love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

25 Jun 2014

penyakit sesajer & mak dah mula selalu tak sihat

Assalammualaikum

lately ni ai memang selalu sakit. kejap kang sakit kepala lah, kejap kang selsema la, kejap kang demam lah, kejap kang period pain lah. bukanlah nak merungut, ai sedar ini semua bahagian ai. tapi kadang2 tak terhandle dengan diri sendiri sakit, dengan anak sakit. harapnya sepanjang ramadhan yang akan menjelma ni ai dan NAN sentiasa sihat walafiat hendaknya.

sebenarnya ai dah mula selalu tak sihat sejak awal tahun lagi. dengan period tak teratur, dengan salah makan sikit mesti cirit birit, migrain dah makin kerap datang dan pergi. ai jenis manusia yang memang tak akan ikutkan kehendak sakit. terbaring melayan sakit, uihhh itu memang bukan ai. makan ubat pon sama. kalau tak betul2 sakit, memang susah ai nak makan ubat. sebab tulah, kalau ai cakap ai MC, esoknya ai keje, mesti orang lain akan eh? eh? betul ke??

tapi sejak akhir2 ni, ai memang selalu sakit perut. sakit sangat. rasa macam orang nak bersalin, tapi baby tak nak keluar. perut asiklah mengeras, menegang, menyucuk. kadang2 malas dah nak layan sakit tu. tapi bila dah selalu kene sakit macam ni, buatkan ai terfikir. adakah sebab fibriod ai tu? mula2 ai tak rasa sebab fibriod tu, tapi lepas ai baca simptom2 fibriod ni membuatkan ai beralah untuk pergi scan.

13 Jun 2014
ai pegi scan kat klinik panel. doc tanya ai, time mengandung ai ada fbriod ke ai jawab ada. doc tunjukkan benda bulat betul2 sebelah rahim ai. ukur lilit 3 - 4 cm. doc minta buku mengandung ai dulu. nasib baik ai memang simpan dalam kete. bulan2 terakhir ai mengandungkan NAN dulu, fibriod ai mengecut dengan sendirinya. dan time tu doc ada cakap kemungkinan bendalah tu akan membesar, dan ai tak sangka ianya akan membesar dalam kadar waktu sekarang ini. doc bagi ubat tahan sakit dan ubat memperlahankan tumbesaran ia.

seminggu menaanggung sakit. tapi buat2 tak sakit. kerja seperti biasa, layan perasaan bersama anak tercinta. ai berharap ia akan mengecut kembali. bila datang sakitnya tu, sampaikan ai boleh menangis. ai teringat mak kawan ai pegi umrah. ai pesan kat dia minta tolong mak dia belikan air zam zam. ai sanggup bayar berapa pon. in shaa allah seminggu puasa, mak dia balik. 

22 Jun 2014
ai dah rasa sakit dari pagi sebenarnya. tapi melayan NAN mandi kolam, dan tolong mak ai buat keje rumah, sakit tu macam tak terasa sangat. bila dah sampai waktu petang, makin menjadi2 pula,. dengan sakit2 tu gigih drive kete pegi ke panel sekali lagi. scan macam biasa. ai ceritakan semula pada doc sebab ai pegi panel kat senawang. ia dah makin besar. ukur lilit dah 4 inci. doc terus rujuk ai pegi HTJ. kalau dah refer ke hospital, biasalahhhhh dari pagi sampai ke tengahari hanya menunggu nombor saja. bila dah jumpa doc, sekejap je jumpa. suruh datang pagi esok. esoknya ai tak boleh datang pagi, sebab ada checkup mata NAN di HKL. so doc suruh habis urusan di HKL, terus ke HTJ pulak. 

23 Jun 2014
dah kunci jam bangun awal, tapi tetap lambat. lepas2 subuh, terus kejutkan NAN. lepas semuanya siap, ai keluar rumah jam 6.15 pagi. sampai tol sungai besi tepat jam 7. nak sampai ke HKL tu, ya allah.... 2 jam tempuh jem. sudahlah kereta manual, kejang2 kaki dok main break and clash. dah sampai HKL pula, nak cari parking bukan main susah. tak taulah masalah ni akan selesai bila. 3 kali pusing HKL, akhirnya dapat jugak. tupon block sikit kete orang. pepandai korang lah nak keluar nanti macam mana. ai letakkan number phone ai kat dashboard kereta. sekadar prosedur saja. kalau adalah orang call suruh alihkan kereta, memang tak akan ai datang. sebabnya dari parking nak ke klinik pakar tu adalah jauh sangat. 

bila jumpa doc mata NAN, lagi bertambah risau. walaupun NAN aktif begitu, tapi ada cerita lain yang membuatkan ai jatuh terduduk tersungkur. nanti ai cerita lain. :'(

selesai urusan NAN, berdesup ai terus ke HTJ. dah jumpa doc, terpaksalah scan lagi sekali. ada penerangan lagi terperinci untuk ai. NAN time ni tido dalam stroller. apa yang doc tanya, kesemuanya ai angguk dan jawab ya. hati bertambah2 runsing.

