love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

17 Mac 2013

selepas didatangkan hujan yang lebat, diberi NYA pelangi yang cantik

lama betul tak bukak blog sendiri. berblogwalking kemain rajin. ada pulak masa ai ni kan. disebabkan lama tak update, tajuk kali ni kemain panjang.

fisrt sekali, Alhamdulillah..

setahun lebih kami menunggu akhirnya apa yang kami impikan menjadi kenyataan. segala urusan sangat mudah. dari mula sampai ke akhir. sekarang hanya tinggal persiapan dan menyiapkan kerja2 kecil yang masih tidak lengkap.

berikat perut ai anak beranak semata mengumpul duit.terima kasih juga di atas segala dugaan dan ujian dari MU. ini semua membuatkan kami sekeluarga bertambah bersemangat.

hujung bulan 2 lepas, kami dah dapat kunci rumah. tapi ai tak ikut sekali Mohammad Bazli amik kunci sebab ai jaga mak yang tak sihat. cuma Mohammad Bazli cakap je yang dia dah amik kunci dan dah pegi tengok rumah. ai cuma berharap rumah akan siap seperti apa yang dijanjikan.

balik dari keje, ai ajak Mohammad Bazli pegi lagi. tersangat jakon kan?? tapi kali ni ai agak takut dengan tangga dia. oh!! rumah ai adalah rumah terus 2 tingkat. tapi tak lah besar mana pon. kecik je.. cukuplah untuk kami bertiga dan bakal berempat ini.

selang beberapa minggu, Mohammad Bazli ajak ai tempah grill pulak. konon2 suruh ai pilih design. tapi apa yang pilih sume tak minat. last sekali, dia pilih design sendiri dan ai pilih design tambahan yang ada kat grill tu.

sejak dapat kunci tu, ai dan Mohammad Bazli sibuk mencari kotak untuk berkemas sikit2. penat ok. mana nak mengemas, mana nak terjerit2 kat N.A.N yang sedia menyepahkan semula, mana nak bekerja lagi. tapi tak per.. inilah dinamakan sebahagian dari kehidupan.

cuma apa yang jadi masalah sekarang ini adalah, proses pembaikian semula rumah tu masih belum dibuat dan api air masih tidak dimasukkan lagi. jadinya proses membersihkan rumah baru masih tergendala. sakit betul hati ai. time suruh bayar deposit api air tak menyempat, tapi bila dah sampai masanya, terhegeh2 plak.

kami janji dengan tuan rumah sewa sekarang nak keluar hujung bulan ni B4 29 Mac 2013. sebab time masuk rumah ni dulu, deposit ai hanyalah 1 bulan. jadinya bulan Mac ni, kami tak perlu bayar sewa lagi dah. dan orang yang nak gantikan ai tu pon dah asik bertanya bila kami nak pindah. yelahkan, orang baru kawen, duduk pulak berasingan. sekarang pulak wife dia dah pregnant. ai faham ok, cuma kene tunggu sikit je lagi.

sekarang rumah ai dah tak macam rumah. N.A.N sendiri pon dah tak betah duduk rumah sendiri lama2. sebab apaa?? sebab rumah dia dak tak boleh nak berlari. bila usik itu kene marah, usik ini kene marah, jadinya N.A.N sangat bosan. hahaha kesian kamu anak. sabarlah. sikit je masa lagi. nanti kamu dah boleh main tangga. EH!!!

Alhamdullillah.. ai sekeluarga sangat rasa bersyukur dengan apa yang diberikan oleh Allah swt. setelah DIA puas turunkan hujan dalam keluarga kami, akhirnya DIA memberi sinaran pelangi yang indah. terima kasih yang tak terhingga.

sebenarnya banyak cerita yang ai nak kongsikan. kite cerita lain2 page ya. nampak sikit macam orang rajin update.. padahal!!!! K bye!!

2 ulasan:

Unknown berkata...

eh...macam mama Afnan terstory Afnan bakal dapat adik je...:)

cikPUAN einaYrah berkata...

eh yeke?? :)

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?