love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

10 Disember 2012

dua belas bulan dan lima belas hari

salam & hai..

dengan umur Nur Afnan Nisrina dah nak menginjak ke tiga belas bulan, ai sebenarnya banyak tak update pasal perkembangan dia. cerita tumbuh gigi. cerita nak jalan. aishhhh banyak lagi ok. ai jadi tak sempat sejak2 kat rumah dah tak da BB. orang sebelah punya wifi ada password plak. hahaha kedekut kan?? :p

ok ok ok, yang tu entri lain ok. kali ni ai nak cerita pasal cerita jalan jalan jatuh si kecik nih. semalam ai gigih masak lemak cili api dan bubur lembik sambil tangan sebelah dukung N.A.N. ini kes tak nak berletak kat dalam walker. sejak2 nak jalan dah ni, dah tak pandang dah walker tu. dipandangnya sebagai musuh a.k.a tempat kurungan. sambil masak sambil cerita2 dengan N.A.N.

N.A.N diserang batuk yang lama. hampir 2 bulan. lamakan?? semuar klinik ai dah pegi. dalam jangka masa 2 bulan ni, hanya baik dalam masa 2 minggu je. tu pun sebab nak buat operate. ai punyalah jaga kesihatan dia, last2 kene batuk selesema jugak. ntah dengan sapa dia boleh berjangkit. kat rumah pengasuh, dia sorang je..

malam tadi, lepas masak, suapkan N.A.N makan, dok main2 dah tukar baju tido, tiba2 N.A.N duduk dan bangun dengan jayanya tanpa berpegang @ berpaut dengan sesapa. teruja vs terperanjat. tapi bila dia nak melangkah setapak ke depan, terduduk lagi sekali. cuba lagi sekali, jatuh lagi. bila ai dan Mohammad Bazli cakap, cepat sayang, ibu ayah tau sayang boleh. lagilah berusaha si kecik nih. ;p tapi untuk ke lima kali, dah tak nak. dok lah merangkak ke sana sini balik. sebab kali ke lima tu jatuh terduduk sambil tersembam muka kat lantai. takut2 lagi. kata mak dah nak jalan2 jatuh. :)

tak sabar ok.. nak tengok dia jalan. jalan kedek2.. hahahaha teruja sesangat dah ni. so bagi sesapa yang doklah mengata anak ai lambat jalan sebab tumbuh gigi dulu, tengok tengok tengok, anak ai dah jalan jalan jatuh ok. hahahaha giler berlagak

ada harapan untuk umur tiga belas bulan untuk dia berjalan dengan jayanya. cuma rambut je tak tumbuh lebat lagi nak buat tocang. ;(

mummy2 semua excited tak anak dah nak jalan ni?? 


GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?