love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

29 Mei 2012

kata MEREKA

kata MEREKA mata NUR AFNAN NISRINA tak boleh nampak

kata MEREKA mata NUR AFNAN NISRINA buta

kata MEREKA mata NUR AFNAN NISRINA seperti itu selama-lamanya

kata MEREKA mata NUR AFNAN NISRINA seperti kura-kura

kata MEREKA mata NUR AFNAN NISRINA cantik

kata MEREKA mata NUR AFNAN NISRINA comel

apapun kata MEREKA yang pastinya hanya saya yang tahu keadaan diri NUR AFNAN NISRINA

tak perlu jadikan NUR AFNAN NISRINA topik perbualan antara kamu.. kamu.. dan kamu...

tak perlu nak dikutuk dan mengapa keadaan NUR AFNAN NISRINA

bagi ai, semua kejadian ALLAH swt adalah yang terindah.

dan setiap kekurangan setiap insan pasti ada kelebihannya...

2 tahun

29 Mei 2012

genap sudah 2 tahun Nor Haryanie Bashary + Mohammad Bazli Abdul Hadi menjadi suami isteri dan dikurniakan seorang cahaya mata Nur Afnan Nisrina DAN...








ALHAMDULILLAH....


kami masih BERCINTA



:)








:)











:)

24 Mei 2012

Tahniah!!

akhirnya dia mempunyai pengganti. sudah beberapa kali putus cinta dan putus tunang, akhirnya dia bertemu lagi dengan wanita lain. mungkin ini yang sesuai. ai sebagai kawan lama, mendoakan dia akan kekal bahagia. mungkin betul tanggapan dia, "kalau aku bercinta dengan perempuan bertudung semuanya tak jadi. aku kene cari yang free hair kot. baru lekat." mungkin ia.. mungkin tidak. kalau bertemu jodoh dengan yang tak bertudung, tugas awak untuk membimbing dia menutup aurat. semua terletak ditapak tangan awak. :)


23 Mei 2012

Tiada Sokongan

Sebenar ye kan, ai sangat kagum dengan para ibu yang berjaya menyusukan anak mereka sehingga umur 2 tahun dan kadang2 ada yang lebih pun ada. lebih2 lagi ibu yang bekerjaya. yang sentiasa sibuk dan dibebani dengan tugasan pejabat yang tak pernah henti. tapi masih lagi mampu curi2 masa untuk memerah/mengepam/menyedur susu keluar dari breast. dan mana yang taska dekat dengan ofis, bekejaran pulak ke taska untuk hantar sendiri ke taska. pukul 1 pulak, time rehat terkedek2 ke taska untuk duduk bersama anak dan susukan direct dari breast. ai adalah yang tergolong dalam ibu2 yang bekerjaya seperti diatas. 

sebulan ai keje semula lepas cuti panjang, ai akan keluar ofis jam pukul 10 @ 10.30 pagi untuk hantar susu fresh untuk N.A.N. tapi sebulan je, lepas tu ai terpaksa menyimpan stock2 yang ai perah untuk tunggu jam 1 tgh. ini adalah kerana ada suara2 yang tak sedap didengar berkata2 belakang ai. ok fine!! ai baru anak sorang. manalahkan nak sama dengan mereka mereka dan mereka yang beranak ramai. ai selalu cakap dengan BFF ai, kalau lah...

"kalau lah ai kaya, ai akan beli peti ais khas untuk simpan susu. tapi ai tak mampu. peti ais ai pon 1 pintu je. kadang2 pon ai simpan je susu bercampur dengan makanan basah dalam peti ais tu. tapi orang tak paham"

"kalau lah ai kaya, ai akan beli breast pump yang berharga ribuan ringgit untuk mendapatkan hasil yang lumayan. tapi ai tak mampu. ai mampu beli yang biasa2 saja yang memerlukan kekerapan untuk ai pam. tapi orang tak paham."

