum sikit kat dia time selisih. nama dia tersenarai dalam nama pelajar yang cemerlang. ai?? nan hado ye lah punnn. kalau cemerlang tak lah ai keje kat sini. hahahaha bangga. pakwe pelajar cemerlang. ai nak buat pengakuan berani mati kat sini. hahahaha time pegi amik result SPM dulu, ai beria pinjam nset abah ai yang ada camera. beria pujuk sakan separuh mati. motif?? ai amik gambar curi mamat tu. time tu dia tengah bergelak ketawa sakan dengan kawan2 kelas. gambar dia dari depan yang tengah senyum lebar. sumpah!!! sampai sekarang ai masih ingat muka hensem dia senyum tu. dan ada salah sorang student dalam persatuan ofis ai macam dia. hensem!!!

gambar dia sajalah ai jadi pengubat rindu. time ni bff semua cakap ai kurang cerdik. sampaikan dah habis sekolah pon tak nak cakap suka. time tu ai tak fikir apa, ai cuma fikirkan maruah ai sebagai seorang perempuan. ceewahhh.

kan dulu time nak masuk U kene beli number pin kat BSN kan. ai adalah salah sorang dari ribuan pembeli number pin tu. setelah 2 bulan bertemankan gambar je kan, nak dijadikan cerita ai terjumpa lagi dengan mamat ni. gila meroyan sekejap dekat bank. selamat pegi dengan mak. dari jauh, ai usha2 dia. tapi dia tak perasan ai. sebelah dia perempuan. bila dia bangun nak keluar bank, girl tu pon ikut. walamak!!! dia pegang tangan. of kos lah awek diakan?? time tu ai jadi tak tentu arah. lepas balik dari bank, ai terus pegi rumah fida nangis cerita kat dia sedih2. fida buat apa?? dia ketawa terbahak2. ketawakan ai yang kononnya frust bercinta. bila dah sedih nangis bengkak2 mata, baru rasa tenang. time tu siap cakap dengan fida, "aku memang tak da jodoh dengan dia." gila lawak time tu. padahal baru umur 18 tahun.

alhamdulillah ai dapat tawaran UiTM cawangan machang, kelantan. gila jauhkan?? dahlah tak pernah berpisah dengan parents, tetiba ai kene duduk berjauhan dengan parents. tapi tak apalah.. bukan ni sebenarnya ai nak cerita, nak dijadikan cerita lagi sekali, time orentasi, ai ternampak lagi kelibat mamat ni tadi. time ni hati masih lagi berpegang teguh. sabar untuk menunggu mamat ni datang semula kat ai. hahaha mula2 ai juz ignore jekan. sebab ai ni sejenis manusia yang teramat susah untuk bergaul dengan orang yang baru ai kenal. tapi lama2 sepanjang hari orentasi tu, ai yakin, dialah mamat 1 sekolah dengan ai. cuma muka dia berubah sebab dah ada misai sikit2. alahaiiiii hati ai mengumtum senyum semula. sampai habis hari orentasi, ai jadi pengusha yang setia. ai sebilik dengan student banking dan acount. 1 bilik 4 orang. lagi sorang classmate ai. time masuk U dulu, abah ada bagi ai nset 3310. hadiah sebab ai berjaya masuk U. bff ai 3 orang tu masuk lain2 U. sorang je masuk Politeknik kat shah alam. yang lagi 2 tu masuk USM dan UniMAS. tami kami masih berhubung. ai terus sms fidah yang time tu ada kat UnMAS. dia gila terkejut. ai ingat lagi apa yang fidah cakap, "dia jodoh ko weyh!!" ai?? dalam hati ada taman.

