love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

31 Januari 2013

cerita operate mata Nur Afnan Nisrina

haii lah kan... lama gila tak updatekan.. tak menyempatlah keje ai sekarang. sangat kelam kabut. ai rasa diri ai ni pon dah terabai. dapur pon dah lama tak berasap. ai sekarang pon tak sihat lebih dari 2 minggu. dah 2 klinik ai pegi, dah habis dah ubat ai makan, tapi ai still lagi tak sihat. dengan telinga sebelah tak dengar, banyak betul dugaan Allah untuk ai dan keluarga awal tahun 2013 ni. bukan ini yang ai nak cerita. ai nak cerita pasal pembedahan mata Nur Afnan Nisrina.

17 Januari 2013

pagi tu ai bertolak dari rumah dalam jam 8 pagi. sebab ai singgah ofis amik GL. macam biasa jalan ke HKL tak pernah tak jem. jadinya, sepanjang perjalanan ke HKL ai dan N.A.N tido. Mohammad Bazli yang beria memandu. sampai je kat HKL, Mohammad Bazli turunkan ai kat tempat pendaftaran masuk ward. dia pegi parking. tak kuasa ai nak menapak jauh2 dengan berangkut beg banyak2 dengan nak dukung N.A.N. tenaga lelakikan lagi kuat dari perempuan. tetibakan.

lepas masuk ward, dapat katil, terus je kitaorang tak tau nak buat apa. dok je lah melayan dah melawat pesakit2 katil2 sebelah. katil N.A.N kat tepi tingkap. dalam jam 2 lebih badan N.A.N dah mula panas. ai tak tau kenapa N.A.N demam. ai dah takut. takut tak jadi lagi. doc bius panggil ai. cerita pasal ubat bius. kali ni ubat bius N.A.N doc bagi yang smooth sikit. sebab hari tu ubat tu dorang bagi sama macam ubat orang tua.

malam tu, ai tak pakaikan N.A.N baju pon. dia tido berselimutkan kain basah. batuk dah ada, selsema pon dah ada. puas ai tipu sunat dengan doc2 yang macam tak nak buat operate N.A.N. ai pulak, risau bertambah2 dengan doa ai yang tak pernah putus.ya allah.... ai tak tido lena malam ni.

18 Januari 2013

N.A.N orang yang pertama. pagi ni, suhu N.A.N macam dah normal sikit. penat ai cakap dengan N.A.N. minta dia kuatkan semangat. Alhamdulillah.. N.A.N tak nangis sikit pon bila masuk bilik OT. siap bye bye dengan ai. sementara N.A.N dok ralit dengan nurse2 doc panggil ai masuk dewan bedah. doc tunjukkan barang2 yang dia akan gunakan. lepas tu N.A.N masuk, ai sambut dari tangan nurse, baringkan dia atas katil. kat tangan ada belon dan gula2. ai tahan hati ai, jangan nangis. anak ai akan selamat. ai percaya, Allah akan jaga anak ai sebaik mungkin. ai keluar dan tunggu kat bilik menunggu. masuk jam 7.30 pagi. sampai selesai semua jam 11 pagi. proses pembedahan selama 4 jam setengah. sepanjang tempoh tu, macam2 surah ai baca. dan akhirnya ai menangis jugak. setiap kali nurse lalu lalang depan belik ai tu, jantung ai berdegup laju.

