love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

15 Januari 2016

Hye 2016!!

Assalammualaikum

Dah 15 hari di tahun 2016. Alhamdulillah masih dipanjangkan usia. Tahun ni terlalu excited untuk ai. Sebab NAN dah sekolah. Bila anak dah sekolah, mulalah ibu2 semua akan cakap, cepatnya masa berlalu. Sama dengan ai, sangat cepat NAN besar. 

Walaupun agak struggle ai nak cari sekolah yang betul2 boleh menerima NAN, alhamdulillah Allah sentiasa membantu memberikan jalan. Ai masih lagi bertemu dengan manusia2 yang baik hati dan memahami apa yang ai rasa ketika itu.

Setakat ni, NAN sangat mudah bangun pagi. Tak pernah lagi dia menangis. Dan dia terlalu excited nak pergi sekolah setelah 4 bulan duduk rumah dengan kakak ai. Dan 4bulan tu jugaklah ai berulang lagi sekali. Kenapa?? Tak yah tahulah.. ai nak move on!! hahaha

Sampai sekolah, ada beberapa orang student menangis sebab parents tak boleh nak tunggu. Tapi NAN menangis sebab ai nak tunggu nak tengok dia dengan suasana baru. Menangis2 tak nak masuk kelas selagi nampak bayang kereta ai. hoiilahhhh anak.. sampai sekarang ibu rasa teringin sangat nak tengok aktiviti awak kat sekolah. Walaupun cikgu selalu update, tapi tak puas tau tengok gambar je. Ibu nak tengok live!!!

pagi hari pertama sesi sekolah.
Hari keempat sekolah. Belajar teakwando.

Dah 2 minggu sekolah, perkembangan is ok. Tapi NAN selalu tido awal. Mungkin penat dan dia tak biasa lagi dengan aktiviti yang penuh setiap hari. Makan dan susu pon dah susah sekarang ni. Kalau tanya NAN nak makan apa, jawapan dia sangat klishe.. Rina pon tak tau nak makan apa?? :(

Apapun, ibu sentiasa doakan awak berjaya dan selalu terang hati terima ilmu baru setiap hari. Jangan cepat bosan dan putus asa.. Ini baru permulaan kehidupan awak. Panjang umur, awak janganlah tak bagi tengok awak masuk universiti pulak nanti.. :')


GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?