ai ingatkan memang betullah dia lelaki yang diwujudkan untuk ai. hahahaha mamat ni 1 kelas dengan roomate ai. budak banking. dari dia ai korek rahsia. ya ya ya memang betul. namanya khadafi. orang KL. hahahaha ai jadi bersemangat nak masuk kelas pendidikan islam setiap hari rabu tengahari untuk 2 sem pertama sebab kelas ai bergabung dengan kelas dia. time ni dia dah mula perasan. dan dah mula nak cakap sikit dengan ai. nak pinjam penlah. nak pinjam pensil lah. tapi ai masih lagi tak puas hati sebab ai dengan dia berjumpa dekat2 seminggu sekali je. hari2 lain ai terpaksa curi2 tengok dia. gila tak ai??

tapi setakat tu je. tak da lebih2. bila difikir2kan semula sekarang nih, time matang ni, memang mamat tu bukan untuk ai. sebab tulah ALLAH tak bukakan pintu hati ai untuk berani tegur dia sedangkan dia dah ada depan mata. masuk sem 3, ai dah tak sebilik dengan budak yang sekelas dengan mamat ni. ai mintak tukar bilik yang semua sama dengan 1 course senang nak buat keje. taklah menganggu. maklumlah.. tapi ai still lagi jumpa dengan ex-roomate ai nih. sebenarnya time ni ai dah lama tak jumpa mamat ni. satu hari ai terbukak mulut nak bertanya dengan minah ni kenapa dah lama tak nampak khadafi. tau tak apa jawapannya?? "khadafi dah berhenti kat sini. kata dia masa tu, dia nak sambung belajar kat tempat lain." uwaaaaaaaa time tu, ai rasa down sangat2. sebab apa?? sebab ai dah mula letak harapan lagi sekali. yelah kan, diakan dah mula tegur2 ai walaupun seminggu sekali, tupon kat kelas yang digabungkan. ai jadi frust sesangat. sampaikan ai mintak bff ai balik hujung minggu pada minggu yang sama. sampaikan fidah kat seberang laut tu pon balik semata2 nak pulihkan semangat ai. parents ai?? mak je yang tau. tapi mak tak cakap apa. mak paham kot situasi ai time tu. bila semuanya dah kembali pulih, dan ai pegang kata2 fidah yang dia ulang tayang kat ai, ai mulakan kehidupan seperti biasa. ai berdoa pada ALLAH, kalau dia adalah jodoh ai, dekatkanlah, dan kalau bukan, jauh dan luputkanlah dia dari ingatan dan hati ai. jadinya, mamat tu bukan jodoh ai..... sampailah sekarang, sampai ai bercinta dengan Mohammad Bazli, sampai ai dah beranak 1.

dan sekatrang, lepas ai baca email fidah, baru ai tau, dia berhenti belajar dulu sebab nak sambung belajar jadi cikgu rupanya. fidah ada tanya, ai nak jumpa dia ke tak?? uollss rasa?? kene jumpa je tak?? bagi pemikiran waras dan matang ai ni, ai tak rasa nak jumpa dia. tapi bila fidah cakap macam ni, ai dah mula berbelah bagi. "kenapa ko tak nak jumpa?? jumpa jelah. bawaklah laki n anak ko. ntah2 dia pon dah kawen. boleh ko berkenalan dengan anak bini dia pulak. alaaa cerita muda2 dulu. sekarang kita semua dah tua. buat apa nak kenang2 lagi cerita frust menonggeng ko tu." ini cakap fida. tapi cakap roh dan hati ai pulak macam ni. "tu kalau dia dah kawen. kalau belum?? tak ke naya. dia dok gorat2 aku ke? (perasan) ntah2 dia pon pendam perasaan sama, dok tunggu aku ke selama ni?? tak naklah cerita lain pulak akan timbul. aku dah bahagia sekarang."

dan ianya jugak diakui oleh bff ai lagi 2 orang tu. jadinya ai cakap dengan fidah, ai tak nak jumpa dia. fidah akui. kot ye ai ni bujang lagi boleh lah. nak jugak ai. hahahha (gatal lagi tu)

cerita ye bukan main panjang berjela, kata ye sinopsis je, tapi dah jadi karangan berperenggan. hahahaa moral of the story jugak pendek, berterus teranglah pada sidia apa perasaan kita selepas sudah diselidik dia milik orang atau tidak. :')



 

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?