doc : period awak tak teratur? (ya)
doc : selalu tak sihat? (ya)
doc : selalu rasa sakit di bahagian bawah perut? (ya)
doc : selalu mengalami urine kotor (ya)
doc : bila period, mesti melebihi 15 hari? (ya)
doc : pernah mengandung, tapi lepas beberapa bulan ianya gugur? (ya)
doc : itulah simptom2 awal yang menandakan fibriod makin membesar.

reaksi ai? ai tertunduk tenung wajah NAN. sedih. apa penyelesaiannya doc?

doc : operate untuk buang. itu saja penyelesaiannya. kalau tak dibuang, awak hanya bergantung dengan ubat, ia makin membesar. see, dalam seminggu lebih ia dah membesar 4 inci setengah. betapa aktifnya dia. 

operate? memang tak akanlah. NAN kecil lagi. nanti siapa nak bawa pegi checkup mata dia? siapa nak letakkan ubat kat mata dia? siapa nak suapkan dia ubat? siapa nak jaga ai nanti? mak? mak pon dah mula selalu tak sihat. kita tangguhkanlah dulu doc sehingga anak saya besar dan boleh uruskan dirinya sendiri.

doc : boleh. tapi apa2 terjadi atas tanggungjawab sendiri. saya faham. bukan mudah kita sebagai ibu nak buat keputusan walaupun ada suami. tak semua suami yang boleh buat kerja sama dengan isteri. tapi awak juga perlu tahu risiko2nya. awak memang susah nak pregnant. sebab ia betul2 sebelah rahim. awak juga mungkin akan mengalami bleeding. sakit juga akan berpanjangan. kalau awak tak nak buat sekarang atau dalam masa 2 3 bulan ini, awak perlu bertahan dengan ubat tahan sakit dan ubat melambatkan pertumbuhan ia.

tak perlah doc. selagi ai mampu ai akan bertahan. boleh tak, bukan main panjang jela penerangan dia, ai jawab tu je. dah tak boleh fikir. selesai semuanya, bawa NAN pegi makan, layan kerenah dia main kat playground, balik rumah mak, tengok muka mak, tetiba sebak menangis.

ermmmm ai perlu berfikir panjang dengan keputusan ini.. uolls doakanlah ye, semuanya baik2 saja. bye!!

12 Jun 2014

kisah belajar 'art' ~ #seniituindah

Assalammualaikum

copy & paste dari FB
share dengan kawan

10 Sebab Kenapa Aku Menyesal Belajar Graphic Design

graphic
10 tahun dalam dunia Graphic Design, aku akhirnya pasrah dan menyerah kalah. Aku masih ingat ketika aku mula-mula mengenal apa itu graphic, layout, advertising, interactive, illustration, photoshop, semuanya indah. Setelah tamat ijazah, aku melangkah ke industri graphic tanah air dengan semangat yang berkobar-kobar, nak ikut jejak langkah Massimo Vignelli, Andy Warhol, Wim Crouwel dan Erik Spiekermann.
Pengalaman mengajar aku pahit manis industri Graphic Design, yang semakin hari semakin mencabar dan semakin hilang taringnya jika dibandingkan ketika lewat 80an dan awal 90an. Aku baru sahaja menghantar notis 24 jam sebagai graphic designer di salah sebuah syarikat design kecil di sekitar Kelana Jaya, walaupun ramai yang tidak setuju dengan tindakan aku ini. Banyak sebab kenapa aku hilang rasa cinta pada bidang ini. Ini adalah antaranya:

1. Kerenah client yang pelik-pelik (Clients from hell)
Function kami sebagai designer adalah untuk menghasilkan imej baru untuk client berdasarkan brief yang diberi. Kami sudah dilatih bermain dengan warna, konsep, imej dan pengolahan idea. Oleh itu, dengarlah nasihat dan cadangan kami. Apa gunanya hire kami sebagai designer kalau tak nak ikut cadangan dan visual yang kami sediakan. Kami tahu apa yang anda mahukan dan kami boleh bekerja mengikut spesifikasi projek.
Jadi tolonglah jangan bagi idea pelik-pelik dan minta yang bukan-bukan dari kami. Situasi ini sering terjadi jika client yang dibincangkan terdiri dari badan-badan kerajaan. Aku sangat sedih dengan mentaliti orang kita.
“Tak boleh pakai color ni, nanti diorang ingat event pembangkang pulak.”
“Mana gambar Dato’ / Datin / Menteri / Dr?”
“Logo ni kena ikut susunan”
“Boleh tak pakai gambar ni?” Dan besarkan?” (bagi gambar kecil dalam words. Celaka!)
Maka terhasillah visual-visual aneh dan merosakkan mata, seumpama iklan ubat besarkan saiz zakar di facebook, iklan jamu dan ubat jerawat seperti dalam majalah mastika atau design “Gomen” yang lebih mementingkan membodek dan ass-kissing orang atasan dari mesej yang cuba disampaikan dalam visual tersebut.

2. Gaji kecil / Kerja banyak
Perkara ini memang sudah menjadi tradisi dalam industri graphic design di Malaysia. Walaupun dalam resume sudah tertera pengalaman bekerja yang agak memuaskan, kebanyakan company masih akan hire designer dengan gaji untuk fresh graduate. Bayar murah dapatlah hasil murah.

