love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

6 Mac 2013

pengasuh OH pengasuh

semalam, lepas kemas2 rumah, dah bersihkan diri, dalam pukul 11 lebih malam, ai nak tido. tapi ai layan FB dulu by phone. N.A.N dah selamat dibuai mimpi. Mohammad Bazli pulak layan internet kat bilik sebelah. tengah asyik ai berchit chat dengan kawan2, tiba2 masuk 1 sms. ai baca, rupanya dari pengasuh N.A.N. ai tak kisah sangatlah, mungkin ada nak suruh bawak apa2 pagi esok.

bila ai baca sms dari pengasuh tu, darah ai terus naik. kenapa pulak dengan akak nih?? tadi time amik N.A.N petang ok je. time ai hantar pempers lepas isya' pon ok je. kenapa tetiba hantar sms macam ni.

"Aslmualaikum.. yani akak nak cakap terus terang, klu yanie x puas ht, x yakin, x percaya @ apa2lah tentang akak jg rina, akak x kisah lah klu yani nak cr pengasuh lain. Setiap kali akak ngadu psl rina, yani mesti nak samakan rina ms kat rumah ok je.. hbs x akan akak nak buat cerita. akak walupun x ada anak tau apa yg boleh apa yg tak boleh, tp akak ikut jgk lah ckp yani. kdg2 akak ada jgk terasa bila akak ngadu psl rina yani mesti jawab kat umah rina ok je kak. bunyinya mcm x percaya apa akak cakap, mcm akak ni jg x ok je. klu camtu yani cr je pengasuh lain akak mmg x suka mcm ni, nnt wat tmbh dosa je cakap2 kt belakang kang. pastu hal akak bg rina mkn dia yg buang2. brsepah2 atas lantai. bukannya akak x bg mkn. yani cubalah cr pengasuh lain dgr pulak pengasuh tu ckp apa. klu lain dr akak ckp, maknanya akak lah yg x ok. setahu akak bkn kata bdk2 skt perut mkn kari, akak yang dah tua ni pun sakit perut."

inilah bunyi sms dari pengasuh. ai tak tambah tak kurangkan ceritanya. ai terus bangun cakap dengan Mohammad Bazli. bila ai baca ayat last tu, baru ai tahu, pasal lauk kari yang ai bekalkan untuk N.A.N. memang petang tu time amik N.A.N pengasuh ada bagitau N.A.N sakit perut. cirit birit sampai pempers habis. sampai pinjam pempers adik iparnya iaitu jiran sebelah rumah ai. ai tanya kenapa akak tak call. akak tu cakap tak ada kredit. ai pulak, yeke, tak perlah. nanti saya gantilah kat ila. (nama adik ipar pengasuh). pastu bila pengasuh cakap makan kari kot, ai cakap pulak, yeke kak?? saya dah banyak kali masak kari, tapi ok je kat rumah. pengasuh tu balas balik, tu pon akak dah tambah air. ooo mungkin pekat sangat kot kak. sebab bubuh kentangkan. tapi pengasuh dan ai tak pulak macam bertengkar tinggi suara. macam biasa. ai pon balik. balik tu N.A.N nangis2 nak tido. ai naikkan buai, memang tido. ai buat keje semua, lepas maghrib Mohammad Bazli balik dari training takraw. dah pukul 8 lebih macam tu, ai panggil ila nak ganti balik pempers yang N.A.N guna. seriusly, kat rumah N.A.N memang ok. tak adalah pulak sakit perut berak2 ke apa. pastu ai pegi pulak rumah pengasuh nak hantar pempers. macam biasa. tak ada pulak dia cakap apa2 kat ai. tiba2 dah malam2 buta dia sms macam2. naik darahlah ai. ai memang pantang, kalau dah berdepan tak nak cakap. nak jugak tunggu sms cakap2 belakang macam ni.

ai terus ajak Mohammad Bazli pegi rumah dia. tak kisahlah dah tengah malam ke apa. hati ai tak senang. esok ai nak keje, tak sedaplah kan bila hantar anak tapi muka masam2. bila pulak ai tak percaya dengan dia?? bila pulak ai cakap dia jaga N.A.N tak elok sampai dia boleh fikir macam tu. pelik betullah ai. takkanlah pasal lauk kari pon nak gaduh2 macam ni. dah macam budak2 dah. bagi salam, suami dia yang keluar. tak jemput masuk ke apa ke, ai terus tanya, pengasuh (tak nak sebut nama dia) ada tak? saya nak jumap sekejap. pastu suami dia cakap dah tido. ai terus cakap. dah tido?? dia baru je hantar sms ni kat saya. takkan dah tido. tapi tak apalah.. ai pon cerita apa yang jadi. suami dia diam je. cakap, saya tak tau apa2. oklah fine, ai cakap esok ai jumpa dia.

