love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

20 Disember 2012

simpan sikit-sikit lama-lama banyaklah!!

tajuk entri pon dah tau pasal menabungkan. ekceli ai tak buat pun tabung untuk Nur Afnan Nisrina tu. tak pernah terfikir pon nak adakan tabung untuk dia. sebab ai dah bukak akaun SSPN untuk dia. segala mak nenek duit dia, ai simpan dalam SSPN. yelahkan, mulai tahun depankan, sesapa nak pinjam PTPTN kene ada akaun SSPN. *walaupun N.A.N baru 14 bulan tahun depan* ai berharap sangat anak ai akan belajar sampai ke universiti dan sampai ke luar negara. sebab cita2 ai dulu tu tak kesampaian. jadinya ai salurkan ke anak pulak. :p

dari duit yang orang bagi time nengok dia time pantang dulu, duit nenek dan atok bagi, duit raya, duit ai yang bagi kat dia, semualah ai simpan dalam SSPN. last ai masukkan duit raya haji tu, ai nengok duit dia dah nak dekat RM3k. duit simpan ibu pon tak banyak macam tu. ai berangan dan buat kira2 sendiri, nak sampaikan dia umur 18 tahun, maunya berpuluh riban dan insya-allah cukup untuk menampung dia belajar nanti. *tinggi sungguh harapan ibu mu ini anak*

ai tak tau macam mana ai teringat nak belikan tabung untuk dia. macam mana ek?? ermmmm ntahlah. *tak kuasa aku nak memikir. hahahaha* tetiba je ai terfikir, N.A.N tak ada lagi tabung kat rumah. tabung yang nampak kat mata. mak ai cakap, nak didik biarlah dari ekcik2. walaupun tak faham, tapi dia akan mengerti. tapi masalahnya sekarang ni, penat ai cari tabung2 yang cantik2 ataupun yang berkenan dihati. tapi tak jumpalah. ai nak tabung yang macam dulu2 tu. tabung buah, tabung postofice, tabung logo bank. tapi tak jumpa pulak. kat mana ek ada jual tabung2 macam tu??

mula dari ai teringat nak adakan tabung, tapi sampai sekarang tak jumpa, ai dah mula menyimpan duit untuk dimasukkan dalam tabung dia nanti. ai simpan, sehari 1 ringgit. sebenarnya yang ni pon ai ikut khidmat nasihat dari radio hotfm. dj kieran cakap, simpan 1 ringgit sehari pon dah ok. sebab kalau kita nak simpan banyak memang tak akan buatlah kan. :p jadinya ai simpanlah sehari 1 ringgit. ekceli ai pon dah buat. alhamdulillah, duit simpan ai dah banyak. bila dah banyak je, ai pon terkedek2 simpan dalam ASB. tapi time terdesak nak pakai duit, malu nak keluarkan. padahal duir sendiri. apa kes?? sejak ai dah rasa malu2 tu, ai dah tak simpan semua, ai akan tiggalkan sikit untuk kegunaan masa kecemasan. tapi kalau bulan tu ok je, duit tu tak berusik.

duit simpan ai dan N.A.N ai tak campurkan. eh tak naklah!! takkanlah ai nak gunakan duit anak pulakkan? lagi pon ai nak lumba, sapa simpan lagi banyak. hahaha*ok koslah anak yang akan banyak*

ok sayang Nur Afnan Nisrina, ibu nak mula menyimpan untuk masa depan awak. jadi awak kene belajar rajin2 tau. tak mo malas2. nanti bila dah besar, awak dah pandai menyimpan, awak teruskanlah amalan ini ok. sebab simpan sikit-sikit lama-lama banyaklah!!

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?