love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

10 Disember 2010

TAHNIAH!! mama ROSNI

 9 Disember 2010
Semalam gatal-gatal tangan dail number ofis mama rosni sebab nak ajak breakfast kat luar. tapi ofismate mama rosni kata, mama rosni dan induce wad.. rasa macam pelik, 'eh, kata due date 25 haribulan'.. terus call h/p mama rosni melalui operator. tuuttt... tuuttt... tuuttt.. ermm tak angkatlah pulak.. tengah rehat kot..

10 Disember 2010
Lepas rehat cuba call lagi mama rosni. eh mama rosni angkatlah... :)
mama rosni : hello assalammualaikum..
saya : hello kak, waalaikummusalam.. akak kat hospital ek? nape kak? (buat soalah bodoh jap)
mama rosni : akak dah bersalin lah..
saya : yeke kak?? tahniah.. (wahh gembira sangat) macam mana kak boleh terbesalin nih?? kata due 25 hb..
mama rosni : akak masuk wad semalam sebab darah tinggi. pastu dah rasa sakit, dah buka 3 cm, pastu terus keluar.. doktor pecahkan air ketuban..
saya : wahhh dah jadi mama.. sakit tak kak??
mama rosni : tak sakit pon, tapi lebih 10 jahitanlah kene..
saya : tak per kak.. bestkan dah mengalami keadaan ini..
mama rosni : jap lagi akak call smula, baby nangis lah..
saya : kak, nak dengar suara baby..
mama rosni : jap.. jap...
baby : (eh termasuk dalam watak pulak si hero ni.. :)) uuwekkk uweekkk uwwweekkk
mama rosni : dah dengar??
saya : dah kak, ok lah kak.. take care.. bubye..
mama rosni : bye..
 

mama rosni kata tak sakit.. :)






 papa faiskandar gembira.. apa tak ya, zuriatnya yang pertama telah selamat dilahirkan.. baby boy pula tu

 *bukan gambar sebenar* semoga baby menjadi anak yang soleh dan mendengar kata mama dan papa. mama kata dengan aunty, mama setuju dengan nama yang aunty beri dulu.. FAIQBAL.. baby suka tak??

SEMOGA MAMA ROSNI DAN BABY BOY SIHAT.. PADA MAMA ROSNI, 
SELAMAT BERPANTANG..

** teringat dulu, sewaktu belum berumah tangga, kami merancang mahu bersalin dihospital yang sama, siap duduk sebelah-sebelah katil lagi.. tapi.. kita hanya merancang, TUHAN menentukan segalanya.. Betulkan mama ROSNI... :)

2 Disember 2010

BILA SEMUANYA SUDAH DISEKAT


Memandangkan BROADBAND atau saya senang memanggil ianya dengan BB telah disekat penggunaannya, sampai sahaja di pejabat, perkara kedua dilakukan selepas bersarapan ialah menyemak akaun FB.. selalunya boleh sebab saya melihat rakan-rakan sejawat saya 'online' dengan mudah. 
Entah macam mana, bila time saya je, tiba-tiba sudah di block.. :(

Bukanlah senantiasa saya online diwaktu pejabat. Tetapi saya akan meluangkan masa selama setengah jam sebelum memulakan kerja dan setengah jam sebelum menamatkan waktu kerja. selalunya saya akan bertapa di pejabat dengan kadar waktu yang melebihi 8 jam. Dan pada masa sekarang, saya semakin kerap pulang kerumah pada jam 9 @ 10 malam... jadi tidak salahkan saya memberi ruang untuk diri saya merehatkan minda untuk masa 1 jam sahaja..

Tidak dapat dinafikan, bila saya sudah online FB, saya selalunya tidak log off semula. Sememamgnya saya akan lupa. Dan jika diantara kawan-kawan saya diarena FB melihat saya akan online sepanjang masa, itu tidak bermakna saya senantiasa berada diatas talian. Kadang-kadang ada kawan sepejabat ingin bertanyakan sesuatu, mereka hanya menghantar pesanan melalui CHAT FB, lepas beberapa jam baru saya membalas. Kesibukan kerja diatas meja saya membuatkan saya tidak sentiasa berFB.