3. Waktu kerja yang tidak menentu
Satu lagi tradisi yang menjadi trademark industri graphic design. Masuk kerja awal, balik lewat, kadang-kadang hingga lewat pagi. Kenapa kami selalu kena stayback? Baca point-point berikutnya.

4. Perangai Boss / Supervisor / Art Director (konon-kononnya) / Client yang sangat menjengkelkan.
Mari aku terangkan dengan teliti apa yang berlaku. Untuk sampai ke tahap final, design yang akan digunakan dalam sesuatu projek advertisement atau campaign atau apa-apa projek yang berkait dengan gaphic design, kami perlu mendapatkan pengesahan atau proceed design daripada mereka-mereka dalam list ini. Memang kami tidak pernah akan mencapai final design dalam masa yang singkat atau dalam rekaan idea yang pertama.
Bila semua perlu ditukar, tambah itu ini, tukar gambar, tukar color, ada sahaja yang tidak kena. Apabila amendment sudah siap, orang-orang yang bertanggungjawab “melepaskan” design kami akan menghilangkan diri, balik awal atau meeting. Jahanam.
Agak mustahil boleh jumpa dengan cepat dan mudah. Yang memeningkan kami, progress mesti on time, kalau lambat, graphic designer yang akan kena maki dulu, walhal progress kerja kami tergendala dek kerana mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab.
Mereka akan maki, marah, kutuk dan bermacam lagi perbuatan yang boleh mencabar kesabaran kami, sedangkan mereka tahu, orang atasan yang patut lebih peka dan membantu kami menyiapkan projek. Biadap.
Maka, berduyun-duyunlah designer berkampung di office kerana nak siapkan projek sebab petang tadi time orang punch out balik, baru design approve, siap ada amendment, esok pagi bos / client nak tengok. Tak ke celaka sungguh perangai mereka ini?

5. Lambakkan freelance designer yang menyediakan servis dengan harga yang langsung tak masuk akal. (Terlalu murah)
Keadaan ini telah menyebabkan industri graphic design negara dipandang enteng, murah dan tiada standard. 10 tahun dulu, upah untuk buat satu muka surat web page pun boleh mencecah sehingga RM500. Sekarang RM100 untuk keseluruhan webpage pun tidak mustahil lagi.
Ada orang pernah tanya aku nak buat logo company, offer aku RM50. Aku tidak semurah itu. Bukan berlagak, bukan takbur tetapi apa gunanya kami berhabis belasan ribu ringgit, bertungkus lumus menceburi bidang ini, dan akhirnya mengambil bayar seciput itu untuk memuaskan hati client yang tahap cerewetnya mengalahkan artis?

6. Tanggapan masyarakat - kerja designer kerja mudah.
Anda semua ingat senang ke nak edit-edit imej? Atau susun typeface? Untuk menyiapkan satu layout yang lengkap pun makan masa, apatah lagi proses sketching dan brainstorming. Bagi mereka mudah sahaja, “edit-edit gambar je.” “ala, kerja korang lukis-lukis je, senang la.” “susun-susun gambar ngan text aku pun boleh, pakai words je.” Kalau aku boleh siku, aku dah siku dah muka masing-masing.

7. Fine Art lagi masyuk dari graphic design.
Aku hanya mampu melihat dengan mata putih, kejayaan rakan-rakan seperjuangan, menempa nama dalam industri seni halus negara kita. Seorang demi seorang muncul dalam exhibition-exhibition artis muda, interview, masuk paper dan TV. Ex student graphic design? Ramai kawan-kawan aku lari bidang, ada yang jadi polis, kastam, imigresen, join industri F&B pun ada. Life is hard.

8. Lambakkan crash course dan CD tutorial yang tersangatlah murah.
Ibarat sayur dipasar. Begitulah murahnya nilai ilmu dan skill dalam industri graphic design. Aku pernah jumpa advertising jual DVD tutorial photoshop, produk tempatan, dimana nilai sekeping DVD tutorial hanya sekitar puluhan ringgit.
Kami berhutang puluhan ribu dengan gomen semata-mata untuk mendapatkan ilmu dah rahsia dunia graphic design, dan mengambil masa hampir sepuluh tahun. Sekarang, mamak buat teh tarik pun dah boleh buat graphic design.

9. Aku benci dengan mentaliti “Tak nampak ciri Malaysia pun design ni?”
Kenapa semua benda nak “nampak Malaysia?”
Ada sebab kenapa kami rujuk pada gaya dan vibe international design. Untuk bersaing dengan industri graphic design dari luar, style dan influence industri kita mestilah sentiasa up-to-date dan mempunyai ciri international. Kau duduk bawah tempurung tahun bila pun, tak tahu lah.