"kalau lah ai kaya, ai akan beli cooler beg yang harganya ratusan ringgit untuk dibawa ke ofis. tapi ai hanya mampu beli warmer beg berjenama PUREEN yang hanya bertahan panas dalam masa 1 jam sahaja. tapi orang tak paham"

"kalau ai kaya, ai akan berhenti kerja untuk jaga anak ai sendiri. tapi ai tak mampu. ai bekerja untuk membantu suami yang sememangnya bergaji sederhana. tapi orang tak paham."

tapi ini semua KALAULAH. sememangnya ai tak mampu. tapi ai juga tak mampu untuk memaksa orang faham dengan dengan situasi ai. jujur!! ai sangat susah hati sejak naik kerja semula dan mempunyai anak. ai selalu cakap dengan suami

"orang yang bercakap tu macam tak pernah ada anak. yang tak ada anak pulak suka bercakap sesuka hati"

akhir2 ini pulak, ai datang kerja selalu berkeadaan stress. mana tidak ya, taska tempat ai hantar tu, tak nak pulak sambung kontrak. jadinya, pekerja2 taska itu akan bekerja tanpa BOS. bayangkanlah kalau pekerja bekerja tanpa orang memantau?? jadinya ai terpaksa cari2 taska lain atau rumah orang yang nak menjaga N.A.N. tapi harganya pasti lumayan jugak.

ditambah pulak dengan keadaan BIG BOS ai pulak buat peraturan baru. hantar kuncu2nya yang berkaitan untuk memantau keberadaan mak ayah di taska. berapa lama duduk ditaska time menghantar anak pagi2. alahai... tak terdiam bila ai merasai sendiri keadaan itu. dan tak semena2 suami terkena bebelan ai pagi tadi

"kenapalah dia perlu buat macam ni. mungkin staff tu lambat masuk ofis. tapi sebab hantar anak. masih dalam kawasan ofis. tak keluar pun dari gate. budak2 ni bukannya menentu moodnya. kadang2 ok tapi selalunya mengamuk bila sampai taska. budak2 ramai takut dengan pengasuh. tak kanlah kita sebagai parents nak tinggal anak yang meraung terguling2 kat lantai. mesti nak pujuk. kalau dah start pujuk tu mestilah makan masa. ishhh macam tak pernah beranak. tak pon, anak dia kuar dari perut isterinya terus besar panjang kot. tak payahlah sampai nak hantar guard segala sampai nak amik2 gambar kereta parents. fahamlah situasi mereka2 itu"

bagi ai, ini adalah atas keputusan sang ketua. kalau berterusan begini, bagi ai, pasti ada ramai yang memberontak. jadinya, carilah jalan penyelesaian yang sesuai. hati ketua senang, hati mak ayah pon senang,.

18 Mei 2012

tersentuh HATI

seharian ai akan berdepan dengan student. dalam ramai2 student ada sorang student lelaki ni buatkan hati ai sangat tersentuh dan ai jadi kagum dengan dia. dan ai dapat memulihkan semangat ai melalui dia juga.

dia ni student OKU. kakinya tidak berapa sempurna. first time ai jumpa dia time unit ai ada buat program. 

ai : awak, marilah turun lift dengan saya. depan tu je. 
time ni ai tak terniat langsung nak memperkecilkan diri dia ataupun memperendahkan dirinya. niat ai memang kesian lihat kesusahpayahan dia turun naik tangga dengan menggunakan tongkat.

si dia : dalam hidup saya tak perkataan susah.

ai tak tau nak jawab apa. ai senyap dan dia pon turun tangga jugak. dan ai pergi ke lift sambil tolak N.A.N yang enak tido dalam stroller.

sampai je kat tempat makan, ai tengok dia dah makan pun. ai baru je sampai. hati ai terkesan dengan kata-kata dia tadi, jadinya ai pergi ke dia untuk minta maaf.

ai : awak, saya minta maaf pasal tadi. 

si dia : eh tak pa. saya dah biasa.