11 pagi

nurse panggil ai. ai tanya dah sudah ke?? nurse tu senyum dan angguk kepala. ai ikut nurse tu sampai ke katil N.A.N. time ni airmata ai dah macam hujan. tak tau ai nak cakap apa. berubah betul muka N.A.N. ai tengok dah macam muka ai kecik2 dulu pun ada jugak. Alhamdulillah... terima kasih ya allah... time ni N.A.N masih lagi separuh sedar. masih mamai2 lagi.

ini wajah N.A.N selepas operate. masih lagi memerlukan gas oksigen untuk membantu dia bernafas. badan N.A.N time ni dah panas walaupun dalam dewan OT tu sejuk ye sampai ke tulang sum sum

dalam ward
 
dalam jam 11.30 pagi, N.A.N dibenarkan masuk ke ward semula. tapi tulah.. N.A.N dah mula merengek je. panas badan tak yah nak cakaplah. ai sukat suhu N.A.N sendiri lebih dari 40c. ai kelam kabut panggil nurse. doc bagi ubat bontot. tak pernah2 N.A.N demam macam ni sekali. bagi susu tak mau, bagi air masak lagilah tak mau. tapi doc suruh ai bagi jugak susu. sebab N.A.N dah puasa lebih dari 6 jam. takut perut dia masuk angin. kembung lain pulak cerita dia. N.A.N tak nak sikit pon hisap botol. menangis, merengek. kalau hati tak kuat, ai sama2 berangin. ai suapkan pakai sudu. dengan badan panas macam tu, ai bedungkan dan suap pakai sudu. airmata ai tak yah nak cakaplahkan.. kalau ditadah, dah bertong2 dah agaknya.
 

hari kedua. mata N.A.N dah mula bengkak.mata pon semakin sepet semula. airmata pon asiklah menangis. dengan makan tak nak, minum pon tak nak, hati ai pulak yang risau, dalam masa 24 jam, badan N.A.N dah susut. doc suruh timbang, berat dia sama macam umur dia 7-8 bulan. 7.5 kg. ai dukung pon tak berasa. sedih ai.. kenapa Allah tak beri ujian ini pada ai saja, kenapa perlu anak sekecil ini??



selepas letak ubat. 
sejak2 anak dah sakit ni, ai memang malas nak edit gambar ke hapa ke. tengoklah badan N.A.N. sangat kurus. time ni timbang dah 8 kg. sepanjang di hospital, memang tak pernah pakai baju, suhu badannya membahang2. lagi sebelah malam.
 tak mampu nak celik mata lagi, kesian ai tengok anak ai sendiri.

 luka dah semakin kering. cuma selera je tak datang2 lagi. asiklah tidur je.

 tempat silikon. bengkak lagi..

 ai tak tau nak buat apa dah time ni. menangis memang tak hingatlahkan. akhirnya dodoikan guna tangan je. bergilir2. mula2 Mohammad Bazli tidur dulu. ai yang melayan N.A.N. mengendong berenjut guna tangan. dalam jam 2 3 pagi, ai kejutkan Mohammad Bazli giliran dia pulak melayan N.A.N. macam tu lah selama 7 hari di HKL
 akhirnya sampai dirumah, ai naikkan buaian. berenjut. nasib baik mama iqbal kasi pinjam. ai dah nak beli je. cuma kat rumah pengasuh ai bagi bouncer je. 


N.A.N dibenarkan discharge pada 22 Januari 2013. 29 Januari 2013 lepas, ada folowup lagi. semua doc macam pelik kenapa tak naik2 kelopak mata anak ai. nak kata tak jadi, semua benda yang tiem operation tu masih terletak. doc bagi masa dalam sebulan. kalau still lagi tak naik kelopak mata N.A.N, pembedahan ini akan dilakukan sekali lagi. YA Allah........

barang untuk disewa - dulang hantaran-

barang ni adalah dulang hantaran time ai kawen dulu. disebabkan mak ai bukanlah jenis mengumpul dulang hantaran walaupun anak ye semua perempuan, jadinya ai kene beli dulang hantaran sendiri. time tu ai tak suka hantaran ai diletakkan atas dulang yang berkaki tu. jadinya ai pujuk separuh mati mak ai untuk membenarkan ai membeli barang ini. bukannya apa, mak ai selalu cakap, lepas ni dah tak guna, nak buat apa?? kan kene simpan je. samalah jugak dengan kotak hantaran Mohammad Bazli. (ai tak amik gambar pulak. kotak berukiran warna putih. nanti ai amik gambar ok) dok simpan je.

sebelum ni ada kawan ofis ai tunang, dia nak sewa barang ni pada ai. nak tengok?? jap jap. ai muatnaik photo. ahaks!! firstly, barang ni masih dalam keadaan baik. walaupun dah 2 tahun ai simpan. tak berkarat pon.


