love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

29 Jun 2013

NAN ~ insan terpilih

Ai tulis ni, ai baru je sampai rumah dari HTJ. mulanya ai tak nak cerita atau tulis apa2. Nanti ai akan menangis. Penat, sampai naik bengkak mata. Lagi2 bila tengok muka NAN. ai tak tau sampai bila dia akan begitu. Dan ai sebagai ibu tak permah putus berdoa agar ada satu keajaiban yang akan berlaku pada mata dia. Ai cerita dari awal.

24  jun 2013
Hari ni ai mc. Sangat tak larat nak bangun pagi. Ai kene migrain. Sakit ye terasa sampai ke batang hidung. Pukul 9 macam tu ai bangun jugak sebab NAN dah terjerit2 nak susu. Lepas siap sume, ai terus keluar amik mc dan terus ke taska NAN nak bayar yuran. Lepas tu ai terus balik. Dah tak larat sangat. NAN pon merengek je hari tu.

Bila malam, nak tido, NAN pon asik merengek je. Sambil tunjuk mata dia asik cakap atit ma.. atit ma. Tapi ai buat tak tau je sebab ingatkan dia mengada2. Sampailah ai dan dia terlelap. Tapi ai perasan dia tak tido nyenyak. Berpusing2.. sambil usik2 mata dia.

25 jun 2013
Ai terjaga pukul 4.30 pagi. Ai terus bangun sebab ai tak kemas beg sekolah n bekal dia. Bila ai bangun, NAN pon bangun sekali. Dengan dalam cahaya lampu tido, dia menangis macam orang sakit. Dia tunjuk mata dia dan cakap benda yang sama, atit ma.. atit ma.. bila dah dengar dia menangis kuat, ai bukak sume lampu bilik pastu ai tenung mata dia. Mata dia sebelah kiri yang memang dah sakit tu, berdarah kering n bernanah. Ai amik bekas ubat dia, ai bersihkan mata dia. Bila dah bersih tu, ai tengok macam ada benda putih terkeluar dari celah2 luka dia. Ai tenung lama2, dan ai memang pastI itu silikon yang membentuk kelopak mata dia selama ini. Mana ai tau.??? Doc memang dah pernah tunjuk kat ai rupa bentuk silikon tu. Ai terus kejutkan Mohammad Bazli dan dia pon cakap benda yang sama. Ai terus bersiap. Mandikan NAN sume pastu terus gerak pegi HKL. Dan inilah pertama kali ai sampai HKL awal gila. Parking senang, tak jem dan NAN adalah patient pertama.

Masuk2 bilik doc, sume doc mengeluh. Frust.  Ai tak ingat nama doc yang becok tu. Dia cakap, kulit di bahagian mata NAN dah nipis dan terkonyak. Tulah sebabnya silikon tu boleh keluar. automatik ai menangis. mengalir secara tiba-tiba. huh.. mengucap panjang ai masa tu. aura2 negative dah mula berleluasa dalam otak. ok. ok.. cool down.. ada hikmah apa yang dah terjadi.

tapi sayang, doc Intan tak ada. baru balik dari oversea. tapi apa yang ai tak boleh terima sampailah ke hari ni, adalah kenyataan doc becok itu. "doc Intan baru sampai dari oversea pagi tadi. ai tak naklah kacau dia. ai amik gambar, esok ai tunjukkan pada dia. apa apa hal, ai call u back." what!! tak nak kacau?? hellooo ini kes kecemasan ok. u trylah call dulu, tengok doc Intan tu pick up phone atau tak. haiiilahhhh. Mohammad Bazli dah terangkat2 kening tenung ai suruh sabar. sebab dia dah nampak muka ai dah berubah.

27 Jun 2013
ai tunggu panggilan dari HKL sampai ke hari ni tak call2. ai tak tau kenapa. manalah tanggungjawab semua pihak?? silikon itu semakin banyak terkeluar. time ai amik NAN dari taska, teacher pun dah takut. maybe first time handle budak yang macam NAN. petang tu, sampai je Mohammad Bazli kat rumah, ai terus bising2. emosi dah semakin tak stabil. nak meroyan tak tentu pasal. aura2 negative tu semakin berleluasa dalam diri ai.

