love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

31 Januari 2013

cerita operate mata Nur Afnan Nisrina

haii lah kan... lama gila tak updatekan.. tak menyempatlah keje ai sekarang. sangat kelam kabut. ai rasa diri ai ni pon dah terabai. dapur pon dah lama tak berasap. ai sekarang pon tak sihat lebih dari 2 minggu. dah 2 klinik ai pegi, dah habis dah ubat ai makan, tapi ai still lagi tak sihat. dengan telinga sebelah tak dengar, banyak betul dugaan Allah untuk ai dan keluarga awal tahun 2013 ni. bukan ini yang ai nak cerita. ai nak cerita pasal pembedahan mata Nur Afnan Nisrina.

17 Januari 2013

pagi tu ai bertolak dari rumah dalam jam 8 pagi. sebab ai singgah ofis amik GL. macam biasa jalan ke HKL tak pernah tak jem. jadinya, sepanjang perjalanan ke HKL ai dan N.A.N tido. Mohammad Bazli yang beria memandu. sampai je kat HKL, Mohammad Bazli turunkan ai kat tempat pendaftaran masuk ward. dia pegi parking. tak kuasa ai nak menapak jauh2 dengan berangkut beg banyak2 dengan nak dukung N.A.N. tenaga lelakikan lagi kuat dari perempuan. tetibakan.

lepas masuk ward, dapat katil, terus je kitaorang tak tau nak buat apa. dok je lah melayan dah melawat pesakit2 katil2 sebelah. katil N.A.N kat tepi tingkap. dalam jam 2 lebih badan N.A.N dah mula panas. ai tak tau kenapa N.A.N demam. ai dah takut. takut tak jadi lagi. doc bius panggil ai. cerita pasal ubat bius. kali ni ubat bius N.A.N doc bagi yang smooth sikit. sebab hari tu ubat tu dorang bagi sama macam ubat orang tua.

malam tu, ai tak pakaikan N.A.N baju pon. dia tido berselimutkan kain basah. batuk dah ada, selsema pon dah ada. puas ai tipu sunat dengan doc2 yang macam tak nak buat operate N.A.N. ai pulak, risau bertambah2 dengan doa ai yang tak pernah putus.ya allah.... ai tak tido lena malam ni.

18 Januari 2013

N.A.N orang yang pertama. pagi ni, suhu N.A.N macam dah normal sikit. penat ai cakap dengan N.A.N. minta dia kuatkan semangat. Alhamdulillah.. N.A.N tak nangis sikit pon bila masuk bilik OT. siap bye bye dengan ai. sementara N.A.N dok ralit dengan nurse2 doc panggil ai masuk dewan bedah. doc tunjukkan barang2 yang dia akan gunakan. lepas tu N.A.N masuk, ai sambut dari tangan nurse, baringkan dia atas katil. kat tangan ada belon dan gula2. ai tahan hati ai, jangan nangis. anak ai akan selamat. ai percaya, Allah akan jaga anak ai sebaik mungkin. ai keluar dan tunggu kat bilik menunggu. masuk jam 7.30 pagi. sampai selesai semua jam 11 pagi. proses pembedahan selama 4 jam setengah. sepanjang tempoh tu, macam2 surah ai baca. dan akhirnya ai menangis jugak. setiap kali nurse lalu lalang depan belik ai tu, jantung ai berdegup laju.

11 pagi

nurse panggil ai. ai tanya dah sudah ke?? nurse tu senyum dan angguk kepala. ai ikut nurse tu sampai ke katil N.A.N. time ni airmata ai dah macam hujan. tak tau ai nak cakap apa. berubah betul muka N.A.N. ai tengok dah macam muka ai kecik2 dulu pun ada jugak. Alhamdulillah... terima kasih ya allah... time ni N.A.N masih lagi separuh sedar. masih mamai2 lagi.