SILA ABAIKAN BENDA2 SELAIN DARI DULANG HANTARAN INI

 dulang ni memang dah berkaki. tak payah nak guna dulang hantaran yang berkaki yang macam selalu tu. yang ini ai ada 7 set. 

 zoom bagi dekat sikit. still cantikkan??

 permukaan atas. ai dulu alaskan dengan kabus nipis yang dah dibalut.

 lagi sekali

masih dalam keadaan baik

jadi, ai ada menyediakan perkhidmatan menyewa. hanya disekitar Seremban, Nilai, Bangi, Kajang dan Serdang. sebab ai akan hantar sendiri pada penyewa.

kadar sewa:

dulang hantaran saja = RM 150/= (sehingga majlis selesai dan wajib dikembalikan sehari selepas majlis selesai)

deposit = RM 70/

*jika barang dipulangkan dalam keadaan baik, wang deposit akan dikembalikan. dan jika barang dipulangkan dalam keadaan rosak, wang deposit tidak akan dikembalikan.

dulang hantaran beserta hiasan dan gubahan
RM350/=
hiasan dan gubahan penyewa berhak menentukan warna dan corak hiasan.(sehingga majlis selesai dan wajib dikembalikan sehari selepas majlis selesai)

deposit = RM 80


ai juga menyediakan perkhidmatan menghias dulang hantaran. jika berminat boleh hubungi number ai ni

019-672 6141


saya budak baru belajar berbisnes

sebenarnya dah ramai orang suruh ai jualkan barang dorang. kainlah, tudunglah, makeuplah, tuppurwearlah. aishhh banyaklah lagi. cuma ai je tak berani. ai nikan pemalu. marketing ai tersangatlah down.

tapi, untuk kali ni, ai mencuba. ai budak baru belajar berbisnes. sesapa yang terbaca atau ternengok blog ai nih, kalau berminat boleh call ai. produk kuruskan badan. diri ai sendiri sebagai testimoni. ai baru je pakai. tak nampak kesan lagi. baru sangatlah. tak sampai seminggu. tapi kawan ofis ai, dah pakai 2 minggu, turun berat badan 1 kg. disebabkan inilah ai beria2 nak pakai dan jualkan pada yang berminat nak kurus macam ai.

bertambah2 semangat ai lagi2 ai memang tengah on diet sekarang ni. tapi kene pakai secara konsisten ye. janganlah kejap2 pakai, lamaaaaa pulak tu tak pakai. mana nak nampak keberkesanannya. nanti produk juga yang disalahkan.

ok!! sesapa berminat bolehlah hubungi ai k. kalau dalam area Nilai, Seremban, Bangi, Kajang ai boleh hantarkan. tapi MESTI beli atas dari 3 botol. Insya-Allah, dengan usaha yang telah kita lakukan, ianya akan nampak berhasil.


 CUBA dan RASAILAH PERBEZAANNYA SENDIRI

TAK PERLU BERLAPAR

TAK PERLU PANTANG MAKAN

HANYA SAPU DUA KALI SEHARI, SIANG DAN MALAM
DAN
HASILNYA SANGAT MENAKJUBKAN


model tu bukan ai tau. tapi tak lama lagi jadi macam model tu lah. hanya dengan sapuan saja. :)
jika berminat boleh je SMS atau CALL number ai tu. semuanya akan ai layan k.

 inilah krim tu. warna pink. yang penting wangi. tak adalah orang lain bau cakap macam bau orang pantang. tak yah picit banyak2. sikit pon dah cukup.


 
 ini rupa botolnya. ai lupa nak edit. tu yang senget tu.