Mohammad Bazli terus call HKL. tapi dah lepas waktu pejabatkan, operator tu sambungkan pada wad mata. dapat jugaklah Mohammad Bazli cakap dengan doc. tapi yang makin ai menyirap bila Mohammad Bazli cakap, doc tu suruh pergi ke hospital yang terdekat dulu. kalau pegi HKL pon banyak prosedur kene buat. haiiilahhhh. dah pihak kau yang buat mata anak ai, u ollss lah kene bertanggungjawab. kalau pegi HTJ pon, dorang takkan tahu. tapi Mohammad Bazli nak menyejukkan hati ai, dia ajak jugak pegi HTJ. ok. ai turutkan aje. manalah taukan, dorang boleh buat sesuatu. lepas siap sume, dalam pukul 8, kami gerak ke HTJ.

sampai2 je kat HTJ, kene tunggu lama. sebab NAN bukanlah kes kritikal. kami berada di zon hijau. tunggu lebih kurang 1/2 jam, nombor NAN naik dan masuk bilik doc. ai kene cerita dari awal sampai akhir. sebab NAN jumpa doc perubatan. bukannya doc mata. kene tunggu lagi sebab doc kecik nak cerita kat doc besar pulak. bukan main panjang lebar doc kecik tu cerita kes NAN kat dia, tau tak doc besar tu cakap apa?? call doc eyes oncall. barulah terkedek2 doc kecik tu call. kene tunggu lagi. lebih kurang setengah jam, doc kecik tu datang balik kat tempat ai tunggu dia. dia tulis surat refer dan suruh kami ke wad mata pulak. adoiiiilahhhh.

sampai je kat wad mata tu, kene tunggu lagi 5 minit, doc mata datang. pegang2 sikit mata NAN, belek sikit2, pastu cakap, kami tak boleh buat apa2 malam2 ni. ai rasa tak ada apa2 yang serius. dan silikon tu tak akan keluar lebih banyak. ai dah malas dah. sia2 je ai datang tapi tak boleh nak buat apa2. kalau macam tu jelah jawapan dia, lebih baik ai tido je kat rumah. Lagi senang. Lepass tu kami terus balik rumah. Hati ai hancur, kecewa dengan semua ni. Otw balik, NAN tido. Ai tenung muka dia tapi dalam hati seakan menyesal. Kenapa aku dan anak aku yang kene. Kenapa orang yang buang2 anak tu semuanya anak2 dorang sempurna. Ai dah tak tertanggung dengan semua ujian ini. Mengalir airmata menitis kat kepala NAN.

Sampai je rumah, ai letak NAN atas katil. Lepas siap sume keperluan NAN, ai tido. Tenung wajah tak bersalah NAN ai menangis lagi. Ai dah seperti ibu yang hilang arah. Ai bangun semula dan ambil wuduk. Terus ke bilik solat dan terus solat. Berdoa dalam tangisan dan berharap Allah swt memakbulkan doa ai. Dan apabila ai tersedar untuk esok hari, mata NAN kembali normal seperti kanak2 lain.

Maafkan ibu sayang. Ibu sangat tertekan dan sedih dengan keadaan kamu. Bila ibu tersedar dari khayalan negatif ibu, baru ibu tersedar dan sangat2 bersyukur kerana ibu mempunyai kamu.  Apa yang terjadi, bukanlah salah kamu. Ini semua telah ditakdirkan. Kamu adalah insan terpilih. Dan ibu sangat bangga dengan adanya kamu. Siapa pun kamu, apa pun keadaan kamu, ibu tetap ibu kamu dan kamu tetap anak ibu. Ibu sayang kamu sampai syurga dan hujung nyawa ibu... maafkan ibu sekali lagi....

18 Jun 2013

sudah sampai masanya

ok. finally ai terpaksa redha bahawa NAN akan kembali ke alam taska. dah tak sanggup lagi dah nak menanggung segala2nya bila berhadapan dengan pengasuh ni. cukuplah 8 bulan ai bersabar dengan segalanya. dulu ai beria2 pandang betapa bagusnya anak2 yang parentsnya hantar dirumah pengasuh. bila ai sendiri laluinya, lebih baiklah ai hantar saja NAN ke taska. ada jugak kawan yang dia nak bermain.