10. Orang kita terlalu sensitif.
Masih ingat iklan raya ala-ala santa claus yang pernah disiar di TV3 sekejap, sebelum kena ban? Iklan pakcik naik beca terbang, bawak budak-budak pusing-pusing satu Malaysia.
Pada pendapat aku, takde pun benda-benda yang boleh merosakkan atau memesongkan akidah umat Islam dalam video tu. Apa yang bertentang dengan agama? Pakcik tu kutuk Tuhan ke? Kutuk Islam? Kutuk nabi? Dia tak pakai pun suit santa claus, ada usung salib ke?
Nampak tak mentaliti orang kita? Cepat gelabah, lebih-lebih lagi hal agama. Kalau kita tengok iklan tu betul-betul, memang kuat mesej  1Malaysia yang cuba ditonjolkan. Point utama aku disini, orang kita masih di belakang, semua benda boleh dipolitikkan, sengaja untuk bersikap over sensitif, dan cenderung melihat perkara yang negatif dalam sesuatu mesej. Benci, benci (sambil ketuk meja dengan suara manja).


Penulis kali ini ialah Mohd Rizal Ramli. Seorang pemikir yang jauh ke depan, hustler, indie film-maker dan orang paling tabah kami pernah jumpa.
Ketika artikel ini selesai ditulis, surat peletakan jawatan beliau masih lagi panas di meja bos. Never give up to chase yuour dream, brother. Dah halfway dah pun. 


11 Jun 2014

Ptosis @ Tiada Kelopak Mata

Assalammualaikum

Sebenarnya dah lama ai dapat emel dari seseorang suruh cerita macam mana ai tahu dan macam mana NAN boleh dapat sakit ini. tapi time tu ai tak ada kekuatan nak menulis. nanti nangissss je. sekarang, alhamdulillah.. bila NAN semakin besar, perasaan tu sedikit demi sedikit beralih kepada redha.

macam mana ek ai nak mulakan... ermmmmm

ok... tarik nafas dalam... lepaskan slow2. Bismillah...

Selang sebulan ai kahwin, ai disahkan mengandung. tapi tak lama, sebab ai keguguran. lepas gugur, ai nak mengandung semula memang lewat. selang setahun. bila dapat khabar ai mengandungkan NAN, sukanya tak terkata. bersyukur. alhamdulillah ai masih diberi peluang untuk menjadi seorang ibu.

masuk bulan kedua ai mengandung, ai kene mabuk teruk. keluar masuk hospital. asik MC. keje dan rumahtangga terabai. bila makan muntah, bila minum muntah. tak boleh duduk rumah. diuji dengan masalah kewangan. ishhhh macam2lah. ai dan Mohammad Bazli hadap semua ini bersama2.

dah masuk 5 bulan, ai dah mula ok. makan minum semua dah kembali pada normal. berat ai yang dulu turun hampir 6kg sebab mabuk teruk, time ni dah naik mendadak. first time ai kene pendarahan. pegi klinik, scan, ai ada fibroid. besar. ukur lilit hampir 6 inci. doc cakap penyakit biasa. tapi disebabkan doc takut fibriod tu akan lebih besar dari NAN, doc suruh ai makan ubat selang sehari. sehari tak makan, sehari makan. minum susu pon 2 3 kali seminggu je. sebab fibriod tu akan membesar bersama2 dengan NAN. dalam masa 2 3 bulan akan datang fibriod tu makin membesar, kemungkinan ai akan bersalin awal dan bersalin secara pembedahan untuk buang sekali fibriod tu. alhamdulillah.. sepanjang mengandung, ai hanya sekali mengalami pendarahan. time ni jugak ai dah ada diabetis. tapi tak lah sampai kene cucuk insulin tu. biasa2 je.

dah masuk time2 NAN dah lengkap tubuh badan, tiap2 hari ai ajak Mohammad Bazli scan nak tau jantina NAN. sebenarnya bukanlah nak tahu sangat jantina tu, tapi entah kenapa hati ai sentiasa rasa tak sedap. macam mana ek nak cakap. hati ibukan dapat rasa kalau anak kita ada benda tak elokkan. tapi bila ai cerita dengan Mohammad Bazli, dia selalu bising yang ai fikir bukan2. masalahnya bukanlah ai suka2 hati nak memikir sangat, tapi rasa tak sedap.. korang fahamkan maksud ai ni kan??

time ni juga ai dah ber'hantu' minum ais dengan makan sambal belacan. kalau sambal belacan tu, ai cicah dengan timun pon dah ok. siang malam pagi petang asik minum ais. tersedar bangun 2 3 4 pagi, kunyah ais sambil tengok tv. masa duduk rumah sewa ni, tak pasang astro. so hadaplah cerita kat tv3 tu. 

berbulan2 memujuk, akhirnya Mohammad Bazli akur akhirnya dengan kehendak ai. tu pon dah masuk 9 bulan 1 hari. ai pegi ke Columbia Hospital kat Seremban 2 tu. kene bayar RM80 untuk 3D scan. time ni ai akan ingat sampai bila2. hospital swastakan, tunggu sekejap je dah boleh jumpa doc. ai dapat doc perempuan cina. doc tu scan dari kaki, bawalah ke kepala. eh lupa pulak, sebelum scan tu, doc tu ada cakap, ikut nasib scan time dah cukup2 bulan ni. sebab baby dah masuk lorong nak keluar. tapi alhamdulillah.. rezeki ai nak tahu rupa bentuk NAN sebelum dia lahir kedunia.

