love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

18 April 2013

cerita operation kali kedua N.A.N,- 1

Fuh.. fuh.. dah berzaman tak updatekan.? Ai sangat bz sekarang ini. Malas nak tulis panjang2. Meh lah ai cerita pasal pembedahan mata kali ke2 anak dara ai tu. Sebelum tu, ai ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mendoakan yang terbaik untuk N.A.N khasnya.

29 march 2013

Seperti biasa, ai bertolak ke HKL dengan satu perasaan yang tak dapat ai ceritakan. Alhamdullillah kesihatan NAN baik. Tidak seperti kali pertama dulu. Cuma malam tu suhu badan NAN agak panas sikit. Sebab dah ada pengalaman, kalimninai siap2 bawak ubat demam, batuk, selsema dan coolmfever. Ai bagi makan ubat dan letakkan coll fever, suhu badannyabturun sikit.nnurse cakap mungkin berubah angin..Terima kasih ya allah kerana mempermudahkan urusan kehidupan NAN. lepas check in, aindan tak tau nak buat apa. Sudah ye, mohammad bazli pegi solat jumaat, ai dan NAN turun kedai beli makanan.

Malam tu ai tak dapat tido. Hati tak tenang. Dalam gelisah2 ai tu, ada sorang nurse datang nakmajak berborak. Hilanglah sikit kerisauan yang melanda...

30 march 2013
 tepat pukul 6, ai kejut NAN. saja je kejut dia awal2. Nasib baik tak mengamuk. Bergurau senda sikit, pastu bawak mandi. Pukul 7.30 NAN DAH MASUK DEWAN OT. Sebelum dibius, doc intan bagi penerangan lagi sekali kat ai. "Saya cuba cari silikon yang lama dan saya akan repair ikut kesan lama. Kalau tak jumpa saya buat pilihan ke2. In syaa allah, semuanya selamat." Kata doc intan yang jadi ketua dalam kes NAN.

Lepas ai baringkan, NAN terus dibagi sedut gas bius. Dan lama2 terus senyap. Ai setia menanti dibilik menunggu. Lepas 3 jam, doc intan panggil ai lagi sekali, dan bawak ai masuk dalam dewan OT. Ai rasa macam nak pengsan bila tengok keadaan wajah NAN time tu. Mata berlumuran darah dan matanya dicengkang dengan alat besi. Nasib baik doc aron aziz sempat pegang lengan ai time tu. Doc intan terangkan lagi sekali."maaf ibu. Sayabtak berjaya mencari silikon yang lama. Kita buat teknik kedua ya ibu. Kami terpaksa buat kerja secara perlahan dan stop2 sebab jantung dia sangat cepat dan pengaliran darah sangat laju. Kami takut NAN akan kehilangan banyak darah. Pembedahan ini mengambil masa yang agak lama..

2 jam setengah selepas itu, nurse panggil ai dan ai tengok NAN dengan wajahnyang baru sekali lagi. Alhamdulillah. Doc intan minta ai dukung dan dakap NAN rapat2 ke dada sebab kali pertama dia bukak mata, ayat pertama yang dia sebut adalah mama. Ai cepat2 ikut arahandoc dan memang betul, NAN terus menangis teresak2 sambil sebut mama mama mama. Mungkin dia nak bagi taj mata dia agak sakit. Bila doc intan dengar NAN menangis mendayu, doc intan suruh doc bius bagi ubat penenang dan ubat tahan sakit. Selepas 5 minit dimasukkan ubat tj, tiba2 jantung NAN kembali laju. Ai nampak doc intan dan doc bius agak kelam kabut. Tapi alhamdulillah, jantung NAN kembali normal selepas ai bacakan surah al fatihah ditepi katil dia. Kalau tak NAN akan ditolak masuk ke icu..

Selepas semuanya kembali stabil, NAN dibenarkan balik ke wad. U

ntjk buatkan NAN betul2sedar sepenuhnya mengambil masa 6 jam. Bangun2 je dari tido yang panjang, NAN menangis dan minta air. Ai suapkan air dalam 10 sudu, lepas tu NAN mintak susu pulak sebab dia sebut cucu cucu. Lepas habis susu sebotol, ALHAMDULILLAH NAN kembali normal. Dah boleh gelak, main buku n mintak air vitagen.



31 march 2013
Doc benarkan NAN balik sebab keadaan kesihatannya ok. Bila dengar boleh balik, ai terus pancking semua barang2. Lepas urusan discharge dah settle, kami pon  alik. Selepas beberapa hari kepala NAN pulak naik kudis dan bernanah. Dan kelenjar belakang telinga dia bengkak dan membesar. Ai bawak pegi klinik panel dan doc cakap ini jangkitan kauman dari udara. Sebab setiap kali ai ai nak  u I mata NAN, ai pakai hand sanitizer dan tempat letak ubat pon ai jaga rapi. Doc panel tak berani nak bagi antibiotik, tapi tak pe, ai cakap, mingu depan NAN ada folowup di HKL semula..

Ai minta maaf sebab tak update difacebook dan blog. Ai fikir, biarlah semuanya dah ok, ai akan updatekan. Tapi 2 3 hari lepas ai dah tunjukkan wajah NAN di facebook. Alhamdulillah, mata sebelab kanan dan terbentuk kelopak dan dah terbuka luas sikit. Cuma tinggal mata sebelah kiri dan bekas jahit yang masih lagi bernanah.

Sebenarnya ai update pakai tab ni. Ai tak tau macam mana nak upload gambar guna tab ni.. sebab bila ai uplaod je, asiklah loading. Upload ye tak jugak.. nanti bila ai dah cerdik sikit, ai upload gambar NAN. Kene tunggu siri akan datang ok.. sekali lagi ai ucapkan terima kasih. Hanya allah saja yang dapat membalas segala jasa baik kalian..


1 ulasan:

MimahAjil berkata...

Alhamdulillah...lama tak dengar cerita Afnan...semoga sihat sepenuhya lepas ni ye Afnan...

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?