love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

22 Disember 2011

DI USIA MENJELANG 1 BULAN



tengok, umur belum pon 1 bulan, tapi gaya tidur macam dah besar2 je. sory, amik gambar guna handphone cikai je, sebab tulah gambar kabur sikit. apa yang N.A.N dah pandai?? meh ai listkan.. :)

1. dah tak nak dibedung. kalau bedung jugak, akan bertahan dalam masa 2 minit je.lepas tu mula keluarkan suara ala2 sedih minta dilepaskan. kalau mak ai yang dengar, buat tak tahu je, tapi ai akan tolong lepaskan tangan je. kaki akan dibiarkan berikat. :)

2. kalau dah tak dibendung, tangan akan bersilang2. dan akan berusaha untuk mengiring untuk mendapatkan tido yang lebih lena. kalau tido telentang alahai.. sekejap2 akan terkejut dan tido tak lena. *ramai orang kata yang Rina akan cepat meniarap* :)

3. dah pandai nak berenjut untuk tido. ai akan goyang2kan tangan sambil nyanyi2 untuk teruskan dia tido bila diletak tak berjaga. :)

4. bila nak pakai baju, dah pandai ajak kita berbual2.. :) soooo sweet okey..

5. tido dah semakin lasak. macam mana dalam perut macam tulah dia tido. tiap kali ai terjaga, ai mesti tengok yang kepalanya tak beralas bantal dan semakin dekat dengan tepi katil. :)

6. tak takut makan ubat walaupun dikejutkan :)

7. kalau dia terjaga dari tido dan ai tak da kat sebelah, dia akan menjerit ala2 manja.. :)

8. suka senyum besar2 bila perut dan kenyang dan pampers tak basah :)

9. tersangatlah anak ayah. bila ayahnya tak balik dan buat call phone, dari merengek2, terus diam dan buat suara ala2 manja kengkonon mengadu.. :)

10. dah pandai merajuk bila lambat bagi susu dan lambat dipujuk. :)

doa ibu dan ayah semoga NUR AFNAN NISRINA sentiasa sihat, ceria, bijak dan solehah... sayang kamu!!

19 Disember 2011

HATI IBU

 

hati ibu mana yang tak sedih bila anaknya berada dalam keadaan begini. sama juga dengan ai. airmata ai tak henti mengalir sejak ai tahu mata anak ai dijangkiti kuman dan ada potensi berjangkit dengan otak dan peparu. doktor juga memberi khabar sedih pada ai yang air dalam otak anak ai banyak dan kemungkinan akan ditebuk untuk keluarkan air itu. hanya Allah saja yang tahu hati ai masa itu. ai tak da perasaan segan terus menangis depan doktor dan nurse. nurse yang bertugas time tu terus memujuk dan banyakkan bersabar. ai melahirkan Nur Afnan Nisrina dengan keadaan sempurna dan sihat. hati ai takkan redha jika Rina bertukar sakit teruk. masa tu, entah berapa banyak doa yang ai panjatkan pada Ilahi agar sembuhkan anak ai. di hari kedua, doktor bawa Rina ke bilik ultrasound untuk lihat berapa banyak kandungan air dalam otak Rina. Time tu ai tak hantar pon walaupun dioffer oleh doktor. ai tak sanggup. lebih sejam Rina dalam bilik tersebut, Rina keluar dengan wajah yang cukup tenang. tak ada tanda2 dia sakit pon. doktor said "anak u kuat. see, buat ultrasound pon tak nangis. u tengoklah keputusannya." ai hanya senyum kambing je time tu. ai memang tahu, anak ai memang kuat. dari dalam perut lagi Rina dah kuat. "air dalam otak setakat ni tak banyak sangat. masih dibawah paras bahaya. tapi kita perlu berjaga2. kita tak buat tebuk kepala, tapi kita start dengan antibiotik. kalau antibodi baby boleh lawan, air akan keluar ikut saluran kencing." time ni ai terus menangis dan cium2 Rina. syukur sangat2 bila doktor cakap macam tu. so rina pon start makan antibiotik dan letak titis ubat dalam mata dia. dihari ketiga, doktor kata bengkak mata rina dah kurang, dan tahi mata pon dah mulai kering. doktor pakar kanak2 datang dan bagitahu result darah. alhamdulllilah, darah rina tak dijangkiti kuman. air dalam otak pon dah semakin kurang. ai bersyukur sangat2. doktor said again : "see, kan ai kata anak u memang kuat. dalam masa sehari baby boleh lawan segala penyakit. tapi u kena hati2. jaga baby elok2. jaga kebersihan baby. baby memang senang dijangkiti kuman. kita pantau lagi sehari. tomorrow kalau baby okey, ibu n baby boleh balik." senyuman ai terus meleret lebar. rina pon seakan tahu yang dia dah boleh balik sebab after doc said macam tu, rina terus senyum lebar. (tak sempat nak snap gambar). hari keempat, doc said ai n baby boleh balik. tapi kene teruskan antibiotik, dan ubat titis mata. ai berterusan berdoa agar Allah sembuhkan penyakit rina dan mata dia boleh terus terbuka dan melihat keindahan dunia dan wajah ibu dan ayah dia. 