dia pon berceritalah tentang kehidupan dia selama ini. sejujurnya, ai menangis. tiba-tiba N.A.N bangun dan senyum2. 

si dia : awak, saya pun mintak maaf. mata anak awak memang macam tu ke??

ai pulak yang emosi dengan soalan dia. tapi ai dengan segera mempositifkan apa yang berlaku sekarang.

ai : ye. mata dia bermasalah sikit. sekarang N.A.N dalam rawatan fisio. mula2 saya memang frust. anak sulung perempuan pulak tu, tetiba lahir saya diuji dengan ujian seberat ini. semua orang memperkata tentang dia. saya jadi stress dan kesian dengan anak sendiri. saya menangis dan hampir2 terkena penyakit meroyan. dalam tempoh 2 minggu saya rasa sangat menyesal. tapi saya bersyukur keadaan saya tak lama. saya cepat sedar dengan kurniaan Allah. saya menyesal dengan apa yang saya buat. dan alhamdulillah, saya kembali seperti biasa malah kasih sayang saya tak berbelah bagi dengan N.A.N. malah sekarang, ke mana jua saya pergi, saya akan bawa. saya akan dedahkan dia dengan masyarakat. saya tak malu, malah saya berbangga. saya bersyukur saya diberi peluang untuk menjadi seorang ibu daripada mereka yang masih berharap kehadiran cahaya mata. 

sambil ai bercerita, ai menangis. tapi N.A.N sibuk jerit2 gelak kuat2 bila diagah beberapa orang peserta. time ni ai tak malu pon.

si dia : apa yang awak rasa sekarang sama dengan apa yang mak saya rasa dulu. sama. putus asa, tak kuat semangat. tak sanggup nak berdepan dengan kata-kata masyarakat dan macam2 lagi. tapi lama-lama mak saya okey. walaupun mak saya kerap mendengar kata cacian orang, tapi mak saya semakin kuat. semangat kuat itu mak saya dapat dari ayah saya dan kaum keluarga. awak jangan lemah. kalau awak lemah, nanti anak awak juga lemah. awak kene kuat. sebab dia kuat melalui awak. kita sepatutnya perlu bersyukur kerana tak ramai yang dijadikan seperti saya dan Nur Afnan Nisrina. 

ya.. apa yang diakata dia sangat betul. tapi itu semua dulu. sekarang ai semakin kuat. walau apa pun yang bercakap tentang Nur Afnan Nisrina, ai dah tak kisah. memang betul apa yang dia kata. ai semakin kuat melalui keluarga. 

walaupun N.A.N ada kekurangan, tapi hakikatnya N.A.N banyak kelebihan. :)

untuk si dia, ai harap dan berdoa ada ruang untuk dia berjaya dan membentuk kerjayanya sendiri. tak perlulah kita mengutuk mengata dengan kekurangan orang lain. baik kita muhasabah diri sendiri. mungkin hari ini kita tidak ada dalam ahli keluarga kita, tapi esok lusa siapa tahu kan?? setiap kejadian Allah semuanya cantik. tiada yang hodoh. jadinya hargai mereka sama seperti manusia sempurna. 


17 Mei 2012

resepi untuk ANAK dan AYAH

rutin ai kembali seperti biasa. balik keje semestinya berperang dengan periuk belanga untuk menyediakan hidangan untuk N.A.N dan Mohammad Bazli. jadinya jom lihat resepi yang mudah cepat dan sedap. :)

BUBUR CARROT

 ambil segenggam beras dan basuh bersih

 ai lebih suka gunakan baby carrot sebab mudah nak potong. so ambillah seberapa banyak yang u oll suka. untuk N.A.N ai amik 6 batang baby carrot.

potong baby carrot kecil2 dan campurkan bersama beras yang siap dibasuh

 masukkan air separuh periuk 

 masak dengan api yang sederhana dan biarkan mendidih sehingga baby carrot empuk

 sejukkan dalam masa 1/2 jam dan blander sehingga lumat

dan.. taaaadaaaaa inilah hasil ye.. bubur carrot. N.A.N habis ye makan semangkuk.


