love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

22 Mac 2012

Tidak Kesampaian

harapan dan impian ai bila sudah bersalin adalah untuk memberi N.A.N minum susu yang keluar dari badan ai sehingga umurnya 6 bulan tanpa diberi makanan sampingan dan minuman kosong. tapi harapan dan impian itu hanyalah sementara. sedih dan frust bila ai tengok mummy2 lain berjaya menyusukan anak mereka sehingga 6 bulan.jeles?? sudah tentu.. tapi apakan daya.. mulanya ai berfikiran negative.. tapi bila sudah mendapat sokongan dan dorongan dari mak, kakak dan suami, ai jadi bersemangat walaupun masih ada rasa terkilan.

sejak berpantang ai membuat stock susu dan disimpan beku. adalah dalam 25 botol. tapi bila ai start keje, ianya sudah bertukar konsep. seminggu bekerja ai berjaya membekalkan 8 botol sehari. dan bilan ditanya pengasuh katanya habis tak boleh nak simpan. tapi, masuk minggu kedua ai demam dan selsema tahap kronik. N.A.N juga turut berjangkit. ai tak larat nak mengepam ditambahkan pula kerja ai banyak kat opis. pam tu pamlah jugak, tapi tak sampai 8 botol. hanya 2-3 botol. air susu ai seakan kering dan susah nak keluar. bila ai amik ubat, doc cakap itu normal. sebab badan kita panas. susu cepat kering bila ai pon kurang pam. bukan tak nak pam, tapi ai tak larat.. kadang2 tu ai terus pegi taska N.A.N susukan direct.

minggu ke3 ai keje, pengasuh call, katanya susu ai dah habis, dan N.A.N merengek2 manja x cukup susu. ai pun kelam kabut pegi ke taska susukan direct lagi untuk N.A.N. ai pam dapat 2 botol, makan dah banyak, minum ai dah bergelen2.. tapi pemprosesan susu lambat. ai paksa juga pam, sampai keluar darah dan jadi air bandung. sakitnya hanya Allah saja yang tau.. start dari sinilah ai cekal dan tabahkan hati untuk membuat keputusan untuk mencampurkan susunya. 

firstly ai belikan S26. baru minum sekejap satu badan N.A.N naik bintik2 merah macam bintat gigit nyamuk. badannya pun naik panas. Ai dah mula gelabah. tengah siap2 nak pegi klinik, N.A.N muntah susu 2 kali. muntah yang sangat banyak. lepas tu serta merta bintat2 tu surut. ai tak terfikir yang itu tanda2 ezema. ai fikir mungkin tak serasi. secondly ai belikan susu dutch lady. pon sama. tapi naik merahnya kat telinga n mulut. tapi tak muntah. pengasuh suruh ai bawak ke klinik. lepas je keje, petang tu ai bawa N.A.N terus ke panel. luluh hati ai bila doc sahkan N.A.N ada ezema. Alergik susu lembu. memanglah bukan sakit yang teruk, tapi kalau dibiarkan lelama, akan menjadi teruk jugakkan. ai bukanlah dari kalangan orang yang senang. jadinya ai sedikit takut. takut dapat ke tidak ai membekalkan susu soya baby untuk N.A.N

ai try susu Memex Gold. terjerit2 N.A.N kalau suruh diminum susu. macam nak kasi racun je. bila ai sendiri yang try, sah!!! memang sangat tak sedap. tak rasa manis langsung dan sedikit berbau. disebabkan pengasuh mengatakan susah nak bagi N.A.N minum susu, ai belikan pulak brand Isomil. dan alhamdulillah.. N.A.N nak minum sebab ada rasa manis2 sikit dan kurang berbau..

kan.. betul cakap mak, setiap anak pasti ada keistimewaannya. seperti N.A.N.. dengan mata sepet ala2 anak korea, dengan kulit gebu ala2 anak jepun, dengan mulut becok ala2 anak DJ, hahahaha bertuah ibu mengandung, melahirkan, dan membesarkan kamu wahai Nur Afnan Nisrina..

cita2 ai nak susukan N.A.N dengan susu ai sehingga 6 bulan, memang tak kan jadi kenyataan, tapi ai akan teruskan sehingga dia mencapai umur 2 tahun.. ai akan berusaha untuk giliran adiknya pula.. :)

19 Mac 2012

JOM BORAK!!

** tak boleh nak fokuskan kat muka N.A.N sebab nanti die asik tengok camera handphone.. x nak borak2 dah..

 





18 Mac 2012

TERSENTAP DAN CEDERA EMOSI

khamis lepas ada Seminar Manifestasi Cinta anjuran opis ai dan Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Sembilan. bila kita yang jadi urus setia mestilah tak duduk diam. memandangkan ai yang baru je naik keje, jumpa pulak dengan ahli kelab PRU banyaklah tanya dan soalnya..