hari ni ai tak keje. standby kalau2 dia cakap dia memang tak nak jaga N.A.N lagi ke apa ke. ai boleh terus jumpa kawan ai lagi 1 tu dan angkut semua barang N.A.N kat rumah dia. bagi ai, ai sekeluarga memang tak ada masalah dengan dia. sebab dia memang jaga N.A.N dengan baik. jadinya ai pegi rumah dia. ai masuk, muka dia dah masam semacam. ai tak tunggu lama, ai terus je mulakan cerita...

ai : malam tadi saya datang, akak dah tido. apa sebenar ye ni kak?? pasal lauk kari perkara kecik ni pon nak terasa hati. saya tak pernah nak banding2kan akak jaga dengan saya jaga. sebab saya tau, masa akak lebih banyak dengan rina berbanding saya. kalau akak terasa dengan saya selama ni, saya mintak maaf. tapi tak ada terniat kat hati saya bila saya cakap rina kat rumah ok je, bermaksud saya nak banding2kan akak. mungkin cara penerimaan akak yang lain. yelahkan, hati manusia ni lain2. saya paham dan tak marah. cuma saya terkejut, tiba2 akak sms cakap kalau tak percayalah, apalah, apa ni kak?? akak boleh nampak saya percaya ke tak kat akak. kalau saya tak percaya, time saya balik rumah lunch hour tu, saya boleh singgah rumah akak tengok keadaan anak saya. tapi saya tak buat. sebab apa, sebab saya percaya kat akak. saya pon nampak cara akak manjakan rina. saya tak terasa hati. sebab apa, sebab akak lama jaga dia. saya balik keje dah petang. kejap je dia dapat main2 dengan saya, pastu sibuk nak tido dah. esok pagi dia tinggal lagi dekat akak. saya memang tak ada masalah dengan akak. akak jaga anak saya memang perfect. kadang2 saya yang segan dengan akak, saya bayar akak tak seberapa tapi akak siap basuhkan baju rina, towel dia. belikan macam2 untuk dia. tapi saya fikir positif. saya dah cakap dengan akak dulu, hari first saya hantar rina kat akak, saya tak kisah kalau akak nak buat rina macam anak akak. saya pon tak terasa hati langsung bila akak lebih banyak bercerita pasal rina dekat jiran2 daripada saya ibu dia sendiri. sebab saya tak kisah. selagi akak jaga rina dengan elok, tak ada patah riuk, tak ada calar balar, lebam2, saya ok. saya dengan suami bukanlah mak ayah yang cerewet pasal anak. saya pon tak cakap apa bila akak cakap bekal rina tak habis makan. sebab saya tau, anak saya macam mana. saya tak terfikir langsung ke akak yang tak bagi rina makan. kak, sumpah!! pasal buai pon sama. saay cuma terkejut je bila say dengar adik ipar tanya pada kak su guna ke tak tapak buai zariff. sebab nak letak kat rumah kak balkis. rina tido buai. tapi bila saya tanya akak, rina ok ke tak tido atas bouncer tu je, akak cakap ok je. tido je. tak ada pulak akak cakap rina tak selesa ke apa ke. kenapa perlu orang lain yang cakap. saya dah cakap dulu lagi, kalau akak nak keperluan rina, akak cakap je. bila akak cakap ok, saya asume oklah. kalau akak cakap tak ok, baru saya nak belikan buai. mesti kak su tu akan fikir, kenapa saya tak beli sendiri?? sampai kene pinjam2. sebab tulah, bila ayah rina balik, saya terus ajak dia pegi beli buai letak kat rumah akak malam tu jugak. kalau ikutkan, saya boleh terasa hati dekat akak. tapi saya tak suka bersangka buruk pada orang. jadi saya fikir akak segan nak cakap dengan saya. saya pon tak tau bila masa akak terasa hati dengan saya. sebab akak layan saya ok je. dah berapa kali saya cakap, kalau ada tak puas hati terus pada saya. tak perlu lalu2 kat orang lain walaupun adik beradik sendiri. sebab anak saya akak jaga. saya pon tak pernah risik2 pasal akak pada sesiapa. kenapa perlu melalui orang lain?? ni urusan kita berdua. tapi disebabkan lauk kari tu, akak boleh cakap macam2 kat saya. saya nilai akak bukan melalui orang lain. saya nampak sendiri. jadi saya pon nak akak nilai anak saya dan diri saya dari hati akak sendiri bukan ikut kata orang lain. sekarang, saya nak tanya akak betul2, akak nak jaga rina lagi ke tak?? kalau tak nak jaga, saya boleh usaha cari pengasuh lain. saya tak nak, sebab perkara ni akak dengan saya dah tak macam dulu sedangkan saya masih hantar anak pada akak.