UDANG MASAK LEMAK CILI API BERSAMA NENAS

 sebiji nenas yang separuh masak dibuang kulit

 dan dipotong dadu

 rebuskan nenas yang siap dipotong sehingga separuh masak

 ambil beberapa ekor udang mengikut jumlah keluarga. Family ai kecik, so sikit je lah

 dan perlulah dibuang kepala dan kulit. ai tinggalkan kulit dibahagian ekor saja

 ambil 1 inci kunyit hidup dan beberapa batang cili api. ai tak suka gunakan serbuk kunyit. sebab rasanya tersangatlah tak sedap. cili api tu ikut tahap kepedasan masing2. ai memang suka buat pedas sikit.

 dan ditumbuk sehingga lumat. ai juga tak suka gunakan blander. berusaha sehabis mungkin dengan menumbuk sampailah lumat.

 sementara menumbuk tu, nenas yang direbus pon dah masak separuh. toskan airnya.

 masukkan bahan yang ditumbuk tadi kedalam periuk bersama santan.
 
 agak2 bahan yang ditumbuk sudah sebati bersama dengan santan, masukkan udang

 dan kemudian masukkan nenasdan tunggulah sehingga mendidih dan jangan sampai pecah santan.


first book 4 my first daughter

Mohammad Bazli asiklah bising sebab ai selalu belikan N.A.N mainan. tapi bukanlah mainan yang bukan2. semuanya mainan yang merangsang pemikiran N.A.N. jadinya isnin lepas, ai dan Mohammad Bazli pegilah kedai buku Popular kat Aeon Seremban2. dan ai belikanlah N.A.N dua buah buku. sampai je rumah, lepas je mandi dan makan, ai letakkan N.A.N bersama buku2 dan lihatlah aksi N.A.N.. :)












Hadiah Untuk N.A.N


Selesai sudah Majlis Cukur Jambul, Aqiqah dan Berendoi untuk Nur Afnan Nisrina dan Nur Dhia Imanina. naik keje lepas cuti 4 hari untuk menguruskan, atas meja ai ada beberapa bungkusan kecil dan besar atas nama Nur Afnan Nisrina. dan ai tahu, ini adalah pemberian IKHLAS dari mereka mereka dan mereka yan tidak dapat hadir denga alasan tersendiri. ai sebenarnya tak harap pon mereka mereka dan mereka memberikan hadiah untuk N.A.N. ai menjemput dengan ikhlas hari untuk sama-sama memeriahkan lagi majlis ai. tapi orang dah beri, takkanlah ai nak pulangkan semula ye tak?? so lets see hadiah apa yang N.A.N dapat.






bungkusan-bungkusan kecil itu berupa wang ringgit. tak yah lah kan nak snap duit. nanti ada yg kata ai nak menunjuk pulak. whatever pon, thanks pada mereka yang memberi set botol susu tommee tippee dan 2 pasang baju yang comel tu.

13 Mei 2012

alhamdulillah

Alhamdulillah... majlis berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit kekeliruan yan berlaku. si pengantin kecil berdua juga tidak banyaklah meragam sebab dah kene paksa tidur lepas mandi dan bersiap. so bila majlis dah nak mula barulah bangun.

gambar2 tak menyempat nak tangkap, sebab tersangatlah sibuk. nanti ai uploadkan lagi 2 minggu..


