love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

1 Mei 2014

pembedahan mata kali keempat #2

Assalammualaikum

hari ni dah masuk 9 hari hari NAN selamat jalani pembedahan mata kali keempat. terk a kasih pada semua yang mendoakan keselamtan NAN. hanya Allah saja yang dapat membalas segala jasa baik kalian.

 24hb april 2014
 kami sekeluarga keluar rumah dalam pukul 10 pagi. time hujan dah nak turun. gelap macam subuh lagi. dalam hati berkata2, cuaca juga seakan faham apa yang ai rasa time ni. bergolak rasa hati. tapi buat2 happy. hari ni kan dapat gaji, ai dan mohammad bazli nak settlekan semua urusan dulu. bayar bil, duit kete, bil telefon. makan tengahari terus sebelum keluar dari nilai. sampai2 HKL dah nak pukul 2. jem ye memang tak boleh nak kata apa ai daftar masuk wad, mohammad bazli cari parking kete. semua settle,dah dapat katil, berehat2lah kami anak beranak berkongsi katil 3 orang sambil layan perasaan.

dalam pukul 4 lebih macam tu, doc bius datang nak terangkan tatacara pembiusan dan ai perlu sain surat kebenaran bius. macam biasa, bius satu badan. terangkan serba sikit risiko yang bakal ai dan NAN hadap.

25hb april 2014

pagi tu ai bangun 5 pagi. ai siapkan diri ai dulu, pukul 615 ai kejutkan NAN pula. nasib baik senang nak bangun dan tak nangis mandi air sejuk. pukul 7 ai dan NAN bertolak ke dewan bedah. mohammad bazli hantar sampai luar je. hanya ibu saja dibenarkan masuk. nurse2 yang incharge NAN amik perhatian dia. buatkan belon, layan bercakap 715 doc suruh ai dukung NAN bawa masuk bilik pembedahan. time ni ai dah nampak segala macam gunting, pisau, jarum dah bersusun. doc bius suruh ai duduk membelakangkan barang2 tu. dal sikit2, dalam bual2 dengan NAN, doc terus bagi gas bius, dalam masa 1 mknit NAN dah pemgsan. lepas ai cium NAN, doc suruh ai tunggu di ruang menunggu.

 ai terlelap sekejap. sedar2 dah pukul 9 lebih. terus ai baca s0zikir, berdoa dan terus berdoa. selang 4 jam , nurse panggil ai cakap sudah siap. ai ikut nurse yang panggil ai tu. ai nampak dari jauh, katil NAN dikerumun oleh doc dan nurse2. doc bius suruh salah sorang nurse ambil kerusi suurh ai duduk. sorang nurse lain selimutkan ai dengan selimut panas. ai dah makin tak selesa. ai terus cakap dengan doc bius, doc ada nak bagi tahu sapa apa2 ke ni. terus dob bius bagimtahu keadaan NAN yang time tu tekanan darah tinggi naik mendadak,jantung berdegup laju. dalam masa sejam keadaan NAN tak kembali normal  dia perlu ditolak ke icu pemantauan yang lebih.

ai terus google surah yassin, ai baca dan tiupkan kat ubun2 kepala dia. selang seli dengan se ndu sedan menangis. alhamdulillah, selang 1 jam, keadaan kembali normal. 30 minit untuk pantauan, NAN djbenarkan untuk balim ke wad. sampai wad dan sampai ke malam NAN tido saja. minum air x nak, susu x nak, bila nangis cakap sakit. ai cuba sedaya upaya tak mahu nangis.

 malam ni ai tak tido nyenyak. NAN juga asik terjaga sekejap2. merengek, menangis, menjerit. ai dah mulamrasa takmtentu arah.

26hb april 2014
NAN bangun pagi ni. lelas ai mandi sume, baru lah NAN bangun. menangis tersedu2 taha  pedih time ai mandikan. kali ni luka tak banyak. hanya sikit dan sekitar parut lama doc datang check benarkan NAN discharge tengahari tu. tunggu surat semua, amik ubat, kami terus balik nilai.

jiran sebelah rumah ai buatkan NAN bubur. makan sikit2. ai rasa keluarga ai bertuah sangat dikelilingi jiran yang sungguh baik. mula2 ai nak letak ubat di mata NAN setiap kali itu jugak ai  berperang dengan dia. last2 ai bedungkan dia kuat2, barulah ai dapatbubuh ubat dan lain2 disekitar mata dia. menangis memang tak yah cakaplah, kalau orang demgar mesti orang kenapa apa semua.

ai kurungkan NAN dalam rumah. tak kuarantinkan dia dalam rumah. alhamdulillah selamg beberapa hari, ada 2 3 benang NANtercabut.

 terima kasih sekali lagi ai ucapkan pada semua. pada ajk taman, terima kasih atas sumbangan. kawan2 terima kasih atas lawatan. terima kasih juga diatas doa yang dikirimkan.

hari ke ke 5 pagi. bangun tido

hari ke enam petang. baru lepas makan ubat, cuci mata

hari kelapan. nampak tak kelainan dimatanya??ya ya ya mata kanan pulak nampak macam tak berjaya. tak sama besar matanya. ai rasa tak puas hati pulak.

hari pertama di wad

di dalam dewan bedah tunggungiliran nak masuk bilik bius

selepas 4 jam dibilik pembedahan. time ni dia sedang berperang dengan semangat untuk dia terus hidup melihat dunia

hari kedua. tjnggu masa nak discharge. pagi ni, time sudah mandi, ai letakkan NAN depan cermin. tapi dia menangis kiat sambil cakap takut dan tunjukmcermin. ya.... dia takut untuk lihat wajahnya sendiri

hari keempat. ai masak spegeti. tapi lepas makan, tempat luka panjang tumkuar nanah. mungkin dia alah dengan daging buat masa ini.a

hari kelima pagi. tido lepas makan ubat.






















GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?