love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

27 Mac 2013

perancangan untuk si anak

sebenarnya ai tak kisah N.A.N nak jadi apa bila dah besar nanti. asalkan menjadi seorang anak yang berguna. ai memang tak akan paksa dia untuk memilih apa yang dia minat. tapi pada permulaan kehidupannya, ai sememangnya ada perancangan awal sebelum N.A.N melangkah ke alam persekolahan.

tak dapat dinafikan, N.A.N memang sukakan musik. dengar je lagu sikit, dia dah berjoget. antara buku dia yang banyak2 tu, N.A.N lebih suka pada buku dia yang ada lagu2. ai dah mula nampak kecenderungan N.A.N memang ke arah musik. tapi ai takkan galakkan kalau tetiba dia nak jadi penyanyi pulak.

minggu lepas, ai ada temankan kawan ai registerkan anak dia ke kelas musik. ekceli, kelas musik tu pon ai yang cadangkan pada dia. ai ada cakap, tahun depan N.A.N dah 3 tahun, ai nak masukkan dia kelas musik. dari dia duduk sesaja kat rumah pengasuh, baik ai hantar ke kelas musik ke apa ke bagi mengembangkan IQ dia.

sampai2 je kat kelas musik tu, ai teruja bila ai ternampak ada sorang budak ni tengah belajar main biola. kiut je. ada cikgulah yang mengajarnya. bila kawan ai dah bayar yuran semua, cikgu tu ajak kami masuk ke semua kelas dia. bilik tu kedap bunyi. bila bukak pintu baru dengar alunan musik. 1 kelas ada 5 orang pelajar. ai ada tanya, alat musik apa yang sememangnya bagus untuk perkembangan otak anak2. cikgu tu suggestkan piano dan biola. sebab nanti boleh pandai matematik. sebab code piano dan biola perlu dikira seperti matematik. ai sangat teruja.

sampailah kami ke kelas terakhir. ada sorang kanak2 sindrondown lelaki cina. comel je ai tengok dia tengah main drum. tapi kata cikgu tu, budak tu, cikgu yang kene ikut mood dia. time ai pegi tu dia agak moody. sebabtulah dia main ketuk je drum tu. kalau tak, budak tu pandai main. parents budak tu bayar lebih 3 kali ganda dari harga yuran sebenar.

tak sabar nak tunggu sampai tahun depan. harga boleh tahan, pendaftaran RM700. dan yuran bulanan RM150. kelas mula dari pukul 9 sampai pukul 1. memang kira jadilah ai nak hantar ke kelas musik tu. ai dah bayangkan dah N.A.N main piano atau biola. heeeee tak sabar sangat ok.

cuma ai kene bawak N.A.N masuk ofis sekejap 1 jam, lepas tu ai hantar N.A.N ke kelas. pukul 1 ai amik, lunch dah petang ai akan transitkan di PASTI untuk belajar agama, mengaji, baca doa. petang pukul 5 balik. masa N.A.N akan terisi. mula2 Mohammad Bazli macam tak setuju ai hantar ke kelas musik tu. tapi bila ai terangkan, dan ai bagi pendidikan sama rata, dunia dan akhirat, barulah dia senyap sikit. sikit je pon.

setahun N.A.N ke kelas musik, tahun depannya 2015 ai akan hantar pula ke kelas melukis. nasib baik semuanya berpusat disini. 2016-2017 N.A.N masuk Pra sekolah, dan 2018 N.A.N dah darjah 1. time tu, ai nak N.A.N membentuk dirinya sendiri....


2 ulasan:

tenku butang berkata...

baguslah dh merancang awal2 utk anak2.. =)

done follow sini.. jom follow n singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

Rafaeza Rahim berkata...

Anda mengalami masalah faraj longgar akibat melahirkan anak? Faraj berair,becak,keputihan dan senggugut?
JAMU DEWI SUCI RM 65.
Jom hubungi 0102870590.
Berfungsi
Merapatkan/mengetatkan faraj
Mengembalikan dalaman faraj yg berpasir ( meningkatkan kegelian ketika bersama )
Meningkatkan kemutan
Menyerap & mengeluarkan kotoran/keputihan/darah beku
Mengecutkan rahim

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?