love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

4 Ogos 2015

#throwback Ramadhan 1436H

Assalammualaikum 

Kita #throwback saja lah ye. gambar segala-galanya tak ada. Sambut Bulan Ramadhan tahun ini sekadar apa yang ada saja. Minggu pertama puasa, kami adik beradik berbuka dirumah masing-masing saja. Kakak sulong di Mersing, Kakak kedua dengan abah, dan ai di rumah sendiri. Hanya pesanan biasa2 saja dari kami adik beradik. Abah?? sejak mak tak ada ni, selalu tak sihat.Bulan Puasa ni pun, abah selalu tak sihat. Demam tak berhenti. Yang paling sedih, dah tak ada call atau message dari mak yang tanya itu ini. Masak apa, makan apa, tak balik ke.. haishhhhh dah bergenang airmata dah ni. :'(

Rasanya, bulan puasa tahun inilah yang paling sempoi. Minggu pertama, ai hanya makan sambal hitam bersama roti selama 3 hari berturut2. Inilah menu berbuka dan bersahur. Tak rasa teringin nak makan apa-apa awal2 puasa. NAN pula dah pandai sebut puasa. Bila ditanya, NAN tau tak puasa tu apa, dia akan cakap puasa tu tak boleh makan. Mungkin sebab dia masih menyusu, sebab tu lah kot dia ingat tak boleh makan je. Alhamdulillah.. semakin matang dah dia sekarang.

Alhamdulillah tak pernah skip sahur sepanjang puasa. walaupun hanya minum air je, mesti bangun. NAN pun bangun siap makan minum segala. tapi sebelum keluar rumah nak pegi school, mesti mintak susu. Tak pe lah nak. Tahun depan belajar puasa sikit2 ye.

minggu ke dua puasa, baru ai berbuka puasa secara berjemaah dengan BFF. Disebabkan salah sorang kawan ai ni, dia baru je kahwin, jadinya rumah dia jadi mangsa. Thanks Rein. Ai memang suka sangat2 dengan tomyam dia. tak tahu kenapa, ai rasa tomyam dia sangat sedap... hai lahhhh dah teringat2 ni..rein oooo rein...

Hujung minggu tu pulak, barulah berbuka dirumah abah beramai2. kakak dari mersing pon balik. keesokkan hari berbuka dirumah ai pulak, sebab jiran2 ai buat majlis berbuka puasa beramai2 bawa port luck. jadi meriah sangat. hilanglah sekejap rasa sedih gundah gulana di hati. Abah tak join, katanya segan nak berborak dengan anak2 muda.

Lepas tu, ai dah mula rajin membeli di bazar saja. Ai suka beli ayam percik sorang mak cik ni kat bazar beranang. dan ada satu gerai air yang sangat sedap. tapi, setiap kali menyinggah, setiap kali tu lah membeli bunga api dan mercun pop pop tu untuk NAN. Kalau tak beli, mengazan dia sepanjang jalan memujuk.

Minggu ke tiga, barulah ofis ai adakan majlis berbuka puasa di luar. tempatnya di Mas Awana Catering. Makanan boleh tahan sedap, tapi ai banyak tak dapat makan. sebabnya, NAN dah ajak balik. Mula2 nak keluar rumah tu, dia tak nak ikut sebab ai paksa dia pakai tudung. hahaha tapi bila ai kata nak terus beli kasut raya dia, barulah nak ikut. Sebab tulah sempat makan 3 jenis lauk, lepas tu ai balik. dia dah mula tak nak itu ini, asiklah teringat kasut raya dia yang memang tak beli juga malam tu.

Majlis berbuka tu buat hari jumaat. Sabtu pagi2 ai dah keluar, kononnya nak menyinggah ke Aeon S2 nak membeli kasut raya anak dara tu. Punyalah ramai umat manusia. nak bawa troli pon tak muat nak lalu. penyudahnya, ai parking jauh dari Aeon. menapak dalam 5 minit. semata-mata nak menunaikan hajat anak. :') banyak kasut yang ai berkenan, tapi semua tak ada saiz NAN. tinggal semua yang besar2. sebab belikan last2 minit. Tambah pulak nak pilih kasut yang sesuai dengan keadaan kaki NAN yang dah mula sakit2 kulit tu. Beli juga kasut yang bertutup. Jenis universal, pakai seluar boleh pakai, pakai dress pon cantik comel. Sesudah tu, membeli barang2 untuk buat kuih. Tahun ini, tak lah kuih sangat pon. sejenis je buat kuih, yang lainnya kacang2 je.

Sampai ke malam, menyiapkan kuih kekacang ai tu. Alhamdulillah semua menjadi. Semuanya copy resepi dari FB saja. oklah dari rumah tak berkuih kan.. orang datang, nak jamukan apa pulakkan??

Hari-hari yang bersisa tu, banyak habiskan masa dirumah saja. Makan saja lauk apa yang ada. Yang pasti, tahun ni, tak serajin tahun-tahun sudah untuk mengupload gambar makan dan berbuka dimana saja di IG. sangat malas dan hati masih berkabung.

Persiapan dirumah, alhamdulillah sekadar apa yang ada saja. Ai ditugaskan untuk memasak semua jenis juadah yang sama seperti mak masih ada. Alhamdulillah menjadi dan habis. Abah sedaya upaya sembunyikan rasa sedih. nampak kesedihannya bila abah merebus ketupat yang tak diisi beras lagi. nampak tak?? malas nak cakap banyak, kita keluarkan jelah ketupat kosong dah separuh masak tu.

cerita raya?? nantilah.. tunggu habis syawal, baru boleh ber# syawal pula.. :)


Tiada ulasan:

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?