 ini ai dah sapu kat tangan ai. seriusly!! tak berminyak langsung. lepas sapu ni terus buat keje rumah. berpeluh memang tak hengat. yang bestnya, losyen ni tak keluar semula ikot peluh pon. tu yang best tu.


 tak caya?? tengoklah tanga ai tu. tak berminyak pon. eh!! tangan ai nampak kurus.
*OMG. sangat over kau* ok tipu je.

ai cite sikit tentang berat badan ai naik secara mendadak bila anak ai putus breastmilk. risau ai ok. sebab banyak baju keje yang dah tak muat. yang lagi merunsingkan ai, bila ai diet tak makan nasi pon berat still mantain. stress!! ai ada cuba 2 pil yang doc syorkan. tapi ai tak sanggup sebab selalu nau nak ke toilet. perut ai pon rasa memulas je, tapi tak nak membuang. baru 2 minggu ai makan, ai dah stopkan. lepas tu ai cubalah pakai losyen 1 jenama ni. memang dah terkenal. tapi ai rasa tak selesa bila ai berpeluh, badan ai rasa melekit. losyen tu macam keluar balik. tu yang ai tak berapa berkenan tu. 1 day, Mohammad Bazli suruh ai cuba yang ini. dia kata ai ni jadi testimoni dia. bolehlah dia promote lebih sebab dah ada hasil. ai try pakai. tapi baru je lagi. oklah!! ai rasa ok je. lagi pon kene sapu sikit jekan. yang penting, kalau ai berpeluh pon ai tetap akan rasa selesa. Mohammad Bazli siap cakap, tak lama lagi saya tengok awak macam Nasha Aziz. :p

jom!! sama2 ai untuk kuruskan badan. call atau sms ya jika berminat.

tolonglah ai ni yang baru mula berjinak2 dalam dunia bisnes. :)


15 Januari 2013

Nur Afnan Nisrina = satu tahun dua bulan

 sudah pandai jalan dengan laju!! alhamdulillah..


rambut juga semakin lebat. :)

cerita EMAK lagi

bersambung...

after 3 days dok dalam ward, barulah doc pakar hidung mulut dan tekak datang cek mak ai. time ni ai tak da, cuma kakak ai no.2 tu je yang ada. sebab dia yang jaga mak selama mak kat ward. dia cakap, doc pakar tu masukkan camera untuk tengok apa yang ada dalam tekak mak ai. so bila dah masuk camera tu barulah tau apa sebabnya. so doc dicide tak leh tunggu lama. takut2 berjangkit kat paru2 pulak. lagi bahaya. hari rabu lepas, mak ai buat operation di leher untuk membolehkan lendir dan segala nanah tu keluar. 

ni baru lepas beberapa jam selepas operate. tu yang ditutup dulu. sangat seksa ai tengok mak.

ni time nurse jolok tekak mak ikot lubang yang ditebok. sebab mak ai susah nak nafas.



ai tengok mak dah macam orang lain. :'(


seksakan? sakit luka jahit time bersalin pon ai dah rasa sakit, apatah lagi kalau begini.

ramai tanya, macam mana keadaan mak. keadaan mak tak ada banyak beza. sama je. masih lagi bergantung dengan oksigen dan tak boleh bercakap. ai sangat rindu nak dengar suara mak. 2 3 bulan tu satu tempoh masa yang agak lama. 

mak, yanie doakan mak akan cepat sihat. yanie masih lagi memerlukan mak. :'(

9 Januari 2013

banyak cerita

ok. hujung minggu ai yang agak penat dan kelam kabut. banyak sangat dok dalam otak dan dah tak tahan nak diluahkan. kalau tak diluahkan, rasa sakit dada pulak.