PRU  : kak yanie..... bila start keje??
K.Y : baru je 3 weeks..
PRU  : kak yanie nampak kuruslah.. 
K.Y : haruslah kurus baby dah keluar.. hahaha
PRU : seriuslah kak yanie
K.Y : haishhh korang nih.. kurus tang mana pon akak tak tau..
PRU : ktorg baca blog akak. comel anak akak. tapi macam baby boy.. boy ke kak??
K.Y : eleee kata baca blog akak, tapi tanye boy ke gurl. nampak sangat nipukan.. hahahah haruslah gurl. berpink pinky dengan ibu ye.. 
PRU : serius kak.. nampak boy
K.Y : gurllah sayang.. 200% ikut muka husbnd akak.. wajiblah nampak boy.. bukan korang je yang cakap, 100 orang jumpa dia, 100 oranglah cakap dia boy.. 
PRU : ktorg tau nama dia Rina je.. nama penuh kak?? nak masukkan dalam blogger PRU pulak..
K.Y : haishhhh korang nih.. bukak anak artis pon.. nak masuk dalam blog
PRU : tak pe lah kak.. setiap kelahiran umat nabi Muhammad kita kene raikan.. 
tersentuh hati....
K.Y : Nur Afnan Nisrina..
PRU : wahhhh AFNAN.. pohon berbunga lebat dalam syurga.. pandai akak pilih nama..
K.Y : wajiblah kene pandai pilih nama anak.. korang dah kawen nanti n dah ada anak, pon sama.. :)

TETIBA.....

anymous : alaaaa ko.. nama anak sedap2 pon, bermaksud dalam syurga lah apa lah.. buat apa kalau mata anak ko tak bukak besar, buat apa kalau dia tak nampak muka ko.. mak dia.. dah mcm OKU dah akak tengok..

TERSENTAP DAN CEDERA EMOSI SAMPAI PENCEN

terdiam, membisu tak terkata apa-apa.. tak mampu nak cakap sebab terkejut n tak sangka ada orang cakap macam tu kat Nur Afnan Nisrina..

untuk ko yang memang tak sayang mulut dan meroyan tetiba dengan anak aku ni ha.. aku yakin ko jadi silent folower blog aku.. sebab tulah kau mampu nak cakap macam tu dengan aku..

"aku tak kenal ko, aku tak pernah nak bercakap dengan ko, jadinya kenapa ko nak sibuk2 kacau hal aku. aku kenal sikit2 dengan ko sebab suami aku kenal ko.. jadinya ko tak da hak nak kata macam tu kat anak aku. mana ko tau die tak nampak muka aku?? ko ke yang mengandungkan dia?? ko ke beranakkan die?? tak kan.. jadinya harus ke ko cakap macam tu.. sekurang2 ye aku diberi peluang oleh allah untuk merasai betapa indahnya mengandung dan betapa gembiranya saat bersalin... nak cakap 1 je kat ko.. 
KAU ADA????

SELAMAT ULANGTAHUN EMAK

terasa sangat bersalah bila lama sangat tak menulis. banyak cerita yang tersimpan sejak2 dah naik keja ni. 

untuk mak, selamat ulang tahun ke 55 tahun. hampir2 terlupa dengan besday mak. nasib baik kakak call bagi tau. dengan gesa2 amik N.A.N kat taska dan terus tuju ke tesco. tak tau nak nak beli apa untuk mak. 2 tahun lepas ai ada rezeki lebih ai belikan cincin emas. tapi sayang sangat, mak pakai tak lama sebab cincin tu hilang time mak buat dialysis. tahun lepas tak belikan apa2, cuma bawa mak keluar makan. tahun hi ai langsung tak terpk. sibuk dengan kerja seharian. jalan2 dengan N.A.N kat tesco, tiba2 tergerak hati nak call kakak semula. kakak cakap belikan mak kain. so dengan tetiba idea datang nak belikan mak tudung. mak sekarang dah suka pakai tudung yang berawning depan tu. comel je mak pakai. sebenarnya dari dulu lagi suruh mak pakai, tapi mak asik cakap je tak ready. time preggy 8 month bawak mak pegi mydin seremban, tetiba mak kata mak nak beli tudung tu, so ai pon dengan senang hati bayarlah. bukanlah mahal pon, tapi kalau mak pilih yang mahal time tu, ai akan bayarkan jugak. sebab harga tudung tu takkan terbalas dengan perih lelah mak membesarkan ai.