pengasuh dah mula menangis. ai diam pulak. nak tunggu apa yang dia nak cakap.

pengasuh : yani kene faham akak jaga anak orang. lain yanie. bila semalam yanie cakap macamn tu, akak terfikir2 yanie dah mula tak percaya kat akak ke? akak sayang rina dah macam anak sendiri. kalau yanie dah tak nak hantar rina kat akak, lepas ni akak dah tak nak mengasuh. akak ikhlas jaga anak yanie. tulah akak cerita dekat ila. ila pon fikir benda yang sama. sebab tulah akak jadi tak senang hati. orang lain sibuk tanya rina ok ke kau jaga. akak tak pernah nak jaja cerita pasal rina bila akak jaga. rina ok je. tapi biasalah budak2 ada time mengamuk ada time menangis je. yanie tahukan akak macam mana. masalah tak ada anak,dengan orang2 bercakap, dengan mak mertua, akak jadi sedih. rasa nak menangis je. betul yanie, akak sayang sangat kat rina. kalau yanie dah tak nak hantar kat akak, akak tak taulah nak jadi apa.

see.. see.. dia ada problem dalaman, habis ai dengan anak ai jadi sasaran dia.

ai : saya tahu hubungan akak dengan rina macam mana. saya faham sangat kak. ini pasal kasih sayang. saya tak boleh putuskan kasih sayang akak pada rina. saya tahu akak ikhlas. adik ipar akak sendiri jaga anak orang. saya boleh bezakan antara akak dengan dia. akak pernah tak dengar saya bercerita pasal akak?? saya tak mintak akak bercerita pasal anak saya pada orang lain. orang lain biar dorang. saya tak mampu kak nak bayar macam harga orang lain. ni je yang saya mampu. sebab saya tau saya bayar akak tak mahal, saya bawak bekal rina sendiri, saya bagi jajan rina, saya bagi sabun mandi, sabun basuh botol. kalau akak ada masalah, akak cite dengan saya. in shaa allah saya boleh dengar. saya pon perempuan kak. saya tak tau apa jadi kat sini bila saya kuar keje. saya harap, anak saya selamat, saya keje senang. macam saya cakap tadi, saya tak ada masalah dengan akak, dan saya memang nak hantar rina kat akak lagi. tapi lepas ni, saya mintak tolong sangat2 kat akak, janganlah pk bukan2. ini urusan akak dengan saya. biar kita sendiri yang berurusan tanpa ada campur aduk dari orang lain. lepas ni, kalau ada apa2 tak puas hati, terus cakap depan2 dengan saya. saya memang pantang orang cakap2 belakang.

pengasuh tu ada lagi bercakap. ai faham. dan ai pon mintak maaf kalau selama ni dia terasa hati dengan ai. ai betul2 tak sangka dia boleh berfikir macam tu sekali pada ai. bagi ai kecik sangat perkara ni sampaikan dia nak besar2kan dan cakap macam2 dalam sms tu. sedangkan ai tak pernah kata dia jaga N.A.N tak betul ke apa ke. haiiilahhh pengasuh. Mohammad Bazli pon dah cakap, sekarang kita dah tau macam mana diri dia. lepas ni kita perlu lebih berhati2. dengan dia. kalau betul dia ikhlas jaga N.A.N, terima kasih. kita tengokkan macam mana. kita pegang kata ikhlas dia tu. bila dah jadi macam ni, mesti hubungan kita dengan dia dah tak macam dulu. tengoklah macam mana. dah tak lama pon lagi. tahun ni je pon dia jaga N.A.N. tahun depan ai dah nak masukkan dia sekolah. dan kalau rezeki ai mengandung, ai akan fikirkan macam mana, nak mintak tolong dia jagakan lagi atau tak. kalau ada baby kecik lagilah. kene datang rumah dia bagi susu yang ai pam tu, lagilah dia akan fikir ai tak percayakan dia. susahkan nak jaga hati orang yang dalam masa yang sama anak kita dia jaga.... alahaiiiii pengasuh OH pengasuh...

Tiada ulasan:

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?