love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

5 Januari 2011

yang HIDUP pasti akan MATI

wahhhh macam seram jekan entri cikPUAN kali ni. Bukan apa, sepupu pada encikSUAMI baru je meninggal pada tanggal 2 Januari lalu.. terkejut sangat bila dapat panggilan dari anak2nya yang mengatakan si arwah sudah meninggal sedangkan cikPUAN dan encikSUAMI baru je datang melawat beliau..

sungguh terharu melihat ketabahan si isteri bila cikPUAN datang melawat sehari sebelum kejadian. Sungguh sabar si isteri melayan kerenah suami sampailah ke akhirnya. :( bagaimana agaknya kalau cikPUAN yang berada ditempat si isteri? ermmmm tak tahulah.. tak terfikir cikPUAN..

Sampai je kat rumah, bersihkan badan dan terus tido. Tapi cikPUAN tak dapat nak tido. tak taulah kenapa. Bila cikPUAN tengok muka encikSUAMI yang dah berdengkur tu, tiba-tiba cikPUAN ada rasa takut. Manalah tahukan, ajal maut ni ditangan Tuhan. Manalah tahu bila esok cikPUAN bangun untuk kejutkan encikSUAMI, dia pula yang keputusan nafas.. aduhhhhh tak tahulah cikPUAN nak menghadapinya jika ianya menjadi satu kenyataan...

Tiba-tiba cikPUAN teringat pada ABAH dan BUNDA.. BUNDAkan sudah tak berapa kuat. Macam mana keadaan cikPUAN jika suatu hari nanti menerima panggilan yang mengatakan BUNDA sudah tiada. JUJUR!!! cikPUAN masih belum bersedia untuk kehilngan BUNDA. Masih banyak perkara yang perlu cikPUAN belajar melalui BUNDA..

ABAH dah semakin kerap menyebut pasal kematian. Bila ditegur, ABAH kata, "selagi kita mengingati mati, itu tandanya kita masih ada iman.." cikPUAN cuba menerima penjelasan ABAH walaupun tanpa REDHA.. :( banyak betul jasa-jasa ABAH yang cikPUAN belum balas. Walaupun tidak semua, tapi sekurang-kurangnya cikPUAN ingin berusaha dengan lebih gigih untuk memberi sedikit kesenangan untuk ABAH dan BUNDA.. Tiba-tiba cikPUAN terfikir, jika suatu hari nanti, sudah sampai masanya TUHAN menunaikan janji-NYAuntuk mengambil ABAH, tiada seorang daripada anak-anak  ABAH yang akan menampung tubuh kaku ABAH berbalut kain putih untuk masuk ke liang lahad. Yang diharapkan jasa baik menantu2 lelakinya. encikSUAMI dan ABANG IPAR, please ambil PERHATIAN!!! Sebab ABAH dah menyatakan bahawa, "menantu ABAHkan kuat2 semuanya. Jadi tiada masalah untuk mengangkat jenazah ABAH.." :(

MATI ITU PASTI.. ya!! cikPUAN perlu menerima hakikat jika salah seorang dari mereka yang cikPUAN sayang pergi mengadap ILAHI. cikPUAN perlu bersedia dari segi mental dan fizikal untuk semua ini....

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?