love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

28 Januari 2012

Hapy 2 month Nur Afnan Nisrina!!!

hey u olls.. N.A.N ari ni genap 2 month.. kejap je kan?? ni bermakna cuti ai pun tinggal lagi sebulan. dengan usia N.A.N yang dah 2 bulan ni, macam2 perkembangan yang dia dah lalui.. apa?? ni ai nak ceritalah ni.. :)

  • semakin pandai main air liur, dikumpulkan dibibir, pastu disemburkan atau dibiarkan meleleh keluar.
  • dah pandai angkat2 kaki tinggi2 bila tau ibu nak bukak pampers.
  • dah boleh diajak berbual. sambil berbual tu akan buat senyuman yang sangat manis di mata ai.
  • kalau dia merengek2 manja minta dilayan, ai pulak sibuk buat keje, dia boleh main sendiri. akan keluarkan suara seolah2 menegur kita kalau lalu lalang depan dia, alih2 akan tertidur sendiri.
  • dah boleh mengirinng ke kiri atau ke kanan kalau ai letakkan mainan dia ditepi dia
  • akan tertidur atau seolah2 menghayati ayat suci al quran bila ai atau ayahnya mengaji.
  • kalau menangis time azan berkumandang, serta merta akan senyap dan senyum.
  • senang nak di bawa berjalan. tak menangis atau terkejut. 
  • akan menangis kuat kalau ai dah angkat tapi letak semula. macam main2kan dia pulak.
  • kalau mandi dalam bath tub tu, dia akan angkat kaki tinggi2 pastu dihempaskan ke air.. terpercik kat ai dan akan tersenyum dan keluarkan suara besar.. main air dengan kaki okey.. bukan tangan..
  • mulutnya akan berdecap decup menghisap jari..
banyak sebenarnya perkembangan N.A.N yang tak dapat ai ceritakan. ai selalu cakap dengan dia, kalau N.A.N nak pandai buat sesuatu, buat depan ibu, biarlah ibu orang pertama yang tengok setiap perkembangan N.A.N.. apa2pun, ibu senantiasa doakan yang terbaik untuk Nur Afnan Nisrina..























senyuman MANIS mu.. penawar duka













10 Januari 2012

Dah HABIS dah!!

pejam clik pejam celik, diam tak diam ai dah habis pantang. esok dah 44 hari. kejap je ai rasa. dan N.A.N pun dah nak mask 2 bulan. semakin comel dan semakin bijak *puji anak sendiri* :). hati ai senang dapat tengok N.A.N membesar dengan sihat dan kuat di depan mata. segala kebijaksanaanya semakin terserlah. iaitu dah pandai main air liur dan sembur2 kat ai.. sungguh comellah kamu wahai N.A.N!! semoga kamu membesar menjadi anak yang bijak dan solehah... satu kenangan yang manis bila ai berada dalam tempoh berpantang. rasa macam nak berpantang lagi, tapi bukan tahun ni atau tahun depan. ai insya-ALLAH akan merancang sehabis daya yang boleh untuk menjarakkan usia N.A.N dan adik2 yang lain. tunggu ekonomi dan masa ai dan suami kukuh baru ai dan suami akan merancang untuk anak kedua. tak da idea nak tulis panjang berjela, akhir kata ai ucapkan selamat berpantang untuk kakak ai yang baru hari ke 13 dan ibu2 yang lain diseluruh dunia..... 
:)

:)

:)

:)

:)

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?