love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

11 Mac 2015

MENITI HARI KE 100

Assalammualaikum

pejam celik, pejam celik, hari sabtu ni 14 Mac 2015 genap pemergian mak 100 hari. tak tahu kenapa, rasa rindu ini semakin kuat. makin banyak sedekahkan alfatihah yassin untuk mak, semakin sebak. rindu sangat dengan dia. rindu nak dengar suara dia. rindu nak lihat dia senyum. rindu sangat nak dipeluk mak. rindu sangat nak bau badan mak. Ya Allah... 

sebenarnya esok 13 Mac 2015 hari jadi mak. dalam family kami, memang tak ada sambutan hari jadi. mak abah memang tak ajar kami dengan semua ini. hanya sekadar ucapan indah dihari jadi, itu sahaja. tapi bila ai dah mula bekerja dan dah pegang duit sendiri, barulah mak merasa dapat hadiah dari anak2. selalunya kalau mak dapat hadiah, mak mesti cakap, kenapa beli mahal2 ni. mak tak nak lah. tapi ai tahu, jauh didalam hati mak, mak sangat menghargai apa sahaja pemberian anak2, tak kisah mahal atau murah.

setiap malam, sejak hari pertama mak pergi, sebelum tido, ai mesti doa dengan harapan mak datang dalam mimpi ai. teringin sangat nak jumpa mak. kalau masa boleh diputar semula, satu je ai nak cakap dengan mak, ai nak mintak maaf dengan segala apa yang dah ai lakukan. nak dengar dari mulut mak sendiri mak cakap mak maafkan ai, maafkan anak2 mak. walaupun masa dulu2, mak selalu cakap, mak mana yang tak maafkan anak2 dia, mak mana tak sayangkan anak2 dia, tapi sebagai anak, ai rasa tak puas bila tak dengar sendiri dari mulut mak.

bila dah kehilangan orang tersayang ni, barulah kita akan ingat kata2 orang lain. hargai masa kita bersama ibubapa kita. masa memang tak akan dapat diundur. cuma kenangan yang akan kita bawa ke mana saja. bagi ai, kenangan ini begitu sakit. sakit sangat bila kita ternampak2 wajah dia depan mata. sakit sangat keadaan ini. bilik mak, sampai sekarang bau badan mak masih ada. kadang2 ai sengaja masuk bilik mak, tarik nafas dalam2, amik bau mak, rindunya dengan semua kenangan itu.

sejujurnya, mak adalah insan yang paling rapat dengan ai. ai tak ada rahsia dengan mak. bila ada masalah, stress memang mak yang ai cari. mak lah tempat ai mengadu semua masalah ai. yelah.. kalau bukan mak, siapa lagi yang nak dengar masalah kita kan?? tapi ai sangat kecewa bila orang lain salah anggap bila ai bercerita masalah dengan mak. dorang cakap, mak akan buat keadaan bertambah buruk. Sumpah!!! sampai sekarang ai kecewa dan tak mungkin ai lupakan.

setiap kali ai mengadu keperitan hidup dengan mak, mak mesti cakap, Allah bagi susah macam ni, sebab Allah sayang kamu. Allah tahu kamu hambanya yang kuat untuk terima ujian ni. tak payah merungut. berdoalah biar hati kamu tu terus kuat. mak sentiasa doakan anak2 mak tabah hadapi segala macam kemungkinan.

setiap kali ai nak bawak NAN checkup mata, setiap kali tu jugaklah ai akan bagitahu mak. dan setiap kali tu jugaklah mak akan call semula tanya keadaan NAN. ai tahu mak pon sedih dengan keadaan NAN. tapi mak kene kuat sebab tak nak ai terus jatuh tak kuat semangat. sebab nanti NAN pon akan tak kuat semangat. 

sejujurnya ai cemburu tengok orang lain ada mak. walaupun umur ai dah masuk 3 series ni, ai masih tak puas manja dengan mak. sebab lamakan mak sakit dulu. kali terakhir mak masak, masa malam raya tahun lepas. itu pon ai tak dapat makan sebab balik mengahadap jem sampai kereta rosak2 perjalanan jauh. lepas ai balik beraya dari kampung sebelah sana, balik rumah mak, mak dah mula tak sihat. mak cuma bagitahu cara masak dalca macam mana je, yang masaknya ai. lama sangat tak rasa masakan mak sampailah mak meninggal.

masa kaki mak mula nak teruk, ai ada cakap dengan mak, rindu nak makan lauk yang mak masak. mak senyum. mak cakap doakan mak cepat sihat, mak boleh jalan, boleh berdiri, nanti mak masak semua yang anak2 mak nak makan. mahal mana pon tempat kita makan tu, tak akan sama dengan air tangan mak kan??

tempat terakhir yang mak nak pergi adalah Freser Hill. mak ada cakap dengan ai yang mak nak pergi sana kejap. mak cakap mana tahu, mak ubah angin mak sihat. tapi masa tu semuanya tinggal cukup2 makan je. dengan keadaan kereta ai yang tengah uzur time tu, memang tak lah ai nak bawak mak pegi jalan jauh macam tu. takut jadi apa2 tengah jalan. tapi itu adalah tempat terakhir dia nak pergi sebelum dia tutup mata. sakitnya bila diingat2kan masa lalu..

sebelum2 ni, kalau kita terbau kapur barus mesti kita takut kan?? samalah dengan ai. hari yang keberapa ai tak ingat, tapi time tu ai tengah sidai baju kat luar. tiba2 ai terbau kapur barus. tak kuat sangat baunya. ai terus pejam mata, dan terus menangis. dalam hati ai cakap, mungkin itu mak. mak balik tengok rumah. 

setiap minggu, sebelum ai pergi kelas, ai mesti singgah kubur mak bacakan yassin. tengah2 ai baca tu, ai bau kapur barus jugak. wangi sangat. ai pandang sekeliling kubur. mana tau, Allah tunjukkan ai bayang mak, tapi kosong. dalam 3 minit macam tu lah bau2 tu kuat. lama2 bau tu hilang. makin kuat rasa rindu.

doa yanie untuk mak memang tak pernah putus. semoga mak bahagia di sana. 

#alfatihah


Tiada ulasan:

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?