"YA ALLAH... KAU SEMBUHKANLAH PENYAKIT ANAKKU DENGAN SEGERA. AKU TIDAK SABAR INGIN MELIHAT KEINDAHAN MATANYA YANG BOLEH MENGHILANGKAN RASA KESAKITANKU. AKU INGIN DIA MELIHAT WAJAH IBU DAN AYAHNYA YANG SENTIASA MENCURAHKAN KASIH SAYANG TANPA HENTI.. AMIN..."

4 Disember 2011

kelahiran NUR AFNAN NISRINA

28 November 2011 @ 2 muharam 1433H @ 5.29 am @ HTJ Seremban

setelah hampir 50 jam ai tanggung sakit untuk melahirkan Nur Afnan Nisrina, akhirnya dia selamat keluar dari perut saya. 9 bulan mengendong perut bawa ke hulu ke hilir, setiap detik dilalui dengan penuh kesabaran, ini semua hanya satu nyawa di dalam rahim.

seawal dari usianya 1 hari di dalam rahim, masa yang ai lalui rasa tersangat lambat berjalan. siap pangkah tarikh kat kelander. ai pon tak tau kenapa, ada rasa kurang sabar untuk melahirkan Rina. di awal usia kandungan, ai memang tak hadap apa2 masalah kesihatan. makan, makan dan makan.. itu yang ai alami. seawalnya ai pon tak tau ai preggy. sampaikan suami pelik dengan keadan ai yang kuat makan. dan ai pon rasa berat badan naik, sebab ada beberapa pasang baju tak boleh nak pakai lagi. 

period dah lewat seminggu. berdebar2.. tapi still tunggu lagi. sampailah hari ke 14 lewat. first, ai buat UPT sendiri. sepatutnya buat waktu pagi, tapi ai buat time balik keje. time tu suami ai pon ada sekali. berdebar2 nak tunggu resultnya. bila result ye dah nampak, ai terus menangis, suami pun terus cium dahi ai, dan akhirnya kami menagis sama2. nangis gembira. 

dengan usia kandungan cecah 1 bulan 1/2, ai dah ada buku pink. bila dah buat buku pink ni, ai dah kene datang check up ibu mengandung. bila usia kandungan ai masuk 2 bulan, ai dah mula rasa morning sickness. huh!! sungguh seksa.bila semua bau makanan tak boleh nak hidu. kalau nak hidu je tak per lagi, ni siap tak boleh nak makan. awalan ye, ai memang tak boleh makan dan minum. bila masuk je tekak, mesti keluar semula.

time ni ai memang rasa lembik sesangat. masa banyak dihabiskan diatas katil. tido dan tido. bila bangun hanya untuk mandi dan sembahyang. tapi sembahyang pon tak taulah sempurna ke tidak. hanya Allah saja yang tau. berat badan pon susut mendadak. hampir 20kg hilang. memang kurus sangat. semua orang risau. sebenarnya bukannya risaukan ai snagat pon, risaukan baby dalam perut sebenarnya. yelah.. kalau ai tak makan, maknanyha, baby pon tak makan. tapi alhamdulillah... baby ai kali ni sangat kuat. walaupun tak makan yang berkhasiat, dia tetap kuat berada dalam rahim.

time ni kalau nak sentuh bab kerja, memang sangat terabai. punch card ai dah bertukar merah. merah tu maknanya status kehadiran ai di pejabat sangat teruk. cover dengan MC klinik je. 3 orang bos tu pun dah mula buat muka dengan ai. yelah, kejap ada lama pula menghilang dari pejabat. nak buat macam mana, bukan ini yang ai mintak.

alahan @ morning sickness berlarutan hingga usia kandungan 5 bulan. masuke 5 bulan 1/2, badan ai naik biji2 gatal. mula2 biji2 tu tumbuh kat area pinggang. tapi lama2 habis 1 badan penuh dengan biji gatal tu. sampai tak boleh tido malam, tak tau la kenapa. bila siang, ai tak boleh berpeluh. kalau berpeluh gatal ye tuhan je yang tau. dugaan ini berlarutan hingga bulan ke 9.