Pengasuh memang menjaga NAN dengan baik. kasih sayang memang tak berbelah bagi. sebabnya hanya NAN sorang yang dia jaga. ai buat keputusan nak keluarkan NAN dari taska ofis ai pon ada sebab2 tertentu. dan alhamdulillah ai berjumpa dengan insan yang sangat baik. tapi mungkin jodoh NAN dengan pengasuh tak lama. ai jugak dah malas nak fikir perkara yang remeh temeh ni, jadinya lebih baik ai undur diri.

keadaan mata NAN juga dah semakin pulih. dan disebabkan itulah ai berani buat keputusan ini. Ya Allah.. kalau selamatkanlah dan peliharalah anak ku ini. mula2 Mohammad Bazli tak setuju. kami bertekaklah jugak. maafkan ai ya sayang. bukan ai sengaja. tapi cubalah u fikirkan semula. sampai bila keluarga kita ni nak dipermainkan orang lain. mereka mereka yang bergaduh, kita yang tak tahu apa2 ni terlibat sama. nama keluarga kita diburuk2kan. bukan ini yang pertama, tapi dah banyak kali. Mohammad Bazli selalu kata ai ikut emosi. mungkin ya. itu ai sedar. ai takkan beremosi tiba2 tau kalau orang tak kacau kehidupan keluarga ai. jadinya, biarlah NAN yang berundur diri dari pengasuh tu dan keluarga kita tak berurusan dengan dia lagi.

ai tidak memutuskan talian kasih sayang antara pengasuh dan NAN. ai dah cakap dengan pengasuh, kalau dia rindukan NAN datang saja rumah ai. ai memang tak ada masalah.

buat NAN, ibu doakan kamu cepat serasi ditempat baru. ditempat baru awak akan belajar berkawan dan bermain sama-sama. ibu buat ini semuanya demi awak. ibu tahu anak ibu kuat menghadapi semua ini.

pada mereka2 yang selalu memburukkan keluarga ai, ai serahkan segalanya pada Allah untuk tentukan. bagi ai sebagai hamba Allah yang kerdil, ai sudah memaafkan ikhlas dari hati...


16 Jun 2013

NAN ~ intestine virus

beberapa hari sebelum kes ini berlaku, ai baru je bercakap2 dengan mak yang NAN lama dah tak sakit. dan kata mak, alhamdulillah.. dia dah sakit teruk.. sebab tulah Allah dah tak bagi sakit yang kecik2 ni. ai hanya tersenyum dan dalam hati turut bersyukur. dan inilah setiap hari ai berdoa. ai dah tak sanggup nak tengok dia sakit lagi.

12 Jun 2013

pagi tu NAN bangun awal dan sangat tak bermaya. selalunya dia akan main dan membebel sorang2. pagi tu jugak ai baru nak siapkan beg sekolah dia. dia ikut ai masuk ke bilik dia dan bersandar dekat pintu. muka masam. ai tengokkan saja. dah siap kemas beg dia, ai nak turun bawah pulak nak siapkan bekal dia. bila ai dah turun dia menangis kuat. ai naik semula dan dukung dia bawak turun. ai letakkan NAN atas kerusi, ai buatkan susu. mula2 nampak susu, NAN cakap "nanak.. nanak.." tapi ai paksa juga dia minum. dan hanya sikit je dia minum bila dia dah menjerit2 panggil "mamma.. mamma.." ai ok je. nanti dalam kereta dia mesti minum. tapi hati ai dah tak sedap sebenarnya. sebab perangai dia lain sangat.

dalam kereta otw pegi keje, dia baring je. ai bagi susu NAN geleng2 kepala. ai letak tepi je sebab ai tengah drive time tu. lepas ai punch card, ai hantar rumah pengasuh. elok je ai berhenti depan rumah pengasuh NAN dah menangis2 sambil geleng2 kepala. ai fikir sebab dia dah tak selesa. sebab pengasuh tu dah ada jaga baby. yelah.. babykan.,. mestilah masa kene lebih dengan baby. ai fikir positif. ai dukung sekejap, pujuk2 baru dia ok. tu pon tak nak senyum, tak nak salam, tak nak babai. ai sempat pesan dengan pengasuh, kalau ada apa2 call.

10.30 pagi
pengasuh sms cakap NAN tak macam selalu. makan tak nak, minum tak nak. duduk diam je. baring je. ai balas, ai datang time lunch hour. sebab ai sedang berkursus. dalam tengahari tu pengasuh call. cakap NAN demam dan muntah2. muntah banyak kali. lepas merasa makan lunch kat kursus, ai terus pegi rumah pengasuh amik NAN bawak pegi klinik yang terdekat dengan ofis. doc cakap ada tonsil dan ulser dalam mulut. ooo patutlah NAN kurang makan dan minum. hati ai berkata2.

ai hantar semula ke rumah pengasuh. ai pesan jangan lupa bagi ubat dan ikut sukatannya. ai tengok NAN memang dah tak bermaya. ok tak pe lah.. budak tak sedap badan memang macam nilah.. kita yang tua ni pon tak larat, lagilah budak2. tapi petang tu dalam pukul 3.30 pengasuh sms lagi cakap NAn muntah2 lagi. sampaikan muntah kuar air. nasib kursus habis awal. habis je kursus, ai terus amik NAN dan terus balik rumah. sampai rumah, ai mandikan NAN, bagi makan sikit, minum susu sikit, tengah ai layan cerita teduhan kasih, NAN dah tertido.