cerita 1

jumaat lepas, memang berat hati nak balik seremban. tapi bila memandangkan keadaan rumah yang tak terurus ai tangguhkan dulu hasrat ai tuh. nak tangguh lagi seminggu. tapi petang jumaat tu dapat sms dari sorang pembeli nakkan Lotion Felinna tu, ai terus je ubah fikiran. packing baju mana nak pakai, then terus siap. orang kampung dekatkan.. :P sampai2 je rumah mak, tengok mak macam tak sihat. mak cuma mengadu rasa macam nak demam dan sakit tekak. time ni dah nampak leher mak dah bengkak sikit. malam sabtu tu, mak mengadu lagi sakit, tak leh makan dan minum. ai desak mak pegi klinik panel ai je. ok. doc panel kata juz sakit tekak biasa dan ada ulser sikit. doc bagi ubat hisap dan antibiotik. memang seksa ai tengok mak bila nak telan ubat. pagi ahad tu, mak mengadu lagi. mak lapar tapi tak leh makan. lepas ai siap lipat baju, N.A.N pon dah bangun siap makan bubur, ai ajak mak pegi HTJ. mula2 mak tak nak, bagi macam2 alasan. "kau ti dengan anak lagi, tak bawak stroller, susah nanti." tapi bagi ai, itu bukan alasan. dalam hidup ai memang tak ada perkataan susah sebelum ai buat. so mak pon ikot cakap ai. sampai2 je HTJ, attenden tu bawak mak ke zon separa kritikal. sebab mak ai tak leh bernafas dengan betul. lebih kurang 2jam dalam zon kuning tu, ada sorang pakcik jumpa ai cakap mak kene warded. ai memang dah agak. dengan mengendong N.A.N yang beratnya dah 10kg tu, ai ikot mak sampai ward. sebelum masuk ward tu, ada sorang guard india tu tak bagi ai masuk pulak. sudahlah kita penat, boleh pulak dia nak tahan2. dah nampak ai follow nurse yang usung mak ai, tu pon nak ditanya lagi. mak dah lepas, ai masih lagi tersekat kat pintu bawah tu. "baby tak boleh naik ya." guard tu sound ai. "ya, saya tau. saya sorang, dengan sapa ai nak tinggalkan anak ai? u ke nak jaga?? kalau anak ai hilang sapa mau bertanggungjawab. u tak nampak ke ai follow itu nurse. lepas doktor tanya kat mak ai, ai keluarlah. mak ai tak boleh cakap." time ni ai dah mula naik darah. kalau nak ikot prosedur, kene tengoklah keadaan seseorang tu macam mana. tapi guard tu macam tak paham cakap ai. "tapi budak2 tak boleh masuk." lagilah ai angin. dah tak nampak orang keliling pandang2 ai. ai dah naik suara time nih. "iya.. saya paham, budak tak boleh naik. tapi saya sorang2. tak da sapa saya nak tinggalkan anak saya. u mau jaga ke?? kalau anak ai hilang? u kene paham lah." ai dah tak dengar apa kata guard tu, ai terus naik lift.

selang 2 hari mak ai dalam ward, doc tolak mak ai ke ICU. sebab mak ai dah kritikal. yelahkan, tak leh makan n minum, so mak ai tak makanlah ubat darah tinggi n ubat kencing manis. so kedua2 penyakit nih naik mendadak. tambah lagi sakit buah pinggang mak ai tu. makin teruk ai tengok mak. dalam ICU barulah doc ceritakan keadaan mak ai. sebenarnya saluran pernafasan mak ai dah tersumbat. tersumbat dengan nanah. mula2 tekak mak ai bernanah tapi tak pecah lagi. tapi lepas petang isnin mak ai muntah2 keluar warna kuning n darah. rupa2nya nanah tu dah pecah. doc kata takut kuman nanah tu merebak kat paru, kene buat pembedahan. tebuk leher dan keluarkan lendir2 yang ada dan membolehkan mak ai bernafas sendiri tanpa menggunakan gas oksigen. tapi risiko selepas pembedahan itu adalah mak ai tak boleh bercakap dalam tempoh 2-3 bulan dan luka mak ai lambat sembuh. :'(