ai kene bersalin on the date. tak boleh lewat dan awal. kene bersalin tarikh 26 Nov. sebab ai ada diabetic. tapi tak lah teruk sampai ke cucuk insulin. doc pon pelik, ai ada kencing manis, tapi baby ai kecik je. mungkin gula dlm darah ai tak tinggi. kalau tinggi pon 6.5 je. mak mentua ai ada bagi air selusuh. ai tak minum awalnya, ai juz sapukan kat perut, dari atas ke bawah. bila dah 2 hari ai sapu kat perut, ai dah mula rasa sakit. tapi tak lah kuat sangat. berdebar2 okey bila sakit tu datang. bila ai rasa tak sedap perut, 25 Nov malam tu ai ajak B pegi hospital (HTJ). saja nak serah diri awal, sebab esok pagi 26 Nov ai memang dah kene masuk wad juga. sebab lusanya ai dah kene induce. bila dah sampai HTJ, check ngan doc, terus masuk ward. mula2 tu okey je, sebab sakit tu jap datang jap hilang.

26 Nov pagi tu, ai kene kejut ngan nurse shift malam. suruh bangun sebab pukul 6.30 pagi doc dah nak masukkan ubat. alahai.. hati ai punyalah berdebar2. mengalahkan orang yang nak buat operation. ai bangun, mandi dan sembahyang. berdoa semoga semuanya selamat dan berjalan dengan lancar. ai giliran ke 3, naik atas katil, kedudukan macam orang nak bersalin, doc masukkan 2 biji ubat. lepas selesai, doc pesan, kalau sakit makin kerap bagitau nurse.

lebih dari 24 jam sakit kuat datang dan pergi. airmata tak yah nak cakaplah. asik nak mengalir keluar je. bila B dan family datang melawat, ai mesti nangis. tambah2 lagi bila tengok muka B dan mak. alahai.. hati ai meruntun sayu. ai tak tau nak cakap apa. puas baring ai duduk, bila penat duduk ai bawa berjalan. tapi bila doc check jalan cuma buka 2 cm. esoknya 27 Nov, doc dicide masukkan tiub pulak. sakit ubat tak habis lagi, masukkan cara ke2 pulak. 27 Nov pagi tu macam biasa, tiub pun dimasukkan. bila tiub dimasukkan, sakit tu makin kuat dan kerap. doc pesan, kalau tiub tu dah terjatuh, maknanya, pintu rahim dah buka. lagi sekali, lebih dari 24 jam ai tanggung sakit. makin sakit tapi tiub masih tak terjatuh.

jam 1.08 minit pagi, 28 Nov ai rasa nak buang air kecil. dengan sakit yang semakin kerap datang tu, ai gagahkan juga kaki untuk ke toilet. cuma sikit je air kecil keluar. tapi peritnya macam simpan semalaman air kecil tu. balik je katil, ai sms B, cakap yang ai makin sakit. tepat jam 1.15 am, ai rasa ada air keuar. rupa2nya air ketuban ai dah pecah. lepas air tu keluar, ai makin sakit. perlahan2 ai pegi ke kaunter nurse. bila nurse tengok kain yang ai pakai basah kuyup, ai terus dibawa masuk dalam bilik prosedur. pintu rahim ai diperiksa sekali lagi. bila doc masuk, doc masuk, doc cakap, kenapa tiub tak jatuh? jalan dah buka 6 cm. tapi keadaan dalam bilik tu macam kelam kabut sikit. doc ngan nurse cakap dalam bahasa perubatan. dalam keadaan sakit tu, ai sempat tanya nurse dan nurse cakap baby ai dah berak. ai terus naik atas katil lagi 1, dan ditolak ke labour room.

ai tak sempat nak salam B. ai cuma sempat pesan dengan nurse suruh cakap dengan B yang ai dah masuk dalam labour room. lebih dari 3 jam ai berarung sakit dalam labour room. doc pesan jangan teran dulu, sebab jalan rahim ai baru buka 7 cm. tapi ai teran juga sebab ai rasa nak buang air besar. bila doc datang lagi sekali, terus nurse suruh angkat kaki dan teran bila sakit. ai cuma teran 4 kali, tepat jam 5.29 am,baby ai pun keluar. ai rasa panas je dan nafas ai tercungap2. macam nak terputus nafas ai. selang beberapa saat, azan subuh pun berkumandang.

bila doc dah bersihkan baby ai, doc letak atas dada ai sekejap. apa yang keluar dari mulut ai, hanyalah alhamdulillah dan terima kasih Allah.. ai rasa bersyukur sangat, baby ai sempurna dan ai masih bernafas.. ai masi diberi kesempatan untuk menyusukan baby ai. dan yang paling penting, ai dah rasa betapa peritnya emak ai nak melahirkan ai 26 tahun yang lepas.

kepada semua kawan2 yang mendoakan kesejahteraan ai dan baby sepanjang ai mengandung dan melahirkan, ai ucapkan jutaan terima kasih. hanya Allah saja yang dapat membalas segala kebaikan kalian..
:)
:)
:)
:)




GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?