bila sampai kat area muka, ai dah perasan doc melengah2kan masa nak tengok area mata. last2 tu baru doc tunjuk mata. bagi ai, alhamdulillah.. rupa bentuk sifat semua sempurna. tapi doc masih berlegar2 kat area mata. dalam 15 minit doc diam, akhirnya khabar sedih tu ai tahu juga. doc cakap, area mata NAN bengkak yang luar biasa. maybe ada something. tapi doc tak boleh nak cakap apa yang tak kena tu. kene tunggu NAN lahir dulu. korang tahu tak apa perasaan ai time tu. berkecamuk, bergelodak, tak tau nak cakap macam mana. menangis dan terus menangis. Mohammad Bazli banyak menenangkan ai. berdoa agar semuanya selamat. Mohammad Bazli juga tak kasi ai fikirkan yang bukan2. tapi, since kita dah tahu, takkanlah kita tak memikirkan?

disebabkan ai ada diabetis, ai kene bersalin on time. sepatutnya NAN lahir 26 November 2011. 25hb malam tu ai dah rasa tak sedap perut. ai sms kakak nurse tempat keje ai. dia cakap pegi terus hospital walaupun esok pagi2 tu ai kene serah diri. dalam pukul 9 malam macam tulah, ai masuk wad kat HTJ. pukul 12 malam ubat induce dah masuk ikut jalan baby keluar. 2 biji ubat dimasukkan. mula2 tak rasa apa. ai masih boleh makan, gelak, suka, balas sms. tapi lepas 4 jam sakit tu dah datang. kejap datang, kejap pergi.

dah 24 jam, jalan still buka 2 cm je. masukkan lagi ubat. sakit makin bertambah. time ni ai dah terbanyang2 segala dosa2 ai dengan mak dengan Mohamamad Bazli. berkali2 minta maaf. masih jalan tak buka. naik 1 cm je. doc pakar dicide masukkan tiub induce. kalau tiub tak jatuh dalam masa 24jam, ai kene operate. alhamdulillah... 28hb subuh tu, air ketuban ai pecah tanpa tiub tu tak jatuh. doc semua pelik, kenapa air ketuban pecah, jalan dah 5cm tapi tiub tu tak jatuh. NAN dah berak. tolak masuk labour room. tunggu lagi 3 4 jam. jantung NAN dah lemah. doc cari2 jantung NAN dah tak dengar sangat. doc pesan, kalau ai sakit, teran je walaupun time tu jalan belum cukup 9cm. time ai teran, jalan baru bukak 7cm. doc nampak ai macam susah sikit nak keluarkan kepala NAN walaupun dah nampak sikit kepala tu, doc dicide gunting nak cukupkan 9cm. teran 2 3 kali, alhamdulillah NAN selamat ai pon selamat. NAN keluar 5.29 pagi, tepat2 azan subuh berkumandang.

time2 keluar, NAN tak nangis macam baby belakang katil ai. nangis sikit je. pastu ai dengar doc jerit minta ais. lepas doc terbalikkan NAN, pegang kaki ke atas, kepala ke bawah, tepuk punggung NAN pon tak nangis, depan mata ai, doc rendam NAN dalam ais pagi2 buta tu. tu pon lepas 5 minit baru NAN nangis sungguh.

walaupun ai bersalin awal pagi, tapi ai dapat jumpa NAN selepas 5 jam. dalam pukul 10 pagi macam tulah baru ai dapat susukan NAN. lepas ai dan NAN masuk wad semula, doc pakar sama2 iring ai. hati ai dah tak sedap. dah dapat agak ai akan menangis lagi. sampai2 katil, doc pakar tengok jahit ai, ucap tahniah, tanya khabar, doc pakar duduk atas kerusi sebelah katil, then urut2 tangan ai yang ai peluk NAN, doc pakar cakap, NAN ada masalah mata. tapi mereka tak boleh nak dicide lagi. sebab NAN baru sehari. tengok dari cara kelahiran NAN, dan mata yang agak bengkak dan besar, doc pakar akan cuba cari punca masalah. ai dah berdebar2. menangis. doc suruh ai tabah kalau ujian pemeriksaan mengatakan NAN mungkin buta, gloukoma, selaput, atau saraf mata tak sempurna. apa lagi ai boleh buat time tu?? korang fahamkan apa yang ai rasa????

tambah2 lagi orang katil depan belakang kiri kanan semua dah bersalin, mata anak cerlang terbuka besar, lagilah perasaan ai down. anak yang ditunggu selama setahun sembilan bulan, ibu mana nakkan anak yang bermasalahkan? doc pakar suruh ai duduk wad lama sikit. sebab dorang nak check NAN. tapi ai minta balik. emosi ai tak stabil. lepas check luka sume ok, ai balik. pantang kat rumah. sambil2 pantang, ramai kawan2 bagi petua. tapi ai tak ikut semua. setiap hari, ai menanti keajaiban berlaku. mata NAN akan sihat. sambil2 susukan NAN, ai baca doa penyakit mata yang kawan2 kirimkan. alhamdulillah... rezeki NAN minum susu badan ai memang murah. 