cerita 2

hari selasa tu, ai bawa N.A.N folowup mata kat HKL pulak. letih badan memang tak yah nak cakaplah. ai bertolak dari Nilai jam 8 lebih pagi. sebab ai singgah ofis amik GL. tempoh jem hampir 2 jam, ai sampai kat HKL lebih kurang jam 10. ai dapat jumpa doc selepas 3 jam menunggu. akhirnya ai dapat juga tarikh baru untuk pembedahan N.A.N. pembedahan N.A.N pada 18 Januari 2013 dan kene masuk ward 17 Januari. hati ai kembali berdegup laju. kawan2 semua, doakan semuanya selamatnya ok!!

cerita 3

Alhamdulillah... Mohammad Bazli dah selamat bayar bil utiliti untuk rumah baru kami. dan Mohamamd Bazli cakap jugak, Insya-Allah bulan 2 kami dapat kunci. hey!! berdouble triplelah debaran jantung ai ni uollss. 1 hape pon ai tak kemas lagi. kemas sikit2 pon tak. mesti ai penatkan?? hahahaha apa yang bertambah runsingkan fikiran ai ni, adalah peruntukan kewangan kami. mana nak bayar sewa lori, bayar orang angkat barang dan masa ai lagi sangat terhad selepas ini. sebab dari rumah ke ofis ai mengambil masa 30 minit tau. jauhkan... dan N.A.N juga akan membesar atas jalan lagi. :) ai selalu berdoa, harapkan Allah mendengar segala doa2 ai dan menurunkan lagi rezeki kami sekeluarga. aminnn

cerita 4

umur N.A.N sudah pon menjangkau 1 tahun 2 bulan. kejap je ai rasa masa berlalu. nanti tup tap tup tap dah nak sekolah. time2 umur N.A.N sekarang ni, dah ramai orang mula bising, kenapa anak ai tak jalan. dan paling ai benci, ramai yang membanding2kan anak dorang dengan N.A.N. contohnya..

"anak saya dulu umur setahun dah jalan."

"anak saya dulu sembilan bulan dah jalan"

"ko tak risau ke anak ko lambat jalan?"

"ko tak cuba ke petua2 orang dulu?"

haiii lahhhh. serius!! ai rimas ok. ai tahu mana yang terbaik untuk anak ai. baru setahun dua bulan, belum lagi 2 tahun yang dia tak jalan lagi. belum sampai masa dia lagi nak berjalan. bukannya tak boleh jalan langsung. sabtu petang lepas, time ai layan cerita kat astrofirst tu, tetiba je dia tengah main2 anak patung upin tu, bangun dan menapak 5 6 tapak. bukan main suka lagi dia. tapi bila dah banyak kali jalan tapi jatuh, akhirnya dia merangkak jugak. ai sebagai ibu dia dapat rasakan, anak dara sunti ai tu takut2 lagi nak melangkah. dan ai rasa salah satu sebabnya adalah, dia terpaksa mendongak untuk melihat keatas dan dia rasa gayat. *gayat itu ikut ai.* jika betullah apa yang ibu rasa ini sayang, kamu perlu bersabar dalam masa seminggu je lagi. lepas tu kamu boleh berjalan dan berlari menuju ke bintang. EH!!!

cerita 5

malam sabtu tu jugak, lepas bawak mak ai pegi klinik panel ai tu, kawan ai datang rumah. dia bagi tiket wayang free cerita Minyak Dagu. dia tak leh pegi sebab suami dia tak nak pegi sebab dia baru je mengandung 2 bulan. jadinya ai dan kakak ai berdua2an pergi ke JJ seremban 2 tengok cerita tu. ai memang peminat cerita hantukan. dah lama ai ajak Mohammad Bazli pegi, tapi macam2 dia bagi alasan. sebenarnya dia takut tu, sebab tulah dia tak nak layan isteri dia minat cerita hantu. cerita not so bad. bolehlah tahan hantunya. seram taklah seram sangat, tapi hantu dia memang superb!! dan memang menakutkan. sampai je rumah mak, mak tak tido lagi sebab sakit tekak. berdenyut2. dah lama ai tak nengok wayang.