8 Mei 2012

hari IBU

untuk pertama sekali ai akan sambut hari IBU buat diri sendiri dan setiap tahun untuk mak. sangat teruja okey bila kita sendiri yang menyambutnya. selama ini ai hanya meraikan sahaja. setiap tahun ada saja suprise yang ai dan kakak2 buat untuk menggembirakan hati mak. "selagi kita ada mak, buatlah hati mak kita gembira." kata ni ai ambil dari ustaz muda. (nama dia memang MUDA). bila dengarkan ceramah ustaz ni, ai mesti menangis. :') nanti ai uploadkan salah satu ceramah dari ustaz muda kat masjid area umah mak ai.

kebanyakkan majalah pon ceita tentang hari ibu. topik pagi kat radio pon tentang hari ibu. macam2 cerita dari mereka mereka diluar sana tentang ibu mereka. ada yang sedih ada yang gembira.

HAMIDAH AHMAD

1. TERIMA KASIH kerana telah menjaga YANIE dengan baiknya selama 9 bulan dalam rahim MAK.
2. TERIMA KASIH kerana telah mempertaruhkan nyawa MAK semasa nak keluarkan YANIE 27 tahun yang lalu.
3. TERIMA KASIH kerana telah menjaga sakit pening YANIE sehinggakan MAK tak tidur malam.
4. TERIMA KASIH kerana telah menjadi tempat luahan perasaan YANIE
5. TERIMA KASIH kerana telah meminjamkan bahu MAK untuk YANIE tumpang bersandar ketika YANIE bersedih
6. TERIMA KASIH kerana telah menyapu airmata YANIE tatkala YANIE kecewa
7. TERIMA KASIH kerana MAK selalu dan senantiasa memberi semangat sehingga YANIE berjaya
8. TERIMA KASIH kerana mendoakan kejayaan YANIE
9. TERIMA KASIH kerana telah menjadi MAK yang terbaik untuk YANIE
10. TERIMA KASIH kerana selalu membebel, marah2 kerana sekarang itu semua amat berguna untuk YANIE membentuk keluarga YANIE sendiri.
11. TERIMA KASIH untuk SEGALANYA..

kalau nak dilistkan memanglah banyak, tapi ai tak mampu. walau berpuluh2 ai listkan, tapi ianya takkan terbalas dengan apa yang telah mak berikan untuk ai selama ni.

hari IBU jatuh pada hari sama majlis besar NUR AFNAN NISRINA dan NUR DHIA IMANINA. jadinya ada beberapa suprise yang akan berlaku di akhir kejadian itu nanti. harapnya mak akan gembira. hanya itulah saja kami adik beradik mampu buat.

NUR AFNAN NISRINA

ibu tak tau nak cakap apa, nak luahkan apa sempena hari IBU ni. IBU amat bersyukur sangat2 kerana ALLAH swt telah meletakkan kamu dalam rahim IBU dan memberi peluang untuk IBU rasai setiap kemanisan dan kepahitan mengandung. Apa yang ada pada kamu adalah sesuatu yang berharga yang atak kan dapat berganti dalam hidup IBU. apa yang NENEK rasa 27 tahun yang lalu, sekarang IBU juga rasainya. tak tidur malam menjaga kamu demam, batuk, selesema. berpenat lelah kesana kemari menguruskan kamu seharian. berpeluh2 masak makanan kamu. tapi IBU tak pernah merungut malah IBU gembira kerana kamu membesar dengan SIHAT. semakin BIJAK kamu menerokai alam kamu sendiri.

sempena HARI IBU ini, IBU berjanji akan menjadi IBU yang terbaik untuk NUR AFNAN NISRINA dan anak yang terbaik untuk HAMIDAH AHMAD

3 Mei 2012

MAJLIS BESAR UNTUK SIKECIL BERDUA

lagi seminggu je nak adakan majlis. alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.
apa yang ai rancang dan mahukan, semuanya ada.
kumpulan marhaban last minit cancel, dapat pengganti.
ai ada buat sedikit sedekah untuk anak2 yatim.
harap anak2 yatim ini akan gembira :)




Nur Afnan Nisria...

awak jangan menangis time ni
awak jangan menjerit2 time ni
awak jangan nak buat aksi2 yang diluar jangkaan semua orang kecuali ibu
awak jangan nak buat hasil time dah pakai cantik2

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?