selang sebulan, kakak ai pula bersalin. balik rumah mak, pantang sama2, lagilah ai beremosi. jiran2 rumah mak datang melawat, sume macam banding2kan NAN dengan anak kakak ai. walaupun dorang tak cakap direct, tapi cakap "cantiknya mata dia..." "besarnya mata dia" sedikit sebanyak buat hati terguris. lagi 15 hari nak duduk rumah mak sama2 dengan kakak, memang siksa. sikit2 perasaan ai pada NAN mula berubah. ai mula amik endah tak endah dengan NAN. ai tak tahu kenapa ai boleh buat macam tu. seharian ai buat ala kadar dengan NAN. hati sakit, hati kecewa, tak happy sebab anak kita tak sama macam anak orang. 

Mohammad Bazli balik rumah mak ai. tengok keadaan ai yang abah cakap yang ai nampak lain seharian time tu. ai tengok muka suami sendiri, terus menangis. dalam bilik, ai menangis semahunya depan Mohammad Bazli. luahkan apa yang pendam. cuma satu je Mohammad Bazli cakap, "sabarlah. ada hikmahnya. cuba tengok anak kakak, menangis malam2, tak boleh panas, asik nangis je. tapi anak kita?? walaupun dia macam tu dia tak susahkan kita pon. saya pon tak yah bangun tengah2 malam nak buat susu, tukar lampin. diam je. buat hal sendiri. rezeki awak nak susukan dia pon melimpah ruah. masing2 ada kekurangan dan kelebihan masing." ai diam. cuba berfikir....

berdosanya ai sebab tak boleh terima keadaan NAN. insaf, mohon keampunan agar NAN masih bernafas untuk jadi anak ai. nasib baik ai tak kene penyakit meroyan. genap 33 hari, NAN kene sakit mata. tak tau dari mana dapat virus tu. NAN kene masuk wad. seminggu jugaklah. doc pakar amik sample tahi mata yang warna kuning diraja tu, masuk makmal, esoknya dapat result, dan lagi sekali lagi, jiwa ai tersekat2. doc mengesahkan NAN ada penyakit Ptosis/ tiada kelopak mata. NAN sakit mata sebab kurang cahaya masuk dalam mata dia. terus ai dapat surat refer ke pakar mata HTJ. tapi HTJ tak ada pakar untuk kanak2. jadinya dari umur NAN 4 bulan, ai dah berulang alik ke HKL.

bersama doc pakar mata HKL lah ai tahu dengan terperinci tentang penyakit NAN. di Malaysia, dalam purata 2:100 atau kemungkinan 1:1000 dapat penyakit Ptosis ini. mula2 ai tak faham Ptosis tu apa. Ptosis bermakna saraf kelopak mata tak terbentuk dengan sempurna dari dalam rahim lagi. sebab tulah NAN tak ada kelopak mata, mata tak boleh berkelip, mata tak buka luas. tapi doc tak boleh buat apa2 sampai umurnya setahun. baby bawah setahun tak boleh sedut ubat bius. nanti infact ke otak. jadinya ai tabahlah menunggu selama beberapa bulan lagi nak genapkan NAN setahun. 

dalam nak tunggu umur NAN genap setahun, macam2 ai dengar orang bercakap tentang NAN. dia cacatlah. dia butalah. dia tak sempurnalah. mesti ai ada buat2 apa2 masa mengandungkan NAN dululah. kalau bawa jalan2, semua pandang NAN macamlah NAN tu apa. ai kurang selesa dengan keadaan ini mula2. tapi lama2 ai ok. setakat ok je lah.

semua orang tak tahu apa yang ai lalui sepanjang proses kehamilan. kenapa mesti nak menghakimi budak yang tak tahu apa2. kenapa nak mesti cakap yang boleh sakitkan hati orang lain? kenapa tak pernah fikir sebelum berkata2. tapi adatlah... mulut manusia.. mana boleh ai tepis semuanya.

genap umur NAN setahun, ai dah dapat tarikh pembedahan. apa perasaan ai?? tak yah nak cakaplah. tak boleh ai nak gambarkan dengan kata2 apa perasaan ai. korang kalau anak demam pon dah risau kemainkan... apatah lagi anak nak buat pembedahan. pembedahan dekat dengan mata pulak tu.

dah 4 kali NAN buat pembedahan mata. macam2 ai sekeluarga hadapi. dengan keadaan NAN setiap kali lepas pembedahan mesti ada komplikasi teruk. ai dah tak terdaya. mana nak keje. mana nak fikirkan soal anak. NAN ada eczema darah. darah NAN cukup alergik dengan bendasing. lambat nak baik kalau dah luka2. apatah lagi luka bekas jahitan tukan.  

