love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

18 Mac 2013

update pasal anak sendiri

rasanya dah lama tak update pasal N.A.N. pasal perkembangan dialahkan.. kalau dah berkumpul dengan mak mak ni, tak da soalan lain dah. mesti pasal anak. anak ko jalan umur berapa? dah pandai cakap ke belum? dah ada berapa batang gigi tumbuh? hantar anak kat sapa? macam2lah kan. jadinya ai pon dah update pasal perkembangan N.A.N.

PANDAI JALAN

seperti semua dah tau, N.A.N pandai jalan umur dia genap 14 bulan. itu pon secara tak sengaja. dan ai pon tak sangka N.A.N akan berjalan. sedangkan dia sangat takut melangkah time tu. diri memang dah tegap dah, untuk dia melangkah ke depan, memang tak akan. N.A.N lambat jalan pon mungkin sebab dia tumbuh gigi dulu. N.A.N dah berani melangkah time ai melawat mak ai masa sakit teruk bulan 1 lepas. time tu dah habis waktu melawat. masa tu kat depan lift adalah 2 3 orang kakak n abang main kejar2. N.A.N dah terjerit2 nak lepas. ai tak bagi sebab ai tau dia mesti akan merangkak. apa kes merangkak kat tempat awam macam tu? time tu ai dengan abah ai. abah ai cakap, cuba lepaskan. nak berjalanlah tu kot. dok tengok budak2 berlari. bila abang ai dah membebel, ai pon lepaskanlah jugak. memang betullah... N.A.N dah mula nak menapak 2 3 tapak. memandangkan time tu lift memang ramai orang naik, jadinya ai biarlah dulu orang berebut2. ai tengokkan gelagat N.A.N. nasib baik abang n kakak tu pon nak berkawan dengan N.A.N. bukan main suka. mana dia terjatuh, ada pulak orang kat situ, tak kiralah bangsa apa, N.A.N akan berpaut untuk diri semula dan mula menapak lagi. memang betul N.A.N nak berjalan sebenarnya. bermula dari situ, N.A.N dah tak takut lagi untuk melangkah kedepan dan semakin laju melangkah. terbaru, N.A.N dah pandia berlari. wallah!!

TUMBUH GIGI

N.A.N tumbuh gigi seusia 8 bulan. mula2 ai tak tau N.A.N nak tumbuh gigi. sebab dia tak demam pon. kan sesetengah budak nak tumbuh gigi kemain hebat demamye siap pakage merengek je. Alhamdulillah N.A.N tidak begitu. ai cuma perasan N.A.N dah tak nak makan nasi biasa, dan suka gigit anak patung dia. dan ai pon tak ada rasa nak check2 gusi N.A.N. rahsia N.A.N tumbuh gigi bila ai otw balik Nilai dari Perak. Time tu N.A.N nak 'bergantung' dengan ai. tapi bila ai bagi je, dia terus gigit. sakit ok. gigit dengan gusi pon sakit, apatahlagi dengan gigi. lagilah double triplelah sakitye tu. dan dan tu jugak ai tengok gusi dia. ya.. memang betul, gigi N.A.N nak keluar 3 batang serentak.  sejak dah tumbuh yang tiga batang tu, gigi dia semakin kerap tumbuh. lepas gigi atas tumbuh 3 batang, gigi bawah pulak nak keluar 2 batang. dan sekarang N.A.N dah ada 6 batang gigi. dan ai juga ada ajar N.A.N gosok gigi. walaupun ada orang cakap kenapa nak berus gigi anak awal, ai cuma cakap, N.A.N dah makan macam2. jadinya perlu gosok gigi. ai tak nak gigi dia coklat hitam sebab tak nak gosok gigi dan tak dilatih dari awal.

DAH BOLEH DIHARAP

Alhamdulillah N.A.N sekarang memang dah boleh di harap.mana tak ye, baju kotor dah pandai masukkan dalam bakul kain kotor. kalau dah tak nak hisap puting, dah pandai bagi kat ai. kalau dah habis minum susu, dah pandai naik atas sofa dan baring. kalau nampak ai bawak bekas makan dia, dah pandai duduk dan tadah tangan baca doa dan bila amin, di aminkan. yang ni memang sweet. dah boleh disuruh amikkan barang2 ringan. macam remote tv, bantal kecik. handfon kalau berbunyi. Alhamdulillah..

TUMBUH RAMBUT

rambut dah semakin lebat. tapi kerinting. mak ai kata ikal. kerinting kat bawah je. tapi disebabkan rambut N.A.N masih pendek dan halus, ai nampak rambutnya kerinting secara keseluruhan. dah macam2 minyak ai guna, tapi tak menjadi jugak lebat rambutnya tu. ada orang kata sebab ai tak cukur rambut dalam perut, masalahnya time dia keluar dulu pun mana ada rambut. yang lebat sekarang ni pon rambut betul dia selepas keluar dulu. ada apa2 petua tak macam mana nak lebatkan rambut. ada orang bagi petua pakaikan inai. tapi perang pulak rambutnya nanti.

BERCAKAP

sekarang mulut dia sangat bising. dah pandai ajak berborak. tapi sesekali terkeluar jugak lah beberapa perkataan yang dah pandai disebut. seperti biasa yang N.A.N pandai adalah.. mama, ayah, nak, nanak,nene (yang ni ai tak tau dia maksudkan nenek atau nenen) tok, nah. sesekali tu terkeluarlah jugak "nak mama" kalau nakkan sesuatu. "nah mama" kalau nak bagi kita barang. kalau nampak mak ai, "nene nene" tapi kalau nampak ai bawak botol susu pon "nak nene nak nene".

EKSPRESIKAN SAYANG

yang ni ai tak sangka. dah boleh mengekspresikan rasa sayang dia. kalau dia leka main, tiba2 bangun datang kat kita cium2 apa yang dia dapat cium. kalau kaki, kakilah. kalau tangan, tanganlah diciumnya. bila dah habis makan, ai dah bacakan doa lepas makan, tiba2 dia cium tangan kita. ai tak tau pada pengasuh dia dia buat perkara yang sama atau tak. yang ni selalu terjadi time ai tengah masak atau tengah lepak2 baring dengan dia. kalau tengah masak, tiba2 dia datang kat ai, N.A.N mesti datang peluk2 kaki ai sambil sebut "mama mama mama". dan bila tengah baring2, dia akan duduk dan cuba baring atas badan ai sambil sebut jugak "mama mama mama". dengan anak patung memang tak yah cerita. memang akan dicium2 sesungguh hati dia .

banyak lagi nak update pasal anak sendiri. nanti ai sambung. dah start keje dah. k bai..


1 ulasan:

MimahAjil berkata...

sweet kan bila tengok perkembangan anak...rasa bahagia yang tk terucap...:)

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?