love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

10 April 2015

segalanya untuk kamu #NAN

Assalammualaikum

satu hari nanti, awak sudah dewasa dan sudah matang mengendali urusan hidup awak, dan awak mahu membaca apa yang telah ibu tulis berkenaan dengan awak, ibu sudah bersedia berikan password blog ibu. bacalah.. fahamilah.. dan mengertilah.. sesungguhnya tiada apa dapat tandingi kasih sayang dan cinta ibu pada awak. awak adalah nyawa ibu dan ibu sayang awak lebih dari nyawa ibu sendiri.

kehadiran awak memang ibu nanti2kan. setiap bulan, harapan setinggi langit, akhirnya.. alhamdulillah, Allah beri kesempatan untuk ibu merasai detik sembilan bulan itu. dan awak yang telah berada dalam rahim ibu. ibu lalui sakit, pedih, suka dan gembira selama 9 bulan dengan perasaan yang redha. ibu sanggup lakukan apa saja, asalkan awak selamat dan sihat.

terbaring, muntah, sakit, kurang darah dan segala macam penyakit ibu hadapi dengan penuh sabar. setiap hari, ibu kira tempoh 24jam untuk cukupkan 9 bulan. tendangan comel awak, pergerakkan aktif awak, itu adalah kenangan paling manis dalam hidup ibu. sumpah sayang.. kalau boleh ibu putarkan masa, ibu mahu saat itu kembali.. 

awak membesar dengan sihat didalam rahim ibu. walaupun banyak keinginan ibu untuk makan tak dapat ibu tunaikan. setiap hari, ibu berdoa agar awak sihat dan sempurna. walau sekalipun ketika itu Allah menetapkan kejadian awak tidak sempurna, ibu tetap akan sayang awak. memang awak yang ibu inginkan. 

bila awak dah mula membentuk, ibu dah mula memikirkan nama yang terbaik membawa maksud yang baik untuk awak. bila awak dah ada jantina, dan doktor mengesahkan awak adalah bayi perempuan, nama awak sekarang inilah yang ibu pilih. dengan penuh harapan, awak membesar seiring dengan maksud nama awak.

diusia awak 9 bulan 2 hari, akhirnya ibu buat juga scan 3D. hati ibu rasa tak 'sedap' sayang. makin dekat tarikh 26 november 2011, semakin kuat debaran jantung ibu. ibu dapat rasakan ada yang tidak kene dengan awak. akhirnya, ibu dapat berita itu. ibu tak tahu nak kata apa pada saat itu. gembira melihat wajah awak dan sedih apabila doktor mengesahkan kekurangan awak. 

2 hari ibu tanggung sakit. awak keluar lewat 2 hari dari tarikh yang ditetapkan. serba tak kena ibu ketika itu. dan ibu tak dapat nak ceritakan bagaimana rasa sakit itu. satu hari nanti, awak akan merasainya juga. akhirnya, selepas azan subuh, selepas air ketuban pecah, tepat jam 5.28 pagi, awak selamat lahir ke dunia tanpa ada apa2 bantuan. dalam keadaan nafas ibu tersangkut2, ibu tak dapat dengar suara awak. depan mata ibu, dengan tubuh awak yang kecil itu, doktor menepuk2 kuat badan awak, tapi tiada tangisan yang kedengaran. ibu dapat melihat keadaan yang sangat kelam kabut. dengan badan yang masih berdarah, doktor kelam kabut memeriksa jantung awak. ada sedikit pergerakkan. dan akhirnya, doktor merendam awak dalam bekas ais yang sejuk itu, barulah ibu dapat mendengar suara kecil awak. dan ibu tak dapat melihat diri awak lagi.

hampir 5 jam selepas ibu bersalinkan awak, baru ibu dapat memegang dan menyusukan awak. dari saat pertama awak dalam dakapan ibu, ibu mengharapkan ibu dapat melihat mata cantik awak. setiap bayi2 baru lahir. ibu dapat melihat cerahnya mata ibu. ibu mengaku sayang, ibu rasa sangat sedih ketika itu dan perasaan itu terbawa2 sehingga ibu habis pantang.