next entry, ai cerita bab ai tengok cerita kekasih hati ai 2 orang tu berlakon.. makin hensem ai tengok dorang. kalau ai mengandung ni, mesti ikot muka dorangkan.. hahahaha Mohammad Bazli, awak tetap hensem number 1!! ;)

 



2 Januari 2013

selepas seminggu +++

ingat lagi tak ai ada jual lotion kurus Felinna?? ai nak cerita selepas seminggu+++ ai gunakan lotion Felinna ni..

mula2 ai pegi timbang berat badan ai. serius.. ai berdebar ok. kalah time nak masuk labour room dulu. hahahaha turun ke tak. turun ke tak. sekali naik, baca bismillah sepuluh kali. hahahaha tengok jarum penimbang.. what!!??? apa nih?? tak bergerak pon jarum ni. betul ke nih?? penimbang ni rosak kot. ok fine!! ai pegi lagi kat 1 lagi penimbang. haaaa!!! sama jugak?? frust!! macam mana nak cite dengan customer ni?? ini ayat yang pertama ai pikirkan...

ai masih lagi dalam keadaan yang positif. balik rumah, seperti biasa melakukan kerja2 seorang isteri. berpeluh2 basah2 ketiak. hahahaha lepas N.A.N tido, semua dah setel, lepas mandi, tetiba datang seruan untuk mengukur setiap tempat yang ai sapu selama seminggu. time ni dah tak berdebar macam tadi. mungkin ai kene pakai 10 botol baru berhasil, sebab aikan dah banyak kumpul lemak tepu. *pasrah dan redha*

first ai ukur kat lengan. senyum meleret. :) kenapa?? inci kat lengan ai kurang 2. time ni baru ai perasan, ada beberapa pasang baju n tshirt yang ai pakai agak longgar.

teruskan lagi berukur ukuran...

ukur kat pinggang. ermmmm senyum lagi. :) tak yah lah nak tanya kenapa lagi, sudah tentulah dibahagian ini juga berkurang. berapa?? kurang 1 1/2 inci.

teruskan lagi...

ukur kat bahagian punggung. senyum sampai telinga. kurang 2 inci.

dan last sekali...

ukur kat peha. kat sini kurang hanya 1 inci. terus ucap alhamdulillah.. berbaloi jugak ai berdiet ni. tak makan makan, tak makan nasi tengahari. hanya sarapan dan makan pagi. ai banyakkan minum air. memandangkan ai tak makan nasi tenghari dan malam, ai lebihkan sikit air manis. sebab takut2 kalau2 kene hypo. hypo tu sejenis penyakit yang kurang gula dalam darah. nanti badan jadi menggigil.

tapi kenapa berat ai tak turun?? ai agakkan, sebab inci2 yang berkurang tu, kalau ditimbang tak sampai sekilo. sebab tulahkan berat ai tak turun. tak turun tak pa, janji kat bahagian2 yang ai nak kecik tu turun. hahahaha gila obses nak kurus.

jadinya, mehl lah bergembira bersama ai. kurus sorang2 ni tak best, jom lah kurus ramai2. hahaha kalau ada yang berminat, sms atau call ai ok.. nak terus bersapu sapuan dan berdiet nih!!


