love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

10 September 2015

aku sudah BIASA

Assalammualaikum..

Copy and Paste dari laman sesawang encik Google
 
Seringkali mendengar pertanyaan dari orang ramai.

"Aku nampak kau tadi kat klinik bawa anak kau. Tapi aku nampak kau sorang je."

"Eh datang sorang je ke betulkan tayar kereta?"

"Eh kau turun naik hospital, tak akan sorang2 je."

"Kau shopping berdua je ke dengan anak?"

Eh.. banyaklah soalan-soalan yang biasa diajukan pada aku. Tipulah aku tak rasa rimas dengan setiap pertayaan orang lain. Dan aku juga turut faham, mereka juga bukanlah BODOH yang hanya akan mendiamkan diri bila nampak aku sentiasa keseorangan berdua dengan anak.

Jujur aku akui, aku cemburu melihat keluarga di sekeliling aku. Menguruskan hal anak bersama-sama. Si isteri sibuk sediakan barang anak untuk ke sekolah, si suami pulak membantu menghidupkan enjin kereta, pakaikan anak kasut sekolah dan lain-lain perkara lain.

Tapi, jawapan aku mudah. Aku dah biasa dengan rutin yang aku lakukan secara bersendirian. Aku dah biasa bawa anak ke klinik setiap kali anak demam. 

Aku dah BIASA menguruskan hal anak seorang diri, dari kejut bangun pagi sampailah anak nak tidur.

Aku dah BIASA membawa anak berdua keluar berjalan-jalan mengisi masa lapang.

Aku dah BIASA turun naik hospital membawa anak jumpa anak mengikut tarikh temujanji.

Aku dah BIASA menguruskan rumahtangga sendiri.

Pendek kata aku dah BIASA menguruskan semuanya secara bersendirian.

Aku mengakui bahawa psikologi mengatakan lelaki tidak boleh menguruskan banyak perkara dalam masa yang sama.

Aku tak boleh menyangkal bila pakar psikologi mengatakan lelaki perlu diberitahu setiap perkara yang ingin diminta bantuan.

Tetapi, secara realitinya sampai bila wanita perlu memberitahu setiap perkara setiap kali ingin memohon bantuan dari suaminya sendiri.

Sampai bila pula si suami hanya mampu melihat keadaan isterinya yang bersusah payah membuat kerja rumah sedangkan dia tahu isterinya penat.

Bagi aku, ini adalah tanggungjawab. Walaupun dari segi psikologinya lelaki memang begitu, tetapi bagi aku ini adalah sikap. Ya.. lelaki begitu dan begini. Lelaki tidak akan begitu dan tidak akan begini. Tetapi sampai bila...??

Walaupun kau nampak isteri itu seorang wanita yang sangat berdikari, tapi jika kau lelaki yang sejati, kau tidak akan mampu melihat saja isteri kau melakukan semua perkara sendirian setiap hari.

Cuba kau berada ditempat isteri kau sendiri, melakukan kerja yang sama setiap hari, walaupun dah letih bekerja di pejabat, dirumah masih lagi mampu buat kerja rumah pulak. Kau sanggup atau tidak perlu menyuruh setiap kali kau ingin minta bantuan. Aku pasti, sampai satu tahap, kau akan rasa bosan. Bak kata orang, sekali ketuk, sekali jalan.

Cuba bayangkan situasi ini, 

1. Kau dah nampak isteri kau penat kemas rumah, bersihkan rumah kau, tiba-tiba kau dengan rasa tak bersalah hisap rokok dalam rumah. Kau rasa apa yang isteri tu rasa??

2. Kau dah nampak isteri kau basah-basah ketiak masak di dapur, kau buat nampak tak nampak je sampah yang penuh dalam bakul sampah. Kau tak ada rasa ke nak tolong buang??

3. Kau dah nampak isteri kau berpeluh-peluh dibawah matahari sidai baju, tapi bila baju tu dah kering atau hari dah nak hujan, kau tak ada rasa ke nak tolong angkat??

4. Kau dah nampak isteri kau terbongkok-bongkok, sakit-sakit pinggang lipat baju, kau tak ada rasa ke nak tolong angkat kain baju tu masuk dalam bilik??


Aku dah bosan dengar bila ada lelaki bagitahu, eh aku dah tolong, aku dah buat, tapi isteri aku membebel sebab tak sama. Dari aku kene membebel, baik aku tak payah buat. Baik aku tengok je dia buat. Aku rasa suami macam ni memang BODOH. 

Kau dah hidup dengan isteri kau dah bertahun-tahun. Walaupun tak boleh nak ikut seperfect isteri kau buat, tak akan lah sikit-sikit kau tak boleh ikut? Belajar sikit-sikit, lama-lama kau akan terbiasa. Tapi bila kau dah bercakap begitu, memanglah sampai pencen pun kau tak akan boleh ikut cara isteri kau buat kerja rumah.

Bagi aku, itu semua alasan. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Kalau kau betul-betul ikhlas nak membantu isteri kau, kau akan buat betul-betul.

Aku tahu, bila ada kaum suami baca ni, mesti akan salahkan aku. Tapi cuba kau duduk dan fikir apa yang aku tuliskan ini. Dan aku pasti kau boleh tahu kenapa isteri kau tarik muka dengan kau setiap kali bertentang mata dengan kau.

Jadi inilah aku. Aku dah biasa dengan KEBIASAAN itu. Dan KEBIASAAN itu jugalah aku janggal bila ada orang lain membantu kerja aku. Dan KEBIASAAN itu jugalah aku rasa, ada atau tidak ada si suami itu sendiri, aku tak rasa apa-apa. 

Bagi aku, selagi aku mampu lakukan seorang diri, in shaa allah aku akan lakukan. Dari urusan anak, urusan perbelanjaan, dan urusan segalanya, aku akan lakukan. Biarlah orang mengatakan aku ego, aku sakit jiwa dengan prinsip aku, tapi bagi aku, kau tak rasa apa yang aku rasa.

Kalau kau jadi aku, apa yang korang akan buat?? Kalau suami korang tak nak tolong, tak nak ambil tahu, apa korang buat?? Korang akan sama-sama buat tak tahu, atau korang akan lakukan kerja tu dengan sendiri?? 

Jawab dengan ikhlas..

Sekian..

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

#sentap


1 ulasan:

Norain Omar berkata...

Salam,

My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@my.zalora.com

Thanks :)

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?