ini wajah N.A.N selepas operate. masih lagi memerlukan gas oksigen untuk membantu dia bernafas. badan N.A.N time ni dah panas walaupun dalam dewan OT tu sejuk ye sampai ke tulang sum sum

dalam ward
 
dalam jam 11.30 pagi, N.A.N dibenarkan masuk ke ward semula. tapi tulah.. N.A.N dah mula merengek je. panas badan tak yah nak cakaplah. ai sukat suhu N.A.N sendiri lebih dari 40c. ai kelam kabut panggil nurse. doc bagi ubat bontot. tak pernah2 N.A.N demam macam ni sekali. bagi susu tak mau, bagi air masak lagilah tak mau. tapi doc suruh ai bagi jugak susu. sebab N.A.N dah puasa lebih dari 6 jam. takut perut dia masuk angin. kembung lain pulak cerita dia. N.A.N tak nak sikit pon hisap botol. menangis, merengek. kalau hati tak kuat, ai sama2 berangin. ai suapkan pakai sudu. dengan badan panas macam tu, ai bedungkan dan suap pakai sudu. airmata ai tak yah nak cakaplahkan.. kalau ditadah, dah bertong2 dah agaknya.
 

hari kedua. mata N.A.N dah mula bengkak.mata pon semakin sepet semula. airmata pon asiklah menangis. dengan makan tak nak, minum pon tak nak, hati ai pulak yang risau, dalam masa 24 jam, badan N.A.N dah susut. doc suruh timbang, berat dia sama macam umur dia 7-8 bulan. 7.5 kg. ai dukung pon tak berasa. sedih ai.. kenapa Allah tak beri ujian ini pada ai saja, kenapa perlu anak sekecil ini??



selepas letak ubat. 
sejak2 anak dah sakit ni, ai memang malas nak edit gambar ke hapa ke. tengoklah badan N.A.N. sangat kurus. time ni timbang dah 8 kg. sepanjang di hospital, memang tak pernah pakai baju, suhu badannya membahang2. lagi sebelah malam.
 tak mampu nak celik mata lagi, kesian ai tengok anak ai sendiri.

 luka dah semakin kering. cuma selera je tak datang2 lagi. asiklah tidur je.

 tempat silikon. bengkak lagi..

 ai tak tau nak buat apa dah time ni. menangis memang tak hingatlahkan. akhirnya dodoikan guna tangan je. bergilir2. mula2 Mohammad Bazli tidur dulu. ai yang melayan N.A.N. mengendong berenjut guna tangan. dalam jam 2 3 pagi, ai kejutkan Mohammad Bazli giliran dia pulak melayan N.A.N. macam tu lah selama 7 hari di HKL
 akhirnya sampai dirumah, ai naikkan buaian. berenjut. nasib baik mama iqbal kasi pinjam. ai dah nak beli je. cuma kat rumah pengasuh ai bagi bouncer je. 


N.A.N dibenarkan discharge pada 22 Januari 2013. 29 Januari 2013 lepas, ada folowup lagi. semua doc macam pelik kenapa tak naik2 kelopak mata anak ai. nak kata tak jadi, semua benda yang tiem operation tu masih terletak. doc bagi masa dalam sebulan. kalau still lagi tak naik kelopak mata N.A.N, pembedahan ini akan dilakukan sekali lagi. YA Allah........

5 ulasan:

MimahAjil berkata...

besarnya dugaan kamu dik...
takpela...semoga Allah sentiasa melindungi Nur Afnan Nisrina...Amin~~

cikPUAN einaYrah berkata...

amin.. terima kasih MimahAjil.. saya sebenarnya tak kuat kak.. :'( tapi mengenangkan anak... saya terpaksa kuat..

♥ dak pink berkata...

Speechless!

Semoga terus kuat NAN dan semoga diberikan kekuatan olehnya untuk kamu sekeluarga Yanie.

MimahAjil berkata...

semoga awk kuat demi N.A.N...
akk rasa dia sakit kot tu yg nangis je..mungkin tk selesa..harap2 tak perlu ada operation kedua..

cikPUAN einaYrah berkata...

TQ ain n mimahajil.

sekarang ni tak boleh orang tanya2 pasal dia, memang nak menangis je keje..

lepas2 operate ni, dia punya ragam n sensitive tu duoble triple. sangat menguji kesabaran.

saya pon harap sangat yang anak saya tak rasai kesakitan ini kali kedua...

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?