so ai pon pilih2 warna tudung. N.A.N dalam stroller dok sengih2 macam tau2 je nak belikan hadih untuk nenek. ai fikir2 kat kedai tu, mak banyak warna apa ye?? baru teringat, mak banyak baju warna purple. so ai pon belikan terus warna purple. simple tapi mak pasti suka. walau setiap tahun ai belikan hadiah untuk mak, belum tentu dapat terbalas jasa mak mengandungkan dan melahirkan ai 27 tahun lepas. 

call kakak semula, naik marah kakak dok asik call je. hahahaha tanya nak bawak mak ke datang rumah ai?? kakak cakap iye. ai tersenyum lebar. tapi tak buat apa2 pon. sebab tau mak mesti tak suka. mak mana suka makan kek, mak mana suka makan aiskrim, tapi mak paling suka makan nasi ayam, so ai suruh kakak belikan nasi ayam dara kat labu bila otw nak datang rumah ai. so kami celebrate besday mak makan nasi ayam. walaupun simple tak nampak macam sambut besday pon. :)

bila nak bagi hadiah kat mak, cium n salam tangan mak, dah nanges2, habis satu rumah nanges. kitaorang ni bukan boleh. bila sorang dah mula nanges, sume mulalah nak jadi ratu airmata juga. hehehehe tak terluah apa yang nak diucapkan. tapi mak bisik kat telinga time peluk2 mak, mak tahu apa yang yanie nak cakap. makin laju airmata ni keluar.
 ...................................................................................................................................................................
yanie tahu mak tak kan tahu bukak blog yanie dan baca apa yang yanie nak tulis. tapi yanie nak tulis juga. walaupun mak tak baca, yanie akan simpan sebagai bukti..

mak..
selama 27 tahun yanie hidup sebagai anak mak, 27 tahun jugalah yanie dok lah selalu dengar mak membebel, mak marah2, mak jerit2.. mula2 tu rasa marah dan fed up, yelahkan, asiklah dok kene marah. anak dara mana tak ten-syen.  
selama itu jugalah yanie dok melawan cakap mak, tak pernah nak dengar nasihat mak, tak pernah nak ikut cakap mak. entah2 yanie dah jadi anak derhaka. tapi yanie tau mak dah maafkan.. :)
tapi bila yanie dah menjadi isteri orang, yanie dah jadi ibu barulah yanie tahu apa yan mak marah2kan, bebelkan, jerit2kan tu semuanya ada kebenaran. semuanya berguna sesudah yanie jadi isteri dan ibu. bila dok ingat2 balik, menyesalnya yanie sebab tak dengar n ikut cakap mak.
 mak tahu kan, yanie bukanlah jenis manusia yang tau tunjukkan rasa sayang n cinta yanie. mak selalu cakap yanie ni nampak je lembut, tapi hati ye keras. mak selalu jugak cakap yang yanie ni tak pandai nak ekspresikan kasih sayang  yanie. untuk itu yanie memang tak pandai. tapi yanie tunjukkan juga melalui penjagaan mak semasa di wad hampir seminggu. tapi itu tak terbalas jasa mak yang jaga yanie sewaktu kecil. berpuluh tahun mak jaga yanie. memang tak kan terbalas budi mak yang balas dalam masa seminggu. yanie bersengkang mata jaga mak time mak sakit bengkak kaki tak boleh jalan. mulut mak memang cakap tak yah teman mak, kat sini banyak nurse, tapi yanie tau mak memerlukan semangat dari anak2, jadinya yanie berkorban masa dan tenaga menjaga mak. yanei harap dari situ mak dapat rasai kasih sayang yanie.
kalau yanie nak tuliskan memang tak kan habis. untuk itu, yanie nak mak tahu, yanie sentiasa doakan mak sentiasa sihat, kuat semangat, dikurniakan kesabaran yang tinggi menghadapi dugaan dan cabaran yang datang tak pernah henti. yanie sayang mak sampai syurga.. :) 

2 Mac 2012

HaPy 3 MonTh My SWEETHEART

pejam celik pejam celik N.A.N dah 3 bulan. sekejap je masa berlalu. so Hapy 3 Month sayang.. ibu senantiasa doakan sayang menjadi anak yang terbaik.. walaupun kamu ada kekurangan jangan jadikan itu sebagai halangan untuk kamu berjaya. walaupun apa yang akan terjadi pada kamu, ibu tetap akan sayang kamu sampai syurga.. tabah dan kuatkan hati kamu untuk lalui jalan berliku didunia ciptaan ALLAh SWT...













GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?