kali pertama buat operation, selera makan NAN hilang. susahnya ai nak pikat balik selera dia. ada kot cerita dia ai dah tulis.kali kedua NAN buat pembedahan, dah 3 jam dalam dewan bedah, nurse panggil ai suruh ikut dia. nurse suruh ai masuk dalam bilik matikan kuman2 sebelum masuk dewan bedah. ai tanya, nurse tak nak cakap. masuk2 je dalam dewan bedah, ai macam nak pengsan, nak terduduk. dengan mata NAN dicengkang dengan alat besi, darah keluar tak berhenti. tekanan darah rendah. doc cakap, dorang terpotong urat kat tepi mata time nak putuskan benang. sebab tulah darah tak berhenti. time tu ai tengok dada NAN berombak sedikit kencang. doc terus amik darah ai, nak tahu darah ai sama atau tidak dengan darah NAN. alhamdulillah sama. doc suruh ai keluar, masuk ke bilik lain untuk amik darah 1 beg. sebab nak bagi pada NAN yang tekanan darah dia dah rendah sangat. semuanya dalam keadaan kelam kabut. dalam masa 2 jam, darah ai dah dimasukkan dalam badan NAN. kali ketiga dan keempat tekanan darah tinggi. denyutan jantung laju. benang mata putus. silikon mata terkeluar. kulit kelopak mata terkonyak. macam2 cabaran untuk NAN sebelum dia dapat lihat dunia dengan sempurna. 

kalau nak harapkan ubat hospital memang susah. berhabis kami suami isteri cari ubat altanatif lain untuk sembuhkan NAN cepat. kadang2 tu kami terpaksa lebihkan duit untuk ubat dan susu NAN, baru beli barang dapur. tu pon pernah tak cukup. pernah juga ai dan Mohammad Bazli gaduh sebab masing2 stress dengan masalah yang kami tanggung. lepas pengasuh NAN buat hal, tak ada taska nak terima keadaan NAN. ada satu taska ni, bila ai cerita keadaan NAN yang masa tu kesan jahitan tak nak kering, kadang2 bernanah, kadang2 berdarah, staf taska tu cakap bagitahu ai, "kalau akak dapat tahu ada budak yang bernanah nak ke akak hantar anak akak kat sini? kami tak nak rugi." apa yang korang rasa. sedihkan.

alhamdulillah.... dalam serabut2 ai nak cari taska, akhirnya Allah jumpakan ai dengan taska NAN sekarang ni. staf kat situ tak ada satu alasan pon untuk jaga NAN. dorang bersedia, sebab owner taska tu cakap, dulu kami ada jaga budak sindrom down puan. so tak ada masalah. bukannya NAN sakit teruk. setakat luka sikit, janji akan bekalkan ubat. 

untuk ai membesar NAN memang cukup hebat cabarannya. kadang2 ai rasa, ai jadi kuat sebab ai tengok NAN kuat. ai selalu tengok NAN tak ikutkan rasa sakit dia. macam baru2 ni, NAN demam panas. siap masuk ubat punggung. tapi suhu tak turun. kalau sesetengah budak mesti duduk diamkan. tapi NAN tak. dia masih aktif. berlari sana sini. sebab tulah kalau ai kata NAN demam dan ai EL, ai rasa mesti orang tak percaya. eh betul ke anak dia demam? sihat je nampak. sebab NAN memang macam tu. 

untuk 'dia' yang tetiba terbaca blog ai ni, inilah cerita macam mana ai dapat tahu, macam mana NAN dapat penyakit ini dan macam mana ai hadapi. sebenarnya panjang lagi. tapi tak yahlah kot ai rasa nak cerita semuanya. ai dan NAN tak pernah minta jadi macam ni. saraf kelopak NAN tak berfungsi atas kuasa Allah. ai tabah sekuat ini juga kuasa Allah. kalau ai rasa susah, ada yang lagi susah. macam mana ai hadapi situasi ini, itu jadi rahsia ai bersama Allah. 

kadang2 terfikir nak minta bantuan. nak buat operation NAN kat swasta. buat secara laser saja. tapi... tak terluah. terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan dan kesihatan NAN. hanya Allah saja yang dapat membalas segala jasa2 kalian. mana yang mengutuk mengata mengumpat, ai doakan anak korang semua sihat sejahtera. tak yahlah rasa sakit teruk2 macam NAN tanggung.

 


3 Jun 2014

macam mana NAN boleh putus hisap puting?

Assalammualaikum wbt

Sejak NAN genap 2 tahun, ai dah mula nak putuskan dia hisap puting lagi. dah besar kot nak menyoyot puting tu lagi. walaupun ai masih nampak dia comel hisap puting yang warna warni tu. 

macam2 cara ai buat. semuanya tak menjadi. letak sirap kat puting tanda darah, letak hempedu biar rasa pahit, tapi semua tak menjadi. diakhirnya NAN demam, pastu ai bagi semula. 

ada sekali tu family ai pegi picnic kat port dickson. masuk2 kereta dah menggagau cari puting sebab NAN nak tido. sampai2 PD, air laut pasang. ai tukarkan NAN baju mandi, amik pelampung, terus masuk laut. terjerit2 NAN sebab takut pada mulanya. lama juga kami berendam. naik darat semula, makan2 pastu turun semula. sampailah nak balik.

