love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

27 Jun 2012

giliran N.A.N

kat ofis ai sekarang ni paling hot isu taska. lepas je pengusaha taska yang lama ni tak nak sambung kontrak dan pengusaha baru tak register lagi, sume pengasuh nak berhenti kerja. tak lah semua hanyalah segelintir sahaja. tapi task itu masih tidak cukup jumlah pengasuh dengan jumlah baby dan kanak-kanak yang ramai. jadinya baby yang bawah setahun sudah dicampurkan dengan kanak-kanak yang dah berumur setahun lebih dan sudah bergerak laju. ai sebenarnya risau. time ai datang tengahari ai tengok N.A.N dilangkah2kan oleh kanak-kanak yang dah pandai jalan. N.A.N memang hisap puting. bila N.A.N tido puting tu tak disimpan. bila tak disimpan kanak-kanak yang lasak ni buat main. dan bila N.A.N menangis disumbatkan jelah puting tu terus ke mulut N.A.N tanpa di cuci terlebih dahulu. alahaiiiiii nak marah kang anak kita pulak yang jadi sasaran. ai cuma tegur baik2.. ai mula terfikir bila ketiadaan ai sebelum lunch hour?? ermmmmm

cerita ni dah 2 minggu berlalu. ai ambil dari taska ai tak pernah check keadaan diri N.A.N. sebab time tu N.A.N duduk dengan kawan2 yang sebaya dia. ai pon tak lah risau sangat. tapi bila dah dicampurkan ni, ai selalu check. manalah tau kan ada yang tangan cepat. ai memang selalu mandikan N.A.N selepas makan. bila ai start curahkan air kat badan N.A.N menangis macamlah kene dera. ai juz pujuk2 je.. time nak pakaikan baju, sapukan  minyak kat kaki, N.A.N lagilah menjerit. ai mula belek2 kaki N.A.N.. ai terkejut sangat bila..



ada kesan calar dikaki N.A.N... menyirap darah ai.. tak sabar nak tunggu esok nak bertanya. first time kene kat ai.. selama ni ai asiklah dengar anak2 orang yang kene gigitlah, cakarlah.. and ari ni N.A.N pulak yang kene.. esok ye ai hantar pagi tu ai saja pakai N.A.N rompers. ai duduk sebelah pengasuh yang senior.

ai : kak saya nak tanya ni. kenapa kaki RINA bercalar ni kak?

pengasuh : eh!! akak tak perasanlah.. mungkin budak2 ni la ha.. kesian anak ibu...

ai : kak anak saya tak pandai lagi nak main dengan budak2 dah besar tu kak.. akak letakkan je lah anak saya dengan kawan2 yang sebaya dengan dia. kalau main tak lah kasar sangat. lagipon mata anak saya nikan problem. akak janganlah letak lagi anak saya dengan dorang. saya tengok ni macam bukan kene cakar. ni kesan tercalar yang tergarit dengan benda tumpul.. akak perati2kanlah ye... :'(

pengasuh tu tak mintak maaf ke apa ke.. esoknya ai jemput N.A.N pipinya pula kulit nipis terkopek sebab kene cubit kuat..

sabarlah wahai hati.. nak dihantar ke taska luar lunch hour tak boleh datang tengok... :'(

Beralih bulan dan nak pandai :)

semalam (27.6.2012) ai EL. Nur Afnan Nisrina demam panas. selasa petang ambil dari taska N.A.N sudah seperti tidak bermaya. mulut senyap pastu tido je sepanjang perjalanan ke HTJ nak menengok mak ai. sesekali ai rasa kepala dia. ermmm panas sikit. sebelum naik ke ward ai check suhu dia. 37.7. panas sikit. lepas habis waktu melawat ai balik dan singgah rumah sekejap sebab abah pulak yang demam.. (rindu mak lah tu) dalam kereta ai rasa lagi.. satu badan dia dah naik panas. sampai je Nilai, ai terus pegi Klinik Panel. sampai je klinik pendaftaran dah tutup. ai pujuk2 nurse tu.. lastly dia kasi jugak bila tengok N.A.N dah tak bermaya. masuk je bilik doc, check suhu 38.5.. dah makin panas. doc suruh bukak baju N.A.N. terus disuapkan ubat dan doc sariah terus lap2kan badan N.A.N. malam tu tak boleh tidur. N.A.N asiklah merengek.. jadinya ai terpaksa EL untuk jaga N.A.N dirumah. disebabkan semalaman tak tidur.. N.A.N tido selepas makan bubur dan makan ubat. bila dah bangun tido, N.A.N dah mula nak main dan senyum2. ai letakkan ke bawah saja bila tengok N.A.N macam nak bergolek dalam bouncernya. kan ai dah cerita N.A.N dah pandai nak menjalar ke depan. elok je duduk kat bawah, N.A.N makin laju bergerak ke depan.. sambil mulut bising2. malam tu ai keluar jugak sebab susu N.A.N dah habis. Mohammad Bazli ajak makan steak kat tesco Nilai. macam mengidam pulak dia nih. aijuz makan hotdog n fries. letakkan N.A.N atas meja dan ditepi dinding. saja nak tengok dia gerak. :) bukan main laju lagi dah sekarang ke depan.. ai bukan main risau lagi bila tengok N.A.N demam panas. mana tak ye, ai takut jadi macam anak kawan ai yang kene penyakit kawasaki. habis badan2 naik merah. ai tunggu jugak badan N.A.N naik merah2. kalau ada ai akan bawak N.A.N ke hospital.

