love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

23 Januari 2014

ragam NAN

Assalammualaikum

Sekarang ni, bila time minum susu, NAN dah kene berpaksa. ai pon tak tau kenapa. pelik sungguh kerenah dia sekarang nih. kadang2 ai naik tak paham apa yang dia nak. semua ni bermula time ai bercuti seminggu balik perak minggu lepas. 

iya, NAN seorang kanak2 yang pemakan. cuma badan dia saja yang tak bam bam. genap umurnya 2 tahun, ai dah mula bagi dia makan semua makanan, terutama seafood dan daging. NANkan ada eczema, dan ai mula pantangkan dia dari segala macam makanan. kesian ai tengok dia time tu. sampaikan dia dah lali dengan sayur dan ikan saja. dan sekarang ai boleh senang hati sikit sebab NAN seorang kanak2 yang tak perlu dipaksa2 makan sayur.

back to story, disebabkan NAN pemakan, semua orang bagi dia makan macam2. ai tak nak tunjuk jari pada sesiapa. mungkin ada salah ai juga dalam bab ni. sebelum2 ni, bila dah makan nasi pon, dia akan minta susu juga bila time dia nak tido atau dah penat main2 atau tengah leka tengok tv. ai hadapkan segala macam jajan berkhasiat pon, dia memang akan mintak susu.

kat taska pon sama. ai bekalkan susu kat taska 3 bekas susu. ai tak pernah bagi susu setin pada taska. sebab nanti ai tak tau anak ai minum susu banyak mana. setiap kali balik, ai akan tanya kat pengasuh macam mana keadaan NAN time kat taska.

ai tak tau dimana silapnya. bermula dari seminggu yang lepas, NAN akan minum susu sekali je time pagi lepas bangun tido. mula2 ai tak kisah sangat, sebab itu memang rutin dia. tapi bila dah pukul 10 11 macam tu, dah time dia mengantuk, bila ai bagi susu nak tidokan dia, dia akan cakap nanak nanak. siap ketap2 mulut tak nak minum. siap menjerit meronta2 badan. macam ai nak bagi minum racun pulak.

kali pertama, tak perlah. ai tidokan saja dia. bila time tido, selalunya kalau ai suakan puting botol tu, dia akan mesti minum juga. tapi kali ni tak pon. boleh sambung nangis macam orang kene dera. saat ni, ai dah mula pelik. dahlah sejak akhir2 ni ai cepat naik angin. habis NAN kene cubit, kene pegang2 kuat2 suruh dia habiskan susu.

bila dah kat kampung, cucu sulung pulak tu, bila dengar NAN menangis, mak mentua ai cakap jangan dok paksa2 kalau dia tak nak. bukan ai paksa, dah memang dia perlu minum susu untuk tumbesaran yang sempurna. keadaan ni berlarutan sampailah sekarang. NAN seperti fobia bila dengar susu. 

dah macam2 cara ai cuba. pertama ai cuba tukar susu. NAN memang tak boleh minum susu putih. dia akan cirit birit. jadinya, sejak kali pertama ai perkenalkan NAN dengan FM ni, memang perisa coklat saja yang dia akan minum dan ok. dari susu semurah2 sampai susu yang harga seratus lebih, pon tak nak dia minum. kakak ai cakap try susu ILHAM. ai beli, pon sama. kat rumah tu dah bersusun kotak dan tin susu yang dia tak nak. sampaikan ai beli semula susu soya dan gula batu. pon sama.

bila dah mula putus asa dengan cara susu, ai try tukar puting botol. maybe NAN dah tak nak dengan puting botol yang leper brand MAM tu. ai tukar puting botol yang leper tapi keras sikit. 




pon dia tak nak jugak. pastu ai tukarkan dalam cawan. kot2lah dia dah rasa diri dia dah besar dia nak minum dalam cawan, pon sama. tak nak jugak. berperang, menangis, luahkan kesusahan hati, semuanyalah pada NAN. sama2 nangis dengan NAN. sampailah sekarang.