masuk2 kereta nak balik, NAN terus tido. terus kepenatan. ai tak bagi puting sebab dia tak mintak. bawaklah sampai ke malam. nak tido, lepas susu, terus je NAN tido. tido malam pon tak berjaga 2 nak mencari puting yang hilang dari mulutnya.

esoknya pon sama. nak tido tak mencari sangat. tak sama langsung macam yang dulu2 tu ha . macam mana pon mesti nak puting juga. sampailah sekarang. NAN berhenti cara dia macam tu je. bawa pegi PD, naik turun laut 5 6 kali, pastu dia terus lupa.

bila orang tanya macam mana NAN berhenti hisap puting, ai cuma jawab, bawa pegi PD. ramai tak percaya, tapi itulah hakikatnya. bagai nak ghak ai mencuba pelbagai petua, last2 mandi laut juga yang berjaya.

kalau ada rezeki ai ada baby lagi, in shaa allah ai tak nak ajar dia hisap puting lagi. dalam usaha ai nak berhentikan NAN ni, ramai juga yang tanya, kenapa ko bagi dulu? sebabnya, time dalam pantang, NAN selalu nak 'bergantung' saja. kadang2 bukan nak dihisapnya, cuma nak buat pelayan mata. sampaikan nipple ai time tu luka berdarah. pernah sekali ai pam susu, jadi air bandung. keluar dengan darah sekali. sebab tulah ai ajar dia hisap puting.

ni ha gamba2 NAN time baby2 tengah kemaruk hisap puting. dan ai pula tengah kemaruk beli puting yang comel2. hahahaha










Selepas 33 hari, hari ini kembali berkhidmat

Assalammualaikum wbt

lamaaaa sangatttt tak update. tak sempat. cuti sebulan jadi surirumah sepenuh masa memang sibuk!! lagi2 bila ai banyak muat naik gambar NAN di Fb dan Insta, lagilah malas nak menaip2 segala macam ni. melayan dan menjaga orang sakit pulak. memang mencabar dan tercabar.

pertama sekali nak cakap, alhamdulillah... selepas 33 hari ai bercuti separuh gaji, ai kembali berkhidmat seperti biasa. tak yah tanyalah perasaan ai. sama juga dengan perasaan uolls bila naik kerja selepas 90 hari cuti bersalin. sama je. huh!! 

berat hati, risau, gelisah. macam2 lagilah perasaan tu. dah campur aduk, tak tau dah rasa apa. tapi demi  tanggungjawab pada keluarga, tanggungjawab bersama kubah biru, kita singkirkan segala semua perkara negatif itu. bak kata mak; "Allah akan jaga dia. kau kerja saja." baikkk mak.

perkara pertama yang ai risau adalah, NAN akan menangis atau tak? tapi seminggu sebelum ai naik keje, ai dah asak kat telinga dia hari2. masa mandi, masa pakai baju, masa makan, masa main. setiap masa ok

ibu : Rina... nanti ibu dah naik keje semula. Rina duduk school ye!! ada teacher, ada kawan2. nanti Rina boleh main dengan kawan2.

mula2 memang tak nak. tapi dah setiap saat, minit, jam dan ai asiklah bercakap dengan dia tentang hal ini, lama2 NAN mula redha.

NAN : ya.....

ibu : kat school ada siapa? Rina boleh main dengan siapa?

NAN : ada 'icher' ada 'awan'

memang bar hati sebenarnya. nak tinggal NAN dengan pengasuh yang mengasuh ramai2 ni. lagi2 dia sebenarnya bukanlah sihat sangat. tapi NAN memang seorang anak yang kuat. walaupun luka berdarah bernanah pada luka bekas jahitan dia tu, dia masih berlagak sihat. dalam susah2 hati ai ni, alhamdulillah masih ada satu taska yang sudi terima kekurangan dan rela menjaga NAN.

masuk keje, siapa yang perasan ai dah duduk semula kat meja opis, adalah juga bertanya keadaan NAN. terima kasih mengambil berat. mana yang tak sudah2 nak umpat, mengata, ai doakan anak uolls sihat sejahtera hendaknya. :)

 duduk rumah, memang ai akan buat aktiviti dengan NAN. kali ni mewarna batik. sebenarnya  beli lukisan batik yang dah siap dicanting. tinggal nak diwarnakan saja. tak boleh sangat nak biarkan dia main sorang2. menyepah saja keje NAN.

 until now, bila tido mata masih tak bertutup rapat. mula2 dia tido, mata NAN terbuka sikit je. tapi bila NAN  dah nyenyak, macam ni lah. macam tak tido. 

 time ni ai tengah sengungut. memang tak terlayanlah. sukati lah nak oi nak buat apa. ibu tak larat dengan perut memulas2.

 haaaaa ni aktiviti kegemaran ai yang tak pernah pudar. sebenarnya warna bunga kertas ni dah pudar.  time2 ada masa lapang, NAN pon tido, marilah kita mewarnakan semula. guna poster kaler je pon. seni itu indah.

Alhamdulillah.. inilah rupa bentuk mata NAN selepas 30 hari. walaupun kecik sebelah, walaupun infection kat tempat lama ada lagi, tak perlah sayang. awak tetap anak ibu.

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?