love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

12 Disember 2012

Penilaian sepajang tahun berkhidmat

 

 bagi penjawat awam bila dah hujung tahun, bukan saja terima bonus, penilaian sepanjang tahun berkhidmat juga dinilai. bagi IPT ai, inilah sistem yang akan membuatkan ramai staff yang banyak mulut, iri hati, cakap2 belakang akan berlaku. hahahaha (termasuklah aku)

untuk ai?? kerja ai adalah sama setiap tahun. adalah bertambah satu dua. maklumlah.. ai sorang je admin asistant kat ofis ai, jadinya keje memang kesemuanya atas bahu ai. stress?? kadang2 je. bila dah tak larat nak layan 3 orang bos yang kepala lain2 ni, time tu jelah stress. sebab ai memang suka buat hal sendiri. ai punya keje, first come first serve. sapa bagi keje cepat, keje dialah ai siapkan dulu. (nampak tak gaya keje?? bos kene ikot cakap ai)kah kah kah kah

dari Januari sampai ke Disember, cara kerja ai akan dinilai. ai sudah bersedia, sebab keje ai semua langsai. terpulang pada penilai2 ai untuk menilai kerja ai macam mana. ai terima dengan hati yang terbuka. dulukan kene nilai dalam borang. bos kene hadapan dengan staff yang dinilai. sekarang IPT ai ada buat sistem. bos tak ngadap muka staff dia pon tak pa. staff pon, tau2 je dapat markah. 

markah prestasi ai?? alhamdulillah.. walaupun ada yang ai tak puas hati. tapi tulah kan.. ai orang bawahan, cakap banyak pon bukannya orang atasan nak dengar. bagi ai, Allah swt yang lebih tahu. kalau dorang tak nilai dengan jujur, dorang jugak kene jawab kat akhirat nanti. bagi ai, selagi tak menganggu gugat gaji ai, ai ok je. :)

bulan 2 tahun depan, genap 5 tahun ai berkhidmat untuk IPT ini. ai rasa, dah banyak ai bagi. hahahaha bagilah sangatkan. serius ok!! orang lain gila2 claim OT, ai adalah dalam setahun tu 3 4 kali je claim. lain2 tu ai sedekah je. macam biasa, malas ok nak dok pk2 keje apa yang dah buat dalam sebulan tu. lagipon abah ai selalu cakap, "tak yah sangatlah asik nak claim je. abah dulu pun sesekali je claim. kita ni kalau nak bagi kat orang sedekah memanglah susah kan. jadinya, kau keje, sesekali tak yah claim. anggap je lah ko sedekah buat amal jariah sekali sekala. lagi pon, barang opis pun banyak ko guna untuk hal peribadikan." bila difikirkan2 kembali, ada betul ye juga.

tapi ada jugak mulut2 longkang cakap ai nak bodek bos2. wallah!! sedap betul dorang cakap. bodek?? celah manalah ai ni kaki bodek. kaki gaduh mulut dengan bos adalah. hahahaha sejujrunya, walaupun ai nampak baik dengan bos2 ai, tapi hakikatnya ai tak pernah nak membodek dorang guna kipas apatah lagi guna aircond. nak aircondkan diri sendiri pon tak mampu, ni lagilah nak aircondkan orang. 

ai bukanlah kaki mengampu. kalau bos ada bukan main rajin buat keje, kalau bos tak da, hilang ntah kemana. kalau sampai masa ai malas, ai tak kan buat keje. biarlah dorang nak mengumpat mengata ai. aikan bukan robot. kalau bos keluar ada meeting ke kursus ke apa2 ke, ai pon hilang sekali. kalau rasa tetiba nak update blog time kat opis, ai akan tinggalkan keje ai, ai akan update. hahahaha jahatkan??

markah untuk tahun ini ai tak harap sampai boleh naik pentas dapat duit seribu. kalau dorang dah nak bagi, ai ambik jelah. tapi takkan mungkin berlaku. sebab ai bukan kaki bodek!! kah kah kah kah ai cuma harapkan markah tahun ini tidak menjejaskan kenaikan gaji tahunan ai. itu saja. 

untuk kawan2 sealiran, gud luck lah ya!! :)

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?