8.30malam
malam tu ai tak masak. ai masak bekal NAN esok je. lepas dah siap2 perkakas NAN, ai naik tido. ai tido awal malam tu. NAN dah memang tido, ai masih melayan IF FB Tweet member2 yang rancang nak pegi pulau awal tahun depan dan ajak ai sekali. time ni ai dah perasan NAN dah mula gelisah. tergolek2.. tapi mata pejam.

10.00malam
NAN terjaga. sambil pegang dada, dia cakap "atit.. atit..." ai tanya kenapa dia geleng kepala je. ai bangun amik minyak yu yee. ai gosok2 kat dada, perut dan pinggang dia. time ai sapu kat perut, ai rasa perut dia keras. ai cakap, NAN kembung kot. time ai sapu2 kat perut dia sendawa2 sambil terkentut2. dan NAN tertido semula.

11.30malam
NAN jaga lagi. sebab Mohammad Bazli balik. dia main2 sekejap dengan ayahnya, dan dalam main2 tu dia muntah 3 kali. penuh tapak tangan. Mohammad Bazli salinkan baju lap2 mana yang patut, then ai ajak tido semula. naik je atas katil muntah lagi. nak bawak pegi toilet pon muntah lagi. nak masuk dalam kereta muntah lagi. huh.. cemas ai tau. dah kelam kabut dah. ai kemas baju NAN masuk dalam beg. ai dah dapat agak NAN mesti kene tahan ward. tapi baju ai, ai tak bawak.

13 Jun 2013
12.30pagi
sampai je kat HTJ, ai tak dapat terus layanan. ai kene tunggu dalam 5 minit. NAN dah tak bermaya. Mohammad Bazli pegi park kereta. ai bangun dan terus cakap, "nak tunggu anak saya mati ke baru nak cek?" terus menggelabah staff2 kat situ. barulah nak datang kat ai bawak borang, bawak alat suhu demam apa segala alat. pastu nak menipukan, kat borang tu tulis masa 12.10am. ai sound tepat2 kat staff tu. "saya pon staff kerajaan. saya sampai sini pukul 12.30. saya kene tunggu 5 minit nak dapatkan rawatan. kenapa tulis masa sampai 12.15??" terus staff tadi potong time tu dan tulis masa sebenar iaitu 12.50pagi

NAN terus dibawak ke line kuning. separa kecemasan. ada 2 3 orang doc pelatih datang nak cek NAN. mana ai tau tu doc pelatih?? sah sah lah dorang pakai tag nama MMU. mestilah sedang belajar lagi kan?? ai terus bersuara, "saya nak doc betul. doc 41 pon tak pe." doc2 pelatih tu tercengang2 dan panggil doc yang incharge malam tu. datang kat ai tanya kenapa. ai cerita apa yang berlaku dan dia periksa NAN. dah last2 tu doc tadi tanya, "kenapa puan tak kasi doc pelatih cek anak puan?" ai jawab "saya dah ada pengalaman dengan doc pelatih kat sini." "pengalaman apa?" tanya doc tu lagi. "pengalaman bersalin dulu tahun 2011. saya kene induce dan ubat induce saya doc pelatih masukkan 2 biji. pastu saya kene induce tube pulak. dalam tube tu doc pelatih tak masukkan air yang cukup so jalan saya dah bukak 8 cm, tapi tube tak jatuh. masa anak saya dah lahir, doc pelatih nak tengok tali pusat anak saya, dan nurse pelatih tengah nak cuci tali pusat, dan saya dengar doc pelatih tu suruh tuang banyak2 ubat tu biar cepat kering." doc pelatih yang ada tu dok pandang sesama sendiri dan doc betul tu cakap "yeke puan. maaf bagi pihak hospital. ok tak pe. nanti saya pesan pada nurse ward doc pelatih nak tengok pesakit perlu ada doc pakar. ok puan, puan naik atas katil, kita tolak ke ward." ai naik atas katil dan peluk NAN dan terus kene tolak masuk ward.

