love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

19 Jun 2016

KOMPILASI CERITA NAN DI TADIKA 2016

Assalammualaikum

Dah lama sangat tak tulis kat sini. M.A.L.A.S. hahaha Tapi bila dah menjelang Ramadhan nan Mulia ni, tetiba rasa semangat tu datang. Dan sebelum ianya pergi, jomlah buat kompilasi cerita untuk NAN di tadika. Sekurang2nya bila dia buka blog mak dia ni nanti, boleh dia throwback sangatlah time tu.

Setelah berpusing satu Nilai dengan heret NAN sekali ke setiap tadika, akhirnya masih ada lagi tadika yang sudi, rela dan tak takut untuk mengambil NAN jadi pelajar mereka. Cuma ai kene lalui beberapa prosedur untuk mendapatkan situasi menang-menang kalau ada apa-apa terjadi pada NAN. In Shaa Allah harapnya tak adalahkan.

NAN?? semestinya dia sangat teruja. Selepas kes NAN ditaska lamanya, ai pon as a parents faham dengan maksud parents tu, biarlah ai undur diri dan beralah. Cuma teguran tu perlu BERADAP sikit. Ai berhentikan NAN taska dan berulang alik ke rumah abah ai untuk 5 bulan. Mungkinlah ada hikmahnya. Dan nak buat hati sendiri sejuk, "Allah takkan uji kalau aku tak mampu." 

Pagi hari pertama sekolah, cikgu ada wasapp ai, tanya betul ke NAN boleh tulis tangan kiri dan kanan? 

cikgu : Puan, Rina boleh tulis guna tangan kanan dan kiri ke? Kami baru lepas buat aktiviti tangan, dia boleh buat guna kedua2 tangan dia.

ai : Iya cikgu. Mula2 saya kenalkan dia dengan pensil ni, dia lebih cenderung tangan kiri. Tapi bila makan pon dia guna tangan kiri, saya ajar dia makan tangan kanan. Tapi lama2 dia boleh guna kedua2 tangan. 

Ai registerkan NAN ikut kelas tekwando dan kelas renang. Dah memang termasuk dalam pakej tadika dia. Nak amik ke tak nak amik ke, harga masih sama. Untuk itu, ai bagi je NAN masuk apa segala aktiviti disekolah. Sejak2 dah sekolah, NAN dah tak ada masa nak main dengan budak lelaki taman ai. Main tepi longkang, main bola, main lumba basikal bawa laju2. Main guli. Main dalam semak tangkap ulat. Hoiiilahhhhhhhhh somput dado ai ni ha menengokkan perangai dia persis lelaki. Petang2 bukannya kawan perempuan yang panggil main, kawan lelaki yang terjerit2 nama dia luar pagar. Kalau kakak ai ada, memang tak mendapatlah NAN nak main, tapi kalau abah ai ada, pergilah cu.. dengar suara mengaji, balik tau. sosak napas dongar eh. hahahaha
 
Beberapa aktiviti NAN pada awal tahun. Time cikgu wasappkan semua gambar ni, ada lagi sebenarnya, ai asik besarkan pic dan tercari2 dimanan NAN. Memang susah nak nampak gambar NAN. Bila dah seminggu ai tanya cikgu,

ai : cikgu, kenapa rina selalu tak ada dalam gambar yang cikgu wasappkan?

perangai mak yang anak sorang, pastu anak baru sekolah, memang macam ni.

cikgu: Rina tak suka duduk dalam kelompok pelajar perempuan. Dia suka kawan dengan pelajar lelaki. Dia aktif. Tak boleh duduk diam2 lama2 amik gambar.

ai sebagai ibu, memang sangat mengakuinya. Harapnya cikgu bertabah dengan keaktifan NAN tu. Even sampai sekarang pon cikgu selalu bagitahu apa yang dia buat di tadika.

Cikgu tak bekalkan homework bawak balik. Memang itu prinsip tadika ini. Sebabnya, aktiviti di tadika sudah penuh dan penat. Bila balik rumah petang tu, hanya untuk berehat. Tapi setiap minggu akan ada perjumpaan parents untuk cikgu tunjukkan buku2 anak2. 

Tapi dengan NAN, ai memang adakan 1 jam untuk ulangkaji. 1/2 jam untuk tengok tv, 15 minit tengok tab. NAN mengantuk atau tak, pukul 10 malam dia mesti kene tidur. Barulah esok NAN senang bangun pagi, gosok gigi, terus mandi, pakai baju, minum susu, pergi sekolah senang hati. Eh!! ternyanyi pulak. hahaha

Selamat Menjamu mata dengan gambar NAN yang ado tak ado ni ha.











































































































































































GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?