love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

4 Disember 2012

jangan buat macam rumah sendiri!!

sejak kebelakangan ni, memang tersangat tensen. macam2 benda jadi. ai bukanlah tak suka orang datang rumah. malah ai tau, setiap tetamu yang datang tu bagaikan pembawa rezeki kat rumah kita. tapi, bila tetamu tu datang dan buat macam rumah sendiri dan banyak bunyi, memang sangat sakit hati. sudahlah duduk lama kat rumah ai, pastu dibuatnya ai macam orang asing pulak. siap nak ubah2 apa yang ada kat rumah ai tu. kalau uollss sakit hati tak??

ai tak tau nak cakap macam mana. ai memang buat muka senantiasa bila balik rumah. memanglah ai duduk depan komputer je, sikit2 je bergerak kehulur hilir *sebab tulah bontot besar*, tapi penatnya sama jugak dengan orang yang bekerja outofice. bila balik rumah, ya allah!! maha bersepah. buat ai lagi penat. kadang2 tu ai tak balik terus rumah. lepas amik anak dari rumah pengasuh, terus pegi jalan2 dulu. lepas solat maghrib kat luar, baru balik. masa ai nak tengok rumah macam tongkang pecah tu tak adalah sangat.

ai ada anak kecik. dan anak ai tak sama macam anak2 orang lain yang sihat. kalau sakit pon, setakat demam batuk selsema. kalau N.A.N sakit, 1 badan jadi sakit. tu lah yang jaga kebersihan. bila ai nak mop lantai macam ni cakap ye

T : tak yah lah nak mop hari2 lantai tu. bukannya kotor pon. kenapa mop gune dettol? guna sabun biasa sudahlah. lagi wangi.

ai : anak saya senang nak kene sakit. saya perlu jaga kebersihan. kalau anak saya sakit, saya jugak yang kene jaga dia. saya ni bekerja. kalau asik cuti je, maunya kene buang keje. *ayat memang agak kureng sikit, tapi untuk orang macam dia, perlu begini*

bila ai masak anak ai dari lain yang lain, mulalah.. nak banyak mulut. rimas ok. kadang2 ai akan gorengkan makaroni, roti bersama chease. kentang bersama mayonis. kalau kita ngadap lauk yang sama hari2 pon tau nak jemu. anak2 pon samalah. bila nampak ai buat macam tu untuk anak ai, adalah suara sumbang cakap..
"eloklah bagi makan macam tu. nanti tak tau sambal belacan, tempoyak. macamlah kawen dengan mat saleh." hellloooooo kalau bolehlah N.A.N tu makan sambal belacan or tempoyak, dah lama ai suapkan. nikan tak boleh. bila besar nanti, biarlah dia belajar sendiri. T___T

dulu memang ai letak pinggan mangkuk bersih atas kabinet je. senang nak amik bila nak guna. tapi sejak2 rumah ai banyak cicak, ai simpanlah dalam kabinet. tu pon nak di komplenkan. susahlah apalah bila nak amik. ini rumah akulah!!!

tong sampah kat dapur memang ai beli yang cantik. tu pon nak bising. kenapa kat dapur pon nak guna yang cantik?? alahaiiiii

haishhh!!! banyak lagilah. kalau ai listkan kat sini memang akan tambahkan sakit darah tinggi ai. sampaikan doa dalam sembahyang ai tu, ai doa biar dorang sume balik cepat. sampai tahap macam tu sekali tau. 

memang dari realitinya ai akan nampak lebih jahat. tapi hakikatnya, ai je yang menanggung sengsara..

nak nagissssss

T_______________________________________________________________________________T


GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?