sampai ward doc datang kat ai. tanya keadaan NAN. ai cerita lagi sekali sama macam kat kecemasan tadi. doc cucukkan jarum kat tangan NAN sebab nak masukkan air. tak sampai setengah jam, NAN tarik jarum tu dan melimpah2 darah keluar. cucuk kali ke2 doc terus bungkus tangan yang dicucuk tu. doc tu tekan2 perut NAN. dia pon cakap abdomen NAN keras. macam ada kaitan dengan usus. ai dah beristghfar dalam hati. berdoa banyak2, janganlah keluarga ai diuji lagi dengan sakit yang tak terpikul. lepas cek2 doc cakap tunggu besok keputusannya.

8.30pagi
doc ronda tulis report perkembangan pesakit. NAN pagi ni dah nampak ok sikit. tapi makan dan minum still taknak. ai lap2 je badan NAN. sebab ai tak bawa sabun mandi NAN. lepas dah tukar baju, dah tukar pempers dan wangi2, tiba2 suhu badan NAN naik. 38c. ai terkejut. terus nurse bagi ubat demam dan cek tangan yang dicucuk tu. takut2 bengkak ke apa. tapi ok je. 2 jam lepas tu, cek naik 40c. ai cepat2 bukak baju, mintak kain lampin, ai basahkan dan ai lap2kan kat badan NAN. nasib baik ai bawak semua peralatan ubat dia. ada cool fever siap. ai pakaikan dan tak sampai 30 minit cool fever tu dah kering. ai tukar lagi. lepas nurse bagi ubat demam kali kedua, barulah demam NAN dah kebah sikit.

10.00pagi
doc pakar kanak2 datang dekat NAN. cek2 dan bawak result darah dari makmal. dia cakap, still keras lagi abdomen NAN. NAN pulak dan meronta2 sikit2 sebab sakit kene tekan kat perut. dan doc sahkan bahawa NAN dijangkiti intestine virus iaitu virus dalam usus. ai terkejut sangat. dalam usus pon boleh ada virus?? ok. doc beri penerangan. virus ni boleh tersebar melalui angin, air dan makanan yang tak dibasuh dengan betul. tapi peratusan melalui angin dan makanan adalah sikit. mungkin NAN dapat dari air. sebab aikan baru balik bercuti di terengganu. ada mandi kolam, minum air kat luar belum tentu air tu dimasak atau tak. air paip dirumah pengasuh pon selalu berkarat. doc ada cakap, kalau virus ni dapat dari terengganu mesti dah sakit dari sana lagi. kenapa kene tunggu 3 hari?? jadinya doc dicide memang dari air dirumah pengasuh. memang betul pon. time ai duduk rumah sewa dulu pon, air kat taman ai tu selalu berkeladak dan berkarat. memang tak boleh masak air pastu simpan lama2. sebab nanti mesti berkeladak. doc suruh banyakkan minum air kultur yakult. yakult memang lebih menjaga usus dan perut berbanding vitagen dan dan seangkatan dengannya. ai memang suka bagi NAN minum vitagen. doc startkan NAN dengan antibiotik dan sejenis ubat untuk dia boleh buang air besar keluar sekali dengan virus2 tu. dan setiap kali NAN membuang, kalau warnanya hijau kehitaman mesti bagitau doc. sehari suntuk, NAN membuang dengan warna najis yang hijau kehitaman. esoknya dah warna biasa dan NAN kembali pulih.

14 Jun 2013
8.30pagi
NAN bangun lewat sebab malam tu dia tido lewat sikit sebab main2 dengan anak india. lepas ai mandi, turun beli breakfast, naik semula, makan, NAN baru bangun. selang 1/2 jam, doc pakar round lagi. katil pertama dia datang adalah katil NAN. doc pakar tengok keadaan NAN dah semakin pulih, minum susu dan makan pon dah boleh, terus doc bagi keluar, doc tu siap cakap, "ibu tak yah mintak2 nak keluar lagi, saya bagi keluar hari ni. tapi perlu pantauan doc lagi k. lagi 2 minggu datang balik." sentap mak nak oiii. mana tak ye, dari malam semalamnya ai doklah berxikir tepi telinga doc yang tengok NAN yang ai nak mintak keluar.hahaha tengahari tu NAN dah boleh discharge. alhamdulillah. tapi doc sangat2 pesan jaga punca makanan dan minuman anak. ai terkejut sangat anak ai boleh dapat virus ni sedangkan ai sangat jaga kebersihan sejak NAN operation mata 3 bulan lepas.


