love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

31 Mac 2014

15 April 2014

Assalammualaikum


15 April
temujanji mata mawar putih itu
berdebar nak dengar keputusan doktor
mungkinkah pembedahan kelopak mata akan dilakukan buat kali keempat
ohhhhh dah tak sanggup nak tengok luka berdarah itu lagi
bukan dimata saja, malah urat peha juga akan diambil
luka 10 bulan yang lepas pon tak baik2 lagi
kalaulah ibu mampu, rawatan laser yang dicadangkan itu, ibu setuju saja
ibu berharap dan berdoa sangat, agar ada keajaiban akan berlaku
dan ibu harap, dengan sukanya awak makan baby carot mentah2 boleh memberi kesan positif pada mata awak

27 Mac 2014

hadir membawa seribu makna

Assalammualaikum

orang tua2 selalu kata
bila dekat bau busuk
bila dah jauh
barulah terbau2 wangi semerbak


bila jauh
tak sabar2 nak bertemu muka
banyak cerita nak diceritakan
banyak perkara nak ketawa bersama

itulah 
yang dikatakan adik beradik
air dicincang tak akan putus




mak ai cakap

gambar ni nampak ai lagi comel

hahahahahaha

yang berbunga merah tu NAN

yang dahi bertambal tu, anak buah ai yang pertama

yang debab bam bam tu, sebaya NAN tapi muda dia sebulan

bulan 6 nanti baru boleh jumpa dorang lagi

12 Mac 2014

Ragam Kerenah NAN

Assalammualaikum

Sebenarnya, dah sebulan kot tiap2 petang time ai amik dia dari taska, cikgu mesti cerita ragam kerenah NAN untuk hari tu. ai anggap ianya perkara positif dan cikgu pon tak lah marah2 bising2. alaaaa biasalah, bila dah duduk ramai2..

Dari NAN duduk taska tu dah seminggu, cikgu dah mula asingkan dia berkawan dengan budak2 yang tua setahun dua dari NAN. cikgu cakap, NAN macam tak boleh masuk dengan kawan sebaya dia. sebab NAN terLALU SUKA menyakat sampai budak sebaya dia menangis. apa yang NAN sakat ai pon tak tau. ai bayangkan mesti cara sakat yang sama yang dia buat dengan kawan2 jiran rumah ai. haiiilahhh

sejak tu, bila ai amik petang2 tu, ai selalu nampak NAN akan memanjat, berlari, melompat dengan kawan2 yang lebih tua dari dia. mula2 ai risau jugak, tapi lama2 ai ok je. asalkan dia berkawan dan beraktiviti sudahlahkan.

2 3 minggu ni, cikgu asik bagitau NAN tak nak tido tengahari. bila tak tido, nasib baik dia tak kacau kawan2 dia yang tido. cikgu cakap, mungkin dia panas. sebab bilik kecik, tido ramai2, tak ada aircond. alaaa anak, kat rumah tu macamlah ada aircond. boleh je awak tido lena. bila ai tanya, habis tu takkan tak tido? cikgu cakap NAN akan tido bila abang2 dan kakak2 balik dari sekolah. ooooo tunggu abang2 kakak2 transit. dan NAN akan tido di ruang main saja. tu pon tido dalam sejam dua je. cikgu cakap jugak, NAN akan duduk didapur tengok cikgu buat kuih untuk minum petang nanti. dan NAN selalu dapat makan dulu sebab dia dah memang tak tido. apa yang ai nampak, balik rumah, lepas maghrib mesti dah mula landing2 depan tv tak pon mintak tab nak tengok upin ipin pastu terus senyap... 

perangai NAN lagi satu yang kurang disenangi kawan2 dia adalah, NAN tak boleh main dengan kawan lebih dari 3 orang. haaaaa ini memang ai perasan sejak ai pindah mantin lagi. kat area umah ai, memang ramai budak2. bila NAN main dengan kuantiti budak yang ramai, dia akan jadi kedekut dengan barang dia. ok. contoh ek. ada sekali tu NAN main bola berdua je. tetiba anak jiran lain datanglah 3 4 orang. bila bola tu terpass pada orang lain, dia akan jadi moody sikit dan bila bola tu sampai kat dia, dia akan pegang je bola tu. sampai budak2 lain fedup nak main dengan dia. hahahahaha perangai ni ai dah nampak banyak kali. ai pon tak tau kenapa. sama jugaklah bila kat taska. cikgu dia puas ajar, tapi memang tak boleh jadi. kenapa ek??

sikap menyakat mengusik juga memang terlebih2 sekarang ni. hari tu cikgu cerita ada sorang budak pempuan ni elok je duduk kat tepi dinding main lego. NAN tengah main dengan abang2 kat satu sudut lain, dia pegi kat budak pempuan tu, tetiba cikgu cakap dia tarik sepit rambut budak tu, pastu dipulangkan semula kat budak tu. budak tu menangislahkan sebab dah rambut dia tertarik sama dengan sepit tu. cikgu cakap, NAN memang suka menyakat. haaaaa ini pon ai nampak sendiri. time tu kat rumah ai ada jiran tumpang buat makan2. pastu budak2 main dalam rumah ai. sebab tak nak bagi berkeliaran kat luar rumah. tiba2 anak jiran menangis sambil cakap NAN yang tumbuk dia. badan anak jiran tu maha tembam. sangat tembam ok. cuba bayangkan NAN yang kecik comel tu tumbuk budak tembam dan budak tu yang nangis? bila ai tanya NAN, betul ke tumbuk haikal tu, NAN cakap. haaaa nina uat. tengok uolls anak dara ai tu. haiiilahhh anak.