ai ada bertanyakan dengan doktor kat tempat keje ai. dia pon terkejut, kenapa kanak2 seawal usia NAN dah susah minum susu. ai ceritalah semuanya. ai cakap NAN dah terbiasa kenyang dengan nasi. doktor terkejut, dan ayat pertama doc cakap, adalah tak boleh. semua penerangan doc ai faham dan susah untuk memaham orang yang lebih tua dari kita.

doc pesan dengan ai, bila time ai nak bagi susu pada NAN jangan dipaksa2. takut bertambah fobia dalam diri dia. sekarang, ai akan cuba sedaya upaya akan cuba pujuk dia secara lembut. sekarang ni tak boleh cakap dengan dia nak minum susu, kene tanya dia, "Rina nak minum air milo?" dan kadang2 NAN sendiri yang akan minta air milonya.

tak pon, bila time dia mula nak buat perangai tak nak susu tu, ai akan susun beberapa anak patung kesayangan dia, dan ai acah2 suruh 'baby2' dia minum dulu. setakat ni, kaedah ini berkesan. 

hari pertama ai hantar NAN ke taska, ai sangat risau. dalam pukul 10 macam tu ai akan sms pengasuh tanyakan keadaan NAN. nak ke dia minum susu? kene berpaksa tak? dia minum guna botol yang mana? ai adakan bekalkan 3 jenis botol beraneka puting. kat taska, ada jadual pemakanannya sendiri. dengan ai pon ada jadual. bila masa minum susu, bila masa makan nasi, bila mana makan jajan berkhasiat. 

ishhhh risau dengan kerenah NAN. makin dia membesar, semakin ai risau runsing hati. sai anggap ini semua adalah fasa untuk ai mengenali anak ai sendiri. ai juga berharap kesabaran ai ini akan berhasil dan dia membesar dengan sihat dan menjadi anak solehah. amin...


20 Januari 2014

NUR AFNAN NISRINA ~ mencabar mindanya sendiri

Assalammualaikum

hari tu ai ada terbaca satu blog mama yang dia update pasal aktiviti anak dia. ai tak ingat nama blog dia. tak silap ai anak dia umur dalam sebaya NAN. kalau tak pun maybe NAN tua sikit.

permainan yang dia bagi kat anaknya seperti asingkan warna, susun objek kecill dan besar, main puzzle dan macam2 lagi. dan ai pon tertarik nak perkara yang sama pada NAN.

first ai belikan soft sponge yang ada 4 jenis bentuk dan 4 jenis calour. 
second ai belikan paper clip ada 4 jenis bentuk. ada bentuk bee, fish, snail and bird
tihrd ai belikan manik kecil beraneka calour
keempat ai belikan objek plastik yang ada 6 jenis bentuk
ada lego dan tanah liat.

hari pertama ai ajar NAN kenalkan warna dulu. sebelum nikan dia asik nak mewarna je. kali ni nak kenal pulak. memang memerlukan kesabaran yang tinggi. sebab NAN agak lambat sikit nak kenal warna yang ada. dan dia ai nampak cepat hilang fokus, cepat bosan bila diajar banyak kali. sekali dua NAN akan ikut apa yang ai ajar, masuk kali ketiga, fokus dia dah mula nak ke laut. lama2 ai yang tension. hahahaha

hari ke3 NAN dah boleh sikit2. ai suruh NAN masukkan bentuk2 yang sama yang dah ai letakkan dalam bekas cawan. cawan pertama sampai cawan ketiga betul dia masukkan, masuk cawan yang keempat sampai keenam dia dah mula confius. 

