love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

6 Disember 2012

apabila setahun sudah umurnya

pejam celik pejam celik, sekejap je masa berlalu. sakit sihat, menangis ketawa, tak sangka sudah setahun umur anak dara ai tu. macam tak percaya je. bila tengok si kecik ni tido, dah nampak sangat dia dah semakin membesar. *sebenarnya tak boleh terima hakikat*

pada rancangan awalnya, ai nak buat majlis kecil2 untuk meraikan umurnya yang ke setahun.tapi, bila ai bincang dengan keluarga ai, dorang cadangkan buat saja lepas pembedahan dia nanti. buat sekali dengan kenduri kesyukuran. insya-Allah.. tak da aral mendatang, ai akan buat selepas semuanya selamat. ramai jugak kawan2 ai yang nak sponsor. tenkiu beb!!

bila tengok kenakalan dia, ai memang cepat hilang sabar. lagi2 time dia nak tido. aduyaiiii lahhhh. bukan main lagi perangai dia tu. tahap dewa betullah!! anak ai ni memang suka tahan mata. dah tau nak ngantok, tido je lah kan... haish!!! sabar... sabar... :P

imbau semula detik2 ai mengandungkan dia, seperti tak percaya. selepas keguguran anak pertama, ai berhajat memang maukan anak secepat mungkin. kehadiran dia dalam rahim ai, tak pernah ai duga. selepas ai berurut dengan makcik depan rumah mak ai, makcik tu ada bagi petua. semasa keadaan kita subur, makan telur putih ayam kampung bersama madu asli. minum 3 hari berturut2. ai buat tau petua ni. dengan harapan Allah memberi rezeki pada ai. tapi ai tak sangka secepat ini rezeki Allah turunkan pada ai. buat pada bulan lepas, bulan depannya ai mengandung!!

masih terasa2 lagi sakit ngilu time nak tunggu si kecik ni keluar. masih lagi teringat2 menangis2 tahan sakit. sampaikan ai request dengan doc nak belah je perut ai. masih lagi teringat2 macam mana doc rendam si kecik ini dalam ais bila keluar tak nangis. masih kukuh dalam ingatan, ai kene tunggu 2 jam sebelum ayahnya datang. ai kene pinjam telefon nurse pelatih untuk call mak cakap ai dah bersalin. ai kene bancuh milo panas sendiri lepas dibenarkan masuk ward. alahaiiiiii bila diingat2kan... :')

tapi itu semua selepas setahun. penat2 kat ofis, balik rumah dah ada senyuman yang hilangkan penat lelah. dah ada teman untuk melepaskan apa rasa hati walaupun tak faham lagi. dah ada teman gaduh. dah ada teman main masak2. dah ada teman tolong kejutkan tengah malam :)

melihat tumbesaran dia, alhamdulillah... seperti kanak2 lain. diusia 2 bulan 1/2 dah mula meniarap. 3 bulan dah bergerak ke depan. 5 bulan dah mula angkat2 montot. 6 bulan 1/2 dah mula merangkak sikit2. 7 bulan dan merangkak laju. dah boleh ikut ai ke mana saja. 8 bulan dah berdiri. sampailah ke setahun masih meniti berjalan berpegang.

ramai orang cakap, anak kau ni lambat jalannya. sebab tumbuh gigi dulu. ermmm tak kisah lah.. cepat ke lambat ke.. biarlah dia berusaha sendiri. kisah nak tumbuh gigi, ai pon tak sangka dia nak tumbuh gigi. tak demam, tak merengek, tiba2 tumbuh sekali 4 batang. 2 gigi atas, gigi kapak. agak besar. syukur.. :)

dah boleh sebut nak bila nakkan sesuatu. kalau mood dia baik, dah boleh bagi barang kat ai sambil sebut "nah". dah pandai salam ai kalau nak pegi keje. dah pandai sebut "mam maa" sesekali terkeluar juga perkataan 'abu". kalau dah habis main atau makan, dan sebut yeay!! automatik akan tepuk tangan. paling suka main cak2. terteleng2 kepala kalau main.

ni yang paling ai seronok dan teruja. anak dara ai dah mula pandai main lego dan masak2. terbaru, ai belikan lego dan barang masak2. ai tengokkan saja dia main sorang. ai baca majalah sambil2 perhatikan dia. dengan mulut bising, dia ambil teko tuangkan dalam cawan. sebijik, tepat masuk ke dalam cawan!!! kalau main lego, paling seronok kalau kita sambung2 lego tu, dia cerai2kan semula. kalau dah habis diceraikan, akan tepuk tangan sambil senyum nampak gigi rabbit :p

seronokkan lihat perkembangan dia. selepas setahun... ada setengah ibu sampai berhenti kerja semata2 nak jaga anak sendiri. bestkan?? ai sangat respect dengan ibu2 yang sanggup tinggal dunia kerjaya semata2 nak lihat anak membesar depan mata. ai?? buat masa sekarang tak lagi kot.. :) ekonomi masih diawang awangan. hahaha macam tak jejak bumi. x perlah kot, ai harapkan anak ai tahu dan faham kenapa ai serahkan dia bersmaa pengasuh, dan dimalam hari saja dia dapat bermanja dengan ai.

untuk anak ibu..
membesarlah kamu menjadi seorang anak yang berguna didunia dan diakhirat. setiap hari ibu doakan yang terbaik untuk kamu. :)

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?