love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

21 April 2014

kali ke empat

Assalammualaikum

15 hb April lepas, ada checkup mata NAN lagi. ni lepas 4 bulan lebih ai tak bawa NAN datang HKL. selang 4 bulan ni, doc harapkan ada perubahan. namun sama saja. benjol atas kening mata kanannya itu, kecut, bengkak lebam, bernanah, berdarah. ini sajalah yang akan berlaku. untuk betul2 sembuh macam dah tak ada harapan. ;(

time buat revision mata, alhamdulillah... mata NAN tak rabun, sedikit silau dan bercahaya tanda sihat. alhamdulillah sangat2. NAN tak perlu pakai cermin mata. ini semua sebab sukanya NAN meratah makan baby carot dan gigihnya ai buat jus carot untuk dia. 

dah dapat jumpa doc, semua doc tak terkata apa. spechless. kenapa masih begini keadaan NAN. nak diambil urat peha, peha masih kecik. last2 doc bagi tarikh operate kali ke empat 25 hb  april ini. OTW balik, ibu dan ayah banyak mendiamkan diri. macam layan perasaan.

bincang pasal penjagaan NAN lepas operate. cuti tinggal sikit. nak cuti raya lagi. cuti2 lain time NAN sakit. sedikit bertengkar. Mohammad Bazli cakap biar dia je yang jaga. tapi bagi ai, ai tak berapa nak yakin bila Mohammad Bazli jaga. dia masih perlu dibimbing lagi. tak boleh ai lepas tangan macam tu je. 

berdoa, mohon diberikan hati yang tenang untuk membuat keputusan. alhamdulillah... ketenangan itu diberi. buat keputusandalam kesukaran. bukan mudah sebenarnya. ibu harap ini adalah yang terakhir untuk awak. 

NAN, awak perlu kuat semangat. tabah dan redha apa yang sudah Allah berikan pada kamu. awak perlu bersyukur, kerana awak masih boleh mampu berlari dan main basikal. 

ibu dengan sedaya upaya akan cuba memberi yang terbaik untuk awak. ibu akan cuba kawal perasaan marah ibu bila nanti awak akan merengek kesakitan selepas pembedahan itu nanti. ibu akan cuba kawal air mata ibu untuk tidak sama2 menangis lihat keadaan awak. ibu akan cuba kuat untuk awak. 

ibu harap, doa ibu ini Allah dengar. kalau boleh sakit ini ditukar ganti dengan ibu, ibu sanggup sayang. ibu bukan suka2 nak buat awak sakit. keputusan ini demi masa depan awak. ibu tak nak nanti bila dah besar awak malu nak pegi sekolah sebab kena ejek dengan kawan2. ibu tak nak awak juling, buta sebab kurang cahaya masuk dalam mata awak. saya tak nak awak gagal dalam membawa diri. ibu tak nak awak rasa rendah diri dan akan menggangu emosi awak.

sebab itulah ibu buat keputusan ini. sabarlah sayang. nenek selalu cakap, doa ibu doa yang paling mujarab. ibu akan terus dan terus berdoa tanpa henti agar awak senantiasa sihat dan diberikan kekuatan selalu. 

1 April 2014

9 bulan, 28 bulan yang lepas ~ merubah segalanya

Assalammualaikum

20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!
(copy n paste from FB)


Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. "Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur".Betul kan?


Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. 


Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.


1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar. (time ai dapat tahu keadaan mata NAN, ai tak menangis malah terus redha)

2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!! (iya.. lagi2 28 bulan perut kosong. kalau ada isi pon, mampu bertahun 2 bulan saja)

3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!! (ai  tak merasa anak meragam malam. NAN akan tido dengan nyenyaknya sampai keesokkan hari. alhamdulillah...)

4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru. (ai berusaha menjadi anak lebih baik. takut kalau anak sendiri tak hormat ai nanti)

5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit.. (betul. kadang2 ai yang gelabah terlebih, menangis terlebih. padahal anak rilex je.)

6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat... (ada kebenarannya :))

7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak. (time ada orang kata anak ai cacat, emosi ai sangat terganggu time tu. sampai sekarang ai tak bercakap dan senyum dengan makhluk itu.)

8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
(lagi2 anak perempuan. dulu jaga penampilan biar kita yang nampak lagi lawa dari kawan. now, dah tak kisah kalau anak nampak lagi comel dari mak. kah kah kah)

9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
(time baby lah.. sekarang ni euwwwww :P tahan nafas)

10- Kita akan lebih menghargai diri kita. (kalau ai sakit, sapa nak uruskan rumahtangga dan anak2. jadi jagalah kesihatan secara berkualiti :))

11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja. (betul sangat.. ada sekali tu, dah tau dah nak pukul 8, tapi masih boleh pegi sarapan dulu dengan NAN, layan2 dia makan. sekali masuk ofis 8.45. tu je sekali tau... )

12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis. (macam super heroin)

13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh. (walaupun tahu gigi tu baru nak kuar 2 batang, tapi dok lah mengira hari2)

14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukanya. (tak nak ada masalah, jangan beranak. itu kata mak ai. dan ai tak paham kenapa orang yg ada anak kecik, malas nak bawa sekali kalau nak pegi bercuti ke, nak naik komuter ke, sebab NAN naik bot laju ke Pulau Perhentian umurnya 6 bulan, naik komuter umurnya 5 bulan.)

15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka. (ai macam nak tolong je dorang pujuk anak dorang. lagi2 kalau duduk lama kat hospital time checkup mata NAN. hohohoho macam2 ragam ok. lagi2 anak istimewa.)

16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat! (time anak memangis terjerit2 lagilah tak tenang nak mandi)

17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
(ni tak. ai memang dah kenal dorang. cuma sekarang bertambah rajin keluar rumah petang2.)
 
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak. (tengok wayang, shoping baju sendiri 2 3 bulan sekali. shoping baju anak, 2 3 minggu. pantang nampak cantik)

19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing. (NAN tak pernah jadi orang asing. ai mula rasa sayang pada dia selepas 2 bulan dia ada dalam rahim ai.)

20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan! (proses pembesaran NAN penuh dengan misteri dan kejutan. ada je perkataan baru yang dia boleh cakap.)

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?