Selalunya saya akan online menggunakan BB dan NOTEBOOK saya sendiri. Jadi saya tidak menggunakan internet di pejabat. Cuma hari ni saja, baru nak mencuba nasib, dah kene BLOCK pula. :(

Nampaknya saya tidak berada diatas talian FB dan ini yang membuatkan saya perlu membayar BB saya dengan kadar yang segera. Tapi bila melihat jumlah akaun yang semakin berkurang, seperti perlu memikirkan banyak kali..

Sebab sudah terlalu banyak wang sudah dilaburkan pada anak pertama saya.. (kereta sayalah..) ermm dengan roadtax yang baru sahaja diperbaharui dan purse saya hilang dalam masa yang sama, huh!! terlalu banyak belanjawam hujung tahun ini.. :(

Perlu bayar atau tidak?? tak ada ke sesiapa boleh sponser.. hahahaha

1 Disember 2010

:: RAPUNZEL ::

Hye semua pengikut. cheeeyyyywahhhhh macam ramai sangat je pengikut ya.. hahaha tak kiralah, janji saya boleh mencoret sesuatu yang sangat menggembirakan hati saya..setelah sekian lama menanti..
Firstly, nak cakap thanks banyak-banyak pada NOR AZRIEN MOHD YUNUS sebab telah berjaya meluangkan sedikit masa bersama saya untuk menonton wayang.. setelah sekian lama kita berjanji, akhirnya janji itu kamu tunaikan.. :)

Tujuan utama kami sebenarnya nak tengok cerita NGANGKUNG.. tapi filem ini terlalu hangat dipasaran, jadi kami dengan rasa terpaksa redha, memilih cerita ::RAPUNZEL:: dalam hati dah berkata-kata,'janganlah cerita ini mengecewa mood girang kami ketika ini' :)

TGV Terminal2, tidaklah seramai JJ dan Alamanda.. jadi kami beratur dan membeli tiket filem ini pada jam 10.45 pm.. masih ada waktu untuk kami menjamu selera di MAARYBORWN.. memandangkan kami ni sedang berdietlah kononnya, saya dah sahabat memilih makanan yang ringan-ringan je.. 'ringan ke' boleh lah..

so lagi 10 minit nak start, kami pun masuk panggung..


taaadaaaa.... :)
mula-mula macam membosankan, tapi lama-lama amat kelakar dan menghiburkan hati dengan gelagat watak dalam filem ini.. 10 bintang boleh diberi..

* watak utama.. ::RAPUNZEL:: sangat cantik.. mata dia besar dan warna hijau.. kalau terkenanlah ni, mesti jadi rebutan anak saya nanti.. toing~~~~perasan..






** haiwan ini sangat lucu.. gelagat dan perwatakkannya amat mencuit hati.. :)







*** salah satu adegan dalam filem ini.. UGENE.. tersangatlah hensem.. kalau saya pregnant anak lelaki, kenanlah sedikit wajah tampan dia ni.. :)








Pengajaran yang dapat dari filem ini :-

  • jangan mengambil kesempatan diatas kelebihan yang orang lain ada
  • jangan terlalu mementingkan diri sendiri 
  • perlu membantu orang yang ada dalam kesusahan
  • gunakan kelebihan yang diri kita ada di jalan yang baik
  • berlaku jujur dengan pasangan kita akan membuahkan rasa kasih sayang dan cinta yang lebih mendalam
dah macam pengkritik pula kan?? kalau kalian berhajat untuk menonton filem ini tersangatlah dialu-alukan. sangat best dan penuh dengan mesej yang tersendiri.. tapi biasalahkan, kalau dah nama pun cerita orang putih, adegan bercumbuan itu tidak sah kalau tidak ada dalam pembuatan filem. jadi bimbingan anda sebagai ibu bapa bagi menerangkan maksud yang tersembunyi amat diperlukan.. :)




GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?