1 Januari 2013

hai hai 2013 bai bai 2012

kemainkan.. blogwalking sume cite pasal tahun baru. ai pon nak jugaklah kan. nakkk jugakkk. hahaha

tak da apa nak diceritakan sebenarnya. kehidupan berlalu seperti biasa. ada pasang surutnya sepanjang tahun 2012. bak kata mak, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai. sama jugaklah dengan falsafah ai, kalau takut bergaduh2 manja dengan suami dan anak, janganlah berkahwin. hahahaha boleh??

ok ok, ai cuba serius k. :p Alhamdullillah.. masih bernafas, masih sihat, masih waras untuk menjadi isteri pada Mohammad Bazli dan ibu pada Nur Afnan Nisrina. masa cepat sangat berlalu. tak sempat je memanjang. asyik dengan tumbesaran Nur Afnan Nisrina dan asyik melayan Mohammad Bazli dan tersangattttlahhhh asyik dengan kerjaya. eh! eh! baru ai perasan, sepanjang tahun 2012 dan selepas adanya Nur Afnan Nisrina, masa ai banyak dihabiskan dirumah. keje lebih masa di ofis dan bekerja di weekand adalah sangat terhad. ai lebih banyak dahulukan keluarga. ceeewahhhh. bunyi macam mithali sangatkan. betullah korang. bila time bos bersuara ada keje di hujung minggu, ai akan sedaya upaya akan mengecilkan diri nyorok bawah meja. hahahahaa teruk bebenor bunyi ye. idoklah begitu. ai akan berterus terang saja dengan bos ai. dan selalu sangatlah bebudak ai tu buat program tanpa ai yang memantau. korangkan dah besar, pandai2lah.. anak akak kecik lagi kene lebih perhatian. gitteww kan?? hahaha

tak molah bercerita lagi pasal tahun 2012. biarkan ianya berlalu. bagi ai, yang baik jadikan pengajaran, yang buruk ai jadinya sempadan. gembira, sedih, susah payah, semuanya ai merasa. kehidupan yang dicuit dengan dugaan sampaikan ai mengizinkan airmata mengalir. susah bersama anak, adalah 1 perkara yang sukar bagi ai. tapi alhamdulillah, ai masih lagi merasai kegembiraan dan kebahagian bersama keluarga tercinta.

setahun bersama Nur Afnan Nisrina adalah kenangan yang paling manis. mengharungi kehidupan yang penuh cabaran bersama si kecil itu, banyak membuatkan ai membuat keputusan yang waras dan bijaksana. segala yang dilakukan dan dikorbankan sepanjang tahun 2012, adalah semua semata-mata untuk si anak.

yang lepas biarlah lepas, tak usah dikenang2. tahun 2013 ai mulakan dengan satu nafas yang baru. berharap dan berusaha apa yang bakal ai lakukan akan diberkati dan berjaya. berharap dalam beberapa bulan akan datang Nur Afnan Nisrina akan pandai berjalan. Januari 2013 ai akan dimulakan dengan debaran yang sama pada penghujung tahun lepas. iaitu pembedahan mata Nur Afnan Nirina. tahap kesihatan dia jugak semakin pulih.

ai ada mulakan bisnes. jadinya ai berusaha untuk lebih berjaya dan sememangnya boleh menambah pendapatan keluarga ai. 2 3 bulan akan datang, ai akan dapat kunci rumah baru. Alhamdulillah.. rezeki Nur Afnan Nisrina kami sekeluarga kongsi bersama. tak sabar rasanya berteduh hujan dan panas dirumah sendiri. mengharungi susah dan senang dirumah sendiri. kata orang feelnya lain. itu semua akan ai lalui sepanjang tahun 2013 ini.

ai berharap, ai mampu lalui segala dugaan dan cabaran yang ada dihadapan. membesarkan Nur Afnan Nisrina bersama Mohammad Bazli untuk menjadikan dia seorang anak yang solehah, cerdik dan baik budi pekerti. berusaha untuk jadi pencinta yang setia untuk Mohammad Bazli. berusaha untuk memberi perkhidmatan yang terbaik.

apa pon, selamat tahun baru 2013. eh jap jap, lupa nak bagi tau, sepanjang 27 tahun ai hidup ni, tahun 2012 kali pertama ai sambut tahun baru di Dataran Nilai. tengok bunga api live ok!! hahahaha jakun sangat!!


GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?