10 Jun 2013

entry selonggok

ok.. mengaku.. dah lama tak bukak blog sendiri. dok jengah blog2 orang lain bukan main lagikan.. malas nak cerita panjang meh lah kita mulakan...

seminggu sebelum ai naik kerja semula. teman BFF membawa hati yang tengah lara. hahaha orang bujang merajuk memang lain sikit. hahaha ai dan azrein memilih destinasi ke johor. semalam di bandar JB dan malam esoknya ke Tanjung Balau, Desaru. nasib tak berapa baik, NAN kene cirit birit. dia ni ikut ai. perut ai memang sangat sensitif, bila salah makan sikit memang akan cirit birit.


 jangan hiraukan keadaan diri ai dalam 2 gambar diatas. sebenar ye time ni ai baru 3 minggu keguguran. usia keguguran 4 minggu. maknanya baru sebulan. yang ini ai cerita lain k.. :) perut tak pakai bengkung.. nampak sangat macam orang mengandung.. huhuhu
 pantang nampak air.. pantainya sedikit kotor. lepas balik dari main2 air, ai anak beranak gatal2 kaki.

 inilah orang yang sedang berduka lara


NAN tengok aunty azrein tulis2 dia pon sebok jugak nak menulis.


sepanjang persiapan majlis kesyukuran dan sambutan ulangtahun pertama NAN. ada beberapa keping saja yang ai teringat nak snap. satu pengalaman baru bagi keluarga ai, menguruskan majlis dalam masa seminggu je. ada beberapa perkara yang ai tak puas hati. tapi biarlah ianya berlalu.




semua tempahan dibuat saat2 akhir. terima kasih kawan2 atas bantuan yang dihulurkan. :)

sekarang bila ai nak masak, memang dah tak pening. sebab ai dah beli buku resepi. tapi kadang2 terlupa juga nak snap bahan resepi untuk dibeli. hasil pertama ai mengikut buku ni adalah ikan kerapu stim. sangat mudah.


 NAN ni, kalau naik stroller sendiri memang tak nak memanjang, tapi kalau disewa kat aeon tu rilek je. haish die ni..
 yang ni pulak, sejak2 dah pandai makan sendiri, dan ai pulak malas nak mengemop setiap kali NAN lepas makan, ai belikan jugak baby chair ni. senang sikit keje ai. hahaha

lagi satu, NAN juga pantang nampak mainan nih. ini adalah selepas NAN menjerit satu tesco taiping bila ai tak bagi naik. NAN sekarang dah pandai merajuk dan menjerit bila tak dapat apa yang dia nak.

ini pulak time sambutan hari ibu kali kedua untuk ai. alhamdulillah.. doa2kanlah ai punyai rezeki untuk yang kedua dan ketiga.. amin...
 tiga gambar dibawah ni adalah gambar saje menggedik dengan anak dara ai yang susah nak senyum


 NAN dah pandai main puzle number2 nih.. alhamdulillah..

2 Jun 2013

tiga tahun sudah

selamat ulang tahun perkahwinan yang ke 3 tahun.. alhamdulillah.. sudah 3 tahun kita menjalani kehidupan yang penuh cabaran dan liku. berdoalah siang dan malam tanpa henti agar kita semakin kuat menjalani dugaan dan ujian dari Allah bersama-sama.

susah senang, gembira sedih, merajuk dan dipujuk, itu semua menjadi kenangan manis dan pahit antara kita berdua. biarlah kita saja yang tahu betapa indahnya dunia yang kita lalui bersama ini.

walaupun kita tidak seperti pasangan suami isteri yang lain, perbezaan itulah yang menguatkan keutuhan cinta kita. orang lain pernah bertanya kenapa, mengapa dan bagaimana tentang cinta kita. tapi perlu ke kita menjawab pertanyaan mereka. bagi kita itu semua tidak penting. awak tahu, saya tahu sudahlahkan?? :)

kehadiran Nur Afnan Nisrina dalam kehidupan kita menjadikan ianya bertambah berseri-seri. dan dialah penguat kasih sayang kita. berdoa dan teruslah kita berdoa bersama-sama untuk dikurniakan lagi rezeki dan amanah dari Allah untuk yang kedua dan ketiga.

terima kasih Mohammad Bazli atas apa yang telah diberi. sesungguhnya ianya tidak terbalas oleh saya. kasih sayang dan cinta ini diharapkan akan terus bersinar sehingga Jannah.. amin...


GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?