bila ibu ingat2 semula, ibu rasa ketika itu ibu sangat berlakon depan semua orang. ibu buat2 ketawa, ibu buat2 happy, kerana ibu tak nak orang lain dapat melihat kesedihan ibu. dari hari pertama sampailah sekarang, ibu rasa sangat rimas, bila semua orang bertanya kenapa, mengapa, bagaimana mata kamu macam tu. 

hampir setahun, ibu menanti dengan penuh sabar untuk melihat mata cantik awak sepenuhnya. awak sangat berusaha dan sangat susah untuk melihat dunia ibu. awak tahu tak apa yang ibu takutkan ketika itu?? ibu takut sangat, perkembangan awak tak sama dengan baby2 yang lain. tapi alhamduillah... awak membesar sama dengan baby2 yang lain. awak meniarap diusia awak 4 bulan. awak merangkak diusia awak 7 bulan. dan awak agak lambat memulakan langkah pertama.

awak lambat jalan pun, ramai yang mengatakan faktor mata awak begitu. sumpah sayang, ibu sangat kecil hati ketika itu. tapi ibu tahu anak ibu, awak mampu lakukan. diusia menjelang 1 tahun 2 bulan, awak memulakan keberanian awak untuk melangkah ketika dihospital. selepas melawat nenek, awak beria mahu dilepaskan. dan awak jalan2 jatuh. sehinggalah awak berani.

awak tahu tak, sampai sekarang, setiap kali ibu renung wajah awak, setiap kali ibu sapu ubat ditempat luka awak, setiap kali awak mengadu sakit, setiap kali itu jugalah ibu sangat rasa bersalah. kalau ibu tak buat keputusan untuk membetulkan mata awak, mesti awak tak kan tanggung sakit sampai sekarang. kalau ibu tak sain borang kebenaran pembedahan itu, mesti awak tak kan luka berdarah sampai sekarang. ibu sangat rasa bersalah dengan awak. maafkan ibu sayang. maafkan ibu...

Nur Afnan Nisrina..

ibu tahu, ibu bukanlah ibu yang terbaik untuk awak. tapi ibu berusaha untuk jadi yang terbaik dimata awak. ibu berusaha untuk jadi yang terbaik untuk awak. ibu mahu awak jadikan ibu bukan sahaja seorang ibu, tapi kawan baik awak.

janganlah sesekali jadikan kekurangan awak itu untuk awak tidak mahu berjaya. banyak contoh sekarang ni sayang. orang yang tak sempurna, ramai yang dah berjaya. ibu tidak akan paksa awak untuk jadi apa, pilihlah.. dan coraklah masa depan awak sendiri. jadikan agama rujukan utama dalam hidup awak.

ibu tidak akan sentiasa berada disisi awak. ibu tidak akan sentiasa boleh teman awak kemana saja awak pergi. andai sampai satu masa, ibu akan pergi, dan doa ibu sentiasa bersama awak. jadilah insan yang terbaik, dikalangan yang terbaik. ibu saja yang ibu mahu dari awak.

satu hari nanti awak dah berjaya, sudah berada di puncak kejayaan, janganlah awak lupa siapa diri awak. janganlah awak lupa dimana awak bermula. bukan harta duit awak yang ibu mahukan. ibu mahukan awak sebagai anak ibu setiap masa. janganlag lupakan ibu, sebab ibu sayangkan sejak dari hari pertama awak ada dalam rahim ibu.

Nur Afnan Nisrina..

apa yang ibu lakukan sekarang ini, semuanya untuk kamu. apa yang ibu mahu lakukan, awak jadi keutamaan. awak adalah nyawa ibu. ibu tak boleh tak ada awak. ibu tak boleh adakan awak dengan kemewahan. ibu berusaha beri yang terbaik untuk awak. kita akan sama2 hidup dalam kesederhanaan.

Nur Afnan Nisrina..
ketahuilah..
sesungguhnya kasih sayang ibu pada awak melebihi dari nyawa ibu sendiri. apa pun yang akan berlaku, ibu tetap akan sayangkan awak...




Tiada ulasan:

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?