hari kelima, alhamdulillah NAN dah boleh buat asingkan colour2. dengan syarat suasana mesti senyap dan tak ada benda lain yang boleh membuatkan dia hilang fokus. ai tau ni pon bila ai ajak NAN main dalam bilik dia. dalam masa 1 jam je, NAN dah boleh buat. baru sekarang ai tahu, kenapa mak abah ai paling tak suka kalau buat homework depan tv. sebab inilah.. tak FOKUS. tapi bila dah tak buat sehari, esoknya ai test lagi NAN, dia akan jadi lambat semula. ishhhh kene refresh banyak kali. kadang2 ai pulak yang naik angin. hahaha

seterusnya ai ajar NAN asingkan manik2 kecil ikut saiz. aktiviti ini NAN agak cepat sikit. ai cuma ajar NAN sekali, yang lainnya dia boleh buat. alhamdulillah

aktiviti dengan paper clip pulak. first ai ajar dia asingkan ikut binatang yang sama. sebab NAN boleh ingat aktiviti asing2kan colour tu, yang ini pon dia boleh buat juga. tapi makan masa sikit. lepas habis main asing2kan binatang, ai suruh dia clipkan 2 kertas guna paper clip yang sama. hohohoho yang ini ai nampak sangat dia buat dengan gembira. sebab tak ada undang2 mainan. NAN boleh amik mana yang dia suka.

aktiviti lego dan tanah liat. ini adalah aktiviti yang paling dia suka. NAN boleh buat apa yang dia suka. lagi2 main tanah liat. kalau lego tu pon dia kene pening2 cantum2, tapi tanah liat dia boleh ubat apa saja.

alhamdulillah.. bila ai ulang semua aktiviti ni, NAN dah boleh buat. dengan syarat tempat yang sunyi. 

NAN sedang mencabar minda dia sendiri. gud luck sayang. yang penting.. puting memang tak pernah tinggal.
 

14 Januari 2014

tercabut sudah


assalammualaikum
 
 sebelum ai berxuti panjang nak balik kampung mohammad bazli, silikon mata NAN memang dah terkeluar sikit. ini lepas mata dia bengkak merah pastu bernanah. lepas nanah tu pecah, ai dah nampak silikon mata dia dah terkeluar sikit.

time tu ai biarkan saja. cuna NAN je agak rimas dengan silikon tu. bila ai tak nampak dia, dia mesti usik2 pastu try tarik keluar. sampai je kampung, silikon dia tu semakin panjang.

hari isnin lepas, ai try bawak pegi hospital taiping. manalah tau kot2 doc pakar mata sini boleh buat tanpa ai perlu balik ke hkl. tapi, rupa2nya dorang pon tak boleh buat. sebab doc sini call doc hkl, dan doc hkl tak bagi buat apa2.

sepatutnya ai mesti balik hari selasa sebab doc hkl nakmjumpa hari rabu. mood ai dan mohammad bazli dah kelaut. airmata ai pulak asik nak keluar je. sedih kot. dan sebemarnya ai lebih takut.

lepas balik dari hospital tu, sampai rumah mil ai, NAN tido. mengamuk memang tak hengat sebab awal pagi dah bangun petang baru balik. ai pulak tengaj bersms dengan mak ai. tiba2  ai dengar NAN panggil ai.

"abu.. abu... nah.. nah.. abut bu.. abut.."
"ni apa ni??" tanya ai tengok kat tangan NAN"
 "abut.. abut. ni" jawab NAN sambil tunjuk mata kanan dia.

 ai pegang terus panggil mohammad bazli time ni kat luar. silikon mata dia dah terkeluar. ai tak tau macam mana NAN buat, tapi ai rasa mesti dia tarik sampai tercabut.




 inilah rupa silikon mata NAN. macam getah lembut. nasib baik tak berdarah teruk ke  atau apa2 yg tak elok. gekas silikon ni pon dah baik. ai dan mohammad bazli buat keputusan tak balik mantin hari selasa tu. kami akan pergi minggu depan lepas naik cuti ni.

 ai tak pasti apa keputusan doc lepas ni. tapi ai sebagai ibu dapat rasa operation akan berlaku jugak. untuk keluarkan benang yang masih tertanam di atas kening mata kanan.

doakanlah semua akan berjalan dengan baik baik saja. alhamdulillah tiada yang buruk berlaku pada NAN











GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?