bila NAN semakin membesar ni, ai mula makin risau dengan sikap menyakat dia tu. ai pon tak tau kenapa ai terlebih risau macam ni sekali. maybe dia perempuan. ishhhh adakah ini normal bagi budak2 sebaya dengan dia. atau sebab dia suka berkawan dengan orang yang lebih tua dari dia membuatkan dia matang sebelum usia.

cerita pasal matang sebelum usia ni, ai selalu bising2 bila Mohammad Bazli nak mengajar dia sangatttt berdikari. dan ai selalu jugak cakap dengan Mohammad Bazli, dia akan termelompat ke satu fasa yang lain kalau dia matang sebelum usia. ai macam tak boleh terima hakikat bila tengok NAN sangat berdikari. time duduk kat rumah pengasuh dulu, NAN masih nak bermanja2, nak makan bersuap, minum susu atas riba, nak main peluk2 cium2 selalu. tapi sejak ai masukkan semula ke taska, dia kembali pada sediakala. dan lama kelamaan ai terima bahawa anak ai semakin dewasa.

sekarang ni, kalau nak mandi, NAN akan buka seluar or skirt yang dia pakai. baju je tak pandai buka lagi. masuk bilik mandi, NAN akan buka pampers dan masukkan dalam tong sampah. bila dah start mandi tu, NAN akan minta sabun mandi sikit untuk dia konon2nya sabun badan dia sendiri. ini pon mula2 ai marah2 dia, sampailah satu hari ai tahu, ini semua dia belajar dari taska. yelahkan, taskakan ramai budak2. cikgu pon tak kan boleh layan semuanya. sama macam sekolahlahkan. tapi cikgu sangat suka dengan NAN dan beberapa budak lain yang senang diajar. Alhamdulillah..

time makan pula, dah tak mau makan bersuap2 sekarang ni. semuanya nak dibuat sendiri. kadang2 tu sambil makan sambil ai menangis dalam hati. sedih. ai sebenarnya dah lama tak suap NAN makan. ada tak ibu2 kat luar sana macam ai.

kalau main pon, NAN lebih suka main sorang2. kalau ai tengah masak ke, buat keje ke, dia akan main kat ruang mainan yang ai sediakan. kadang2 terlepas jugak sampai ke dapur. sekarang ni, hobi dia adalah main potong2 sayur. tapi tak nak yang tipu, nak yang betul2. semalam ai bagi dia sebiji kentang, dan dia akan main masak2 sorang2 sambil dikelilingi anak2 patung dia.

kalau nak cerita berdikarinya NAN, memang banyak. lagi2 sekarang ni dia dah makin petah bercakap. kadang2 boleh buat sebab bergaduh dengan anak sendiri. kah kah kah

NAN, kadang2 ibu terlupa yang awak sebenarnya dah 3 tahun. kadang2 ibu nampak awak masih bayi2 yang perlu diperlakukan macam dulu2. kadang2 ibu rasa sedih kenapa semuanya awak cuba nak buat sendiri. maafkan ibu ye NAN sebab selalu marah2 awak bila awak nak makan sendiri, awak nak mandi sendiri, awak cuba nak pakai pampers sendiri. awak juga perlu tahu, tak semua awak boleh buat sendiri. awak masih memerlukan ibu.

ada orang cakap dengan ai, disebabkan dia anak sulung, dia cepat matang. ada kakak kat opis ni bagitau, anak perempuan memang cepat dewasa. ai tak boleh menolak, kadang2 ai rasa senang dengan perangai NAN ni. bila dia tengah makan, ai masih boleh buat keje lain, tau2 je dia panggil sebab dah habis makan.

cepatnya ye awak besar sayang. dan ibu tak tau bila awak akan jadi kakak dan bila ibu dapat merasa pregnant kali kedua. kita sama2 berdoa ye sayang. 

 

9 Mac 2014

Chef Dari Mantin

Assalammualaikum

dah lama tak update. malas giler. dok baca blog orang je. bila blog sendiri ntah apa apa ntah. ok. sekarang tengah sibuk dengan kehilangan kapal terbang MH370. ermmm takziah buat semua yang terlibat. Seluruh rakyat Malaysia dan serata dunia mendoakan semuanya akan terjawab. sedih dengar. bagi kamu kamu kamu, walaupun bukan ahli keluarga kamu yang terlibat, mohon jasa baik untuk tidak terlalu keterlaluan. jagalah hati perasaan orang lain sama. 

gigih mencari semua gambar2 makanan. tak tau kenapa, tetiba ada satu perasaan rajin nak kongsi. ai ni pon bukannya rajin sangat pon masak2 ni. bila ada sikap rajin terlebih, atau pon bila beli kat luar rasa tak sedap, barulah terhegeh2 nak buat. tak pon bila hujung2 minggu, tak sibuk sangat, barulah ada rasa2 sikit nak masak yang hebat2. kalau tak, goreng telur dada dengan ikan masin je. hahahaha

 kuah lode + makaroni goreng + kuah kacang + rendang daging 

 bubur nasi + lobak asin + kacang goreng + ikan bilis goreng + sambal kicap + ikan pekasam

 donut sardin & sardin roll

 ikan bakar + lemak cili api ketam + sambal kicap

 agar-agar nata de coco mangga

 mee goreng

 sambal tempoyak + pucuk ubi rebus + ikan sambal + kailan ikan masin

kuih lapis bertingkek-tingkek + cucur badak
kari ayam + telur puyuh sambal

 mee hoon sup

laksa penang
  sup daging

 nasi lemak

 popia sardin

 spagetti

 popia daging

 nasi tomato

 rendang kerang

jemput-jemput manis

dah tak da idea nak tulis apa. ok. babaiiiii

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?