 1. ni time dalam kereta bila panas dah mula naik

 2. haaaaa x yah nunjuk muka.. tengok tangan pon dah tau.. nak lepaskan ngidam sibapak yang teringin nak makan steak.. bawak kan aje lah..

3. ni lah ha budak yang demam sebab nak pandai dan beralih bulan.. :)

tersentuh HATI

isnin lepas ai dapat sms dari kakak katakan mak ai masuk hospital. mula2 ai relaks lagi sebab mak ai memang selalu masuk hospital disebabkan penyakit buah pinggang beliau. tapi bila kakak ai reply sms ai dan katakan mak ada di bilik kecemasan garisan merah dan jantung mak berdegup laju ai makin risau. mula2 ingat nak pergi tengok mak habis maktu kerja. tapi ai jadi takut kalau ada apa-apa yang akan terjadi. mungkin ai yang akan lambat. jadinya ai maklumkan dan minta izin untuk keluar pejabat awal. tak awal sangat pon.. 1/2 jam nak pukul 5 time tu. bila sampai ward, ai menangis tengok mak yang berkeadaan agak teruk... lihat... wajah mak yang tak bermaya ketika itu...




semoga mak cepat sembuh dan senantiasa sihat. ai masih belum bersedia untuk kehilangan beliau.. :'(

hari BESAR untuk N.A.N dan N.D.I part2

sambungan....





























18 Jun 2012

keletah Nur Afnan Nisrina 7 bulan

heyy uolsss!! :) hujung minggu yang panjang. ai dan N.A.N tak pegi mana2 pon. juz terperap kat rumah. Mohammad Bazli pergi berfamily day eh!! bukan bukan bukan pegi retreat di gopeng perak. bukan kemain sampai ke perak nu haa retreat. :)

bila dah berdua ni, ada2 saja keletah N.A.N yang mencuit hati. kadang2 tu diluar kawalan nak membebel gak. tapi bila nengok senyum meleret leret terus susut mulut ai nak membebel. :) meh meh meh tengok apa yang si N.A.N buat bila ai kat dapur membasuh baju..

 (1) setelah habis semangkuk setengah bubur kentang bersama ikan bilis, nilah hasilnya. gaya tidurnya macamlah orang bekerja keras disiang hari :)
 
 (2) setelah dipaksa tidur. bukan main susah nak tido siang sekarang ni. asiklah nak main bergolek2 sampai keluar rumah dah.

 (3) bila dah bangun ai letakkan kat bawah je sambil ai menyidai baju. bila ai masuk, dah kemana dah si kenit nih.
 (4) dah pandai beraksi depan kamera. :) like mother like son :)

 (5) again

 (6) dah mula merajuk bila ai tak bagi princess plastik die

 (7) bila dah yak yak, makan, pastu mandi then tidur. disebabkan sekarang susah nak tidur siang, buat2 muka kesian sambil usik2 muka ai mintak simpati tak tidur :)

 (8) berjaya jugalah ai tidurkan selama 1/2 jam. bila dah bangun, ai letakkan N.A.N dalam kerusi kurungannya. tapi tak berikat. ai dengar suaranya terjerit2 tapi ai tak nengok. ni time dia dah mula nak nangis. see dah tertiarap dalam bouncernya. nasib tak jatuh.

 (9) dah berjaya pusing secara keseluruhan

 (10) see.. ai dah membebel2 buat2 senyum. alahai si anak.. :)
 (11) dah mula nak turun dengan mengesot ke bawah

 (12) minta simpati ai untuk angkat. tak adalah sayang oi. ibu nak masak kat dapur

 (13) dah menangis kuat2 dah. nak tak nak kena lah angkat

 (14) gambar ni sebelah malam. lepas nangis sebab tak nak susu botol nak susu badan ai. bukannya nak dihisap, tapi digigitnya. sakit lah nak. merah2 hidung nangis merajuk tak dapat breast ai.

 (15) mula2 tidur sambil tersedu sedu merajuk tak dapat breast ai. bila dipujuk2 bagi puting tiruan, lena jugak. bukan ibu tak nak bagi, awak main2lah sayang.

 (16) bila tengok gelagat ni, ai terus sms Mohammad Bazli. 
"time u tanam uri N.A.N u ada letak apa2 tak?"
"ada. biasalah. kertas, pen, pensil, ada sikit plastik tupon sebab tertanam sekali. kenapa?"
"u balik nanti ai tunjukkan gambar. patutlah.."
 

 (17) time ni ai tengah isi borang............ sibuk jugaklah sianak dara ni. tarik2 tangan ai capai pen dan sampul surat. nah!!! hambik.. :)

 (18) N.A.N tengok ai yang dah beralih tempat 


 (19) dah mula syok sendiri dengan agenda tersendiri :)


 (20) mula tunjuk protes dengan menepuk2 kertas dengan cakaran2 indah di sampul surat

 (21) angkat2 pen bila tengok ai ketuk2 resume ai yang tiba2 datang semut

**jadilah kamu seorang anak yang solehah, cerdik dan baik :) amin...

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?